Friday, February 3, 2012

Perihal Drama : Vanilla Coklat


Alang2 aku bercerita perihal drama pepagi tadi, terus susuli dgn drama lagi petang ni.

Cha,
Awak betul, kakak mmg takde idea sebenarnya. Tu yg pagi ni kuar entry pasal minat retis plak tu. Hahaha. Pandai teka eh? Hikss.
Cha juga,
Bila google image Vanilla Coklat, kat page 2, kuar gambar Vanilla Coklat awak yg ni. Hihik

So, drama ini plak sapa follow? Rasa ramai kot sbb update kat FB lepas citer tu. Aku lum update lagi sbb eh, segan la tgk citer muda mudi ni. Hahahhahaha.

Aku memula idak follow. Time dia mula dulu ada Master Chef kan. Lps tu tgk cam eh, citer apa ni. Budak2 je ni, tak bes, tak bes.
Skali tertengok episod 1st (time Master Chef iklan), cam kenal je kolej dia.
Hahaha. Opis kiterang yg kat Rawang tu.
Tp dia amik luar je. Yg kelas seme tu dia amik tpt lain.
Sbb tu kalo tgk yg last dia ada kredit pada opis kiterang. (o.O)

Lps tu da abis Master Chef baru start tgk. Lelama tgk cam bes plak.
Dak Aiman tu pandai berlakon. Aiman tu budak Mentor rupanya. Idak la aku tau wehhh.....
Izara ni, mmg la. Tp kalo dia ni berlakon asik nak marah je. Tah citer apa ke dulu tu, yg ada iklan dia.  

"Kalo org tanya tu jawab la..."
Kiterang igt sgt n salu wat joke ayat tu. Hahaha.

So, nyer apa menyebabkan aku tgk citer ni? Tah. Cam sweet je kot. Pelakon tu tak la suka sgt, tp oke la. Seme pelakon bes. Takde la kayu ke apa kan.
Next week bes. *Ada ke ah, sbb ada citer sempena Maulidur Rasul plak byk next week.
Sbb last retu si Aiman tu pengsan. So, tgk skit sinopsis dari TV3.

*Yg awal2 aku tak copy sbb dah lepas pun seme episod tu.
 Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

 Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

 Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir. 

 Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara. 

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

12 comments:

ch@ said...

masa bubuh vanilla coklat kat oni aie tu, tak mikir langsung tajuk drama tu. skrg ni, mcm dh tak boleh panggil vanilla coklat, aie mcm dah cerah sket je. hahahaa ke mak dia perasan. wakakaka.

uish! lama dah tak tengok drama ni, ngape eh? pasni kena sorok remote drpd oni laaaa.

::EIDA:: said...

Ida follow cerita ni hokayy... *muda lah katakan* Tak de kene mngena tua or muda lah kekda oiii.. tengok je... =)


Suka tengok gandingan mereka tu.. Tak sabar tgok next week, aamir tu nk luahkan perasaan die! hihihihii *gatai aku ni!!*

Z.U.E said...

kekda lagi satu cite Ashiteru.. sebijik mcm cite vanilla coklat ni.. cerita cinta remaja yang kene pakse kawen oleh keluarga sendiri...

Cikrosecute said...

Cik Rose follow cerita nie...walaupun muda mudi hehehe

Yang penting gandingan mantap pelakon nie...memang sesuai

Chekgu Azrine said...

tak follow citer ni.. huhuhu..

eKa said...

phewww..lengkap dgn sinopsis...tak sabar nak tgk.... biar le bebudak ke hape...eka tetap suka citer ni...

puanstoberi said...

CHA :
Haha..glam u...tetiba terpancul kuar Onie n Ayie tgh org duk search tu. Hikss :D

*Kira oke la..dari akak yg tetiba ter pacul dari word sotong goreng tepung. Choiiii

puanstoberi said...

EIDA :

Saja nak kata citer org muda. Hahahaha. Tp oke la. Buat sonok2. Hihikss

puanstoberi said...

CINTA :

Ashiteru?? Tb mana??

puanstoberi said...

CIK ROSE :

Kan..bebudak 2 org tu bes je belakon. Hahhaha

puanstoberi said...

CHEKGU :

Mengapakah?? anak2 pegang remote kah?? Huhu :D

puanstoberi said...

EKA :

Haha. Citer budak2 yg cute.. :D