Yang aku pos kat Instagram 2 hari lepas.
Pikir balik. Betul ke tidok?
Kita ni, kalo pikir negatif, negatif lah ia.
Kalo pikir positif, positif lah halanya.
Oleh itu, marilah kita sentiasa positifkan minda kita.
Tak cakap orang lain, cakap untuk diri sendiri ja.
Mmg terkadang susah wo nak kontrol minda utk jadi positif.
Tengah drive, ada kereta tak bagi signal nak masuk simpang. Nyaris tak tercium bontot keretanya. Haih. Terus rasa nak marah. Eh. Jangan begitu. Pikir positif. Mungkin dia ada kecemasan. Mungkin juga dia TAK tahu dlm kereta dia ada satu komponen yg boleh dijadikan signal. Dan mungkin juga dia mmg bengap bengong dan bongok. Tkpe, walopun maki, tetap pikir positif dan lepas tu maafkan beliau. Mesti lega.
Tengah nak beli barang, SA kedai layan acuh tak acuh. Muka masam mencuka cam limau purut. Takpe. Pikir positif. Kalo perempuan mungkin tgh sakit senggugut. Atau kalo lelaki mungkin tengah bergaduh dgn gilfriend. Takpe. Pikir positif dan maafkan beliau. Terus kan beli dan hadiahkan dia senyuman dan ucapan terima kasih.
Di dalam facebook, tgk org komen begitu begini. Tak perlu nak "elllehh...." kan beliau. Jangan duk kata "cam la bagus2 sgt". Pikir kan positif.
Di tpt kerja, bos bagi kerja yg mana kita rasa eh, ni bukan kerja aku patutnya. Tak mengapa. Terima. Pikir positif. Mungkin ini akan jadikan lebih 'versatile' dalam kerja. Seme kerja pun jadi tahu lepas ni. Tidak la ter tonggok dgn satu2 kerja sahaja.
Kalo terima emel orang mengadu itu ini, tak perlu nak rasa gusar dan resah. Pikir positif. Eh! Cam tuju kat diri sendiri plak nih. Hahaha.... Adoiii...doi..doii.... *haaa.... utk someone - ai tau u baca ni kak dan apa yg u pikirkan.. takpe... ai ni pikir positif je kak apa org nak cakap walo rasa cam touching gak la *
Kesimpulannya, pikir positif. Mmg sukar. Aku pun sendiri sama. Terutama bab anak kan. Tapi, sesekali cuba lah. Kadang tu, aku tgk ada some words pada orang lain macam sensitif, tp pada aku biasa je kot menda ni - bila aku take it positive way. And vice versa.
Bila kita berpikiran positif, kita akan dijauhkan rasa prasangka, rasa iri, rasa 'nanti orang ingat', rasa agaknya, rasa kot dan seme yang negatif lah. Lagi pikir negatif, lagi berprasangka, lagi lah menimbulkan sengketa. Kalo ada rasa macam nak negatif, selesaikan dgn cara baik dan kalau buleh jangan lagi mengusutkan keadaan dengan saling tuduh menuduh. Takkan selesai. Tak kemana pun. Apa pun. Magic word is - maafkan beliau.
Yang penting, setiap kali menarik nafas, perlu ingat, setiap perbuatan dan tanggungjawab kita bukan hanya dikira di sini. Tapi setiap amalan, perbuatan, tanggungjawab adalah untuk dikira 'di sana' kelak. Perbuatan yang baik akan menerima ganjaran yang baik. Insyaallah. Mudah-mudahan.
p/s : Tp nak positif dgn orang telemarketing - errr... tu agak susah la. Tp I'll try...
kredit : Here |
**Do follow FB Dr Muhaya - byk kata2 positif yg boleh kita ambil dan amalkan bersama.
10 comments:
berprasangka baiklah walaupun ianya sukar dilakukan.. tp tak salah kalau kt mencubakan.. pikirkan +ve
Assalamualaikum kekda. betul. tak baik berprasangka. jauhkan prasangka dengan berzikir selalu :)
ok bab keje tu ai like ok! huhuhuh! +ve
setuju :)
memang kadang2 kita akan terlupa untuk bersikap positif.. tp sebenanrnya, sikpa positif ni akan membuatkan kita lebih tenang & bahagia..
kekda, nice sharing! luv u & hugs!
ida tak sebaik itu. asal marah je mesti nak marah. xde aku nk pk positif manjang.. hukhukhuk.... go kekda! go go gooooo
go go go,think positive!hihi.tulah kalau x buat camtu,kita juga yg tensionkan.tq share
betul tu.....!
kita mmg kena pikir +ve.
mASYA :
Pikir positif!
SHIELA :
Insyaallah...
ZUE :
Oke..positip..
HANUM :
:)
ZANA :
Btul..sentiasa positf dan memaafkan.
EIDA :
Try... cuba lawan..mungkin kita akan lebih tenang selepas itu.
JUHAIDA :
Sbb tu lah kita kena pikir positip :)
KINA :
Positip!
Post a Comment