Wednesday, April 24, 2013

Permintaan Ku

Aku pun tatau la samada nak kuarkan ke tidak entry ni.
Tgk lah. Kalo ada - ada lah. Kalo takde - takde la kan.

Cemna nak cakap ya.
Sebenarnya aku dah takde mood nak menulis. Sbb tu lambat je keluar entry ari Isnin. Eh. Ke takde?
Kenapa?
Selain dari mmg aku ada big prob eh, bukan la prob, big matters kot. Ha, big matters, ada lagi satu yg membuat mood merudum.

Aku suka tulis blog.
Mmg dari dulu.
Dari tahun 2004 lagi. Masa tu guna blogdrive (Kan Itayanin..kita kenal awak kat sana la kan)
Lps tu smpai la pas kawen - kita bukak Dunia Baru ni.
Kira mmg hobi. Aku suka menulis. Dan aku suka juga menulis meleret. Tgk dari entry aku pun tau. Tak sah kalo takde yg berjela.

Ini mmg minat aku. Takde sapa boleh sangkal.
Lantak la ada orang baca ke tak. Ada orang komen ke tak. Dapat duit ke tak.
Tak kesah. Tp kalo ada semua tu - kira bonus.
Takde, takpe. Aku minat. Aku suka. Tak kesah.

Tapi tu lah. 

Hari tu suami macam merungut.
Jangan tulis memacam kat blog!
Semua nak cerita!

Tahu apa perasaan aku?
Padahal tak semua pun aku cerita.
Ada menda yg aku simpan. Aku tahu ada menda yg bole story. Ada yg tidak.
Pasal keja esp. Mmg jarang aku update.
Pasal family. Mak aku sakit, admit spital berhari2. Aku tak update. Even kat FB pun aku tak tulis. Sbb apahal cam nak meminta simpati sgt. Cuma tu ari aku update sbb ada org ofis dah tersalah info. Terpaksa la cam buat press conference kat FB menerangkan perkara sebenar (dan tetiba kazen aku marah sbb katanya lambat gitau.. huhu)
Dan ada la menda2 yg aku tapis. Tak cerita seme. Tapi suami aku kata aku tulis memacam. Marah benar dia. Sedih sgt aku rasa.

Dia tak suka.
Kalau boleh dia nak aku tutup blog ni.

Giler sedih rasa hati aku ni ha. Ini minat aku. Ini lah satu2nya tpt yg aku boleh menulis. Aku rasa aku takde minat lain yg aku buat bersungguh. Ini je lah.
Tetiba dia nak suruh aku tutup blog.

Sebab.
Sebab dia rimas, apa yg aku tulis dlm ni org akan tanya dia.
Dia mmg tak bagi tau siapa. Dan aku pun tak pernah nak amik tau siapa.
Sbb aku tau siapa yg baca blog aku ni. Aku tau. Tau sgt sgt.
Tapi cara dia cakap tu macam ramai bebeno lah tanya ngan dia.
Yang ni aku tk dpt nak kenal pasti. Samada dia saja exaggerated atau mmg btul. 

Cuma tu lah.
Aku pinta dan aku rayu sangat ni.
Pada sesapa yg mengenali kami. Tolong jangan libatkan dia dalam entry blog aku nih. Kalo ada apa2 pertanyaan, ada yg muskil, ada yg nak tahu ttg tpt percutian etc, tolong lah direct tanya aku. 
Mmg nampak seperti POYO sgt begini dan ada yg meng- elleh, cam bagus sgt la blog dia tu, tp aku perlu jugak ckp. Jangan benci aku. Jangan pikir aku perasan bagus. Tp situasi ini sgt meng-down kan mood aku, tambahan lagi dgn keadaan kesihatan aku sekarang. 
Mmg, btul ada kaitan dengan kesihatan aku sebenarnya perkara yg besar tu. Tapi, bukan di sini tempatnya. aku nak cerita segala. Kalau boleh kebun stoberi ni aku nak timbulkan watak ceria aku saja. Aku takmo letak segala masalah, mengadu domba kat sini.
(ha..tu..tu... toksah dok tanya laki aku plak aku sakit apa, kena apa, apa terjadi. Nak tau, tanya aku - aku jawab la. Takde aku maki hamun pun. Isk..isk..iskkkk....)

Again, aku rayu. Even dulu pun aku pernah tulis. Kalo ada yg berkaitan, yg nak tahu, sila lah tanya aku direct. Jangan libatkan dia. Aku tak mahu tutup blog ini. Dan aku jugak tak boleh nak melawan cakap dia. Dia yg memegang syurga aku. Manakan aku nak berterusan buat sesuatu yg dia tak suka walau itu lah kegemaran aku.

Jadi, aku pinta sesgt. Baca dan akhiri sajalah di situ. Full stop. Tak perlu libatkan dia.
Dia (suami) tak pernah baca blog aku. Tapi, lps ni aku dah mintak dia baca dulu blog aku sebelum balik rumah supaya dia boleh tapis entry aku dan memana entry yg dia tak berkenan aku akan delete serta merta.

Mmg nampak seperti poyo. Macam bagus2. Dan macam orang hadap sgt nak baca blog ni.
Tak kesah la. What ever it is. Mulut orang, nak tutup cemna. Terpulang lah. Pahala dosa, memasing dah faham kan.

Cuma, itu lah. Please, please, please... jgn libatkan suami saya dalam hal blog saya. Itu saja pinta saya. 

Thanks.

p/s : Aku tahu, pageview entry ini akan tinggi walo disable komen. Macam pageview entry berhati walang dulu. Biasalah. Bab gosip ni kan laju je org nak amik tahu. Klik lah selagi daya. Bercerita lah selagi mampu. Lagi ramai yg masuk dan baca lagi byk duit Nuffnang masuk. Kalo rasa taknak duit aku bertambah, jgn lah masuk baca blog ini lagi. Nati lg cpt aku cashkan cek ke 3 plak kang (-_-")