Friday, April 5, 2013

Edisi Tukar IC

Saya mahu tukar IC.
Eh. Bukan la tukar IC.
Tukar alamat kat IC sebenarnya.
Jadi mari kita tgk kat web JPN apa dia nak. Klik : JPN

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon mestilah hadir.
Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Alamat mestilah menggunakan alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P. O. Box) tidak dibenarkan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen berikut (asal dan salinan):
Kad Pengenalan.

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

Warganegara = RM 10.00

(i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 10.00
(ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00

Cuma kan... peratikan ini. Kalo umur 18 kena tukar IC.

Aku rasa aku cam dah tukar masa antara umur 18 - 25 tahun tu ari.

Serasa aku, dah 3 kali aku buat kad pengenalan.
Yakni masa umur 12. K.Pengenalan yg nipis - guna laminate tu je - bila tulis kaler apa k.pengenalan cam terpinga pinga nak tulis sbb IC tu kalerful. Huhu. IC kita Biru la - warganegara. Cuma aku tak sempat IC yg ada cap jari di kedua2 belahnya tu.Tengah2 gambar kan? Btul ke camtu? Itu kalo sempat napak nau otai nyer tu. Haha.
Cuma aku rasa IC tu gambar tak bertudung. Tapi cam bangang sbb aku rasa cam botak je gmbr tu kalo fotostat sbb ikat tocang ekor kuda. Apa kah? Langsung tak reti nak ber fesyen kan time tu. Kasihann.. 
Pastu naik 18thn kut aku tukar. Masih IC kalerful tu. Aku igt aku pakai tudung dah time tu. Tudung itam bunga2. Oke sket la.
Pastu tukar lagi sbb wajibkan myKad. Yang ni pun cam tak semenggah jugak muka. Tudung kaler merah. Dan IC ni lah guna smpai la ni.
So, aku rasa aku dah tukar la IC yg patut tukar antara umur 18 - 25 tahun tu. Kalo tak tukar kena bayar byk weh.

Mmg nak tukar yg baru, yg ada gmbr kecik byg2 tu. Apa nama dia ghost image ke apa tah. Cuma, dulu aku takde alamat tetap lagi. Maklum la. Duk umah sewa kekdahnya kan.

Ni pas abis mengundi aku nak p JPN. Nak tukar alamat lah. Kata dah ada kediaman tetap kan.. harus la tukar.. tetiba nak jadi org Ki-ILL. Hahah! Padahal kat atas tu sah sah tertera 08. Sah sah datang dari Peghok nun. Udah la Yong oi.... haha!

Jadi, mari kita pikir nak pakai tudung apa bagi napak semenggah (dan kurus) sket. Haha.

6 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda. sheila pun belum tukar IC kepada gambar muslimah. heee. total semua sekali nak tukar alamat + tukar gambar IC adalah rm22.00 eh???

su said...

kekda, perak belah mana? heheh

kita igt time kita nak tukar ic yang baru, pakai tudung kalerful, wana hijoo plak tu, skali makcik yang tangkap gmbr tu cakap, tak ok..muka x clear, so pakaila tudung yang disediakan kat situ..tapi jenis yang tak iron la.. dh x comey... huuu

su said...

kekda, perak belah mana? heheh

kita igt time kita nak tukar ic yang baru, pakai tudung kalerful, wana hijoo plak tu, skali makcik yang tangkap gmbr tu cakap, tak ok..muka x clear, so pakaila tudung yang disediakan kat situ..tapi jenis yang tak iron la.. dh x comey... huuu

Z.U.E said...

tu hari saya pergi tukar ic muka sememeh cadangnya nak gi klinik saja tapi macam ehhh.. tukar IC sekali la, pastuh leh daftar ngundi sekali :P.. makanya tu jadi sememeh..

Sweetamieda. Blo said...

oo orang Perak tupanya hihi.sy masa first posting dulu kena mengajar kat Ipoh

~ain said...

ain pun nak kena tukar alamat sbb dah pindah sini dekat 5 thn dah.. ic masih aamat serdang..