google
Menyakitkan hati btul bila dpt call dari telemarketer ni kan.
Rasa trus suwey satu hari. Lelebih lagi time kita tgh kerja.
Yer, aku tahu ko pun kerja. Carik makan juga. Tapi bule tak, tgk time sket nak call.
Kalo ko rasa ko call org kerja, peak hour tu jangan lah call. Mmg rasa nak siku je muka. Pakkal tak buleh napak.
Oke, last week aku dpt 2 call.
Dari sykt kerusi urut.
Ada pun aku bising2 dlm FB.
Yg pertama tu aku dgr dia nak bagi tiket flight. Lps tu ada promosi katanya. Kena dtg promosi dia bla bla bla. Tp aku potong. Aku gitau, aku takde masa nak g tpt dia tu. Aku outstation. Then takpe lah, dia kata takpe, next week dia call balik. Oke lah. Takde apa pun.
Yg kedua - yg itu gak lah. Tapi mungkin orang lain. Kali ni aku tanya bagi clear apa sykt dia. USI ke UNI ke apa tah. Tak clear sbb background sgt bising. Dari syarikat kerusi urut katanya. Sama gak lah. Nak bagi tiket flight. Aku tanya mana dpt nombor, dia kata dari sedara mara yg pernah dtg promosi, then bagi no phone. Wahh... cena sedara mara aku plak peginya. Aku sendiri tak pernah nak reveal no phone orang lagi ada orang buat camtu ke. Takde makna! Bila dia kata "tak perlu bayar apa2 ni cik". Aku jawab "kenapa perlu bagitau saya tak perlu nak bayar apa, kalo perlu bayar, saya boleh bayar je". Oleh kerana kawasan dia bising, secara tak langsung aku cakap kuat. Mungkin dia ingat aku marah (tp mmg pun, annoying btul org call camni nih). Skali dia marah aku weh.. "Cik, kalo tak minat takpe, saya cakap elok2 dgn cik" Tup. Dia off.
Aku pause.
Jap.
Aku confuse, is it me yg carik dia? No.
Is it me yg amik masa dia? No.
So, mengapa pulak dia yg nak naik hangin? Kalo bebetul dia nak promote barang, she should not pun hangin ngan "potential customer" dia. Kena la bersabar, layan bebaik.
Oke, tu satu contoh tele marketer yg sepatutnya tak yah la jadi tele marketer. Sbb bila orang marah, ko pun turut nak marah. Sbb tu kalo big company dia siap ada "harap maklum, perbualan ini dirakam" sbb dia nak tgk telemarketer/customer service derang cemana. Adakah mereka tahan maki, atau cena. Cam Astro tu hari. Abis budak tu aku marah2 still dia tahan je lagi walo aku tau dia cam meletup jugak nak marah. Haha. Naseb la dik... jalan itu yg ko pilih.
But berlainan dgn tele marketer jual barang. Jual insurans. Mmg derang call pakai phone ofis je kot. Pastu yg nak bagi tiket flight ni no hp. Modus operandi dah berubah kot.
Aku kan, nak tanya dia satu soklan je. Dan aku terkilan sbb tak sempat nak tanya, dia dah letak telefon. Aku harap dia call balik. Aku nak tanya
"apa kaitan kerusi urut dengan tiket flight percuma"
Bagi jawapan relevan - 20 kerusi urut pun aku boleh beli. Takyah nak bagi tiket percuma aih. Ingat aku hadap nau tiket percuma mereka tu. Mana tah dpt no phone ni. Aku suspect AA je lah sbb dia kata tiket flight kan. Harus dia tau kita ni salu beli tiket flight. Jadi, pancing budak ni dgn tiket. Sbb dia suka berjalan. Gitu je aku pikir. Hancai boncai!
Satu lagi. Ni mmg tgh fresh lagi ni. Hari ni pun.
Motip betul call org time peak hour sbb nak jual insurans. Kul 11 oke. Itu kan time kita tgh kusyuk buat keja. Bebtul memotong stim aku yg tgh seronok selesaikan satu persatu hal kerja. Geram btul haku.
Aku ter layan sbb dia mention Hong Leong. Sbb aku punya loan kereta kat situ. Ingat kot ada cabutan bertuah ke apa kan. Mana lah tau.
Skali dia citer pasal insurans. Memula aku tanya lama lagi tak, sy tgh kerja nih. Dia kata tak, 5 minit je. Tapi kalo cik sibuk kita call semula. Ehhh... tak payah. Aku suh dia cakap je.
Dia pun pung pang pung pang segala. Aku diammmmm je. Lps tu dia helo helo. Haha.
Oke lah smpai part dia kata "Kalo takde claim dlm masa 15 tahun cik boleh dpt balik duit cik tu"
"Abis kalo saya mati sebelum 15 tahun"
"Duit tu akan dpt pada waris yang cik namakan"
"Kalau macam tu better saya simpan sendiri 65ringgit sebulan (since dia kata premium 65 sebulan)"
Dia terus marah. Haha. Aku saja nak uji je. Apa lah. Dia tinggikan suara"Cik... takde satu pun syarikat insurans pun dalam dunia ni bagi balik 100% pada customer dia"
Haha.
Jadi, apa keperluan. Utk claim jer? Macam lah senang dpt claim tu pun.
Aku kata lagi "sy bagi 2 minit je lagi ni (sbb aku tgk je time kat PC aku. Sebenar lebih 5 minit dah)"Terus dia kata "saya dah habis, takpe.. itu saja.. Assalamualaikum"
Eh. Melayu. Aku ingat cina. Style cakap cam cina jer.
Cam tu nak jual insurans? Camtu nak promote barang ke orang? Tu pun aku tak cakap aku ni buleh terbang lagi ni. Cakap sambil terapung lagi tu. Itu pun nak marah. Org yang mmg kerja nak promote barang ke apa ke, kena sabar la layan. Pelik aku, kita ke yg call derang? Kita ke terhegeh2 nak minta derang jelaskan apa yg derang jual? Kita ke yg nak sgt bisnes dengan derang? Kenapa layan "potential customer" camtu? Org saja try dolak dalik sket dah give up. Dah marah. Camtu kita nak beli "barang" derang? Kirim salam! Kang makian je dapat dari sykt tu. Harus dia buat kita macam peminta sedekah je bila kita nak claim. Padahal duit kita tu. Pikir sendiri lah.
Hahaha. Ini mmg lawak nih. Adoii... pecah perut... |
Oh ya, yg nak bagi tiket flight tu call aku balik. Dia kata dtg promosi dia, dia amik masa 30minit, then dia bayar masa 30minit tu dgn tiket flight. Aku tanya gi mana? Tiket g london ke? Dia gelak. Ha..tau pun kau. Semenanjung Malaysia sahaja kak. Haha. Ini lawak. Kalo semenanjung akak naik keta je dik. Akak pun kalo outstation mmg naik flight je pun. Bln lps outstation ke Sarawak, mggu lepas ni Terengganu seme pun naik flight. Haha. Saja aku cakap gitu. Cam kita ni kepingin nau ke tiket flight dia tu kan. Udah2 la wey. Tp budak ni baik. Tak smpai ati aku nak bash dia. Tk smpai ati aku nak tnya kaitan kerusi urut dengan tiket flight tu. Nama pun Juwita. Cam nama bff aku. Huhu.
Jadi, lepas ni, aku rasa ada call memana lagi, aku nak layan smpai lah derang give up. Aku nak tgk sykt mana yg buleh layan baik. Jadi, sykt itu lah yg boleh perkhidmatan terbaik.
Sekian, bebelan saya tengahari ini.
Patut ada entry lain.
Dek kerana geram. Ini ter keluar dulu.
Entry lain. Petang kang.
Picture from someecards.com
9 comments:
Assalamualaikum kekda. hahaha. teruknya. sheila memang takkan angkat call daripada no takda dalam contact. hehehee. sabor jelah kekda ye :)
salam sis
singgah ptg umah sis
teruknya!
telemarketer yg langsung x mesra alam
hahahha..
kekda, sue pun mana yang nak cakap jgk tu sue layankan je..tapi buat senyap..biar dia borak sorang2
seronok pekena syarikat yg buat rakaman ...ekekek..
kalau zana, trs kata tgh meeting.. mmg zana x kan dgr pun.. hohoho..
betul! ida pun macam zana kekda.. die sebut je name penuh ida, ida dah tau dah ini gerenti dari mane mane ntahhhh,, so ida buat suara berbisikk "saye dlm meeting, sorry" hahahhahaha
SHIELA :
W'salam.. tak angkat takut ada hal penting pula
HANUM :
:)
SUE :
Bongok tu..
SUWAIBAH :
Pastu dia kata - elo..elo.. haha
AZI :
Tu la pasal. Tapi yg takde rakaman susah sket la
ZANA :
Saja..akak nak buat bahan citer kat blog. Ngahahahaha
EIDA :
Hihi.. kang takde plak story nak citer kat blog. hyuhuhu
Post a Comment