Dari nak pegi 1 Mei, terpegi 1st day plak.
Petang Jumaat, lepas balik keja aku redah. Haha.
Senang sket. Orang pun tak ramai.
Bkn lama sgt nak pegi pun sbb kali ni aku dah ready "shortlist" buku apa nak dibeli.
Senang. Walau pun dari publisher yg berlainan.
Pesta Buku - mmg tpt wajib pegi tetiap tahun - without fail.
Sejak aku blaja dulu lah. Kira lah cemana pun. Aku harus nak selitkan waktu utk pegi.
Tak kira lah sorang ke cemna ke. Dulu aku sakan juga pergi sorang. Senang. MyDH hantar je, nati dia amik.
Pastu dalam 2 tahun ni, myDH dah tak kesah nak teman.
Masa yg g Jumaat tu pun dia oke. Kuar ofis dlm kul 5.30ptg
Mujo tak jammed sgt. Salu Jumaat kan 'jammed baghdad' (bukan nama tpt). :P
Tak jammed pun.... setgh jam gak smpai situ.
Parking kat tpt biasa lah - hentian putra. Senang je dpt parking.
Yelah. Dah kol 6 ptg kot.
Memula naik tgkt atas. Kali ni takde apa sgt kat atas. Byk buku budak skola. Sasbadi seme tu lah. Pastu hok yg bebudak punya tu byk la. Grolier la apa tu seme. Pastu yg blaja BI tu. Aku rasa cam nak tape sesiap je suara bila dia tanya "ada anak kecik tak?". Sekali tu myDH jawab "belum lagi". Beria dia mintak maaf. Heh! Kuasa tau.
Tapi, takyah naik pun tkpe lah. Kat situ tak byk pun tpt2 jual novel. Tapi ada Fajar Pakeer. Aku mmg ada nak beli tang situ - Mr Sirap Bandung. Oh. Buku2 agama cam publisher Hidayah, Telaga Biru pun ada la atas ni. AKu singgah booth Hidayah since ada gak novel yg Hidayah tu jual sbb publisher dia tak participate. Mujo aku dpt tau dari FB derang. Aku beli Sesaat Cukup Bagiku. NB Kara pun ada kat atas. Luar pintu masuk je. Senang nak carik. Actually ada juga buku dari NB Kara ni masuk list, tp tah..cam taknak beli plak.
Oke lah. Pastu turun. Masuk Karangkraf le. Tpt wajib jugak walopun takde apa sgt nak beli. Cari novel Asam Pedas Untuk Dia. Apsal cam takde je. Malas plak nak tnya assisstant situ. Takpe lah. Jadi cuma beli buku Cendol Pulut Santan Lebih. Ini bukan novel. Tp bahan bacaan la. Aku suka baca tulisan Datuk Jalil Ali ni. Bersahaja je. Kadang kena batang idung. Santai dan selamba. Berus jamban pun masuk. Ala, dia ada tulis artikel kat majalah SDK kalo tak silap la. Rasa cam artikel tu la pun dia buku kan. Juga beli novel Kopi Ladyku since aku ada gak baca sinopsis cam bes. Huhu.
Dah settle Karangkraf, tgk map- carik Karya Seni and Jemari Seni. Feveret - JS tu kan. Maklum la Noor Suraya kan JS. Siap myDH tanya kat kaunter pertanyaan mana bilik Mawar (JS kat situ). Adoi. AKu pun naik kompius dah dgn lokasi dia. Masuk dulu Karya Seni - good, orang tak ramai. Mmg ada buku nak di cari di situ. Tapi eh..jap.. ada plak My Precious Iris ni - ada yg kata stok hari pertama tghari dah habis. Eh..eh..kena beli nih. Tambah plak tgk org sebelah aku amik 9 buah! Ha..ni misti orang kirim. Pastu siap tergolek2 buku tu. Nyaris tak kena kaki. Kalo kena kaki - harus cagu. Haha. Aku sbnrnya takde dlm list pun nak beli My Precious Iris nih. Tapi da seme kata bes..bes.. amik je lah. Haha. Kat sini beli 2 je. Iris tu ngan Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Dah petang - tenang la membeli. Masa masuk dlm tu, seme pompuan. MyDh je rilek sorang lelaki. Haha. Tapi takde la dpt t.tangan penulis cam rakan kita si Fahida Jelita. Eceh! Tu dari kul 8pg dia tunggu. Huhu.
Then baru gi kat Jemari Seni. Takde plak buku aku nak tu. Boleh dia kata hari ni tak bawak, esok baru ada. Ye lah kan..esoknya (Sabtu) Kak Su ada. Mungkin dia bawak utk Kak Su sign skali. Takpe lah. Da byk kali pun dpt sign Kak Su. Paling special yg ada perca kain ungu tu (Surat Ungu Untuk Nuha).
Dah habis. Round2 jugak ruang legar bawah tu. Booth kaki novel - cam nak amik buku yg rega 10ringgit. Tp takut tak bes sbb aku tak carik review buku2 tu. Kang sesia. Aku penah baca sekerat - rasa tak buleh masuk - mmg aku tak baca smpai sudah. Lantak la rugi pun. Lepas tu beli gak buku agama/motivasi. Rasa bersalah sbb asik beli novel ja. Oke, beli.
Settle sblm kul 7.30pm. See, sejam je kan (gmbr Instaplace kat atas tu di post masa dah kuar dr parking, siap ada time kan..) Masih sempat maghrib di rumah. Alah, rumah ngan PWTC kan sepelaung cuma. Pegi ptg camni bes. Orang pun tak ramai. Santai je pilih2. Takde rebut2. Kalo pegi weekend, pepagi pun dah sesak. Nak carik parking lagi. Dgn budak rombongan sekolah lagi. Ha.. ni dtg petang. Dapat la menghidu bau buku dengan tenang. Entah ek..masuk je dewan tu - bau buku baru - terus rasa cam dpt aura tenang. Haha. Aku bukan suka novel ja, tp aku mmg suka buku. Tp kalo nak amik signature penulis mmg kena dtg pagi2 lagi.
Hurm. Rasa cam nak pegi lagi.
Tapi kalo ari biasa dia tutup kul 7pm. Ari Jumaat, Sabtu, Ahad je dia ttp kul 9pm (Cuti 1 Mei pun rasanya tutup kul 9pm). Kalo ari biasa takut tak sempat lah. Rasa cam ada lagi je nak beli. Ari Jumaat dpn ni dah balik kg mengundi plak kan. Tgk la. Lusa ke cemana. MyDH kali ni very supportive. Cakap nak gi lagi, dia tanya bile?? Wah. Bes nih. (mmg la bes..sok nak tggu gaji..ko tau la parahnya.. dah la nak pakai duit byk bln dpn)
Stok buku yg belum baca. Yg belah kiri tu sedia ada (ada lagi 2 sebenarnya - kat ofis nih), 5 tu baru beli.
Mmg nak buat stok masa 'bercuti' lama nati. Hihi. Tu sbb kena tambah lagi kot. :P
p/s : seme tpt ada diskaun. Paling2 dia bagi 10%, ada juga yg bagi sama rata je - diskaun RM5 (Karyaseni). So, marilah kita menyesakkan diri lagi ke sana :)
8 comments:
Pergian yg sgt mendtgkan hasil tu ;)
Haha, kekda ni..
Jammed baghdad...
Saya paham muahaha! :)
rasa mcm best jer buku Cendol Pulut Santan Lebih tu.. nanti kalau ada input2 yg best dalam tu, kekda boleh share eh..
kekda memang rajin membaca.. bagus! teruskan yer kekda..
pergghh..perghhh..dan pergghh lagi...dasat la kekda!
saye pon pegi jgk smlm..mmg ramai org, tp seronok sgt sbb dpt borong novel byk..hehe..
Assalamualaikum. perghh kekda punya buku, mengancam jiwa ragaku kekda. hahahahha bestnya memborong buku2 :)
wah wah wahhh.. borong habis kekdaaaaaa....
NAD :
Pergi mmg ada benda nak beli. Sbb tu kejap je settle..
ZANA :
Bes la Zana..terkekek kekek akak ketawa. Huhu
SUE :
Takde dasat mana le Sue...minat kan.. :)
NURUSSAADAH :
Kalo weekend mmg ramai gilers. Berlanggar2 bahu..
SHIELA :
Apa lagi..sempat lagi nak pegi nih.
EIDA :
Tak habiss... byk lagi kat sana. Ihiks!
Post a Comment