Thursday, April 11, 2013

Hujan = Banjir = Jammed

kredit : Metro
kredit : Mstar

Hujan je banjir.
Banjir je hujan.
Dan paling bes. Hujan je jammed cam baghdaddd... (ha..jgn lak tanya "Kekda, baghdad tu apa? Haha.. akak pun tatau...tp cam sedap je nak sebut. Hahahai)

Yer saya.
Saya adalah salah sorang yg ter trapped dlm jammed smlm.
Kuar ofis 6.45pm. Sampai rumah 8.45pm.
Dgr azan Maghrib kat radio. Dan dgr azan Isyak jugak kat radio.
Aduh.... lenkali kalo camni, lewatkan trus balik. Balik pas Maghrib. Tak memasal betul.

Masa dgr radio Suria tu ada sorang caller tu dia kata dia kat Hway Batu 14 ke mana tah. Yg arah2 Kajang tu lah. 2 jam dah dia tak sampai2 lagi. Anak kat Taska tak amik lagi. Huhu.

Mmg ini la permasalahan yg sering terjadi. Ujan je jammed mmg gegila. Nak plak ujan menderu lebat tepat2 kul 5 ya. Lagipun aku ada keja urgent, so balik lewat skali. Skali kauuu... Jalan Tun Razak mmg tak bagi peluang langsung. Aku stuck dari Prince Court smpai nak ke Tabung Haji tu dkt nak sejam. Mula ingat nak lalu AKLEH. Oh. Mmg tak buleh. Sbb bawah terowong, mahupun selepas traffic lite dkt Ampang Park tu sgt la tak bergerak. Lari ke Jalan Ampang. Situ agak smooth. Cam terkujat jugak la sbb jalan Ampang ni jarang nak smooth. Oke. Takpe. Pastu amik jalan Jelatek, pun jammed, tp bergerak jugak la. Naik ke DUKE. Smpai kat DUKE, nak membayo kat TnG la nahas. Beratur lagi panjang. Disitu lah ceritanya smpai 2 jam. Buleh smpai Perak hoke. Dan kalo takde jammed segala kurang 20minit smpai rumah kalo aku  ikut DUKE tu. Haihh...

Malas nak cakap kenapa, kenapa.
Tepuk dada, tanya la perangai.
Aku tak kata pasal sistem saliran ke apa.
Buat la 10x SMART tunnel ke bijak tunnel ke, tp kalo minda kita tak smart tak payah la.

Takyah pikir jejauh, seme ni mesti sbb sampah tersumbat. Mesti punya.
Tgk je lah longkang kat memana pun. Botol air, plastik, pampers, pad itu ini seme humban dlm tu.

Tak kira tu, kat tetepi jalan raya. Aku salu tgk kalo jammed tu, mmg tetepi jalan, kat rumpur2 tu, kotor..memacam menda ada. Selipar pun ada. Tu kalo perati bebetul entah2 spender pun ada. Haa... geram dah tu.
Sama gak kalo pegi tempat2 berkelah ke. Sbb tu la jadi kencing tikus segala. Makan2 pastu sedap je longgok situ sisa2 dia. Biar je tggl kat situ. Ewah haii.. ada tong sampah, walo pun dah penuh, kumpul jugak la tetepi tu. Ini tidak. Biar je lah terselepuk kat tpt situ. Tu aku malas dah nak pegi picnic2 kat waterfall ke apa. Tak suka. Dah la tpt salin baju pun bau hancing pering. 

Mentaliti.

Ada yg begitu mudah buang sampah kut tingkap kereta.
Aku bersyukur sbb asben aku pun sgt displin bab ni. Dia mmg cam pantang la tgk org buang sampah. Kat memana lah. Bukan je dari dlm keta. Geram je dia tgk.

Takyah la nak kondem kerajaan ke apa ke yg buat sistem pengairan tak elok ke apa.
Perbetulkan lah dulu perangai kita ni.
Kenapa nak buang sampah merata.
Kenapa nak campak segala dalam longkang.
Geli tau tak. Geli sgt.
Dulu masa rumah lama, mmg kalo ujan lebat camni air naik tinggi. Paling tinggi dkt nak cecah lutut. Ko tahu betapa geli aku nak randuk air tu. Dah la aku ni penyakit tak bule kena air lopak2 camtu. Sure gatal punya satu, eh..dedua kaki. Bila da kering, ko tgk la apa yg berterabur. Botol air mineral, plastik. 

Entah. Malas nak kata lah.
Kalo nak jadi negara kelas pertama. Minda pun kena kelas pertama.

Dah. Aku menulis cam nak kempen pilihanraya plak.
Hahahai.

(P/S : Nad.. walo akak ni tak pandai sgt pasal nama tpt dan amik geografi smpai form 3 ja, tp akak tau Baghdad nama tempat.. cuma kalo digabungkan menjadi "Jammed Baghdad" apa jadi?? Haha.. Comel Nad ni tau..bagi tau Baghdad tu apa plak.. hahaha)

20 comments:

Sheila Salim said...

Asalamualaikum kekda. sheila taktahu pun semalam banjir besar kat KL tu. Kesiannya stuck jammed banyak kali. bersabar ye kekda. tapi mmg wajib mentaliti kena ubah lah kan...

myfara FLK said...

saya pangkah kekda utk bertanding..kikikiki..

Anum said...

kl nie dah biasa kan hujan lebat banjir

iduraz said...

betul sis, mentaliti kita sendiri sebenarya..takleh nk salahskan sistem sume tuh..hukhuk.samalah kita amik iktibar

CIK PUAN TIPAH said...

semalam mmg balik keje lps maghrib. mmg dah tau..kalau ujan lebat sesangat utk tempoh yg lama..for sure jalan di lembah klang ni semua akan stuck.

Dr PJ ke Shah Alam yang tak sampai sekangkang kera pun boleh jem 2 3 jam nak smpi..redho saje la..

Masya said...

sy dgr kat radio pg td mmg teruk banjir kat raja chulan pun yyer... azabnyalah hai...

suwara entertainment said...

KL banjir sana sini. mujur semlm sue kuar office awal. kalau tak, mmg sangkut kt dpn mahkamah jln duta tu. situ air selalu naik. tu pun stuck kt trafik lite hampir 1 jam. fuhhhh..keluar kul 5.15pm sampai rumah 6.35pm. nasib baik sempat amik c kakak balik sekolah

Z.U.E said...

jangan kata sampah.. mayat pun timbul kek da.. hikhikhik! tadi pagi ade mayat dijumpai di sungai kajang! seriau plak degau!

::EIDA:: said...

Ida kan kekda, sbb hujan tengah lebat,tunggu kejap nak biarkan renyai sikit tapi dah pukul 7pm, tak reda reda. terpaksa redah jugakk. basah lencunnnnn sampai umah . kul 8pm gitu. naik kete ke naik moto ke. asal hujan, jem, parahhhhhhhh.. huuu~

♥cikmOt♥ said...

memang lebat giler ujan petang semalam...anak saya sampai menangis terkejutkan petir..selalu tak pun

sweet tooth said...

Padan la lengang je jln sg besi arah selatan... Sure sbb ramai yg stuck coz banjir. Sgt setuju dgn pn stoberi.... X paham kenapa la susah sgt nk jaga kebersihan. Kalo lalu jambatan between dayabumi n cm, mmg bleh pening ngan bau2an yg x semenggah tu... Malu kt pelancong...

aitotyati said...

Betul tu kekda. Xkanla sampah tu berjln masuk longkang plak kan?
Takyah tunggu hujn lbt kekda, tgk je klu lps tamat psr mlm, berlonggok2 sampah yg ditinggal.
Mmgla ade tkg sapu tp spe salahnya ikat elok2 smph tu

Carmello said...

Haah. Betul tu kakreen. saya pun geram je tengok orang selamba dia je buang sampah keluar keta. apalah salahnya kalau tunggu benti nanti.

nad said...

Baghdad tu ibu negara iraq kakakku sayang :)

Itu la kan..
Warga key ell ni dah trauma fobia dan sewaktu dgn nya dgn hujan lebat huhu

Chekgu Azrine said...

undi puan stoberi:-!!!!

puanstoberi said...

SHEILA :
Ala.. KL ni kalo ujan ni begini lah ubat dia

MYFARA :
Tengkiuuu...

HANUM :
Entah.. sabo je lerr...

puanstoberi said...

IDURAZ :
Kaan...takyah tunding sana sini lah..tunding diri sendiri dulu.

CIKPUANTIPAH :
TU lah..igt sempat..skali lama btul stuck. giler btol!

MASYA :
HA..tu la pasal..air mengalir cam sungai..

puanstoberi said...

SUE :
Kalo masuk pusat bandar mmg stuck.

ZUE :
Kann?? Giler btol


EIDA :
A ah..kalo ujan, moto pun tak bule nak jalan.

puanstoberi said...

CIKMOT :
MAsa ujan lebat tu akak kat ofis. da reda baru balik.skali stuck jugakkk...


SWEETTOOTH :
a ah..mmg arah ke sg besi lengang sket. pelik juga kami.. tp jln ampang tu..hadoiiii...pitammmm

AI :
Kan...mmg takde kesedaran sivik mereka nih. Geram!

puanstoberi said...

CARMELLO :
Tu lah..bengap je buang camtu. Letak dulu la dlm keta. Keta nak bersih, tepi jalan taknak bagi bersih. terpehapa.

NAD :
Yer...


AZRINE :
-_-"