Thursday, April 25, 2013

Good Bye Celcom!


Akhirnya.
Semalam duk sesebuk tanya hal ni kat FB.
Nak switch line.
Aku dah lama guna line celcom. Dalam tahun 2005 camtu la. Sbb rasa cam leceh je ah nak topap topap nih. Huhu. Lagipun, kang nak call mak ke apa ke dah terputus kalo prepaid dah abis / tamat tempoh. Leceh! So, pakai postpaid.

Tapi dalam tahun tu manade lagi data plan ke apa. Yg ada voice plan je. Aku amik pakej RM50 - yg ada free utk call 250 minit dan 20 SMS. Yes, masa bercinta, mmg aku rasa plan ni berbaloi lah. On d phone pun selalu. Tp skrg, what for? Ofis pun dah sama, kat rumah takkan ko nak ber talipon lagi. Nak nak aku dah ada 2nd number. 

Kiralah berapa tahun aku dah setia ngan Celcom ni. Hampir 10 tahun gak la. Tapi kan, sykt2 Telco ni tak pernah terpikir tentang "Customer Loyalty" yer? Katalah seseorang pengguna ni dah guna smpai 1 tahun, apa salahnya bagi free voucher tgk wayang ke, pastu tahun ke 2 dapat voucher KFC ke dan makin lama makin tinggi voucher dia. Tanda menghargai kesetiaan kan.  Ada la konon dia bagi reward harijadi - percuma SMS rebate katanya. Alahai. Aku dpt tu ari, bulan 12 tak smpai 10sen hoke rebat tu. Mungkin derang rasa kalo bagi2 voucher ni derang akan mengalami kerugian. Oke, takpe lah. Takde hal lah. Taknak buat pun takpe. Tapi dalam 10 thn berapa byk la derang dah untung utk seorang pengguna. Dah la kalo kad rosak pun kita kena tanggung. Walau pun bukan salah kita. Hurm.

Tapi, aku malas nak pikir sgt. Aku terus guna sbb cam rasa leceh je nak pegi tukar2 atau downgrade plan. Tapi makin lama aku pikir, aku bayar buta2 je 50 tu. Tambah aku dah ada 2nd line. Mmg tak smpai 250minit dah aku buat call. Aku call pun call mak. Pastu orang lain, manade call smpai berminit2 kan. Nak terminate - sayang nombor nih. Lelebih lagi empat digit blkg tu adalah no family kiterang. Seme guna nombor tu. Dan nombor tu adalah sama ngan no plat keta aku juga plat keta arwah ayah aku dulu.

So, semalam, lepas aku tgk2 plan kat web dia, aku call Celcom. Aku tanya lah cemna aku nak upgrade kan skali dgn data plan. Paling murah pun data plan is - RM68, voice plan paling murah - RM40. Since aku dah guna pakej lama ni, dia cam tak galakkan aku amik data plan tu. Sbb dia kata aku ni dah ada free call lah apa lah. So, dia sajes maintain yg lama, dan tambah plan utk mobile internet. Buleh pilih  lah. Mlite, MBasic etc. etc. . Katalah MLite tu - paling murah - RM28. Tp aku kena tambah dgn pakej yg aku guna skrg. Yang RM50 tu. So, ko kiralah berapa tu. RM50+RM28 = RM78. Yg hanya dpt 300MB. Pastu dgn tax segala bala, dkt nak 100 aku bayar. Hohohohotak dia! :P

Itu tak kira bil yg dia antar dia caj RM5 (bil terperinci RM3 + printed bil RM2). Aku dah lama try nak buat online bil, tp entah kenapa susah sgt. Semalam pun masa call, aku suruh org tu buatkan. Pun tak mau log in gak. Entah apa hal masalah aku pun tak tahu. Kuasa ah aku nak call2 balik. Susah2 ni mmg aku malas. Bertambah lagi reason utk amik keputusan tukar line lain. Nyampah je. Umobile tu mudah je, takde register2 nih. Dia antar terus kat emel je. Apa lah susah2. Pelik  btol.

Jadi, aku pikir2, tgk yg lain. Aku cam nak pilih DG. And MAXIS pun oke, ada RM28/mth. DG mmg laki aku pakai skang. Dia amik yg basic je pun. Dia bukan pakai internet sgt. Just nak idupkan je smakfon tu. Haha. Jadi la buat w.app ngan wechat kan. Kebetulan smlm dia nak bayar bil, aku terus tanya la kat DG. Oh. Rupanya buleh buat supplementary line which is line atas nama asben aku lah. Dan bayaran serendah RM28 - dpt berapa MB ah..lupa..600MB kot. Aku tak kesah berapa byk kuota data tu sbb aku ada 2nd line pun (5GB). Aku just nak guna tu utk idupkan smakfon aku ja. Takkan ada smakfon, pastu guna utk call je kan. Haha. Ini bermakna say babai jugak to Incik Korbi. Lama dah beliau berjasa. Sejak tahun 2009 ke 2010 tah. Takde meragam apa pun Incik Korbi nih. Takpe.. biar dia berehat dulu.

Oh, bila kita amik supplemen line nih, call antara aku dgn asben nati free. Haha. Bes tu. Tapi cam la salu sgt nak call kan. Haha. Kalo dulu masa bercinta ada pakej2 camni kan bes. Dulu kemain mahal lagi. Lagi dulu tu lagi lah...tgh malam baru dpt murah. Aiyark!

Akhirnya itu lah keputusannya. Kesetiaan hampir 10 tahun terbubar jugak. Tu lah, next time consider lah jugak tentang kesetiaan customer nih, lelebih lagi bila kita dah boleh switch2 line tanpa buang nombor lama. Ari tu aku dah terminate broadband Celcom yg lembap tu (ye lah..tgk je lah gmbar kat Menara dia tu - gmbr gajah naik tangga. Haha. Aku pun pelik cemna dia buleh guna gajah sbg maskot. Naik tangga pulak tu. Buleh bayangkan apa terjadi kalo gajah naik tangga? Ha..begitu lah simboliknya pada line broadband dia. Haha. Jangan mare ah Celcom... )

Babai Celcom, welcome Digi. Utk yg ada no 019 aku, nenati bila aku dah donlod w.app and we chat, kita buleh guna itu jugak ya. Skang tak buleh donlod, abis kang kuota internet aku. Huhu. Tggu balik kg nati. Guna wifi kat umah je nati utk donlod segala game kegemaran, instagram, we chat segala tu.

Oh ya. Bila kita nak switch telco line - utk Digi lah, lelain aku tatau - dia akan registerkan nama kita - dlm pada tu dia bagi kad prepaid ngan postpaid - bila line lama dah tak aktif - masukkan kad prepaid - dlm tu ada 10 ringgit - pastu nati dia akan aktifkan line postpaid pulak - boleh guna yg postpaid tu bila line prepaid tu dah tak aktif - begitu lah.

Hoho. Berjela rupanya. Takpe lah. Biar terang2 cerita, takde la asik nak tanya2 ke laki aku lagi kan. Kuikuikuikuiii... 

Tata!

p/s : Buntu nak pilih plan mana? Korang buleh masuk web ini - http://www.consumerinfo.my/Mobile-Phones/Mobile-Plan-Recommender.aspx 
Dia akan bantu rekomen mana plan sesuai dgn penggunaan kita :)

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

akhirnya
dg menjadi pilihan :)

Sue-Rya Qistina said...

saya dan hubby mmg pengguna setia DIGI tapi yg prepaid la. murah pun murah even kalau kita call no selain dari no digi. pastu setiap kali topup, akan dpt reward (free sms/call Digi-Digi). kira ok la tu kan

iera 11 said...

akhirnya akak tuka line gak..
sy pn agak fedup jgk dgn line celcom nie..rase cm nk tuka umobile aje..

::EIDA:: said...

line celcom problem habis semalam! bengangnyeeeeeeeee.. ida guna yang RM68 tu. Tapi bulan2 ida bayar 120++ sebab kaki call cust.. hahahahha

PUANSTOBERI said...

HANUM :
DG la pilihanna.

SUE :
Prepaid ni runsing sbb kena topap..malas..huhu


IERA :
A ah..tukar je.. mahal beno. Umobile oke..tp cuba masuk web cfm tu kalo nak comparison.


EIDA :
Eida patut guna yg cam akak tu. Free RM50 sbb buleh call free. Kalo yg data plan tu dia untung kat data je, dia tarik balik kat voice..

Tuan Juhaida said...

hehe akhirnya dah buat pilihan. biasalah depa ni byk terms n condition hehe

AiTotYati Mat said...

yesza welcome to the club kekda.
kami suami isteri pakai digi dah lama dari 2007. Ai supplimentary line tapi tiap2 bulan bil Ai yang bayar sebab.......


sebab walau Ai supp line tapi bila bil sampai Ai punye bil yang lebih banyak. so sebagai denda sape yg pakai banyak dialah yg kena bayar bil tepon pada bulan itu. hihiih

maria firdz said...

Masih setia dgn celcom..pnh pkai yg lain tpi byk plak mslhnya... Hehe...