Tuesday, April 30, 2013

Edisi Movie @ Fox : Hunger Games

Uols mesti tau dah citer ni kan.
Thn lps lagi dah release kat wayang.
Aku je baru berkesempatan nak tgk. Kat Fox weekend tu hari. Katanya premier - mean baru tayang kat tv lah kan. Entah la. Kut dah pernah tayang. Tak kesah lah.

Tapi bes citer tu. Walo rasa cam eh..kenapa la buat citer camni.
Kenapa la buat citer yg kejam giler camni.

Sapa yg dah tgk mungkin dah tau movie tentang apa.
Dia mengisahkan sepasang anak muda (lelaki dan perempuan)  yg dipilih dari daerah memasing utk dijadikan peserta rancangan Realiti TV bertajuk Hunger Games.
Games ni giler sket lah. Hanya ada seorang pemenang. Yang lain kena mati!

Semuanya ada 24 peserta dari 12 daerah.
So,"anchor" cerita ni pasangan dari daerah 12. Katnis Everdeen n Peeta Mellark.
Yg Katniss ni sebenarnya bukan dia yg terpilih. Tp adik dia. Tp sbb dia sayang sgt kat adik dia, dia yg volunteer ganti adik dia. 

Sblm games ni bermula derang dikumpulkan kat satu tpt utk berlatih2 dulu.
Katnis ni handal memanah. Itu lah kelebihan dia.


Jadi, bila dah smpai masa games ni, peserta ni seme dihantar ke dalam hutan.
Awal2 lagi dah ramai yg terbunuh.
Dlm hutan ni - yg sebenarnya hutan tu diprogramkan oleh sepasukan apa err... cam programmer lah. Nak pokok, buat pokok... nak binatang buas, buat binatang. Nak api, bagi terbako buat api. Gitu lah. Kira nya cam teknologi masa depan lah.
Dan orang2 lain kat daerah derang buleh tgk live kat skrin cemna peserta yg mewakili daerah derang survive dlm hutan tu.

Sepanjang aku tgk citer ni, mmg cemas je. Nak lipat kain pun tak buleh. Kena tgk je. Kan Fox takde iklan kan. Nak gi toilet pun, sanggup tangguh. Yer, mmg la buleh pause, tp takpe... nak tgk jugak. Bes!

Last last tu, biasalah mesti la watak utama menang. Kononnya dkt2 nak last tu derang tukar peraturan. Dari seorang je pemenang, boleh ada 2  pemenang which is mesti couple dari daerah yg sama. So, Katnis carik la kawan dia Peeta tu. Mujo idup lagi Peeta tu. Dah macam bercinta plak derang ni walhal Katnis ni da ada boipren. Tup2 bila dah betul2 tinggal 2 orang, buleh lak penganjur batalkan peraturan utk menang 2 orang. Sorang je buleh menang. Dah tu cemana? Katniss kata dari kena berbunuh2 lebih baik dedua mati. Derang terus nak telan buah beracun, tp akhirnya penganjur kata takpe. Buleh ada 2 pemenang. So, mereka lah pemenang.



Mmg kita akan rasa ini giler punya movie. Mustahil ada games camtu. Kejam btul. Nak kena berbunuh2 plak pasal? Apa yg cuba disampaikan? 

Tapi, ko carik la maksud tersirat dia. Di tambah plak dengan keadaan negara kita yg tgh hangat nak ber PRU ni kan. Mmg sesuai sgt ditonton.

Macam dalam citer ni, ada 2 orang dari daerah yg sama, tp hanya ada satu pemenang. Walopun kita ni kawan, tp kita akan 'makan' juga kawan kita tu. Kita sanggup jadi cam pembelot utk menumbangkan kawan kita, walopun terpaksa bersekongkol dengan lawan kita!

Pastu sebenarnya peserta ni juga diperalatkan. Hanya dengan kebijaksanaan dan sikap tidak cepat mengalah kita je yg akan membuat kita menang. Biarpun diuji, biarpun diduga, sentiasa pikir positif. Sentiasa pikir kita boleh menempuh segala rintangan. Juga, kita ni kena ber perasaan jugak. Bukan sekadar nak menang je.

Jadi, citer ni mmg bukan citer ringan. Dan kalo nak tgk sekadar hiburan, mmg bukan cerita dia lah. Aku naik syok plak tgk. Rupanya dia novel yer. Mesti bes kan? Sapa dah baca? Nak beli sure mahal tuh. Dan nati ujung thn ni akan ada sequel dia - The Hunger Games : Catching Fire. Bulan 11. Mungkin masuk Msia dalam bulan 12 kot camtu. Nak tgk lah. Kalo ada 3D lagi bes nih kot.

Pastu tahun 2015 - Hunger Games : Mockingjay

p/s : Isnin-6 May-premiere The Odd Life Of Timothy Green. Yg ni pun nak tgk. Sbb tu ari ada kuar kat Astro Best, tp tak beli lah. Skang dah kuar pun (tp tak igt samada kat Fox ke HBO tah). Kena tgk. Kena. Wajib. Sbb dia mengenai childless couple. 

6 comments:

suwara entertainment said...

huhuhu..x pernah tgk pun sbb xde astro.

ekinashikin said...

sya pon baru tgk..beli dvd x dpt bukak mls nk g tukar kat kedai..taraa..da kuar kat tv..hihi

Nory Zoulkefle said...

best ke? nak tengoklah nnt...

hanidatul shatira said...

citer ni memang best !!!!! gile tak tenteram..rasa cuak je bila ade kene bunuh...tapi mmg besttttt

ilya&fahmy said...

Wajib tgk tuh The Odd Life of Timothy Green. Sedihhhh :(

puanstoberi said...

SUE :
Takde takpe..bila dah ada kena tgk sbb rugi bayo..kuikuikui :D


EKIN :
Ah..akak pun salu gitu, donlod ke apa,mmg tak tertgk..tggu kat tv je lah.


NORY :
sapa suka citer sains fiksyen oke la kut suka. Huhu


HANI :
Kan..penuh dengan suspen. Tak sabar nak tggu yg no.2 bulan november nati. hihi


YAYA :
Smlm tgk, tp sekerat. bila lah ada lagi nih.