Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Friday, September 20, 2013

Edisi Motivasi Petang : Move It...!!!!

Kah kah kah.
Sebelum berakhirnya Jumaat yg indah permai nih.
Nah.. kita share bersama.

Instarepost dari instagram kevinzahri.
Ailoike. Very.
"its your ass. you move it"

Hahahai..tercapai juga apa yg aku nak sampaikan.
Kalau cakap terus kang, terasa pula.

Hahahahai. Babai.. selamat berujung minggu kawan kawan.

Edisi Renungan Jumaat : Jangan Ada Hasad Dengki

kredit : Here

Friday, September 6, 2013

Kata Inspirasi Dari Mereka



****
Bz. Seminggu ni sebenarnya settle kan utk pre-meeting Jkuasa Tatatertib.
Pagi tadi settle dah meeting tu. Tp tak abis lagi. Lps pre mesti lah ada meeting yg betul plak. Melibatkan orang Kementerian.
Fuh... *lap peluh*
Kalo ada kes tatatertib high profile oke la jugak. Ini... alahaiii...
Apa pun, kalo mereka ni tak buat kes, takde kerja pula kite kan.
Baidewey, budak muda skrg tak kesah ek kalo nak diambil tindakan tatatertib. Selambeeee jeeee.... Eiii... Geram btul aku rasa. Hey! Kau tahu tak kat luar sana berlambak orang merintih2 nak kerja kerajaan, kau ni bila dah dapat peluang ikut suka kau je kan. Tak reti dah aku nak ertikan apa lagi kehendak bebudak nih. Eiii..eiii....

Friday, August 2, 2013

Good Vibes, Positive Energy [Khas Utk TTC'ian]


Apakah ia? 
Mari tgk def by Your Dictionary

Vibes are the emotional signals a person gives out to those around them with their body language and social interactions.

(noun)
An example of good vibes is a happy person smiling and having a positive effect on those around them.

Lihat saja example yang diberikan tu. Happy person smiling and having a positive effect on those around them. Bila kita menyebarkan emosi positif, orang sekeliling juga akan terima tempias nya.

Ya, kita kena banyakkan positive energy dalam diri kita. Perlu. Esp yg selalu terbeban dengan masalah, yg selalu merasakan diri ada kekurangan berbanding orang lain.
Jumpa satu artikel yang bagus. Yang boleh diaplikasikan. Esp pada TTC'ian yg rasa pilu nak berhari raya. Usah gundah gulana, usah gusar. Apa yang penting kita sebarkan positive vibes, positive energy. Senyum. Dan jangan pikir orang lain akan bertanya perihal anak. Senyum. Jika belum pernah mencuba, mari kita cuba sama-sama. Hari raya ini lah paling sesuai utk kita ber eksperimentasi dengan positive vibes ini. Ayuhh..!


We are magnets.  When we emit positive energy (thoughts, feelings, and vibrations), we attract more positives to us.

Bueno!  Life, she is good!

Mangia!  Mangia!

When we dwell on the negatives, we attract negatives ~ sapping our energy and strength in the process.

If you’re tired of living under a perpetual rain cloud, keep reading! 

Yes, Eeyore, you too!

If we want to attract heath, wellness, and vitality to ourselves, we must stop circulating (and re-circulating) toxic, negative thoughts and feelings.

Here are 10 Ways to Attract Positive Energy into your life, while boosting your immune system, curing dis-ease, and counter-balancing daily stress:

1.  Love and accept yourself as you are right now.  Start a list to remind yourself of all your wonderful qualities.  Add to it every day.

E.g.,  I am the most positive person I know.

2.  Free yourself from past resentments and disappointments about who you were yesterday.  Stop engaging in self-blame and guilt for past acts and omissions.  Today is the first day of the rest of your life.  Revel in it.

As Scrooge announced on Christmas morn, “I am not the man I was!”

3.  Let go of any and all resentment you’re hanging onto about everyone and everything else.  Stop looking for reasons to criticize and blame others for their acts and omissions.  Let go of your desire to control others.

The past is gone.  It is what it is, and cannot be changed.  Let it go. 

4.  Stop giving your power away.  Use your time, energy, and vitality wisely.  Every time you choose to focus on a negative, you are depleting your reserves rather than re-charging your batteries.

Focus on circulating and re-circulating positive, life-affirming ideas. 

5.  Use creative visualization and your imagination to your advantage, not your detriment.  Instead of picturing worst case scenarios, see things as you want them to be.  Visualize yourself doing things in a state of perfect health. 

Visualize ideal outcomes and happy endings, not dire consequences.
(yg ni paling bagus utk diaplikasikan. Instead of, kita risau orang bertanya bila..bila.. kita pikirkan yg orang akan mendoakan kita utk dapat anak. Insyaallah.. itu lah yg akan berlaku. Kita ni kadang terlalu risau orang bertanya, sbb tu lah soalan tu juga yg keluar. Rilek rilek saja.. rilek sister..sister rilek)

 6.  Do not speak of your illness, or dis-ease with others.  The more attention you place on what you don’t want in your life, the more energy it absorbs.   Remove your attention from your dis-ease.  Put your focus and attention on the things in your life that make you feel good.

Starve your illness and dis-ease by refusing to dwell on them.

7.  Love is the antidote to fear.  If you appreciate the many blessings in your life, and express gratitude for anything and everything, you begin to flow in  a healing bath (rather than languishing in toxins).  Develop an attitude of gratitude by making a list of all the things you are grateful for, including  increased health and vitality.

Be grateful for the health and well-being coming your way.
(Betul. Instead of berfikir dan terus berfikir kenapa kita diuji, baik lah kita mensyukuri nikmat nikmat yg telah diberikan oleh Allah. Banyak. Terlalu banyak. Tapi kenapa pintu yg tertutup itu juga yang asyik kita pikirkan)

8.  Recognize that you have the power to heal yourself.  That healing power flows from the thoughts you think.  Allow positive thoughts to circulate, eliminating stress and boosting your immune system.

There is no such thing as incurable.  Miracles abound.

9.  Be happy.  Appreciate this moment.  Resist nothing.  Love yourself and others.  Be  grateful for small blessings.  Make happiness your number one  priority.  When you remain positive, you summon well-being, and vanquish  illness and dis-ease.

When we exist in a state of happiness, we boost our immune systems and allow our bodies to use energy reserves for healing.  
(Gembira! Ceria! Jangan bermuram durja. Jangan pikir, alah..takmo lah pegi rumah makcik XX nati mesti dia tanya pasal anak. Takmo lah jumpa si XX sbb dia ada anak, aku takde. Padahal dia kawen selepas aku. Jangan pikir tu semua. Be happy. Hargai apa yg kita ada instead of berlara mengenangkan yg tiada (atau belum ada) )

10.  Laugh!  Laugh again!  Watch funny movies and recall memories that make you laugh.  Once you access the joy within, let it expand to fill your entire being, crowding out illness and dis-ease.

Laugh your way back to health.

These strategies work, but you must remember to apply them in your life.  Not once, not twice . . . EVERY DAY!

They won’t work if you give up, collapse into a heap, revert back to your previous negativity, while whining, It’s too hard.

Of course it’s hard.  But it’s worth it . . . after all, your health, vitality, and freedom are at stake.

Master your thoughts, master your life.

Aah . . . that’s better!

p/s : terkadang, mmg kita akan rasa sedih.. itu normal (esp time PMS kan), sesekali takpe.. cuma jgn menyebarkan vibes negative terlalu awal. Sebenarnya kita lah yang menentukan persekitaran kita. 

***Entry ini diinspirasikan jua dari entry latest blogger femes kita, Hanis Zalikha

Friday, June 28, 2013

Syukur : Jangan Kufur Nikmat

Syukur.
Setiap apa yg kita ada, apa yg kita dapat, syukur.

Dapat sedikit syukur, dapat banyak, rezeki, Alhamdulillah.
Bukan bercakap perihal orang lain. Tapi utk diri sendiri. Sebagai contoh, orang tanya 'kerja apa?'. Kadang dijawab 'kerja kerajaan je'. The point is, word 'je' tu. Kadang kita nak menggambarkan yg konon kita ni merendah diri lah dgn word 'je' tu kan. Apa sgt kerja kerajaan ni kan. Beribu malah beratus ribu yg kerja kerajaan, so, kita pun letak la word 'je'.
Tapi bila kita bercakap orang yg mungkin takde kerja lagi, mungkin dengan orang yg nak sangat kerja kerajaan, dah cuba berpuluh kali, isi borang spa segala, tp takde rezeki lagi mungkin word 'je' pada dia dianggap macam tak bersyukur pulak kan. Orang susah2 nak dapat kerja kerajaan, dia boleh kata 'je'. Ha. Begitu lah konsepnya.

Ye lah, kita tak sedar kan. Terkadang, diberikan rezeki sesuatu, tanpa sedar mengatakan "dapat 2 je.. kenapa tak 3,4, 10". Itu lah dia, baik lah sedikit dari takde langsung. Atau pun cam tu hari, masa jerebu, balik kerja, dalam keta, hujan turun, tp tgk keadaan masih lagi jerebu. Tak sedar je mulut aku ni tercakap 'eh, hujan pun jerebu lagi'. Tp cepat2 Istigfar. Apa ke tak bersyukur aku ni. At least Allah bagi hujan. Dari takde langsung. Org yg kat Muar, Ledang tu lagi la terpaksa menghadapi jerebu yg teruk dari di KL nih. Smpai IPU 700.  Selalu terlupa pasal tu. Aku tak cakap orang lain. Ini berkenaan diri sendiri. Muhasabah diri sendiri. Buat apa nak cakap pasal orang lain kalo diri sendiri pun byk khilafnya.

Semalam pun Ehwal Islam topik dia bersyukur. Mmg kena bersyukur dengan apa yg kita perolehi. Takde rezeki anak, tp syukur ada juga rezeki yg lain.

Mungkin orang yg rasa sentiasa tak cukup dengan apa yg ada ni dari orang yg selalu dapat tanpa meminta. Maknanya, ada kehidupan yg sempurna. Tapi tu lah.... Kesenangan ni pun salah satu ujian juga. Jangan sampai kufur nikmat.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu mema’lumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." - Surah Ibrahim, Ayat ke7

Selalu dikatakan org yg memandang half empty adalah pesimis dan half full adalah optimis (buleh baca detail kat sini).
Tapi apa yg dituliskan atas tu sgt menarik. Ini bukan berkaitan gelas separuh penuh ke atau pun gelas separuh kosong. 
Yang penting syukur - at least kita ada gelas, dan ada sesuatu di dalam nya. Ada orang langsung takde gelas. Ada orang ada gelas tapi kosong. 


Jadi, syukur.. 

Insyaallah...

Friday, June 21, 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita

Memang tajuk tu tajuk buku pun.

Buku tulisan ustaz Kazim Elias.
Lama dah beli. Masa Pesta Buku 1Malaysia bulan Februari tu ari lagi.
Tapi nk menghabiskan.... amboi aih... payah sgt aih.
Kalo novel tu, sehari boleh abis kan.

Eh. Sebut pasal novel, da lama aku tak post entry pasal novel ya.
Hurm. Aku stuck kat satu novel ni.
Rupanya kalau tebal sgt aku jadi bosan plak nak baca.
Jadi, stuck. Lps tu trus rasa malas. Tggu la bebila sambung.
Dpt cuti 3bln plak ke nanti. Eh? Manade cuti 3 bln. 2 bln ja. Hihi. Tp tu entah bila la kan.

Oke, lupakan perihal novel.
Akhinya habis juga aku baca. At least, ada juga buku ilmiah yg aku baca semasa m.c ni.
Sungguh, tenang je jiwa bila baca.

Pada siapa yg dah beli, tp tak baca lagi, cepat2 baca. Mmg bes.
Kadang2 ada lawak juga. Cam yg dalam rancangan Kalau Dah Jodoh tu la.



Wednesday, April 17, 2013

Positif Dan Maafkan Beliau

Yang aku pos kat Instagram 2 hari lepas.
Pikir balik. Betul ke tidok?
Kita ni, kalo pikir negatif, negatif lah ia.
Kalo pikir positif, positif lah halanya.

Oleh itu, marilah kita sentiasa positifkan minda kita.
Tak cakap orang lain, cakap untuk diri sendiri ja.
Mmg terkadang susah wo nak kontrol minda utk jadi positif.

Tengah drive, ada kereta tak bagi signal nak masuk simpang. Nyaris tak tercium bontot keretanya. Haih.  Terus rasa nak marah. Eh. Jangan begitu. Pikir positif. Mungkin dia ada kecemasan. Mungkin juga dia TAK tahu dlm kereta dia ada satu komponen yg boleh dijadikan signal. Dan mungkin juga dia mmg bengap bengong dan bongok. Tkpe, walopun maki, tetap pikir positif dan lepas tu maafkan beliau. Mesti lega.

Tengah nak beli barang, SA kedai layan acuh tak acuh. Muka masam mencuka cam limau purut. Takpe. Pikir positif. Kalo perempuan mungkin tgh sakit senggugut. Atau kalo lelaki mungkin tengah bergaduh dgn gilfriend. Takpe. Pikir positif dan maafkan beliau. Terus kan beli dan hadiahkan dia senyuman dan ucapan terima kasih.

Di dalam facebook, tgk org komen begitu begini. Tak perlu nak "elllehh...." kan beliau. Jangan duk kata "cam la bagus2 sgt". Pikir kan positif. 

Di tpt kerja, bos bagi kerja yg mana kita rasa eh, ni bukan kerja aku patutnya. Tak mengapa. Terima. Pikir positif. Mungkin ini akan jadikan lebih 'versatile' dalam kerja. Seme kerja pun jadi tahu lepas ni. Tidak la ter tonggok dgn satu2 kerja sahaja.

Kalo terima emel orang mengadu itu ini, tak perlu nak rasa gusar dan resah. Pikir positif. Eh! Cam tuju kat diri sendiri plak nih. Hahaha.... Adoiii...doi..doii....  *haaa.... utk someone - ai tau u baca ni kak dan apa yg u pikirkan.. takpe... ai ni pikir positif je kak apa org nak cakap walo rasa cam touching gak la *

Kesimpulannya, pikir positif. Mmg sukar. Aku pun sendiri sama. Terutama bab anak kan. Tapi, sesekali cuba lah. Kadang tu, aku tgk ada some words pada orang lain macam sensitif, tp pada aku biasa je kot menda ni - bila aku take it positive way. And vice versa.

Bila kita berpikiran positif, kita akan dijauhkan rasa prasangka, rasa iri, rasa 'nanti orang ingat', rasa agaknya, rasa kot dan seme yang negatif lah. Lagi pikir negatif, lagi berprasangka, lagi lah menimbulkan sengketa. Kalo ada rasa macam nak negatif, selesaikan dgn cara baik dan kalau buleh jangan lagi mengusutkan keadaan dengan saling tuduh menuduh. Takkan selesai. Tak kemana pun. Apa pun. Magic word is - maafkan beliau.


Yang penting, setiap kali menarik nafas, perlu ingat, setiap perbuatan dan tanggungjawab kita bukan hanya dikira di sini. Tapi setiap amalan, perbuatan, tanggungjawab adalah untuk dikira 'di sana' kelak. Perbuatan yang baik akan menerima ganjaran yang baik. Insyaallah. Mudah-mudahan.


p/s : Tp nak positif dgn orang telemarketing - errr... tu agak susah la. Tp I'll try...

kredit : Here
**Do follow FB Dr Muhaya - byk kata2 positif yg boleh kita ambil dan amalkan bersama. 

Friday, April 5, 2013

Bersyukur Dengan Kekurangan


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, 7)

Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.

Tapi... bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.

Sedarkah kita... beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

Fiman Allah SWT:

"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:

"After every storm there is a rainbow."
Selepas setiap guruh, adanya pelangi.

Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.

Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.

Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Renung-renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

Kredit Artikel : Iluvislam

Friday, January 11, 2013

Never Give-up


Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.
Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Lawan Perasaan Putus Asa

Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus asa.
Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.


Dilihat sepertinya aku berputus asa sekiranya aku mengambil keputusan ini. Tp serius... satu waktu mmg aku pernah rasa 'give up' tapi, sekarang walo dilihat seakan berputus asa, tp ini bukanlah penyebabnya. Aku bukan berputus asa. Give up tu mmg jarang ada dlm hidup aku. 

Entah. Diri aku, aku tahu. Aku tak give up. Aku tak lemah. Cuma, aku tahu kemampuan diri. Aku tak suka berbuat sesuatu utk end-result yg sekadar cukup cukup makan saja kata orang tu. Sekadar buat kerana orang lain juga buat. Buat sesuatu yang menyusahkan banyak pihak. Buat sesuatu yg akhirnya menyusahkan aku juga.

Aku masih ber-motivate utk itu. Aku masih punya semangat utk itu. Tak pernah padam. Tp kemampuan dan keperluan lain mengatasi semangat yg satu. Banyak yg lain perlu diberi perhatian.

Kemampuan aku pada masa ini adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian aku pada kerja dan juga sepenuh perhatian pada emak yg sakit juga sepenuh perhatian pada 'rawatan-yg-dah-smpai-border-line-tp tak-buat-lagi'. Mungkin aku tersilap dalam membuat keputusan dulu. Tp mujur juga tersedar awal. Selesaikan lah satu persatu dulu. 

So, aku rasa ini terbaik untuk diri aku sekarang. Sekurang-kurangnya aku sudah mencuba. Dan mungkin ada hikmahnya juga dengan keputusan ini.
kredit : Here
(silap aku kerana membuat keputusan dulu tanpa beristikarah terlebih dahulu)