Dedua. Haha.
Skali harung je lah citer yer. Pasal Course n pasal penginapannya.
Last week - Rabu - Jumaat (10 Okt - 12 Okt), gi kursus. Kursus Pengurusan Tatatertib namanya. Since dah jadi urusetia tatatertib, harus la dihantar utk kursus ini. Aku sker jer. Sbb aku mmg blur lah pasal tatatertib. Skrang sudah buleh sinyum sket, sbb sudah paham. Lps tu dah dpt contact number org JPA. Mudah apa2 hal nati buleh call. Oke, takyah la citer pasal course kan. Tp nenati adalah aku nak share sket pasal tatatertib ni, mungkin yg mana penjawat awam tu leh sharing is caring gak kan. Huhu.
So, course ni anjuran kementerian - KPKK. Satu agensi antar dlm 2 orang camtu lah. Suppose ada assistant aku g skali. Tp dia cuti bersalin, ganti dgn ketua unit lain. Sokay. Aku duk skali ngan adik dr Bernama which sgt sweet orang nya.. tp oh.. sudah di 'taken'. Hihi. Aku pun kenal dia pun masa turun kejap kat RnR Pagoh tu ja. Lps tu bila smpai hotel, urusetia kata cariklah pasangan memasing. Jadi kami pun duk skali sbb memasing sorang2. Agensi kami hantar sorang lelaki, sorang pompuan, takkan nak duk ngan derang kan. Tp aku suka je camni. Kalo gi sesama perempuan, harus kita pun asik ngan kawan kita tu je. At least, camni leh built networking.
Kiterang menginap di KSL Hotel n Resort. Hotel baru. Yang paling bes, bawahnya adalah shopping complex. Tp so so je lah. Takde yg menarik pun. Baju dia jual pun cam lebih kurang kat Times Square tu ja. Ada la Tesco, Sembonia, Watson, Pizza, KFC tu, tapi takde apa lah nak beli pun. Dia ada 2 tower. Tower 1 n tower 2. Kami duk tower 2 :)
Aku tgk rate hotel ni murah lagi. Kira oke lah kan. Kami duk tgkt 15.
Tgk kat Agoda pun cam dlm 200++ camtu. Ada sorang akak tu, dia peserta kursus jugak, tp sbb dia bwk asben dia, dia bayar sendiri. Katanya dalam 160 camtu lah. Bilik bes. 2+1 nyer katil. Sbb aku kan akak akak, jadi adik Bernama tu kasik aku katil queen tu. Maceh la Zira yer. Hikhik.
Bilik air oke, tp toilet is tiada paip. Dia main pancut2 kut blkg tu ja (eh...bunyi cam not nice plak. uhuk). Sungguh tk gemar. Nak amik wudhu pun susah. Pepandai ko lah ikut kreativiti ko. Mujo toilet kt dewan kursus tu ada paip air. Selesa d situ.
Sebenarnya yg paling bes adalah makan. Pilihan sgt la banyak. Cemana aku nak compare yer... aku pun bukan la salu gi bufet hotel kan. Kalo tidur hotel pun, pakej breakfast ja. Itu la dia orang tak mampu, tp nak duk hotel jugak kan. Makan breakfast je lah. Haha. Tp aku penah g bufet diner kt Istana, byk gak pilihan. Tp mungkin sbb hotel ni cafe dia cam luas, besar, jadi cam rasa terlalu byk pilihan.
Paling aku suka makan, dan repeat sepanjang 3 hari adalah - udang bakar. Giler ko. Besar2. Ada plak pilihan sos mushroom, blackpepper n BBQ. Aku paling sker mushroom dia. Sedap hoi! Tulis ni pun meleleh ailiyo. Kambing bakar pun ada. Adoii... sedapnya ya ampunnnn... lembut betul daging dia. Kalo ko jenis 'eii... ai tak makan tau kambing ni', takpe.. ada ayam. Kupang bakar pun ada.
Kalo makan nasik, lauk pun pelbagai. Lps tu ada lagi nasik ayam lah. Kalo malam, ada pasta. Eskrem lagi. Kuih kuih, cake. Pagi pun melambak pilihan. Haih.
Sehingga aku rasa nak stay sini plak utk bercuti. Tak silap utk bufet dinner pun dlm 48++ camtu la kut. Masih murah. Tp ini lah strategi dia kan. Lagipun hotel ni masih baru, masih ada lagi under construction. Ko tgk esuk bila dah sempurna. Mau nak dpt rate bilik dlm 200 camtu. Sendiri mau ingat lah.
So, sapa nak pegi KSL ni pegi la awal2. Esuk2 mesti dah naik harga. Tp makan mmg mebeles lah. Heh!
Ini menu dinner hari pertama. Aku amik nasik goreng.
Lps tu yg satu ofis pegi skali tu kata "takut tgk dia makan"
Hek ele, poyo, aku tgk orang lain lagi amik penuh pinggan.
Biar lah aku nak makan apa pun. Ko tanak makan,
itu ko punya pasal, takyah nak takut2 ke, seram sejuk ke apa.
Dessert amik ni je. Takut gak?? Poyo nak takut2 tgk orang makan.
Agaknya kalo ko tgk orang lain, mau kau pengsan terus kut.
Lps tu amik eskrem.
Lunch hari kedua. Udang lagi. Ayam tu pun sedap.
Kali ni takyah makan dgn orang yg takut tgk aku makan.
Dinner ari kedua amik western plak. hihi.
Nasi ayam tu hari last sblm balik.
Udang, kupang lagi.
Aku ni jenis tak suka makan, sbb tu aku cam pantang if orang tegur aku cam 'eh, takutnya tgk ko makan'. Feel cam byk gila la aku makan. Padahal aku amik nasik 2,3 sudu ja. Salah ke aku nak ratah udang. Tu pun 3 ekor je. Bukan 30 ekor kan. Mmg aku cam bodo bangang la kan sbb itu pun nak sentap. Tp mmg la, sbb aku makan sket, kalo tgk orang lain, lagi amik byk, tp tak penah aku nak kata takutnya tgk awak mkn ke apa. Biarlah.. orang tu dah selera. Sbb aku tau, cena sengsaranya kalo takde selera. Aku mmg selalu kena takde selera dan tak suka nak makan. Jadi, bila ada selera trus orang tegur, trus aku rasa cam down. Tp pedulik hapa kan.. esuk tu, takyah la nak duk ngan dia lagi. Baik aku makan ngan Zeera. Kan Zeera kan. Dia ni pun tk byk makan, sket je dia amik. Udang dia alergik. Jgn aku... alergik tgk. Huhuhu.
Kesimpulannya mmg bes hotel ni. Sila lah pergi kalo nak ke JB.
Cam hotel lain, dia pun ada pakej g USS kalo tak silap.
Tp kalo korang pegi tup2 tak bes plak, tatau la kan. Kami pegi atas dasar pergi berkursus, bukan bercuti. Tp kalo tanya aku, oke je kalo dgn rega skang ni, cuma tu lah..toilet takde paip and I is don't like main belakang2. Ahahahahhaa.....
About KSL ni - klik sini
8 comments:
Hai Kak Reen. Betul!!!! Saya pun taksuka betul orang tegur saya banyak makan. Suka hatilahkan nak makan banyak mana.. Tapi saya memang kuat makan.. =)
hehe kalau la org tu tgk nana makan sure nightmare terus die..
makanan kat hotel mmg best la...untung.
x suka orang tegur2 bila kita tgh selera nak makan.. mencik!!
kursus kat hotel selalunya mmg mewah dgn makanan.. hehehe.. layan jer lah..
eka salu kene kekda. ada yg kata
ko ni membela ke eka? ha sentap tak
pastu, ada yg kata
isk.. badan kecik, mkn byk
bersabar je la kekda oi.pendam je dlm2...asalkan haku kenyang. pedulik.bayangkan ea, kalu mkn roti canai sekeping 2 tak jalan la. mau paling kurang 3 keping... ye itulah eka,si kuat mkn... :)
saya adalah menyokong part makan.. kekda amek udang bape? 3 eko?? hahaha... haku belasah 13 eko.. mmg xpndang da kiri ka kanan ka.. pastu tergaru2 sbb alergic.. hahah.. hazab.. tp mmg best gile makan kt situ.. syurga makan katanya.. tang bilik tu.. mungkin setiap level lain kot.. sbb kteorg kt tingkt 13 ade paip.. xde main tembak2.. haha..
ida aku pon pantang tol kalau aku tengah selera ada lak yang tegur ngan komen yg annoying. mcam la aku mentekedarah sgt kan. kengkadang kan org yg tegur tu sendiri makan penuh pinggan, x paham tol aku.
SPOIILL JER MOODKAN GH SELERA ORG TEGUR GITU HUHUHUHU ....
TERLIUR TGK UDANG DGN KEPAH GAMBAR LAST TU HUHUHUHUHU
Post a Comment