Thursday, January 17, 2013

Edisi Menabung

google
Apsal eh. Bila google gmbr saving je misti mostly gmbr org tgh simpan duit kat tabung piggy. Hihi. Piggy bank la tu.

Oke. Nak cerita pasal menabung/saving. Tp bukan nak bagi tips ke apa. Byk tips kut org dah bagi. So buleh gugel. Nak kata aku ni berdisplin menabung, idak juga. Tp ada la yg aku terus potong gaji dan masuk ke ASB. Yerp. Bila masuk tahun baru, sana sini akan memperkatakan ttg ASB. Ye lah, dah masuk bonus ASB, harus ramai nak tahu berapa bonus yg dpt. 

Pening jugak nak ikut sebenarnya. Sana kata tak buleh, sini kata oke.
Baca kat sini, macam oke lah.
Tp baca tpt lain macam tak oke.

So, mari lah kita menabung di bawah bantal saja.
Oke. Tak lawak!

Cena nak kata ah. Aku mmg tak amik yg loan ASB ke apa yg seumpamanya tu. Sbb dulu aku ada osmet yg keja PNB. Dia kata better akak simpan je terus kat ASB tu, takyah wat loan ke apa seme tu. Oke la. Aku pun mmg takde hati nak buat cara2 tu. Mmg sejak masuk keja terus buat potongan. Dan nilai pun byk tu la tak berubah. Muahaha.


Sebenarnya situ tu simpanan kalo nak guna ketika kecemasan. Situ mmg masuk keluar la duitnya. Dan juga situ la aku simpan duit nak gi travel. Mmg tak fixed pun simpanan tu. Kira kalo dpt pendapatan/bonus pun tak la byk mana. Mmg yg menjadi persoalan yg itu lah - bonus tu. Dari mana dtg sumbernya kan. Kadang aku pun cam tertanya juga. Dan utk tu mmg aku tak peruntukkan simpanan byk dlm tu. Dan memangnya mmg simpanan tu 'bergerak'. Duit tu lah digunakan utk gi travel sana sini. Bagi aku, itu kaedah yg terbaik utk aku menabung/saving. Bukan pasal nak kan bonus/pendapatan setiap ujung tahun. Kut kalo simpan kat Maybank je... pepaham je lah. Tambah lagi aku yg suka soping online ni. Agak bahaya kalo di simpan dalam akaun biasa, langsung tak bergerak ke mana2 kang. Yer, seakan matlamat tak menghalalkan cara pulak kaedahnya ni kan. 


But, kalo utk jumlah simpanan yg minima - harusnya lah di simpan di sini. Lagi mudah skang buleh transfer thro Maybank juga. Aku dah daftar tu ari. Tp tak penah buat lagi. Rasa puas hati kalo terus ke Tabung Haji jugak.
kredit : Tabung Haji
Selain simpanan kita di zakatkan terus, ini lah tempat terbaik utk menyimpan aku rasa. Ada bonus juga.
Tapiii.... aku tak daftar untuk haji lagi nieh... nak ajak myDH, tp dia cam tak berapa bersedia je nak daftar. Walhal kalo daftar pun berpuluh tahun lagi kot baru pegi. Adeh.. aku je lagi tak daftar kut nih.. org lain aku rasa seme daftar dah. Uhuks!

Apa pun, mari lah menabung utk kesenangan masa depan. Ceh! cakap cam orang lain tak menabung. Walhal org lain duit dah juta2 dlm simpanan. Hiks (",)

p/s : sapa ada buat saving kat Amanah Hartanah Bumiputera? Oke dak? Tgh mendalami pasal tu plak. Rasa cam berminat gak tu.

14 comments:

ejaMaria said...

both akaun ni pun aku ada... yg ASB mmg selalu saving selalu 'bergerak' ... yg TH iya tabung 'beku'... tapi kalau emergency, korek gak... hahaha ...
pasal nak daftar haji tu, dalam akaun kena ada limit kan?... limit yg tak bole dikeluarkan, sampai duit tu cukup... hehehe... itu pasal la tak daftar lagi... takut terkorek... hihihi...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak reen,
buat simpanan dekat Tabung Haji tu baguskan? sheila ingat nak menabung situ gak :)

Anum said...

mari la menabung

Masya said...

samalah tak daftar haji lg hihihihihi .. lgpun simpanan anak lg banyak dr ibu ayah, kalau simpanan anak yg blh daftarkan untuk mak ayah ok jgk ... hihihihihi.. haru²...

suwara entertainment said...

saya ada buat simpanan daily basis, kaedah menabung duit syiling yg balance tiap2 hari. then duit tu la yg kitorg akan belanja in case of emergency. klau simpanan dlm akaun tu, saya saving kt ASB. acc tabung haji ada, tapi ntah ke mane la buku akaunnya disbbkan pindah randah ni kan. makin bnyk anak makin pelupa sudah. huhuhu

BaTiK_PiNk said...

Puan Stoberi:

Yani dah mendaftar dengan encik suami di TH, elok daftar awal2 kak....yani daftar tahun lepas, tahun jangkaan peluang gi haji yg TH beri tahun 2046...jauh lagi kan? Kalau daftar lewat, ntah tahun bila la dapat nnt...so better daftar segera. Pasal duit yang TH tak kasi keluar tu, seingat yani setakat duit pendahuluan yang kita masukkan untuk daftar haji tu je, RM1300 tu. Yang lain masih boleh dikeluarkan waktu perlu. So no worries....

BaTiK_PiNk said...

Puan Stoberi:

Yani dah mendaftar dengan encik suami di TH, elok daftar awal2 kak....yani daftar tahun lepas, tahun jangkaan peluang gi haji yg TH beri tahun 2046...jauh lagi kan? Kalau daftar lewat, ntah tahun bila la dapat nnt...so better daftar segera. Pasal duit yang TH tak kasi keluar tu, seingat yani setakat duit pendahuluan yang kita masukkan untuk daftar haji tu je, RM1300 tu. Yang lain masih boleh dikeluarkan waktu perlu. So no worries....

Zana Adieyza said...

marilah menabung untuk masa depan.. zana ni jenis menabung x konsisten.. hehehe

Puan Awin said...

menabung...sikit2, lama2 jadi bukit ;)

SyaNa said...

aku bab2 saving yg besar2 ni x pandai la sgt
sume laki mak uruskan

aku pny takat asb jek.. pastu ni br jinak2 nk isi balik tabung haji yg da lama x di isi tu

::EIDA:: said...

Ida simpan simpan masa depan ni potong gaji je. tak berdisiplin punya orang macam ni la.. hikhik

puanstoberi said...

MARIA :
Kan..ASB kita tu kira simpanan kecemasan la kan. Ala...kiter pun sama la.. kadang korek gak TH tu.. hihik

SHIELA :
Yerp..sila la menabung, ptong gaji pun buleh


ANUM :
Utk masa depan anda :)

puanstoberi said...

MASYA :
Hihi. Akak dulu pun masa kecik mak ayah dah bukak TH ni. dpt kat tgn kita.. hurmm..hihik


SUE :
Bagus la yg daily basis tu buleh buat belanja emergency. ni misti banyak nih buat tabungan harian. Hihi

puanstoberi said...

BATIK PINK :
Mangai.. 2046. Uhuks.. oke..kena lah daftar nih. kalo tak..entah tahun bila diletaknya kita kan.


ZANA :
Buat potongan gaji jer. Hihi


CIK AWIN :
Kan...?? bagus tu. hihiks


SYANA :
Simpan kat tpt yg susah nak g amik. hihi. Tp TH pun dah buleh kuarkan kot Maybank..wohooo..bhya itu.


EIDA :
Bagus..at least ada simpanan :)