Jumaat. Sabtu. Ahad.
1hb. 2hb. 3hb.
Tapi terlajak smpai 4hb (-_-")
Oke. Jumaat. Pegi Pesta Buku jap.
Dpt ini pula. Mmg nak beli sgt Teduhan Kasih tu. Katanya nati masuk tv - jadi drama. So, terus gedik2 nak beli. Tp ramai btul kat booth Karya Seni tu. Kalah booth Karangkraf. Org borong byk2 pulak tu novel kat situ. Ada 2,3 lagi novel yg katanya akan di adaptasi jadi drama. Tp aku beli ni je le. Nak lagi?? Kang mau kena marah ngan laki aku kang. Ensiklopedia Solat tu dah lama aim. Akhirnya, tercapai gak nak beli. Suka... *clap hand*
Lps tu gi Giant BC. Ramai sungguh orang. Beli Domino's (again), nak bawak balik kampung. Oh. Mengapa lah tukang amik order kat Domino's cam tak bersopan ja. Selamba sungguh jerit2 dpn customer. Setan. Setan. Katanya. Dia bercakap ngan kawan dia lah yg tgh prepare pizza masuk dlm kotak. But, still tak sopan rasanya kan. Lps tu g kedai Digi - apek situ kita tanya buleh taknak pandang muka orang. Heh! Apa kena peniaga kat Giant ni. Tak jaga customer langsung. Mmg jarang aku jejak kaki kat Giant ni. Dan jawapan pasni mmg tak kuasa. Buat peniaga2 kat Giant tu, kalo ko nak tahu, Giant kat Ipoh tu ada 2 bijik, dedua tu mmg takde orang pun. Kat sini boleh la ko nak eksyen tak layan customer sbb ramai. Kalo kat jaga kat sana, mau ko melutut bila tgk customer agaknya kan. Pirah!
Seterusnya petang after solat Jumaat - gerak balik kampung.
Sabtu - kuar jap g Ipoh. Akak ipar plan nak buat suprise bufday party utk my mom. Mula dia nak bli kek biasa je. Tp ku kata, alang2 better beli SR. So, aku la ditugaskan g Ipoh sbb akak ipar aku nak g kenduri. Dah gi sana, singgah lunch kat Restoran Tasek Raban. Ah. Kalo korang g Ipoh, buleh la try kedai ni utk lunch. Dia buat lauk2 kampung. Glamer gak la kedai ni. Tempat dia, kat area stadium. Dkt ngan food court, tp bukan dlm kawasan food court.
Amik ikan talapia bako. Sambal yg dia sira tu sedap. Seko tu RM16. Oke la kan. Makan 2 orang. Bes. Bes. Kedai pun selesa. Cuma kalo peak hour tu ramai la sket. Tp takpe, paking pun ada, meja pun banyak. Lps makan gi Jusco. Jalan2 jap. Beli SR.
Balik tu singgah tpt yg wajib kalo balik kampung. Tapau laksa, cendol n ABC. Nyum nyum.
Ahad.
Ada kenduri kat rumah. Mak buat kenduri tahlil utk arwah ayah n bacaan Yasin utk kesejahteraan dan kesihatan mak. Tp pagi tu ada musibah plak. Buleh plak time kami sebuk2 berkemas mak jatuh kat dapur. Kepala terhantuk kat simen yg kat sinki. Truk gak la sbb luka kecik kat sebelah mata. Hurm. Tersadung tikar. Dan tikar tu dia yg letak sendiri. Kalo org lain letak, mesti dah sesal dah. Bawak terus ke hosp - unit kecemasan. Aduii.. ada2 je kan.
Buat catering ja. Tu sbb kami dah cakap ngan mak takyah la jalan2 buat keja sgt. Dia tak sihat pun. Skali terjadi juga perkara tak diingini.. apa nak buat.. menda nak jadi.
Seme lauk is sedap. Air asam tu mmg meveles. Kalo pedas tahap berapi lagi extra maveles kut. Hihiw. Oh, tukang masak catering ni jiran aku ja. Kawan aku pun masa kekecik dulu. Tp tak rapat sgt dah after aku masuk hostel masa form 1. Masa aku kawen dulu pun, mmg bapak dia yg tukang masak nya. Tp masa tu kami gotong royong. Bapak dia just cam ketua tukang masak la. Now derang dah buat katering kecil kecilan.
Isnin - cuti kecemasan la sbb mak still tak sihat. Lutut bengkak. Bawa ke spital semula utk xray. Petang baru balik KL.
Memacam kan. Nak kata apa lagi. Tuhan Sedang Menguji Kita. Berbanyak lah bersabar.
*autopublish - ai tgh duk dlm bilik interview nih. Harap tak mendap yaw!
15 comments:
sabar banyak2 ya
Assalamualaikum kak reen, sedapnya kak reen mention air asam marvellous tu! aduhh kecur air liur ohh. bersabar banyak kak reen ye. dugaan :)
Moga mak akak cepat sembuh
Riso bebenooo
Sbb tang lutut tu sakitnya
Tau2 je la org tua...
wahhhhh..mcm2 aktiviti kekda ye. mcmane kesihatan mak kekda skang? hopefully xde ape2 la ye
kekda,sama kes dgn tok eka taw.
Beberapa thn lepas,buat tahlil utk tok wan.sekali kaki tersadong terkene tikar.tikar getah tu...rumah tok takde mozek.jatuh terduduk,luka kaki.tajam tikar getah tu rupanya.
lor kak, samalah plak novel yang kita beli...hehehe...
Haritu pergi tasik raban, yerp memang sedap ikan tilapia bakar dia!
eh kak, jangan kutuk giant. Nanti owner datang sound. hihi. seram~
ALLAH uji sebab ALLAH sayang kita kan kekda... ;)
semoga mak kekda cepat sembuh yer... ujian dan dugaan daripada Allah.. semoga tabah...
iyerlah bende nak jadikan.. mmg tak boleh nak elak... harap mak kekda dah sembuh skrg ni.. minggu ni pun cuti panjang lg kan... bestnya kalau stiap bulan mcm ni..
sabar ye kek da harap mak kek da cepat sembuh & ALLAH di berikan kesihatan yang baik. Sedih bila tengok mak sakit :(
HANUM :
Thanks..
SHEILA :
Yerp...dugaan tu mmg salu je dtg :)
NAD :
Tu la pasal. Dah la mak akak tak minum susu sgt. Uhukss..
SUE :
Tatau nak kata la..doa yg baik2 je lah pada masa skang ni.
EKA :
Ha..tikar getah tu kalo dia ter koyak mmg tajam..kat umah kg pun ada tu.. akak salu je kena.
CIKMOT :
Hikhik :P
CIK ANITA :
Sedap kan?? Kuah dia tu yg sedap.
Akak bkn kutuk giant..akak bagi teguran membina pada kedai2 yg sewa situ.
EIDA :
Insyaallah.. *hugs*
ZANA :
*hugs*
MASYA :
Tu lah tu. Mls nak berkalau2 lagi. Nak buat cemana. Doakan yg bebaik je lah :)
ZUE :
Thanks Zue :)
Post a Comment