Friday, January 11, 2013

Mensucikan Harta : Sedikit Tapi Impaknya Besar

Mmg dah niat nak buat entry ni hari ni. Tp pagi tadi macam takde 'aura' nak buat entry. Tup tup kuar entry motivasi plak tengahari. Huhu.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah at-Taubah, Ayat: 71).

Oke, ada di antara kita yg berzakat dari potongan gaji.
Ada juga yg kira, pastu bayar setiap hujung tahun (dan sebelum 31hb supaya leh dpt rebet cukai).
Alhamdulillah... salah satu rukun Islam kita telah tertunai.

Tapi, selain dari kita menunaikan tanggungjawab wajib kita tu, tak salah kalau kita memperpanjangkan sedikit lagi 'zakat' kita tu kepada yg memerlukan. Dan kalo ada yg tak sempat nak buat sebelum 31hb Disember tu hari, ini lah masanya. Mmg tak dpt resit, dan susah nak claim rebate kat LHDN, tp rebate dari Allah... itu yg kita mahukan.

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah at-Taubah, Ayat: 103).


Walau aku tak dpt membantu mereka pada 24 Feb ni, mungkin entry ni juga dpt membantu mereka. Usaha mereka ini mulia. Sememangnya mulia. Nak menyediakan kediaman selesa utk anak2 ini.

Sesiapa nak menderma, boleh la bank in ke akaun tertera ni. Yang ni adalah salah seorang org kuat dalam event ni - nadia


(eida, akak tak buleh nak copy paste banner awak sbb tak dibenarkan..kalo tak akak nak gak lekatkan di sini)

Insyallah, sedikit sebanyak, sumbanga kita akan membantu mereka :)

4 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak. Allahuakbar! semoga ada insan2 yang sudi membantu anak yatim ini. terima kasih sudi membuat satu entri khas berkenaan amal jariah ini :)

Nory Zoulkefle said...

semoga event ni nanti berjalan lancarr...amiiinn...

::EIDA:: said...

Kekdaaaaa..... terima kasihhhh atas sharing ni kekda..... Terima kasihhhhh......

##Takpe xde banner ida, ade banner nadia pun bolehhh ;)

izfanora said...

tq kak.. semoga event ni berjaya.. amin..