Monday, January 14, 2013

Edisi Makan-Makan Hujung Minggu

Sabtu.
Tetiba teringin plak nak makan seafood.
Last week mmg asik nak makan seafood.
Kisahnya hari Jumaat tu lah. Tgk kat kafe ada ketam masak lemak. Besau. Tp nak amik kang, kena mahal, aku sendiri tak puas ati. 
Dlm hati, baik beli kat pasar, pastu masak je sendiri. Puas pun puas makan. Jimat pun jimat.

Tapi, hari Sabtu tu saja sajes kt MyDH. Nak g Bagan Lalang. Makan seafood. Lagipun lama giler dah kot tak pegi. Last pegi, last year lah. Bulan 1 pun. Mmg setahun dah. Entah. Cam takde masa je nak repeat lagi.  Tp kiterang ada gak makan seafood tpt lain cam kat Alai tu, pastu yg kat Muara K.Selangor tu. Cam kawan aku, bila aku pos gambau ni, dia kata dia selalu pegi. Tak kesah la kan. Aku nak pegi ni pun kena amik kira masa segala. Makan sejam setgh to 2 jam juga nak menyampainya. Well, i nyer pemandu kan berhemah. Kuikuikui :D

Jadi, ini adalah ad-hoc. Rasa nak pegi - jadi - siap2 pas Zohor (walaupun kul 4 juga geraknya) - zupp - terus pegi. 

Smpai dkt kul 6pm. Terus beratur pilih lauk2. Pastu terus makan la. Tu pun dkt kul 7pm gak baru makanan sampai. Biasa ler tu. Nak makan cam gini mmg kena sabar menunggu. Kalo lagi lmbt datang, lagi lama kena tunggu. Sbb tu kalo reramai, aku akan booking dulu. Mean, bukan la booking call. Dtg awal, dlm kul 5 camtu. Pilih2 lauk n bagitau nak makan kul brapa. Nati datang, duduk then sekejap je smpai. Sambil2 tu buleh la jalan2 kat pantai ke. 

Cam biasa - kiterang pilih Senandung Malam jugak. 3rd time being there. Dan orang mmg meramai sungguh kedai ni. Kiterang igt tgh2 bulan, lps orang masuk skolah, tak la ramai. Tp ramai jugakk... Mujo dtg awal. Tapi bila abis makan, jalan2 tgk kedai lain, tak berapa ramai org. Maknanya kedai ni mmg feveret lah.

Aku pun, ini mmg kedai pilihan. Tp kali ni rasanya tak berapa nak kick. Selain incik crab, aku dtg sini nak makan pepahat. Kira feveret juga ni dan bukan senang nak beli kat pasar ke apa. Tatau cemna aku terbuleh suka pepahat ni. Tp masak cili + telur lah. Lelain tak pernah rasa. Retu kat Alai, Melaka tu, aku tgk org buat rebus. Sedap ke ntah. Dulu mmg bes. Thumbs up utk pepahat cili telur dia, tp kali ni cam alahai..mana tah telur dia. Ketam masak cili pun cam dah oily sket. Tp buleh lagi dimakan la.

Tapi paling bes, cicah ikan bakar ni. Sedap! Dap! Dap!. Eh.. walo dah kali ke3 ke sini, ini baru 1st time makan ikan bakar. Haha. Makan kat kedai ikan bakar, tp tak penah makan ikan bakar. Dahtu, kang tak terabis pulak. Sotong goreng tepung pun still sedap.


Kira ni kalo keempat aku makan kat Bagan Lalang (walo ada org tu katanya dah beratus kali kot), dan sekali je aku makan kedai lain. Tu pun sbb penuh kedai2 ni, maka makan kat kedai yg cam kecik je. Tp dia ada letak meja kat tepi laut. Sedap gak tu. Serai ke apa tah nama kedai dia. Dia ada gak cam bihun sup seme. Nxt time, mau try kedai2 lain plak.

Yg bes kat Senandung Malam ni sbb rega dia affordable. Tp tpt2 lain kat situ pun sama kot. Takde la mahal. Utk apa kiterang makan berdua tu (haha. Org lain seme ramai2..kiterang berdua je.. lantak la..) RM53 cuma. Bes. Ketam 3 eko tu.

Ahad - ke Tesco jap pepagi tu. Mmg pagi la. Kul 8 lebih dah kuar. Kekdahnya nak beli Dynamo ngan minyak masak je (aku dah beli minyak jagung, pastu bila baca balik, org kata minyak jagung tak elok untuk deep fry plak..terpaksa beli Sri Murni balik. Haih). Tapi, tah berbagai plak dapat. Biasa tu... mmg biasa kan camtu. Haha.

Pastu cam dh dkt kul 11, makan trus kat tesco tu. Makan dalam kuali.



8 comments:

AiTotYati Mat said...

kekda,

Ai lagiiiii la tak pernah makan kt bagan lalalng tu walau org selangor. hihihi

skrg medan bakar umbai melaka tu, restoren hujung yang menghadap laut (parameswara) tu dah buka time lunch hour kalau weekend. so klu tetiba dok teringin nak makan ikan bakar n seafood mmg g during lunch hour. kalau malam mmg ramai la.

ieda said...

cantiknya ketam tu posing.sedap kn akak mkn ketam.

balik ni nak masak lepastu makan dalam kuali.mesti suami dgn ank kata dah buang tebiat ape.hehe...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, sedap? bestnya! sheila baru g makan steamboat semalam. heee

Salmi Khairil said...

aduh..meleleh air liur tengok ketam tu..nyummm2

Suwaibah YS said...

kekda, murahnya kat bagan lalang ni.. dah lama giler x gi sni.. lebih 10 tahun kot.. huuu

::EIDA:: said...

Pergghhh.. ntah bila ida nak sampai ke Bagan lalanggggg niiiiii

PUANSTOBERI said...

AITOTYATI :
Salunya org dkt2 mmg jarang nak pegi. org jauh yg gedik2 nak pegi. Ngee..
Oh.. parameswara tu kat umbai yer. nati lah nak terjah. hihi


EIDA :
Mmg sedap ketam.. taktau nak kata cemana dah.


SHIELA :
Steamboat pun bes jugak :)

PUANSTOBERI said...

SALMI KHAIRIL :
Kan... tak buleh tahan lor..rasa setiap bulan nak pegi. Tp melampau lah kan.


SUWAIBAH :
Mmg murah..rasa rata2 kedai pun rega camni lebih kurang..


EIDA :
Mari kita pergi beramai2.. (ntah bila la nak jadi..dari thn lepas rancang. Haha)