Friday, January 18, 2013

Edisi Berhati Hati Setiap Masa


Sebagaimana cerita yg di 'circular' kan di FB. Lama dah pun kot. Walau ada yg mempertikaikan mengenai RnR dan Exit yg diperkatakan, tp tak salah rasanya kalo kita untuk berkongsi citer ni utk jadikan kita supaya lebih berhati-hati.
Aku bab ini mmg alert, (walo kadang tu terlepas pandang jugak). Even, kalo kat stesen minyak - kalo aku nak masuk utk beli barang, mmg aku tggu dulu smpai laki aku dtg balik ke kereta. Aku takkan biar keta terbiar camtu je tanpa berkunci [tapi, aku tau, kalo laki aku sorang, harus dia tinggalkan gitu je]. Gitu gak, kalo aku duk sorang dlm keta, tggu laki aku gi toilet ke apa ke, even g beli nasik lemak je pun, harus aku lock keta dari dalam. Kata lah aku terlebih berhati2 ke apa. Tp mmg aku salu cam terbayang, tetiba ada org masuk kat tpt dreba tu, then terus bawak keta tu. Eiii.. mmg scary walo kalo dipikir sapa la nak keta cumil aku tu dan sapa la nak kidnap aku ni. Tapi... apa2 pun buleh terjadi kan? Mintak dijauhkan la seme tu. Org jahat merata-rata ada. 
Jadi, mari baca :

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.

Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.

Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung
duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)

Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.

Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-cond masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.

Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.

Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain. Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan
petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung
dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut
setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta
yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi
menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya

Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.

Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam.

Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian

ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan

iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan

iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)

v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan

vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”

vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita

viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) – Emergency Code

ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)

x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa Berwaspada sepanjang perjalanan…. Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)

7 comments:

myfara FLK said...

Harus diambil iktibar dan akan lebih berwaspada.

joijoi80 said...

saya share kat fb ye

eKa said...

haissshh seram aih... thanx kekda kerana mengingatkan...

ejaMaria said...

hmmm... kes rompak kereta ni pernah terjadi depan mata saya sendiri... mmg kalau di RnR... kejadian ni jd waktu malam...
dan sebab tu takut + fobia tu sentiasa ada... sbb sy nampak jelas org yg riki keta tu... mmg dia dah lalu sebelah keta saya masa tu... sblm hi-jack keta depan saya...
jadi anak2 pun saya ajar lock & open semula... in case kalau saya 'terpaksa' tinggalkan anak dlm kereta, saya make sure diorg lock dulu...baru saya pergi...walaupun hubby park depan 7E sekalipun... saya akan lock keta... bahaya ada dimana-mana...

Masya said...

samalah saya pun mesti loq, secara peribadinya fobia sebab pernah nampak kes ragut depan mata kat petronas.. automatik mesti nak log kereta masuk² jer.. ataupun hubby turun pg beli brg..

Zana Adieyza said...

mmg kena lebih berhati2 skrg ni.. jenayah ada di mana2.. walaupun kita x sangka benda tu akan berlaku..

PUANSTOBERI said...

MYFARA :
Sentiasa berhati hati ya.


JOIJOI :
Siler ler :)


EKA :
Yerp..sentiasa beringat ya


MARIA :
Uih..scary nyer.. sbb tu kat memana pun kita kena berhati2


MASYA :
Kan.. risau tau.. memacam skg ni.


ZANA :
Btul..berhati2 ya..