Saturday, March 12, 2011

~Pasal Kuih Bako~

"Kita bako je..kita bako... lps tu lot ni kita ratakan..buat tanam cili"

Uhuks. Mmg tersampok Kak Limah da aku ni. Setiap bait skrip aku da hapal. Giler. Huhu. 
Tpnyer bukan nak citer pasai Kak Limah skang ni. Aku nak citer pasal kuih bako Kemboja.
Lama da aku  nak up stori  ni. Asik ke ter lupa an sahaja.
Aku rasa aku mengenali kuih ni masa dok KL  ni kut. Ye ke. Entah. Tp baru2 je lagi. Rasa dia mcm kuih bingka (which kat kg panggil bengkang). Tp dia ada bijan kat atas.
Kat sini panggil kuih bakar Kemboja kan.


Ni kuih bakar yg aku beli masa on d way balik dari kg. Seketoi ni RM4.
Aku mmg cerewet sket la makan kuih ni. Tak suma leh aku telan.  Aku kureng la kalo dia lembek sgt, atau bau telur kuat. Lps tu aku sker kalo dia agak ada kerak2 mcm hangus tu. Dulu kafe kat opis aku ada org yg pandai buat kuih ni. Sedap. Tp da tamat operasi plak.
So, aku terai la beli yg ni. Mmg menepati citarasa aku. Sedap.
Kalo sesapa kampungnya arah ke utara buleh la singgah beli kalo nak balik KL tu.
Tempatnya kat R n R Ulu Bernam arah Selatan.
Ada Agro apa tah. Agro Bazar kut. Ha..kat situ la. Yg ada kedai Tu Dia Pak Tam gak.

Dan aku beli ini jugak.

Apa nama dia ni. Putu.. putu apa tah. Putu beras ke.
Tapi ini tak berapa nak kick. Bes lagi kalo yg kat Kuala Kangsar punya.

Oleh kerana aku rasa mcm pendek entry ni (ke da panjang?)
Aku pun nak tepek resepi kuih  bakar Kemboja ni.
Kredit to : Almari Resepi

Bahan2:

1 cwn gula
1 cwn jus pandan (1 sudu besar pandan paste campur segelas air pun boley)
2 cwn tepung gandum
450 ml santan (1 tin)
3 biji telur
1/2 sudu garam
sedikit pewarna hijau (kalo rasa blom cukup hijau)
sedikit bijan utk di tabur

Cara2:

Adunkan semua bahan.

Masukkan adunan loyang 8' yg sudah dilengser sedikit planta.Tabur bijan seindah hiasan sebelum kuih dibakar.Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak. Tunggu sejuk baru potong ok!

* Lps tu ada yg put comment camni :
dalam adunan tu tambah sikit serbuk kayu manis utk ilangkn bau telur tu... dan tambah pewarna kuning utk nampak lg cantik... 

Macam senang kan. Sapa nak terai buleh la. Aku? Takpe la...nati on d way balik dari kg beli je seketoi. Hik hik

8 comments:

aitotyati said...

Ai lapar la kak.
minta sikit
:D

aitotyati said...

kak,

jom join kontest senyum senyum ni

http://bestari206yati.blogspot.com/2011/03/contest-senyum-paling-ceria-d.html

puanstoberi said...

Ai :
Meh la amik kat sini..Eh..takde..blum beli lagik kuih tu.. hihikk..

Kontest tu nati akak balik KL, akak join eh :)

Anonymous said...

aku baruu je tgk resepi kuih bako ni ari tu kat satu blog ni, tup2 ko buh pasai kuih ni gak..6th sense kah? atau panggilan soh aku try buat ni? hehehe..tapi bila tang jus pandan tu yg aku lomah tu..daun pandan aku tinggai brapa urat je dlm freezer nun..sayang! pewarna ijo pun takde..alahaiii~

ch@ said...

tengah macam ni, nampak makanan rasa semua nak, macam-macam nak. hiii nafsu sungguh. tidakkk.

cikbedahlaser said...

kite bako die.. kite bako...

sy wastern.. kuih2 kg x makan.. ahahahahaahahahah mcm tutttt je kan

alyafify said...

yesss.. i want to try do it..!! tq for sharing ;)

H I said...

Saya suka kuih ni, :)