Friday, March 4, 2011

~Pasal Makhluk Mars Dan Venus~



Saja nak citer citer sket pasal Men and Women ni kan.
Skang ni kan tgh HKK. So, byk la staff2 dari cawangan pun datang. Jadi yg pompuan ni biasa la kalo da lama tak jumpa. "eh, dah berisi ko Ida.. eh, da 'ada' ke Ida?" dan bla bla bla la kan.

Cam biasa, isu utama yg bakal dikemukakan pasal anak la kan. Aku bukan nak bebel apa, cuma aku nak suh sama2 pikirkan apa yg makhluk dari "Mars" dan "Venus" ni selalu kemukakan kalo masuk bab 'kenapa aku tak beranak ranak lagi ni'. Seyes. Mmg berbeza.

Contoh cam aku. Dtg sorang akak ni. Biasa la kan, kita salam2 arab tu.
Sambil salam kiri : "Takde lagi Da?"  soal akak tu. Aku tau la maksud dia 'takde' tu.
Belah kanan plak : "Takde lagi la kak" aku jawab
Belah kiri balik : "Tu la ko, tak 'pandai' " Balas akak tu.
Aku tak kesah. Tak amik pot pun. Bukan sekali dua aku kena tak 'pandai' tu.
Aku kalo derang ckp camtu, aku balas 'takpe, nati akak tunjuk praktikal ke saya ye'.

Tu manusia dari 'Venus' ni la. Mmg kebanyakkan gitu la cara dia. Tak penah ada yg syorkan pegi berubat ke, pegi berurut ke, baca surah itu ini. Yg derang kata 'tak pandai'. Cuma ada akak sorang tu je. Dia suh aku potostat satu buku tu, ada ayat2 Quran dan amalan yg buleh kita buat utk usaha dpt anak ni. Lain...takde..

Jadi skang kita tgk plak makhluk yg datang dari Mars.
Ni my dear aku la citer. Derang takde tanya direct2 ni. Mungkin ada yg penah kata tak pandai ke apa ke, tp gurauan sesama lelaki la kan. Tp kita faham la. Lelaki kan.
Tp bila ada masa derang duk sesama, takde org, derang akan bagitau solutions.
Contoh :
"Ko takde anak lagi?, berapa tahun kawen?"
"Ko cuba la suh bini ko minum produk DCL (laki aku tak ingat nama dia. DCL ni aku rasa Bidadari eh). Ada retu yg minum trus dpt anak".
Lps tu org lain plak. Masa yg lain la. "Ni ko terai pegi kat Melaka, berubat kat sana. Aku dgr ramai yg berubat situ".

See. Ada perbezaan kan. Aku rasa terharu pun ada sbb derang ni walo jarang2 jumpa tp eluk je derang nak tolong. Tp kalo fomfuannn... hemphh... buat aku nak geremmmm je.

Tp mmg yer pun. Cuba tgk petikan dari incik wiki pasal buku ni.

One example of the theories Gray offers is that men complain about problems because they are asking for solutions while women complain about problems because they want their problems to be acknowledged.
Tp idak la aku kata aku nak masalah aku di acknowledged kan plak. Motip la plak kalo camtu. Cumanya aku rasa women mmg dia tak membantu kecuali mmg sahabat yg rapat. 
Kadang kan, yg aku pelik, pompuan yg belum kawen pun sebuk tnya aku bila nak pregnant. Pelik oih. Nati kalo aku tnya ko bila nak kawen? apa jawapan ko? atau aku kata 'eh, awak ni takde org nak ke? tak risau ke tak kawen kawen?' Sensitip ke tak? Sebok btul nak tgk aku mengandung. Aku sng je, sapa sebok2 tu nati aku nak mintak sponsor bayar duit aku bersalin kat hospital sblh opis aku ni. Nak gak merasa duk wad yg buleh napak KLCC dan staff pun buleh melawat smbil jalan kaki je. Eii..geram smpai nak jadi Kak Limah rasanya. 
'uii Kak Limah oii, tanak tenguk Akademi Fantasia ke?'

7 comments:

~ain said...

heheheh.. biasalah tu kak. lumrah alam.

ain ada buku tu tp edisi translate dalam bahasa melayu. baru baca bab 1 heheh..

E K A said...

kekda taw dak.eka sampai satu tahap malas nak comment kat fb...comelnya baby...tambah2 new baby born la.sbb akan kene kat eka balik...hah...eka bila lg...ya allah...mebe pada org takde apa2 tp...eka terasa la skang ni.sampai rasa tajkut nak comment.kalu mbr baru besalin.sbb tkt skt ati di kemudian hari.sedih la kekda tak preggy2 lagi ni

AdiaLuze said...

Ala Reen... Aku pun slalu jugak kena.. Sampai nek muak aku nak dengo...Nyampah pun ada gak..GERAM tau !!..Huhuhuu


P/S : Okey...Blog ko dah bebas dari virus tu..Sukeee... ;)

hasrul hassan said...

Salam.
Buku ni memang biasa dgr sebb best seller.

Pasal setngh orang yg tipikal - yg tanya tapi bukan nak bantu tu .. hmm memang ramai. Suka bercerita tapi tak berikan penyelesaian ...

Yan said...

tp reen... ade plak kes.. dia ni blogger tp da lame gakla tak aktif..
dia selalu gak mengadu dlm blog psl mulut2 orang yg byk tanye psl 'berisi' ke idak ni..

ms tu yan igt lg.. yan cuba suggestkan dia.. "akak penah try berurut tak.. mane tahu klu kena orang yg pandai2, lekat.." sebab yan amik cth sorang rakan yg 3 tahun tak dpt anak. then dia p specialist.. sebulan sekali kene p checkup.. tp dlm ms yg same dia berurut.. tak sempat pegi checkup seterusnya dia dah peknen.. yan cite gitu kat dia.. psl yanpn tak tahu ape mslh sbnar dia, takde cerita dlm blog & yan takut nak tanye lebih2.. mane tahu kot dia betul2 bermasalahkn..

nak tau respond dia ape..
siap kuarkan entri kt blog.. tak payahla nak nasihat itu ini suggest itu ini kat dia.. dia tau jaga diri dia.. bole tak dia wat statement camtu.. kecik ati yan..

yan ade 3-4 org lg kawan yg senasib dgn reen.. plg lame dah 6thn kawin.. yan x penah persoalkan knp diorang tak peknen lg.. 'dah ade ke" tak penah.. biar diorang yg bukak cite dulu...sbb yan taknak diorang terasa ati dgn yan.. klu dia tak bukak cerita.. takdela mulut yan ni nak lancang bertanye.

serba salah klu dpt kawan yg tak suke orang nasihat kat dia.. mgkin dah jelak dgr org nasihat kot..

PUANSTOBERI said...

~ain :
Akak ada bc dulu... dulu masa kat uitm masa wat dip kut..tah tk igt. tapi tak baca abis. eh. ada version malay yer. nak beli lah.

EKA :
takpe Eka. Allah nak uji kita tu. Tu tandanya Allah igt kat kita kan :)
Takpe.. Dia tak bagi rezeki tang situ, Dia bagi rezeki tang sana plak kan. :)

Adialuze :
Tah nyer... derang dok tnya tanya.. ikut geram nak je aku balas balik 'mana la aku tau aku nak beranak bila, tp leh aku tau tak ko nak mati bila?'

HH :
Mmg lama da buku ni best seller. Sbb dia tulis 'kebenaran' perihal 2 makhluk ni kan.
Ramai kan camtu. Terkadang mungkin tanpa sedar kita pun tergolong jugak. Tp rasanya... tidak la terlalu menjaga dalam kain org sgt

PUANSTOBERI said...

Yan :
Ada plak camtu kan?. Agaknya dia tak larat da org nak sajes kan itu ini.

Kalo Reen, ada org sajes atau bagi ubat ke apa ke, mmg Reen rasa terharu sangat. Tp biasa golongan ni dia tak sebuk. Alih2 dia dtg kat kita, bagi ubat suh terai, bagi ayat suh terai. Terharu sgt ngan org camtu.
Yg lelain....hampessss... asik nak kata 'tak pandai main'. Ek eh..