Thursday, March 17, 2011

~Pasal Bukit Merah Laketown Resort : Ecopark~

Setelah makan2, solat (jamak), makanya kami kembali ke kawasan tasik. Walo cuaca tak panas, tetap la berpeluh keti dan tiak jugekkk.. Mak tak pegi sbb tak larat nak jalan.
Ayuh, kita ke Ecopark Bukit Merah Laketown Resort .... !!

Bayaran masuk RM14 utk dewasa dan RM10 utk kanak2 (bwh 12thn). Tapi utk org ber alamatkan Daerah Kerian di My Kad, dpt diskaun. Berapa inggit tah!
Oleh krn kiterang ada 2 child, dpt la percuma makanan utk bagi kat haiwan.  Ada kacang panjang, carrot, sayur sawi ngan dedak. Mula igt cena nak bagi. Sekali masuk je, da disambut dgn beliau ini. 

Maka terus la kita bagi makan. Syok lah!. Suka tau.
Tangan yang memberi lebih baik dari menerima :)
Bebaik Yong..di kokak nya jari tu kang.
Melangkah ke depan sket ada rabbit plak. Ala, yg aku buat sneak preview tu. Rabbit ni jinak betul. Geram je rasa. Eiii... bawak balik kang baru tau.
Lps tu igt sempat la nak tgk Animal Show, sbb dia start kul 4.30pm. Tp tak sempat. Da abis. Hanya  yg ada ular sawa tgh mandi. Petugas tu tanya nak amik gmbr tak. Hiii...mmg idak la walo di hati aku nak terai gak letak ular tu atas bahu cam Aznil buat masa konsert dia retu. Dia pun penakut ular, tp dia lawan. Aku nak amik, tp aku takut kang aku lekas2 nak balik, mandi.. Hiiee.....

Masuk kat tpt zon reptilia. Memasing taknak jalan tgk sbb napak seekor iguana besauuuuu... rugi gmbr tak amik. My dear pegang kamera, dia pun takut. Hohoho. Tp tatau la kut ada kat kamera anak buah aku. Ulau pulak belingkau dalam sangkau, so mmg tak la nak pegi tgk. Eiiiww..

Seterusnya ada bear, ada buaya, ada rusa. Haa.... rusa bes. Suma dtg dkt utk meragut sayur yg kita bawak tu.
Tak sempat snap, da abis sayur kena makan!. Haha.
Jalan lagi ada geng2 burung merak, itik segala. 

Eh. Sblm tu ada kandang utk hamster dan jenis2 tikus cam tu la. Cam guinea pig tu. Aku sua tgn nak bagi kuaci dia mcm gigit sket jari aku. Oh!.. smpai skang rasa mcm sakit je. Kena pi check ke ah? Tp takde plak simptom lain cam kancing gigi ke. Hahahahah. Atau adakah akan bertukar jadi hamster women??? Miaahahaha.

Lps tu byk lagi dedak, kita bagi je la kat ikan koi. Berebut2 ikan tu makan.

Tpt ni walo tak luas, tp bes je masuk. Aku rasa oke sgt kalo bawak budak2. Sbb kita dkt dgn haiwan tu. Siap boleh bagi makan. Aku pun rasa teruja, apa tah lagi anak2 buah aku kan. Jinak2 suma binatangnya. Bes lah.
Gmbr yg no. 2 tu monyet capuchin. Monyet nakal dlm citer Night At Museum.

So, sapa datang Bukit Merah ni, aku recommend lah utk masuk sini. Walo binatangnya tak byk mcm zoo, tp kita cam leh interaksi ngan binatang dgn lebih dkt.

9 comments:

PuaN su SU said...

best..best..
mauu g ...tapi bila...,.hu hu hu

mamaaizara said...

nnti bila anak kedua dh lahir & besar skit nak pegi la.. budak2 mmg suka kat binatang2...

ejaMaria said...

ha ah... Luqman kalau masuk sini... mau dia tak keluar... lagi klu jumpa rabbit jinak + gebu cam tu... payah pulak aku nak tarik dia keluar.... ;p

Nana said...

dlu g sini
tak dpt naik chairlift tu
sebab damia kecik lagi
malas nk gilir jaga hehe

a.samad jaafar said...

kali terakhir ke sana, airnya agak kotor dan kemudahan seperti kurang penyeliaan.. tu yg malas nak gi lagi tu..
eco-parknya memang best..!

AdiaLuze said...

Seronoknye kau dapat bermesra dengan hidupan liar... Cam kat zoo je kaannn..hehee

zahidah dihaz said...

tak pernah pergi zoo...hari tu pun pergi taman rama2 @ melaka je...


New Entry: [Keputusan] Miss Zahidah 4in1 Lucky Draw

PUANSTOBERI said...

Puan Su Su :
Nati ada kelapangan boleh lah pegi. Seronok jugak.

Mamaaizara :
Ha'a.. pi la azi. kita yg da tak budak ni pun sker, apatah lagi budak. huhu

Maria :
Hahaha..bawak je la... ce terai bawak. tpt tu pun tak beso mana, dia nak duk je kat situ pun takpe.. miehehehe

PUANSTOBERI said...

Nana :
Huhu.. akak lom citer pasal chairlift lagi ni. hihi

Yob Samad :
Kiterang tak masuk mandi pun.

Adia :
Kat zoo tak buleh pegang pegang, duduk pun renggang renggang. Eh. Aku merepek apa ni !!???

Zahidah :
Ni bkn zoo, mcm zoo jer. binatang pun tak byk.