Thursday, March 24, 2011

~Pasal Mee Ladna Dan Sate~

Owh. Ini entry yg citernya masih panas! panas! panas!.
Balik je keja aku da pekik kat wall yg kata nak makan satey. Sbb nya incik my dear tnya nak makan apa mlm ni. Maka secara otomatik ku jawab sate. Kata da gaji kan. Huhu.

So, nya ber pergian lah kami ke sate. Err...maksudnya ke kedai nak makan sate.
So, pegi satu kedai kat area Setiawangsa. Oh. Lama giler aku tak makan di kedai itu. Lebih setahun dah kut. Zaman blum kawen dulu selalu la.
So, napak la keadaan dlm kedai tu kelam kabut. Mean bukan pelanggan yg kelam kabut tp pekerja2 kat kedai tu. Kejap2 aku napak org tu la yg lap meja, org tu la yg amik order, org tu la antar makanan, org tu la kira duit. Oh. Bizinya. Keadaan kedai pun agak penuh.

Kami pun ambil tempat dan order.
Dah teringin sate harus la nak order sate.
Tapi luluh hati bila brader tu kata
"sate tak buat la, dia keras. Stop kejap".
Oh. Agaknya daging dia masih  beku la kut. Susah nak cerai ceraikan. Oke la. Maka, kiterang pun order lain. Aku order mee ladna, incik my dear order nasik goreng paprik. Air, aku tembikai laici, my dear epal. So, tak lama air pun sampai. Oke la kan.
Jadi tunggu makanan. Lama gak. Memacam topik la boleh dibualkan. 
Maka smpai gak nasik goreng paprik. My dear makan la dulu. Tp smpai setgh dia makan, mee aku tak smpai lagi. Aku rilek je lagi.
Dtg sekumpulan budak pompuan duk meja sebelah. Aku dgr derang pun nak order sate. Dan ada yg order mee ladna.

Then my dear nak abis da makan ni. Then mee ladna pun smpai. Tp zupppp...dia hantar kat meja sebelah. Hoi. Hoi. Apa kes ni?
Aku mmg tak kuasa la nak 'kak..oo kak, ni saya order mee ladna ni apahal tak sesampai lagi ni?'.
Nati mesti dia jawab 'oh, jap ye dik nak check. Ha la dik, lupa...buleh tunggu kejap'.
Jawapan nya mmg tak kuwasa la kan.

So, aku suh my dear abiskan makan cecepat then bayar je. Kat situ kalo nak byr dia tgk balik order kita. Aku pun pegi kaunter. My dear gagap2 nak ckp mee ladna tak smpai. Aku dtg aku ckp
"mee ladna tu takde. Tak sampai!. Tak payah lah. Kansel je terus!"
Dan terus kuar dari kedai tu. Lantak lah. Dah la kedainya ada tax. Motip sungguh lah.
Maka order sate kat tpt lain, bawak  balik. Tp aku makan 3 cucuk je. Tak menepati selera. 

Aduh...kalo tau, pegi je kat Sany CKT kat TTwangsa dkt IB tu. Situ ada Satay Station gak. Haaaa... mencik! mencik!

Jadinya, mmg bertahun lagi la aku pegi kedai tu balik. Tu pun kalo kelam kabutnya da ilang la.

Bukan mee ladna aku. Ni mee ladna chef hanieliza

9 comments:

ejaMaria said...

hehehe... klu aku sah tak pegi dah...

mamaaizara said...

my husband klu dh lmbt sgt pn blah je terus mcm reen...klu air smpi dulu pastuh xsedap terus cancel makanan...

AdiaLuze said...

Aku penah gak terkena Reen .. Tapi masa tu lagi parah sbb nak bukak puasa .. Dah la lambat, waiter dia buat muka bengkek plak bila kita tanye .. Sib baik bulan puasa, kalo tak dah meletop2 cam bunga api aku kat ctu .. Heh ...

Nest time bila aku lalu kat kedai tu lagi, tgk2 dah tutup .. Cam kena badi aku je kan .. Wakakakaka ;D

P/S : Mekasih ats tips2 yg diberikan utk beli rmh tu ye !! ^_^

PUANSTOBERI said...

ejaMaria :
Mmg aku pangkah pun dah sebenarnya. Kuwasa dah haih.

Mamaaizara :
Huhu. Kita boleh tau la kan, masa sepatutnya dia smpai. Tp kalo org lambat dari kita, order yg sama, tp dia dpt dulu, harus la order kita tu dia tak buat.
Kuwasa la nak tunggu lagi.

Adia :
Kena bagi ko la tu smpai ttp kedai. Kalo customer service mmg sekali tu je la org datang kan, sbb tu dia tutup kut. Haha.

p/s : ya..sesama :)

Izzatul Iman said...

kempunannye...tak ade rezeki nak makan ape yang diingini...

AiTotYati said...

kalau Ai la kekda, mesti dah:

"kita bako kite bako!!"

dahle tgh lapo tetiba mknn tak sampai lagi. cissss

PUANSTOBERI said...

Izzatul :
Tu la pasal. Seb bek tak mengidam kan. tehehehe

Aitot :
kalo bako kang kena tgkp plak. Tunjukkan tak puas ati cukup. Haha

cikbedahlaser said...

marah kan.. kan kan...
lg marah klu kite order... dan die tak buat lg.. pastu bile nk cancel order..die leh ckp... ehh tak leh la dik.. kami dh nk masak ni.. wat the heyyy la...
menci kan kan kan...

klu suke jln2 cri makan.. try lak satey kat bangi seksyen 7.. satay UK... sup UK die pon sedap.. UK stand for urat keting.. tp satey die satey ayam la... heheheh

PUANSTOBERI said...

CBL :
Akak tau dia mmg tak buat la kalo meja sblh smpai dulu.
Mencik tau.

Humang ai..jauh tu Bangi. satay station sudehhh... huhu. Tp oke gak kan, tgk la nati kut ter pegi belah2 sana :D