Aku rasa aku perlu ber tekad. Perlu membulatkan hati. (Hati....yg bentuk love tu nak dibulat kan??cena eh??) Aku perlu memulakan treatment ini. Walo usia perkahwinan belum menjangkau tahun ke3, tp umur aku yg akan mencecah tahun ke 32 pada Disember ini, mmg tidak memerlukan aku untuk berlengah lengah lagi.
Maka setelah ditilik tilik, di risik risik, aku rasa aku akan mulakan di LPPKN. Aku tau mmg akan amik masa yg lama. Akan tunggu giliran yg lama. Tapi takpe. Sbg penjawat awam, ini lah benefit yg aku perlu gunakan ketika ini. Boleh baca di sini utk dapatkan keterangan lanjut. Dan aku petik sedikit
7. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dilaksanakan mengikut tatacara berikut -
(i) mendapat rawatan di klinik LPPKN; dan
(ii)rawatan primary infertility sahaja; dan
(iii)pengesahan oleh pakar perubatan LPPKN mengenai (ii) di atas; dan
(iv)permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Ubat, Alat, Perkhidmatan dan Rawatan; dan
(v)permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Mandul?? Nauzubillah himin dzoliq. Tapi IVF dan yg tahap tinggi nyer treatment tak lah ditanggung.
''Esok merupakan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan. Antara masalah yang dihadapi oleh keluarga ialah kegagalan mendapat cahaya mata. Dari kajian yang dijalankan punca ramai pasangan berselisih faham dan bercerai ialah kegagalan mendapat cahaya mata.
''Sejumlah 30 peratus daripada masalah kesuburan yang berlaku berpunca dari suami, 30 peratus lagi berpunca dari isteri, 30 peratus lagi disebabkan oleh kedua-duanya dan 10 peratus lagi disebabkan masalah yang tidak diketahui," jelasnya.
Tambah Shahrizat, masalah kesuburan menyebabkan tekanan psikologi yang hebat dan beban tekanan yang ditanggung oleh mereka yang mengalaminya dikatakan sama dengan tekanan yang dialami oleh seorang pesakit barah. Selain itu rawatan kesuburan di pusat kesihatan swasta biasanya menelan kos yang tinggi.
''Sejak 1979, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui klinik rawatan kesuburannya sudah berjaya mencatatkan 3,000 kelahiran dari pasangan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat. Ini merupakan satu berita gembira yang boleh dikongsi dengan seluruh dunia," katanya.
Sempena berakhirnya EAMFF dan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan, Shahrizat turut melancarkan buku panduan Jalinan Kasih Subfertiliti LPPKN supaya lebih ramai pasangan tampil untuk mendapatkan rawatan kesuburan melalui LPPKN.
Buku panduan setebal 33 muka surat itu mengandungi maklumat mengenai persediaan untuk mengandung serta penjelasan mengenai prosedur, ujian dan rawatan kesuburan.
Pada majlis pelancaran buku panduan Jalinan Kasih, seramai 48 kanak-kanak yang lahir ekoran kejayaan rawatan kesuburan di LPPKN diraikan bersama ibu bapa masing-masing.
Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman yang turut ditemui di EAMFF menjelaskan klinik rawatan kesuburan LPPKN yang beroperasi di ibu pejabat LPPKN di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh memberi tumpuan untuk membantu pasangan yang berpendapatan rendah mendapatkan zuriat.
''Pusat Rawatan Kesuburan LPPKN komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berpatutan," jelasnya.
Agaknya aku dalam peratus masalah kesuburan yang mana ya? Then kat mana nak dapatkan buku Jalinan Kasih Subfertiliti tu yer?
Aku blum pun set kan appoinment. Mungkin dalam masa terdekat ni akan call jugak. Doakan yg baik2 utk aku ya dlm usaha mendapatkan permata yang dinanti ini.
Utk mereka yg baru nak baca blog ini dan rentetan hidup aku utk mendapatkan cahaya mata, mmg aku belum pernah buat any medic treatment lagi. Taktau sbb apa, takut pun ye gak kut. Skang ni aku pikir smpai bila nak tunggu
Utk mereka yg baru nak baca blog ini dan rentetan hidup aku utk mendapatkan cahaya mata, mmg aku belum pernah buat any medic treatment lagi. Taktau sbb apa, takut pun ye gak kut. Skang ni aku pikir smpai bila nak tunggu
Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk menjadi seorang ibu.......
13 comments:
amin...berikan kesempatan utk eka juga...nak rasa camne jadi ibu
kekda takutnya baca petika surat khabar yg ckp punca penceraian disebabkan tak dpt baby...harap2 jgn lah sampai tahap camtu
tau tak kekda sampai satu tahap eka penah ckp kat en somi"kita amik ank angkat la...nak?"tp dia tanak...eka risau la...slalu pk mcm2 katakan kalu tak dpt baby sampai tua.sapa nak jaga eka.eka dah la ank tungga.time tu kalu tak de mama abh, en somi lak tanak tangung eka dah.canne...ei mcm2 la pk...
pasal plkkn tu eka penah dgr...tp kalu cam eka ni, canne ae.tak de ke cawangan kat sawak ni
bagus..at least ko dah amik the next step..aku doakan ko berjaya and aku akan follow once i get back to mesia..keep posted news on this..aku teruja nk tau gak prosedur2 dia..
good info... :)
*hanna strawberry*
kekda,
Ai baru balik buat HsG. means xray salur tiub fallopio.
alhamdulillah line clear. takde sumbat. ovary cantek. even tulang pelvik Ai besar. senang nk melahirkan bak kata dr yg buat HsG utk Ai tadi.
Ai mmg ada rasa nk buat satu blog khas utk treatment yg Ai dah lakukan ni. pil ape mkn, buat ape. sumelah. tapi dah tentu blog itu untuk invited readers sahaja.
dulu dah pernah buat kt private spital tapi start thn lps try GH lak.
klu nk cek better hubby n wifey sekali. sbb kita nk tahu sebenrnya btl ke wifey yg susah nk preggy.
eh pjg la plak entry ni. mmg sah Ai nk kena buat blog. sbb skrg Ai buat moden sekali dgn rwtn tradisional jumpa ustaz.
pnstoberi..
saya tersentuh bila membaca n3 ni..saya cukup memahami perasaan pnstoberi kerana hampir sepuluh org kwn saya,lelaki/perempuan, yg dah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan permata hati..mereka berhabisan wang dan tenaga sebagai usaha mendapatkannya..tp tetap juga gagal..saya sendiri pun dikurniakan anak selepas hampir tiga tahun bersama.. isteri saya bermasalah dgn hormon..jadi ambil pil hormon di hospital sakit pun di t intan..alhamdulillah berjaya..
usia perkahwinan pn masih muda..bersabarlah..dan berusaha..jgn malu bertanya kepada mereka yg pernah mengalami masalah yg sama dgn pn.. saya doakan impian ph termakbul hendak-Nya..amin
kalau pegi lppkn kl - call aku... aku mmg ada 'membership' kat situ... ^_^
oppsss... ada lagi... nko dah cuba urut... klu dah tp takde hasil lagi... aku nak suruh nko try ngan tukang urut yg aku kenal... sbb member aku 'kebetulan' la... lekat lepas urut dgn org tu... tu pun klu nko nak try... kita usaha kan ;p
u go girl..
kami sentiasa menyokongmu!!
Amin .. Aku doakan semoga segala2nye berjalan dengan lancar ye Reen ...
Nanti bila dah start nak wat treatment, share2 la cite ngan kitaorang yee ... Gud Luck sis !!!
amin.....
semoga ALLAH permudahkan...
amin
go akak go..
sy LPPKN x try...
tp tgh tgu turn g spital april nih.. owhh berharap ade la rezeki tu thn ni..
smoga kite dberikan rezeki itu..
kak maria.. aritu kan sy nk g urut...pastu came sorg pegawai die marah.. die kata jgn g urut.. die bebel la.. cakap..aku taw la.aku tkg urut...
jd sy pon tgh konpius.. boleh ke x urut nih.. owhhh
cikbed : urut kat spa mmg la tak jadi apa... kena cari 'bidan kampung' yg betul2 la...
bila sebut hal 'peranakan'... kenapa lepas beranak org urut?... tu point yg org biasa tak leh buat... doktor pun tak buat ape2 klu kata 'peranakan jatuh'... ;p
ejaMaria
hurmm ada yg ckp takley urut..ada yg ckp blh..konpius! dulu penah urut dah dia kata peranakan jatuh n 'keras'..sakit gilerrrrr time dia nk kasi betui alignment..and now prob hormon lak..giler susah toi jadi wanita nih
p/s-opsiee mintak laluan pnstoberi nk borak sini..hehehe!
Post a Comment