Wednesday, March 16, 2011

~Pasal Konsert Pak Nil~

Konsert Pak Nil??? Yg bertarikh 12 Mac retu.
Naper aku lmbt upload. Adakah tak best?? Salu benda yg bes kan laju je aku apdet ceritanya. Huhu. Bkn tak bes. Best. Tp terselit gak tak best nya.
Eh..amenda ko ckp ni?? Mereng?? Huhu.

Oke la. Aku mmg tk byk snap gmbr.
Ada takde ini je yg aku da p/scape kan.

Aku dtg da agak lewat la. Mungkin sapa masuk awal tu dpt la duk dpn dan buleh la napak Aznil sejibik sejibik. Memula igt nak solat maghrib dulu, tp sbb ujan dan nak carik paking, kiterang gi dlm kul 7 and carik tpt solat kat sana. Sbb paking pun dpn stadium so, igt nak solat kat dlm stadium tu je lah. Tp nyer tpt tu mcm gelap la plak.

Smpai tpt konsert tgk da ramai org masuk. Keadaan da mula tak terkawal. Memula dia  (organizer la rasanya) bagi org duduk satu tpt tu, then dia suruh pindah sapa tak muat. Agaknya org igt suruh pindah, suma ke satu lagi tpt sebelah tpt VIP. Kiterang masa tu baru masuk da terpinga-pinga. Cuba gak nak bolos tp dia da tutup gate. Then aku tunjuk je complimentary ticket aku, dia bagi masuk. Motip la kan. Bukan leh duduk seat VIP pun (VIP la sgt, just kusi pastik dibalut ngan kain tu je).

So, da penuh dah dpn, duk kat blakang je la. Kusi pun basah sbb sblm tu ujan. Ko rasa bleh napak apa je kalo duk kat blakang. Sbb tu napak belon je penuh. Belon Upin Ipin, belon moto, belon Tweety. Syok kan...mcm gi pesta belon lak..cuma tak panas je. Hahah. Tgk pun kat skrin. Nak tgk Aznil kena la mendongak sket.

Sebelum mula konsert mmg mcm haru biru la sket. Patut seat VIP tu buh la stand VIP. Pastu seat biasa, tulis la biasa. Aku tgk penganjur mmg mcm haru biru time tu. Ngan org duk pertikai tpt duduk dia. Huhu. Konsert start jam 8.45pm (walo kat tiket da tulis kul 8). Ate, kul 8 baru nak test lampu, nak test test 1,2,3 kan.

So, da start tu oke la. Di mulakan dgn lagu Hore Hore Hip Hip Hore... lps tu lagu Bapaku Pulang Dari Kota. Kira tu warming up utk kanak2 la. Pak Nil panggil bebudak naik atas pentas. Ada sorang budak tu pandai tul dia nari lagu I want nobody nobody but u. Tgk muka cam nerd je, skali menari..bersorak suma. Huhu.

Then masuk la zaman rock2 ni. Dipanggil sorang caller ERA yg menang. Duet lagu rock. Lagu Bapaku Pulang Dari Kota tu la. (zatul, ini eh, kazen hubby ko?). Dpt i-phone rasanya dia.
Mmg byk adiah yg Pak Nil bagi pada yg bertuah. Ada dpt barangan Habib Jewels RM50,000.00. Humang ai..giler bes. Dia just nari je. Lagu kerana percayakan siti. Takpe la..rezeki beliau kan.
Ada gak dpt pakej umrah. Akak tu nari lagu Daud Kilau yg 1 ringgit...2 ringgit...
Lps tu adiah paling bes dpt lucky draw. Keta MyVi laaa... aku tau dah..menda lucky2, cabut2, ni mmg aku tak lucky nyer. Alangkan lucky draw kecik2 nak menang FM pun nan hado..apatah lagi keta sebijik kan. Mmg nan hado. Aku penah menang LD ni skali je. Masa jadi cikgu GSTT tu je. Dpt set comforter. Aku rasa itu je la kut sekali seumo idup aku. Lps tu takde, baik grand atau conso. Eh... motip nak citer pasal aku tak dpt LD ni pasal??? Cam tak puas ati je ngan nasib.. eh...takde la..tak baek lah.

Oke sambung. Then Pak Nil bawak geng hero malaya dia. Bagi bantuan pada sorang kanak2 yg sakit jantung.

Oh.. Pak Nil jugak bawak baby Riz. Anak dia katanya. Comey sgt. Main bonggo lagu "Bu Pak". Budak tu yg ckp bila Aznil tnya nak main lagu apa. Lagu ibu ibu bapak bapak la maksudnya.
Ni video dia.


Artis jemputan ada Lan, ada Ana Raffali, ada Zahid. Eh. Mawi pun ada. Tp dia tak nyanyi la. 
Di akhir konsert Pak Nil bawak naik suma famili besar dia.

So, da abis aku dpt la tgkp gmbr kat pentas. 


Kesian kan?? Jadi la dari takde. Hahahaha. Igt nak gak tunggu kut2 kuar suma Hero Malaya, artis suma tu, tp igt my dear nak tunggu.... mmg idak la kan. Dah la masa tu da dkt kul 12. Dgn lapar semua, esuk nya plak nak drive balik kg pepagi. 

Balik trus singgah drive thru McD beli Big Mac utk my dear n Double Cheese Burger utk aku. Hahah..ber dabel dabel di tgh malam kan. Layan.....

Aku tulis ni pun kejap Pak Nil, kejap Aznil. Kira buleh la kan. Insan yg sama jugak. Kalo ikut kan kira berjaya la Aznil bikin konsert ni sbb dia dpt menambat hati suma golongan. Dari kanak2 smpai la makcik2. Adiah pun lumayan belaka. Cuma tu la..penganjur mungkin tak boleh agak dia nyer sambutan menggalakkan. So, awal2 tu ada kelam kabut sket. Harap next time tidak berlaku lagi begitu yer. Atau mungkin boleh buat di stadium terus. Lagi senang. Stadium Putra Bkt Jalil ke, kusi pun tak basah. Hihi.

Owh. Terima kasih pada Nuffnang yer sbb bagi sekeping tiket konsert ni. Next time ai cuba naseb lagi yer :D

8 comments:

Anonymous said...

wah beznye
tgk konsert free

deqlis said...

wah seronok Reen dpt p tgk Pak Nil..
free nuff kasi bertuah awak..sebb hari tu tiket Nuff wayang pun dpt kan?? deqlis tak pernah merasa apa2x lagi dr nuffnang nie..huhuhu..

thanks ya..betui tambang tu Rm1.60..

puanstoberi said...

Nana :
Free tak free sgt la..kira mcm buy 1 free 1 la..sbb partnership kekda tu tiketnya kono beli. huhuhu

Deqlis :
Aha... Alhamdulillah, kalo masuk Nuff nyer contest, ada la..walo takde grand prize nyer adiah.
Ala.. nati ada la rezeki Deqlis plak :)

cikbedahlaser said...

ooo beli jugak.. ingt kn incik abang x masuk td.. tgu jaga belon kt parking je.. oooo...
kire nyanyi2 paknil puas ati la eh.. cume x best sbb dok tgk belon je la eh.. oooo

Unknown said...

waahhh...sampai jugak akak kt sana...
eT dari kejauhan je la...:p

Aida Tamrim said...

Okla tu Reen.. Dapat gak tgk konsert free...Ala...nak citer pasal Lucky Draw ni, aku pun sama gak...Payah sangat nak Lucky nyeee... ;P

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kira ok la tue reen. dpt tiket konsert pak nil tue kira LUCKY jugak la tuh...

puanstoberi said...

CBL :
Hahahah...akak suka tau komen ngko ni.. kelakau.. tu la pasal, if takde tiket tu, akak suruh je incik asben jual air kat luar tu. miahaha

A'ah ek..akak takde ckp Aznil nyanyi bes ke tak.. tkpe lah..tgk je la konsert dia kat tibi nati.. huhu

ET :
Hihi.. ate nye ET, umah sejengkal je dari Titiwangsa tu.. pegi kan je. hihiks

Adia :
Tapi kan ada stgh org mmg jenis luck betul. Asal ada cabutan no bertuah ke apa, sure naik je no dia. Ni aku tgk masa studi dulu la. Bes tul jadi mcm itu org. Huhu.

Kina :
Lucky la..tp atas hasil usaha mengidea kan komen kat nuffnang. Nak luck camtu je mmg tak dapek la Kina... uhuksss