Wednesday, March 30, 2011

~Pasal Review Merong Mahawangsa~

Aha! Aku tak wat review lagi pilem Merong Mahawangsa tu yer. Yang aku tgk Jumaat lepas.
Alah...da berzaman pun kan. Rasa mcm semerang da tgk. 
Tp aku rasa citer biasa2 je. Takde apa menarik. Sama cam pilem lain. Cuba la tgk citer omputih tu, kalo dia buat, dia buat bebtul. Langsung tak napak segala kecacatan dia. Ini napak sgt guna teknik CGI ke GCI tu.

Hahahah. Aci tak aku bagi komen camtu? Miahahahah. 

Oke, tu gimik je tu. Kuwasa la aku nak kondem2 ni. Tp tak kuwasa gak aku puji melambung2.

Kalo aku kondem2 kata itu ini, kang baik aku buat pilem sendiri kan. Kira da oke la tu. Dgn pelakon dia yg ramai dia nak manage tu. Plak tu usaha dia utk mengangkat Hikayat tu. Aku rasa tak perlu la kut nak compare ngan teknologi kecanggihan pilem omputih. Mmg btul la, kalo kita tak compare, kita akan duk takuk tu je, tp ini at least da ada kelainan. Aku penah gak la baca kat berita kat mana tah, kata kat Malaysia ni kalo pilem guna CGI ni dpt la anugerah la hapa la. Masa tu Magika byk menang anugerah kat FFM. 
Abis, ko nak citer cemna dpt anugerah. Yg tak guna CGI. Cam citer Jangan Pandang Belakang Congkak? Ke Cuti Cuti Cinta (ye ke tah?) atau Senario yg bersiri2 dlm pilem tu. Atau citer yg aku mmg menyampah tahap gaban iaitu Potret Mistik (ke Mistik tah).
Kira oke la ni kan. Yg tetiba dapat membuatkan aku rasa nak tau apa sebenarnya Hikayat Merong Mahawangsa. (yepp...aku mmg buta hikayat. Teheheheheheh). Dan betul kah Kemawas itu begitu perangai mawas nya. Haha.

Dan aku pun taknak la puji melambung2 smpai bagi 5 bintang lak kan.
Sbb aku pun menyampah tgk ada org yg pakai patung rimau atas kepala tu. Smbil menurun nak panggil ujan turun. Ye ker dalam hikayat sebenar dia berpakaian sebegitu rupa. Dan kesian gak sbb Jehan berlakon tanpa suara. Tehehehe....sian oh Benjy aku berlakon utk berlawan je. Lps tu mati.

Dah la. Aku da kata aku malas nak bagi review tadi kan. Oke. 
"Empangan kalo sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya"

Akhir kata "Filem Kita Wajah Kita". So, buleh pilih nak wajah Kemawas ke, Merong ke, Marcus ke, Embok ke, princess ke atau sapa tah yg ada rimau atas kepala tu. Teja eh?
Eh. Takde sapa ke nak buat kuiz kat FB "Siapakah anda dalam Hikayat Merong Mahawangsa?"

7 comments:

ch@ said...

kalau ada kuiz dalam FB macam tu, mesti ramai pilih Embok. kekeke.

amalhaj said...

gahjin gak miker nengok wayang yerk? teman idak nonton g, teman nunggu daghi zaman tok kadok g filem pasir salak. dah naik tobeng teman....

ejaMaria said...

aku... emak Merong... buleh gitu... hahahaaaa

Anonymous said...

ni kesimpulan dia ape kak?
hihihi

mizayusof said...

miza suka cerita HMW :)
bestttt. rasa nak tengok lagi sekali.


*terima kasih sebab follow. blog akak dah lama dah miza follow. blog lama tu dah delete. hehe

puanstoberi said...

cha :
Mcm che nin dulu kan?? tehehehe

amalhaj :
Ate, da takde buat apa, kome dating ler berdua. Takde da gamaknya filem tu. Rasa dari arwah ayah awok ada dlu lagi pilem tu dah buat kot. Thn 2005 kan.

Maria :
Tehehehe...buleh la..tapi tak sanggup mak nok, nati kena potong kepara.. miehehehhe.

Ainil :
Errr....takde kesimpulan la kut. Hahahah.

MY :
Tggu kuar astro first la yunk. Akak sini, tggu je adik2 opis ni 'sedut' kan. teheheheh

Sesama Miza :D

zahidah dihaz said...

saya tak tengok pun movie tu...



New Entry: Nostalgia: Lagu zaman sekolah rendah