Sunday, October 10, 2010

~Pasal Tronoh Jadi Toronto~

Rasanya ramai blogger dah blog kan pasal citer ni.
Pasal gmbr Salam Perantauan. Tronoh Jadi Toronto. Dekat paper mingguan page 9, ruangan rencana.
If tak sempat baca leh klik sini : Tronoh jadi Toronto
Kalo dalam paper tu leh la tgk gmbr kawasan Tronoh yang di Toronto kan tu.

Bila baca tajuk je aku rasa suma leh agak student U mana la yg terlebih kreatif sgt tu kan.
Aku pun penah gak dtg sini dulu. Masa form 5 ke form 4 tah. Masa tu ada seminar amenda tah. Anjuran USM. Masa tu ada kampus USM lagi kat situ. Kalo nak tgk, mmg  kawasan dia masih 'greeny' lagi. Tp tidak la aku buleh smpai terpikir yg kalo kita bergambar di situ napak spti di Toronto.

Bagus tu mmg bagus la sbb berpikir di luar kotak. Mungkin memula gmbr tu cam memain je kut. Tetiba napak mcm kat luar negara plak. Trus la kut derang antar gmbr tu seolah2 derang kat Toronto. Caiss.. tp kalo bc dlm artikel tu katanya seolah2 mmg derang dah merancang. Ada blog nya juga.

Alasan derang antar gmbr tu sbb menyampah tgk pelajar2 yg duk oversea antar gmbr yg ada salji la apa la. Eh..buleh la pulak gitu. Aku sedari dulu lagi suka tgk gmbr org antar kat Salam Perantauan tu. Dari kecik2 lagi lah sbb mmg menimbulkan azam utk aku belajar kat luar negara. Patutnya derang jadikan motivasi. Mungkin skang derang wat diploma and degree kat sini tp derang masih berpeluang smbg peringkat master or PHD kat luar negara. Jgn la pula timbul PHD lain kat sini lalu mengkreatif kan diri utk menipu. Aduh.. malu rasanya sbb anak bangsa harapan negara yg buat gitu.

Kalo skang, masa belajar derang dah buat camni, macamana suatu hari nati bila derang dah masuk keja. Semestinya tu masing2 pegang jawatan tinggi. Terlampau pandai menggunakan pemikiran "out of d box" hingga nati buleh memanipulasi borang OT, borang cuti (oh..seb bek skang da pakai sistem HRMIS), tuntutan T n T, pinjaman peribadi dan memacam lah. Oh..itu aku bercakap dalam konteks sekiranya derang ni menjadi penjawat awam. Tp yelah..kat private pun sama..tp kalo ko didapati terlebih kreatif ni, kat swasta lagi padah la sbb di buang terus. Kalo gomen tu ada la ampun lagi. Kena amaran dulu, tu dulu ini dulu baru la dikenakan tindakan tatatertib. 

Tah..tak reti aku lah. Btul gak kata penulis tu, derang mmg percaya je setiap gmbr yg dihantar melalui emel tu dan takkan smpai nak detect gmbr tu melalui univ. memasing kan. Umm..pasni Utusan kena detailkan lagi maklumat yg derang hantar tu mcm kena beserta course, tahun berapa pengajian, dan maklumat penghantar kena beserta IC, alamat penuh tpt menuntut dan lelain lagi lah. Memacam hal leh jadi di zaman maklumat di hujung jari skang ni. Huhu.

4 comments:

Hezesuze said...

tu arr kekadang belajor je kt U tapi otak xleh pakai....huhu

**ditujukan kepada pelajar tronoh nie ye..bukan pelajar u yang lain ahakss

cik.pija said...

benda mcm ni bukan bru ni je, banyak suddah sbnrnya student2 yang buat macam ni. cuma kali ni je baru terkuar. hehe

azeul said...

hahaha...setakat prank suam2 kuku ni....biasak la..nama pun remaja...

tu la..atuk cakap..periksa dulu sebelum terkena...mentang2 orang besar..nak salahkan 100% kat orang kecik...bila dah terkena,xsalahkan kat orang yang pilih gambar+ucapan tu pulak..

..susah cakap la...baca je katsini..

http://obefiend.blogspot.com/2010/10/fao-noraini-abdul-razak-of-utusan.html

puanstoberi said...

Azeul :
I just wanna ask 1 question only. Adakah atas dasar "REMAJA" semua nya akan jadi matlamat menghalalkan cara?

Tu jer..byk lagi cara lain utk mem provoke. Kita ni ada adab dan sopan. Kalo menda tu suma 'dihalalkan" dan dianggap suam2 kuku tak mustahil esuk da masuk ruangan kerja akan memberi impak yg cukup besar pada negara. Pikir2 kan lah..
Tk kesah la korang.. selagi korang pikir menda tu tak salah di sisi agama..korang buat lah..