Thursday, October 28, 2010

~Pasal Filem The Entrapment~

Motip aku nak tulis pasal pilem yang dah lebih 10 thn pun.
Motipnya adalah smlm baru aku tgk citer ni. hohoo.
Ketinggalan zaman? ya lah tu. AAK?? hahaha.
Baru aku tau citer ni buat kat KL eh.

Ok la kalo buat KL, tp kalo KL zaman nak masuk millenium masih ada tongkang2 tu, celah bedah mana gamaknya. Sungai Kelang kah?
Lps tu pulak dari kelong kelong tongkang sungai tu napak KLCC. Waahh..bahagia lah.
Lps tu pulak duk kat umah buruk berhadapan dgn KLCC. Wahh..adakah di Kg Baru? Agagaaaa.
Then tulis stesen LRT PUDU tapi amik nya di Bukit Jalil. Tp ini tak kesah la. Citer melayu kita pun byk camtu. Konon cakap Kedah, tunjuk sawah padi. Tup2 kuar teksi putih merah plat KL. Mana lagi tu. Sg Besar la kan. Tak kesah la.

Org lain dah lama kritik2 pilem ni, tp aku..after 10yrs baru nak kritik. Lantak la. Again. AAK.
Lantak la, masa pilem ni  kuar aku still kat uitm final year. Tak ke diendah pilem2 camni. Kalo tgk pun sekadar berdeting detingan. Mmg tak kuasa nak jadi pengkritik pilem ke apa ke.
Tp kan..cena aku tak perasan langsung pasal citer ni. Cam mustahil nau. Takkan katak bawah tempurung sgt aku kat London tu kan. Sdgkan citer Anna and The King aku tau dan gi tgk.
Tak kira la kan.  Tp apa2 pun org luar ni takkan nak tunjuk wajah sebenar negara kita nih.
So, kita la yg akan menunjukkan wajah sebenar kita. Sbb tu dalam filem, tagline derang adalah Filem Kita Wajah Kita. So, pikir pikirkan lah.

p/s: Apsal ada lain2 poster eh? Yg ini sure utk keluaran Malaysia, kongkonon habis haibat dah Catherine Zeta Jones berlakon di Malaysia. Hahahah.

7 comments:

Nana said...

hehe saya pun baru2 gak tgk cite ni dia berlakon kt klcc kan
tp menipu gile je bole ceroboh klcc senang2 mcm tu kan pastu view umah kampung ada sungai tu nampak view klcc pon tipu je

Nazz@Purple said...

aaa...naz lagi la tak penah tgk..

appledia said...

Setuju ngan Nana,AGAK menipula.Tapi tula,katepun felem(read:filem)layankan...

PUANSTOBERI said...

Nana :
terhapa kan..tunjuk tpt kita buruk2 je. dah la gmbr tampal2.. tp derang kata gmbr sungai2 tu kat melaka.

Nazz :
ha..nati kuar lagi kat tivi kena tgk.

Appledia :
Hoho. Tu arr, agak2 la kan.

AdiaLuze said...

Kalo ida prasan kan...ms adegan kejar mengejar tu, ada dngr suara azan..Tp,diaorg edit kasi cam bunyi bising2 jee..Cam hampeh...

PUANSTOBERI said...

AdiaLuze :
Perasan gak, tp masa kat LRT Station which dia kata tggu kul 6.30pg tu. Tah..apa motip sebenar kita pun tatau kan derang wat citer cemni

AdiaLuze said...

tula...sengal je kan...