Saturday, October 16, 2010

~Pasal Perkahwinan : Tangkap Muat~

Ari ni mcm nak bercerita soal yg seriyes sket. Aku tau aku bkn ariff utk memperkata persoalan mcm ni. Perkahwinan sendiri pun...bkn je baru setahun jagung. Tentah belum pun setahun jagung. Genap 2 bln lagi baru menjengah 2 tahun. Kan..sgt sgt baru.

Tp tak salah kut kalo aku just nak memberikan idea/pendapat berkaitan perkara ni.

Kali ni nak citer pasal perkahwinan tangkap muat.
Ada ke org yg kahwin atas dasar tangkap basah muat. Cemna nak kata eh. Entah, bila aku pikir2 balik, patutnya manade perkahwinan tgkp muat sbb jodoh itu telah ditentukan di Luh Mahfuz lagi. Maknanya mahu tak mahu, muat tak muat mmg itulah jodoh kita. Boleh kah kita menolak jodoh persoalannya.

Dalam memilih pasangan mesti kita carik yg hampir menepati citarasa dan dirasakan sempurna utk kita (kalo org lain rasa tak sempurna lantakkan..yg nak peluk hehari, kita jugak kan.. eh eh..hihi). Senang kata yg sekufu lah. Bila tgk sekufu salu org pandang tentang kerjayanya, ttg pendidikan nya dan taraf hidupnya. Mmg dalam Islam pun digalakkan mencari pasangan yang sekufu supaya mudah melayari bahtera rumahtangga tu. 

Ingat mudah mencari yg sekufu? Dah jumpa sekufu pasal yg ini, ada pulak yg tak sekufunya. Perjalanan aku sendiri mencari pasangan sekufu tu pun bukan mudah. Hampir 10 thn wes. Ha...bermula dari zaman belajar, org yg dah chenta maut dgn aku, aku dump kan sbb rasa 'oh..aku da blaja smpai degree..dia apa yg ada'. Mmg he's not meant for me lah aku rasa masa tu. Haha.. Mmg masa tu tak matang lagi kan. Sesuka hati dump kan org tak memasal. Mmg aku rasa berdosa sgt.

Seterusnya mcm dah berjumpa yg sekufu bila di thn akhir degree. Yg sama2 berlumba-lumba utk dpt DL setiap sem. Tp bila memasing dah kerja, dan si dia pula meng syaratkan itu ini pada aku jika kami berkahwin, yg mana aku rasa aku belum bersedia utk kesemua syaratnya maka hubungan kami berakhir. Aku percaya he's not meant for me juga. Tkpe lah. Padahal masa tu aku da mula rapat dgn org lain yg aku rasa 'ini mmg paling sekufu lah ni'. 

Yelah. Jawatan sama, umur sama, pendidikan sama eh tak..dia dip je..tp takpe..tak kesah asal ada diploma, dan kerja tpt yg sama. Mmg chenta giler jugak inih (wahh..pernyataan berani mampus nih..dah la ramai budak opis bc blog aku nih..tp ahh..derang pun tau kesah aku tu. Itu citer lama pun. Skang da nil dah perasaan tu. Haha). Tp kita je rasa dia meant for me, tp Allah lebih mengetahui dan tidak mengkehendaki dia tu utk kita. So, atas sbb2 tertentu, kami mengakhiri hubungan kami. Secara baik. Sememangnya aku redha, dia juga not meant for me. Dan hingga kini kami boleh bekerjasama. Profesional. Oh..harus diingatkan, hubungan aku dgn setiap org yg aku anggap kononnya 'meant for me' tu mmg baik..kami tak pernah bergaduh. Malah, apa2 je aku mintak tolong, derang pasti tolong begitu sebaliknya. 

Hinggalah aku bertemu yg benar2nya meant for me yg mana jika ditengok dari mula mmg aku tak anggap meant for me lah. Tidak sekufu jika dilihat dari segi kerjayanya, dari segi pendidikannya. Tp jika Allah telah menetapkan bahawa org itu adalah soulmate kita, itu lah jadinya. Kun Fa Ya Kun rite?. Benar.. pasangan ku ini jika dilihat secara prima facie (motip masuk word legal lak ni. Secara sepintas lalu lah) mmg bukan la sekufu. Tu lah yg menyebabkan ada yg hampir nak pengsan bila tau kami bertunang. Haha. Derang igt aku ni bakal pilih pegawai2 besar kut. Ada yg kata aku ni high maintenance. Dan ada yg penah kata kat laki aku, kalo ko berani pi la tackle dia. Haha. Aku bukan high maintenance yer. Aku tak penah berangan nak pakai h.bag LV, Coach ke dan tah apa2 lagi yg ada butik kat tgkt 2 KLCC tu. Aku boleh je pakai jeans Lady Like. Cumanya..aku ni mementingkan kualiti. Buat apa nak beli brg kat pasar malam kalo kita buleh dpt harga yg sama atau lebih murah kat dlm mall sana. Kan?? Mebi gaya la kut napak cam high maintenance..tp hakikatnya idakk.. aku bershopping pun ikut kemampuan. Tkde la terpaksa gali lubang tutup lubang bila nak bayar kad kredit. Buat apa nak bergaya smpai bergolok gadai kan. 

Bkn gambar hiasan. Gmbr outdoor masa 14 Dis 2008.
Dan igt senang ke aku nak buat keputusan utk mengahwini (?) my dear aku skang ni. Solat hajat, solat istikarah suma aku buat. Pastu tanya sekelian umat yg rapat dgn aku. Tnya pendapat derang. Bukan sng woh nak buat keputusan nih. Ye lah, dulu ko beria sgt kan nak org yg at least ada diploma la apa la..skali yg ni tak menepati ISO. Hah!. Smpai la org 'atas' pun aku tnya. Ni sapa yg follow blog lama aku tau la kan citer ni. Dan bukan sng woh kalo ia menjadi persoalan saudara mara. Masa tunang pun kazen aku ada tnya "Da..tunang tu pegawai eh?". Kan..bkn sng..bkn sng. Maka jawapku adalah simple.. "emm..keja satu opis je".  Mmg tak menjawap persoalan betul. Smpai skang ada antara family aku yg tatau my dear keja apa. Bukan nak rahsia kan..tp aku rasa tak penting pun utk derang tau. Yg penting mak aku tau. Dia tak kesah. Aku pun tak kesah. Tp ngan family mmg bkn sng la sbb adik beradik aku suma berkerjaya bidang kerajaan-gomen-cikgu. Suma ber pendidikan lebih sket dari SPM la pendek kata walo cuma diploma pendidikan kan. So, aku risau jugak my dear susah nak masuk ngan family aku, adik beradik aku. Tp aku tgk dia ok je. Pepandai bawa diri la kan.

Ekceli aku pun tak kesah la bila org tu takat SPM ke apa, cuma yg aku nak dia tu ada rasa tanggungjawab. Masa kawan ngan my dear, jarang2 bawak keta aku. Suma naik keta dia. Dia antar, dia amik. Cukup la kalo aku tgk yg itu dulu. Yg penting tidak menggunakan kesenangan aku. 

Kenapa aku kaitkan citer ni dgn citer kawen tangkap muat. Sbb mebi ada yg tatau  kisah aku, kata aku ni kawen tgkp muat je la. Maklum la. Aku kawen masa tu umo da 29. Mesti ada yg kata "ala..Ida tu tgkp muat je tu kawen sbb takut tak kawen nati/ takde org nak ke dia dah tu". Haha. Tp percaya lah. Bkn mudah aku buat keputusan nih. Tambahan pula se pejabat. Tapi... jgn la kita kawen atas dasar 'alamak..kalo aku tak kawen skang nati tak kawen2 plak'. Lalu tertangkap pula biawak hidup, yg kita kena tanggung hatta seluar dalam dia pun kita kena belikan.

Perkahwinan ini bkn utk sehari dua. Pikir lah masak2 sebelum buat keputusan terutama yg memilih pasangan yg agak tak berapa nak sekufu tu. Pada masa skang ni duit bukan segala-galanya, tp segala-galanya perlukan duit. Dah la org kata duit ni berantu. Family, adik beradik pun buleh berantakan pasal duit apatah lagi suami isteri kan.

Tak ber kahwin bukan penyudah kehidupan. Jangan la risau-risau kalo tak kawen.

Dah panjang giler. Nati org nyampah nak baca. So, nati aku smbg lagik lah. Part 2 plak. Hohoho.

14 comments:

cik.pija said...

nak baca blog lama kak reenn.. huhuhu..

bagi ejaa, apa yang penting, dia mesti sayangkan kita,ambil berat pasal kita.bertanggungjawab..kan kann... huhuhuhu

menarik jugak cite kak reen ni.. jangan lupe smbung!!! gegege.

Hida Kadiso said...

biase la kak.. mulut orang mmg ssh nak tutup.. kene pekakkan telinga n keringkan ati nak ngadap sume tu.. btol tak.. =)

puanstoberi said...

Ejaa :

Yunk..kak Reen pun da lupa alamat dia. Rasa mcm ada tulis sini dulu. Dh takde pulak. nati kak reen kasik okeh.

Btul tu Eja..pling utama bertanggungjawab. Akak cukup risau kalo ada kwn2 akak dpt org tak bertanggungjawab. Jgn la kerana terlampau sayang kita sanggup buat apa saja. Lelaki, sbg suami ada t/jwb besar..jgn kita pulak dibebankan dgn t/jawab tu.

puanstoberi said...

eda~ejai :

Kak Reen takde la dgr org kata lagi pasal tangkap muat tu. Saja la tulis. Kut ada..
Tp mmg btul..kawen seopis ni mmg kena2 betul2 hati kering.
Pulak tu dgn keadaan tak dpt anak lagi nih. Perghhh...sakit eda..lebih sakit dr org tanya 'bila nak kawen?'

Cik Anita said...

tak menyampah pun kak reen Anita nak baca walaupun panjang, siap ulang dua kali sebab nak faham betul-betul entry cerita.hehe

Anita pun tak kahwin lagi, tapi bab sekufu tu yang jadi masalah skg ni. Hurm. Kalau pangkat kita yang perempuan ni lebih tinggi dari laki, bila kahwin ada banyak masalah tak ye? mungkin Anita pun bakal kes macam tuuu..hu
Memang la percaya pada takdir jodoh tu.
Tapi akhirnya Kak reen dah pilih yang terbaik untuk kehidupan kak reen! semoga berbahagia bersama suami hingga ke akhirat. amin~ :)

E K A said...

nak share gak akak.
eka dgn en somi cinta mee sgera.eka kapel 7 thn dgn org len.skali kenal en somi 6 bln terus decide tunangan n get married 6bln pas tunang.pndek kata semua berlaku dlm sthun.cpt kan...ex bf yg dulu tak de chemistry tp dia byk berkorban dgn eka...mmg sume org terkejut.sbb masa kat u dok berkepit dgn dia.tup2...eka pun tak sangka.tu la yg dinamakan kun fa ya kun.walopon kenal en somi tak lama mana tp alhamdulilah.sgt memahami.parent pun syg sgt kat dia.alhamdulilah
~maybe jugak tersangkut dgn en somi sbb tiap ari jumpa kat skolah

puanstoberi said...

Anita :
Memula mmg kita akan rasa cam 'eh, buleh ke kita kawen dgn dia ni..btul ke nak susah sng bersama nih'.
Tp kalo kita tak yakin, Tuhan sentiasa ada bersama kita. Solat istikarah selalu. Walo tak napak dlm mimpi ke apa tp mungkin hati kita akan tergerak juga utk menerima si dia. Itu lah yg kak reen alami dulu.
Huhu :))

puanstoberi said...

EKA :
Citer Eka tu pun lebih kuang akak. Akak pun camtu la gak. Kenal dh lama la tp sbb se opis kan. CUmanya seriyes kawan kejap je, trus tunang then 8 bulan kendian kawen. Hihikk..

Oh. Bes nya Eka dpt yg sekerjaya dan juga sekufu. :))

Hida Kadiso said...

yang penting restu mak bapak.. kalau doerang restu insyaAllah r/tangge kite aman.. kalau stakat gado skit2 tu biase la.. adat kan..

pasal lambat dpt baby ni pon mmg boleh sakit jiwa.. dah merase dah dulu..

deqlis said...

Salam...
Lis pulak berkenalan ngan hb terus rasa dia akan jd husben lis... ..maksudnya ciri2 lelaki idaman tu dah ada pd hb sekarang nie....kami kenal 8 thn then baru kahwin sebb Lis masaih belajar lagi...ala2 mcm angkasawan negara laa kenai 8 thn baru kahwin hihihi... bab pendidikan..walau lis degree dan dia hye dip mmg takde masalah...yg pnting dia seorg yg bertanggungjawab...Lis pun sama mcm Reen maybe org nampak macam kite ni high maintenance...tp hakikatnya tidak..pakai jer apa yg rasa lawa dan berkualiti... jk kita bijak, yg bukan dari butik mewah2 pun lebih elok dan cantik jika kita pandai memilih... bab telek2 kualiti ni bg kat hb Lis...mmg dia teliti orgnnya..

cuma Lis nk sentuh, dl2 pemikiran org2 tua kita..jika dah berjaya dpt kerja baru lah kahwin kan?? bg Lis pula..klu nak kahwin usia muda masa belajar pun tiada masalah sekiranya dua2 pihak bertanggungjawab...ada mission n vision dlm idup..sebb bila baca paper ada yg terima anugerah peljar cemerlang adalah mereka yg telah berkahwin di awal usia 22 thn..23 thn grad... dah kahwin..dan teruskan kehidupan suami isteri... sebb rasanya jika masyarakat membudayakan sikap dah berjaya kumpul harta baru nk pinang anak dara org.. maka akan datang maybe umur 30-35 thn baru rakyat Malaysia akan kahwin kot...???

deqlis said...

bab tangkap muat...
hmm mmg pernah dengar...cuma jika kita bercinta dan mmg sayang kat orgnya tak rasa ianya tangkap muat,.

yg Lis tahu tangkap muat nie macam Si Peah dah umur 30 thn tak kahwin2 lagi...lps tu mak ayah mereka cari calon suami..tak kenai apa , tak tau kerja apa, status apa lelaki tu (bujang ke, duda ke, laki org ker) terus kahwin...kire gitu baru tangkap muat..

ntahlah maybe yg lain ada pendapat..

puanstoberi said...

eda~ejai :
btul. Restu ibu bapa ni penting. Dari salah satu citer kat atas tu, ada yg berkenaan dgn restu ni.

Deqlis :
Tahniah..akhirnya berjaya jugak kawen dgn org yg dicintai kan.. 8 thn tu.. mmg bkn jangkamasa yg pendek :))

Cute MuM said...

wah panjang tapi menarik..

me dulu ngan exbf kapel 8 thn... sama2 ada deg... tp syg tak dpt restu keluarga exbf..
susah nak cari pengganti sebab my family nak yang sama2 ada deg...

last2 me tersangkut ngan dak despatch jer.. walaupon dr segi education xsama n umur pon muda setahun, tp kami senang berkawan bersama..

maybe memang dah jodoh kami, akhirnya selamat kawin julai 2009... sekrang pon dah ada sorang anak...

kak reen.. sabar yer.. insyaallah adalah 'rezeki' tue nanti...

puanstoberi said...

Cute Mum :
Tu lah..kita ni bkn tau jodoh kita dgn sapa kan. Kadang memula tu rasa cam haa...dah jumpa pun yg sesuai.
Tp sebenarnya Allah tu yang lebih Maha Mengetahui sapa yg paling sesuai utk kita kan.

Thanks doakan kak reen tuk rezeki yg satu itu..moga2 berkat suka tgk Dania tu adalah rezeki kami