Wednesday, November 10, 2010

~Pasal Jemputan Kawen~

Ok, amik masa jap. Tetiba ada idea nak menulis. Ni berikutan kad jemputan da mula memenuhi board Unit/Bahagian la kan.
Owh. Tahun ni mcm aku kawen 2 thn lps. Hehari Tetiap minggu ada jemputan. Thn lps cam kurang sket. Tp mmg tak dpt la memenuhi sumanya kan. Ada yg mmg jauh. Kadang tu smpai timbul rasa serba salah. Sbb ada 2 jemputan yg mmg mcm wajib utk dipenuhi. Mmg la org yg menjemput tu tak berkata apa, tp keutamaan tu patutnya pada derang. Kita lak rasa mcm tak patut.

So, smlm berbalas msg kat FB ngan adik kat opis ni. Dimulakan dgn status aku yg lebih kurang gini : "banyaknya dpt jemputan, pegi mana yg bagi kad personal je la". Lps tu adik tu pun jawab "org pun nak buat camtu gak la". Lps tu aku kata "buleh je nak buat, mana yg tak bagi kad personal pun leh consider la kalo dia ajak personal gak". Pas tu dia jawab "akak buleh la, da lepas, org ni kang, tkde sapa nak dtg lak umah".

Ok, persoalan aku nak timbulkan adalah : kenapa kita ni mesti nak balas2 kalo dtg kenduri. Tk paham konsep gitu. Ko dtg kenduri aku, aku dtg kenduri ko. Eh. eh. No..aku bukan maksudkan adik yg balas komen aku tu (kang jadi isu plak..udah la beliau baca blog ni. Nana, akak bkn point to u yer..cuma komen mu itu mendapat idea utk akak menulis pagi ni. Thanks ek. Udah la skang ni mcm lampu idea nak tulis blog tak berapa nak kuar. Teheheheheh.)

Aku dulu mmg bagi kad jemputan pada suma org opis ni. Tp yg hadir tak smpai 30% pun, baik kat umah aku baik kat umah my dear (kad aku tuk org opis HQ saja masa tu dlm 2rat keping). Walo bas disediakan ke Perak sanun, tp tak penuh. Smpai aku lak rasa, iskk..rugi, better amik van. Sbb amik bas tu sbb derang amik nama mmg ramai, sudahnya on dat day, berapa ketul je yg naik. Tak kesah la kan. Takkan nak paksa paksa org dtg kenduri kita. Pastu sbb umah aku jauh, ramai yg pegi umah my dear, tp tu pun.. tp ok..aku tak kesah..bersangka baek la. Sbb aku nyer wedding mmg aku pilih time peak season org kawen. Pepaham je lah sendiri.
Yang menjadi kesah aku adalah bila sblm aku kawen, asal org jumpa je muka aku ni, baik kat lif, baik kat kantin atau memana lah mesti nak tnya "hai Ida, bila nak antar kad ni". "Eh, Ida, bila nak makan nasik minyak neh". Smpai satu part aku sudah hangen dgn soklan derang aku jawab "ok, nati saya bagi kad, saya amik  nama sapa tanya ni, kalo tak dtg saya mintak surat tunjuk sebab". Rimas okeh. Tanya, tanya...nati org bagi la. Tak sesabar nak tau aku kawen bila tu apsal.

So, aku pun sebulat suara ngan my dear utk bagi satu sorang kad jemputan pada suma org opis. Cuma mungkin ada gak terlepas mcm bebudak praktikal. Sbb aku siap mintak list nama kat HR utk staff yg ada masa tu. Dan akhirnya org yg sebuk2 tanya tu tak dtg. Siap lari2 dari aku bila aku masuk keja pas kawen. Takut kena fire ngan aku la kan. Ha..tu la pasal. Lain kali, kalo ko cannot make it, jgn la sebok2 tnya macam ko la nak basuh piuk belanga masa kenduri aku. Tp aku idak la sebok2 nak tanya balik "naper tak dtg kenduri saya". Kuasa la aku..ikut suka ko la nak dtg ke tak, kita dah menjemput. Pepandai ko la pikir. Mcm klik seunit ngan aku ni, dia pun tak dtg kenduri aku belah Perak n belah PJ. Padahal dia baik tu ngan my dear. Takde la aku nak tnya2 dia. Walhal aku tgk suma kenduri lain dia dtg je. Meskipun jauh di sudut hati aku, mmg aku terasa, tp lantak ko lah situ. Malas nak pikir pepanjang. Suci hati sudah. Ada la hal dia masa tu kan.

Dan, aku pun takde la nak amalkan konsep ko dtg kenduri aku, aku dtg kenduri ko, walo hakikatnya salunya begitu lah kan. But then, oleh kerana tak ramai yg dtg kenduri aku retu, aku seboleh2nya akan memenuhi jemputan org yg dtg kenduri aku retu. Sbb aku hargai derang. Tp...pada yg tak dtg, aku idak la pulak membalas dendam taknak dtg. Ok je. Aku dtg je kalo aku takde masalah. Esp, bebudak unit/bhgn aku. Pada yg datang kenduri aku, dan mmg aku tak dpt dtg aku cover la bagi hadiah bes bes sket. Ye lah..org berbudi kita membalas la kan. Mungkin atas dasar ini jugak la timbulnya konsep balas membalas ni kut.

Sebenarnya yg penting dlm memenuhi jemputan ni adalah keikhlasan. Kan mmg apa saja kita buat mmg kena ikhlas kan. Konsepnya mudah. Tak perlu nak dptkan balasan.

Ni this coming 27hb ni mmg ada kenduri yg sama. Satu di Keramat, satu di Melaka. Yg mana tidak boleh tidak aku kena hadiri kedua-duanya. Yg di Keramat itu mmg dtg umah aku dulu kat Perak. Naik keta sendiri lagi. Then yg kat Melaka, anak buah aku kat opis ni. Takkan taknak dtg kan. So, plan ngan adik2 opis ni, pegi kat Keramat tu malam or masa dia nikah je. Melaka tu gi on dat day la kan.

Tp ada gak main bg gitu je kad jemputan kat bahagian. Satu kad ko share la satu bahagian. Tak perasan pun kadang tu nak kawen. Patutnya masa bagi tu ckp la gak by personal. Takkan kad je jadi pengantara kut, org nye tak menjemput pun. Tidak la aku katakan harus nak bagi satu sorang. Ok je nak bagi 1 unit/bhgn share reramai, tp nyer boleh tak ko sembang2 tu ajak skali. Tp takpe la..itu cara org, yg aku nak rasa annoy apsal. Giler kah??? Ok, ok, sori eh..

Tu tak citer jemput by emel rasmi opis. Main sent to all. Lps tu tak kenalkan diri dari Cawangan mana. Ni biasa org cawangan negeri lah. Tau tau attach je kad. Ckp menjemput suma staff bla bla bla.. ek eh. buleh tak lenkali tulis duk cawangan mana. Yg bes, buat cam adik dept aku yg kawen last 2 week tu. Siap ada gmbr dia sekali. Kan bagus tu..takde la org tertanya2, ni sapa ni. Unit mana ni, cawangan mana ni.

So, itu la citer ari ni. Nenati citer lagik. Owh.. pada rerakan opis yg baca ni usah la nak sebar2 lak pasal entry aku ni. Ni pendapatan aku je. Pendapatan korang lain, korang leh tulis sendiri dlm blog. Kalo terasa aku ckp pasal kawan korang ke korang ke aku mintak maaf sesiap dan tahu la waktu aku menulis ni aku tak maksudkan sesapa pun. Ni secara umum je ni. Takyah la susah2 nak jadi internet bergerak nak sebar2kan citer aku ni. Takde keja lain ka. Baik capai SKT yg tak abis tu dulu dari duk menyebar2 citer aku ni. Tak reti reti???

Pada yg langsungkan perkahwinan tu, ku ucapkan Selamat Pengantin Baru.

5 comments:

Admin said...

Salam ...
kalau ikutkan hukum, jika anda dijemput, anda WAJIB untuk memenuhi undangan tersebut, dan jika tak dapat hadir atas sebab2 tertentu, kena beritahu orang yang menjemput. :)

Harap maklum.

http://hasrulhassan.blogspot.com

LyNn HaMzAh said...

mak oiii...panjang entry kali nie...hehehehe...

tntg jemputan kawen tu lynn akan utamakan yang saudara mara dan kawan rapat lynn dan mr. hubby...insyaallah kami akan hadir kalau x der aral...

ejaMaria said...

walimah tu majlis kenduri kawen yg WAJIB kena hadir bila dijemput... itu dah mmg hukum... bukan nak balas-balas datang majlis... klu tak bole hadir britau siap-siap kat org yg mengundang... itu lebih sopan...

maszmadi said...

betul kata mereka2 tu ida...

hm, 27hb ni, mmg ader jemputan, nak pi.. tapi adik aku pon kawin time tu..... sori la kpd yang menjemput tu yerk....

puanstoberi said...

HH :
Alhamdulillah.

Lynn :
Tu la..igt tak panjang..skali amik ko..

Maria :
Alhamdulillah.

Maz :
Yer.. Alhamdulillah.