Monday, November 29, 2010

~Pasal Percutian di Melaka~

As I 'pekik pekik' dlm FB yg every each wiken tader kat umah tu, ni yg last wiken in November yg ai jalan2. Penat oih. Umah pun da bersawang. Bila tah nak sapu. Sakit mata tgk..tp balik keja mmg tak kuasa. Kena tggu wiken gak. Wiken pertama-Deepavali retu balik kg, then wiken kedua gi PD, wiken ketiga Raya Haji, balik Perak semula, wiken keempat iaitu smlm ke Melaka.

Kali ni percutian bersama adik2 opis plak. Mula cam ramai. Tp pastu tak jadi. Biasa lah kan..hati dan perasaan bukan perkara yang boleh dipaksa paksa. Patut ada 2 org lagi lelaki lg yg join, tp sorang tu hati da terluka dan sorang lagi katanya nak menenangkan hati di masjid jadi mereka tak boleh join. Ewahhhh... ok, lupakan.

Kiterang stay kat Damar Suria Resort, Kuala Sungai Baru. Di sajes oleh kawan aku kat LKIM tu. Katanya dulu dia penah stay situ. Yelah..aku carik punya carik hotel area Melaka tu suma da full. Tu masa tu lps raya tu. Yelah..cuti sekolah katanya kan. So, bila resort/chalet di kawasan2 perkampungan tepi pantai ni aku pun da set mind supaya jgn put high expectation sgt. So, bila smpai dia mcm lebih best dari apa yg kita expect, maka kita akan rasa seronok. Aku igt dia mcm ala ala je kan. Tp bila smpai. Owh.. besnya. Betul2 ngadap laut weh. Bkk je pintu, trus napak laut. Ada pool jugak. Walo 2 tgkt je yg mana kalo nak terjun pool tu leh lompat je tp ok la.

Bilik pun ok. Ada 2 katil single. Oleh krn aku bwk anak buah aku, jd kami rapatkan katil tu. Tp, kalo tak bawak anak buah pun sure rapatkan gak katil tu kan? kan? kan? eh..eh.. :P
Kira mcm ok la. Bilik air pun ok jer.

Ptg tu trus turun pantai. Ramai gak yg stay sini. Leh gak kalo nak ber bbq bagai.

Mlm kiterang makan ikan bakar kat Restoran Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat. Patut pi medan ikan bakar terapung tu, tp mcm tersilap masuk. Ah..kira ok la. Ni area Kuala Sg Baru gak la. Tak jauh pun dari resort kiterang tu.

Ini yg kiterang makan. Yg timbang timbang tu amik ikan serkut buat bakar kering. Mmg nom nom. Sotong buat goreng tepung. Setappp....rugi amik sket je. Pastu udang buat butter prawn. Tp agak mengecewakan baik rupa dan rasanya. Lps tu kerang sekilo. Rebus. Dan kiterang tmbh kailan ikan masin n tomyam yg tak berapa nak kung. Napak mcm tomyam kung tu. Tp boleh la.

Sebelum

Semasa dan selepas. Hihi. Licin uolsss....
Utk suma tu- 6 dewasa 1 kanak-kanak cuma RM88.40. Murah eh? Itu pun dgn rega 2 jag air sirap limau, 4 bekas jeli, satar 2 n otak-otak 4 ketul dan gak nasik. Ok sgt kan.

Lps makan2 tu merayap smpai nak ke Melaka. Konon mcm nak pi Jonker Walk tp da ujan. So, balik. Jauh oih KSB dgn Bdr Melaka. GIler ah. Dah la siap benti Tesco Cheng tu sbb nak terkencing. Haha. Tau je lah hadap 2 jag air kan. Pehtu lak petrol pump pun ssh nau nak jumpa tepi tepi jalan tu. Kalo ada pun, pilihan aku Petronas la sbb dia mcm ok sket. Lain tu..errkkk... Tp tak jadi pun pi Jonker Walk. Takat Pantai Klebang jer. Eh...da lain yer kat situ. Da tambak laut suma tu. Dulu tu tpt aku dating tu. Eh..eh.. hohohoo...
Keseluruhan tpt kiterang stay ni ok la. Dkt ngan pantai. Tp bekpas takda la. Beli je la nasik lemak sekitar tu. Cuma satu je. Mlm dia ada pencemaran bau sket. Aku tatau bau apa. Tp tetiba aku mcm terpikir isu ladang ba alif ba ya yg jadi hot hot isu 2,3 thn lps kan. Lps tu esuk pagi nya aku da takmau mandi laut tu. Haha. Ada lagi ker?? takde dah kan..

Keseluruhannya, kalo nak yg ala ala bajet tp nak sea view bagai, tpt ini boleh di considerkan. Search je la Damar Suria Resort. Oh..rega kiterang dpt adalah RM100 per room for 1 nite stay :))

9 comments:

Hezesuze said...

wah haruss promote kt uncle weols nie..coz sibuk nk holiday kt melaka tapi sumenye fully book huhu

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah bercuti sakan..

PUANSTOBERI said...

heze:
ok jugak uols, tp tu lah..jauh kalo nk p bndr melaka.

lekat lekit:
harossss.... tehehe

Yan said...

lorr sume hotel full..?? nape tak carik guesthouse ke.. murah & meriah (sbb kumpul ramai2 satu uma)

~ain said...

hah... kampung mak kita kat kuala sungai baru.. so, situ mmg tempat bermain je tu... hehhe

kekucingkatz said...

hmmm..trip ke Melaka aku belum kesampaian lagi....injak ke tahun depan ler plak...

PUANSTOBERI said...

Yan :
TEhehe...hotel ada..tp suma atas 2rat la. sian gak kat adik2 tu kan.. ini pun da murah dan berbaloi2 dah ni. Mana nak dpt 1rat satu mlm kan.. meriah gak ni..leh lompat2 kat bilik sebelah je kalo ikut balkoni. teheheheh.

~ain :
Lor..ye ker??? err..bau busuk memlm tu bau apa yer ain. sgt memotong stim la ain.

Zawi :
Ko harus sker sbb kat sini byk tpt leh amik gmbr.

AdiaLuze said...

Sy nampak makanan jeee...Nyummmmyyy....Sedapnye...Tetiba jadi lapo je perut nih..

PUANSTOBERI said...

AdiaLuze :
Sotong goreng tepung itu sgt lazat..ttau dia pakai tepung apa.. dap...nom nom nom