Monday, November 8, 2010

~Pasal Highway Yang Padat~

Pheww..udah jumpa Pengerusi pasal meting ptg ni. Hati ada lega sket la. Talking point pun da setel. Nati petang belasah je ckp apa yg patut hoke. Powerpoint pun setel, minit pun setel. So, jap..nak rilek kan minda sat. Cehh..konon lah. 

Ok, smlm balik dr kg. Cam biasa la. Highway mmg padat sesaja. Kat Simpang Pulai lagi da tersengguk-sengguk. Bukan tersengguk mengantuk tp sbb keta byk, tak boleh nak drive lelaju. Berderet2 mcm ada roadblock or xciden. Tp takde apa pun. 
Dan bila da berderet2 keta mcm tu, maka ada la pemandu2 yg kurang sabar dan memandu di lorong kiri yakni lorong dikhaskan utk laluan kecemasan spti bagi kenderaan yg mengalami masalah, bas rosak, keta xciden ke (ceh..mcm ayat buku je). Tp aku tatau la pulak kut dah dibenarkan keta lalu kat laluan kecemasan tu waktu keta berjujut-jujut dan sesak tu. PLUS da bagi kebenaran eh? Tgk ramai je lalu tanpa rasa bersalah. Mungkin kami ketinggalan berita. Walau bagaimanapun, my dear kan cool org nye. So, dia cool je lah drive ikut lorong biasa. Takpe la..nak wat pe kejar2 pun aku kata. Dah kita nyer plan gitu. Bukan kita tatau keta banyak sbb Public Holiday, tp kiterang gak yg terhegeh2 baru kuar umah kul 3ptg. Kalo nak laju sgt dan cpt sampai sebelum subuh lagi lah kita keluar. So, biar la mereka guna kan lorong kecemasan tu. Mungkin suma tu betul2 berada dalam kecemasan spti dah terkincit dalam seluar lalu isteri dah marah sbb busuk giler dlm keta. Jadi kena bawak laju2 utk smpai ke hentian R n R.

Smpai R n R pun..humang aii..mcm Jum Heboh keadaannya. Sesakkkk. Salu  kalo cuti2 Public Holiday ni mmg aku tak penah berenti kat R n R Tapah yg sememangnya diketahui port R n R paling diminati utk di singgah. Kalo ari biasa, ok je berenti. Tp smlm sbb tingin nak beli jambu utk dicicah dgn mak bee yg da berkurun dlm peti es tu, maka berenti gak la. Mmg takdak paking la. Nak buang air pun tak jadi tgk org beratur mcm nak beli tiket wayang. So, my dear tunggu dlm keta, aku lelaju pi beli jambu. Puas ati ku. Lps ni hehari bantai makan jambu batu okeh.

Lps tu benti sekali lagi kat R n R Ulu Bernam sbb nak makan trus. Nati balik umah sng.. takyah nak pikir2 makan apa. Kat situ pun ramai org, tp tak la seramai di Tapah.

Dlm kul 8pm, mak call. Teh hehehehe... yelah..risau la dia. Da 5 jam tak sampai2 lagi apa ke hal. Salu 3 jam camtu da call kata dah smpai. Dah tu, keta byk cena nak buat kan. So, dlm kul 8 lebih baru smpai umah. Phewww... ok  je la..apa nak dikejar pun. Smpai umah dpt gak tgk tibi, dpt gak online smlm. 

So, bulan ini weekend ku sudah fully booked. Yeahu. Yeahu. Nxt week cuti cuti mesia. Next 2 week kembali ke kg utk sambut Aidiladha. Next 3 week tu cuti cuti Mesia lagik. Tp kali ni beramai2 sket. Yeahu. Yeahu. 
Source : Here

Hah! Yeahu Yeahu la..ko tau gaji esuk lusa da masuk. Lps tu nak yeahu yeahu. Lps tu nak tggu gaji bln doblas ko nganga la. Tehehehehehe.

7 comments:

Anitadahahs said...

kak reen mmg tiap kali cuti panjang balik kampung eh? Best je kan.. Tapi kalau dah jem tu, sabar jelah. Orang India raya kita pun join raya jugak. Tu yang jem bertambah2 tu..hehehe

AiTotYati said...

yaaa gaji lusa masuk.

mari hongga hongga

lepas tu nganga nganga

(^_^)

LyNn HaMzAh said...

seronoknya cuti-cuti malaysia sajer...hehehehe...

Hezesuze said...

amboi sukenye gaji dah masuk ek...mai ler banje weols lagik hahahahahaahah

PUANSTOBERI said...

Anita :
Tak jugak..tp akak mmg balik tetiap bulan. Haruss.. teheheh

AitotYati :
Mmg leh pitam la sbb asik nak berjalan je kejanya bulan neh ngan bln doblas sok. mmg nganga la..sbb nati ada cover RM500. teheheheh

Lynn :
Itu je la yg mampu Lyn. tskk..tskk...

Heze :
Itu gaji bulan 11 yunk.. aje keje giler nak nunggu smpai 24.12 sok.. muehehehehh

~ain said...

R & R Tapah ada kedai makan yang banyak gile lauk tu kan? ke tu bukan kat R & R Tapah?

hahaha tetiba compius!

PUANSTOBERI said...

Ain :
Ha.. R n R Tapah la tu rasanya. Hik hik..tak berapa tau sgt sbb jarang2 singgah makan nasik kat situ. Biasa singgah just nak beli jambu je. :))