Tuesday, November 30, 2010

~Pasal Cengeng Ya Kamu~

Tetiba ku jadi cengeng!
Apsal eh.
Sedang menyelak nyelak gmbr kat album FB kengkawan, aku lak tetiba rasa sebak.
Tgk gmbr kawan sorang tu yg baru bersalin. Rasa baru je tgk gmbr kawen dia bln Februari retu.
Skang da tgk gmbr anak dia.

Aku bukan sengaja nak rasa sebak. Tp dia dtg sendiri. Dlm ati mcm terpikir 'merasakah aku jadi seorang ibu'.

Bukan.Bukan.Bukan.
No.No.No.

Aku bkn tertekan. Aku bkn stress. Sbb kalo aku utarakan citer mcm ni, biasa org akan advise 'jgn stress stress, rilek je..nati lagi susah nak beranak bla bla bla'.
Sekadar meluahkan saja. Takde pun aku nak stress. Cumanya hanya sebak mengundang bila tgk org yg kawen thn 2010 pun da ada anak, yg kawen tahun 2009 pun dah menambah anak, yg kawen 2008 lagi toksah ckp la..dah 2,3 org pun. 

Urmm...rezeki memasingkan. Aku pasti, rezeki utk aku ada juga satu hari nati. Memasing ada rezeki sendiri. Jgn risau risau eh. Lps ni kena bersedia utk buat treatment eh....kataku smbil memujuk ati sendiri.. :))

Toksah risau. Aku kredit gmbr ini - nah amik sini.

~Award Birthday, Annivesary & Disember~

Saya suka Disember walao ramai yang tak suka Disember.
Sbb apa saya suka Disember? Sbb ada birth date saya.
Ada jugak annivesary date saya.
Lps tu dia adalah penghujung bulan dlm tahun itu.
Itu bermakna saya suka tahun baru walo saya tahu umur saya akan makin bertambah.
Tp saya takde hal punya lah. Sbb tadi kan saya kata birth date saya bulan Disember.
Jadi saya tak kesah berkenaan umur pun bila menginjak tahun. Hi hi hi.
Poyo kan saya.

Ok la. Saya namo bla bla bla byk sgt.
So, sempena bulan yg saya suka ni saya rasa saya nak bagi award lah pada kengkawan saya.
Award tu bukan setakat award je. Mungkin ada adiah juga yer. Hi hi.
Kalo Nana dia kata dia sker nak masuk GA,Contest dan LD, saya lak suka nak bagi adiah pada kawan kawan. Hi hi. Poyo lagi saya di situ. Tehehehe. Ada sesapa tak rasa nak lempang atas ke poyo an saya ni.
Owh...lempang tak muleh...lempeng buleh. Tehehee.

Ok. Ok. Tadi kata taknak bla bla bla.
Ni saya nak kasik ini pada korang korang.

So, mulai 1 Disember hingga 13 Disember nati, saya akan mula mengira komen rakan rakan (dibantu oleh widget yang ditepek tu). Jadi nak komen bebanyak utk satu entry pun tak mengapa. Saya tak kesah.. :))
13 Disember tu date anniversary saya.
So, bila da ada top commentator (takde 's' tu mungkin utk sorang..tp mungkin jugak lebih), saya akan pilih jugak sorang yg bebetul top. Ala..ada la soklan sket nak kena jawab on 14 Disember tu. Dan seterusnya pemenang akan diumumkan pada befday saya nati. Beserta adiah nyer juga.

Hi hi. Mudah ajer. Takde syarat apa-apa kan, takde banner, takde sticky mode bagai. Just komen ajer. Hihi. Ni bukan lah contest or Lucky Draw ke tp mebi GA la kut eh.

p/s :
Tenkiu FooArt : Follower ke 230 (cantik nombor..)
Tenkiu DeqDeq : Follower ke 231
Tenkiu Mya : Follower ke 232

~Pasal Tatau Nak Makan Apa~

Haaa....ni apa ni..ramai2 kat opis aku ni...
Dah la malas nak makan kat kafe. Bosan giler asik nak makan menda yg sama.
Igt nak kuar la memana, Ampang Park ke KLCC ke.
Tup tup haa...keta penuh giler. Kang balik paking takde.
Suka nau deme ni buat program kat sini eh.
Mmg feveret place da skang sini.
Retu Pertandingan Impian 1 Malaysia, final dia sini gak.
Ni Hari Inovasi pulekkk.

Jadi nya, di waktu lunch ini, aku hanya di tpt aku.
Mengetuk ngetuk keyboard, meng apdet blog, tanpa makan tengahari.
Lantakkan situ. Lapar kang baru turun bawah.
Carik la apa apa. Kalo ada lagi la..kalo takde..mencekik je la apa apa yg ada kat atas neh.

Huh!

Monday, November 29, 2010

~Pasal Di Bandar Hilir pula~

Masih lagi di Melaka yer kawan-kawan. Harap tidak ter muntoh la hendaknya. Ni pun da edit2 gmbr ni. Kalo tidak lagi muntoh. Hohoho.

So, sebaik saja cekidaout tghari tu, kami terus ke Bandar Melaka. Amik laluan Sg Udang terus ke Bandar. Tak sggup lah lalu kat A.Gajah tu. Nati asik traffic lite je. Udah la aku nak beli kotak ikan yg polisterin putih tu. Nak buat apa? Hahahaa.. aku beli ikan, udang n sotong kat pasar situ. Geram tgk ikan2 yg mata still putih tu. Baru naik laut la tu. Okeh..mcm kat KL takde pasar. Haha.

Then pikir nak benti memana utk lunch je supaya sng kang takyah pikir nak makan ke hapa kalo da smpai Bandar Melaka. On d way tu napak keta byk benti kat satu tpt tu. Dlm pokok kelapa sawit je. So, kasik benti je la. Rupanya ada kedai makan situ. Byk lak tu makanannya. Memacam ada. Nama tpt dia adalah Sawit Corner.


Nak buat la gak ladang arwah ayah aku ceni.
Lps tu tutup sbb tkde sambutan-jauh menyusup dlm utan. haha

Yg uniknya selain dia dlm ladang kelapa sawit, dia hidang dlm big plate. Hoho. Derang memasing amik Asam Pedas. Aku tak brapa sker, so aku order ayam masak lemak. Ada memacam menu. Ada menu Karipap Jin gak.. dengo nama je da takuit. Tehehe.

Cendol itu serius sedap!
So, bila da perut kenyang ati girang, teruskan perjalanan. Ngantuk banget da aku. Tido je la. Smpai la Bandar Hilir. Igt nak naik cruise tu..pehtu derang kata takyah la. Nak tgk apa pun. So, amik amik gmbr secara maraton la jawabnya.  Oleh krn ada sorang yg salu amik gmbr kami tu tak join maka tiada la gmbr melompat kami yer. Kalo tak, sure ada tu..teheheheheh

Para gadis je amik gmbr. Para lelaki jd kameraman. Hihik

Aduan Rakyat-Unit Aset-Ambil Berat. Haha

Seb bek la cuaca tak membahang thp menggelegak otak. Tp tatap la panas jugak. Atu, mana taknya. Paking kan susah..so, paking..then jalan kaki. Ramai giler eh org dtg Melaka skang nih. Mmg btul lah tu dah maju. Huhu.

Tak byk membeli pun kat situ. Just beli kuih cakar ayam je. Lelain takdak. Tak reti aku aih. Tgk sama je suma menda. Huhu.

Dlm kul 5 tu gerak lah balik. Kiterang berpecah sbb keta lagi satu tu nak antar kazen dia balik Pilah.

Itu sajalah trip ke Melaka kiterang. Syok la kan sekali sekala gi ngan kawan2 camtu. Tp nyer balik tu da pening pening. Mujur pagi ni dah ok. Hik hik....

Lenkali kemana lagi eh?? Ehhh...aku lum booking resort kat Kundasang oih. Esuk kena call nih carik resort. Ada yg tido surau kang..teheheheheh

~Pasal Percutian di Melaka~

As I 'pekik pekik' dlm FB yg every each wiken tader kat umah tu, ni yg last wiken in November yg ai jalan2. Penat oih. Umah pun da bersawang. Bila tah nak sapu. Sakit mata tgk..tp balik keja mmg tak kuasa. Kena tggu wiken gak. Wiken pertama-Deepavali retu balik kg, then wiken kedua gi PD, wiken ketiga Raya Haji, balik Perak semula, wiken keempat iaitu smlm ke Melaka.

Kali ni percutian bersama adik2 opis plak. Mula cam ramai. Tp pastu tak jadi. Biasa lah kan..hati dan perasaan bukan perkara yang boleh dipaksa paksa. Patut ada 2 org lagi lelaki lg yg join, tp sorang tu hati da terluka dan sorang lagi katanya nak menenangkan hati di masjid jadi mereka tak boleh join. Ewahhhh... ok, lupakan.

Kiterang stay kat Damar Suria Resort, Kuala Sungai Baru. Di sajes oleh kawan aku kat LKIM tu. Katanya dulu dia penah stay situ. Yelah..aku carik punya carik hotel area Melaka tu suma da full. Tu masa tu lps raya tu. Yelah..cuti sekolah katanya kan. So, bila resort/chalet di kawasan2 perkampungan tepi pantai ni aku pun da set mind supaya jgn put high expectation sgt. So, bila smpai dia mcm lebih best dari apa yg kita expect, maka kita akan rasa seronok. Aku igt dia mcm ala ala je kan. Tp bila smpai. Owh.. besnya. Betul2 ngadap laut weh. Bkk je pintu, trus napak laut. Ada pool jugak. Walo 2 tgkt je yg mana kalo nak terjun pool tu leh lompat je tp ok la.

Bilik pun ok. Ada 2 katil single. Oleh krn aku bwk anak buah aku, jd kami rapatkan katil tu. Tp, kalo tak bawak anak buah pun sure rapatkan gak katil tu kan? kan? kan? eh..eh.. :P
Kira mcm ok la. Bilik air pun ok jer.

Ptg tu trus turun pantai. Ramai gak yg stay sini. Leh gak kalo nak ber bbq bagai.

Mlm kiterang makan ikan bakar kat Restoran Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat. Patut pi medan ikan bakar terapung tu, tp mcm tersilap masuk. Ah..kira ok la. Ni area Kuala Sg Baru gak la. Tak jauh pun dari resort kiterang tu.

Ini yg kiterang makan. Yg timbang timbang tu amik ikan serkut buat bakar kering. Mmg nom nom. Sotong buat goreng tepung. Setappp....rugi amik sket je. Pastu udang buat butter prawn. Tp agak mengecewakan baik rupa dan rasanya. Lps tu kerang sekilo. Rebus. Dan kiterang tmbh kailan ikan masin n tomyam yg tak berapa nak kung. Napak mcm tomyam kung tu. Tp boleh la.

Sebelum

Semasa dan selepas. Hihi. Licin uolsss....
Utk suma tu- 6 dewasa 1 kanak-kanak cuma RM88.40. Murah eh? Itu pun dgn rega 2 jag air sirap limau, 4 bekas jeli, satar 2 n otak-otak 4 ketul dan gak nasik. Ok sgt kan.

Lps makan2 tu merayap smpai nak ke Melaka. Konon mcm nak pi Jonker Walk tp da ujan. So, balik. Jauh oih KSB dgn Bdr Melaka. GIler ah. Dah la siap benti Tesco Cheng tu sbb nak terkencing. Haha. Tau je lah hadap 2 jag air kan. Pehtu lak petrol pump pun ssh nau nak jumpa tepi tepi jalan tu. Kalo ada pun, pilihan aku Petronas la sbb dia mcm ok sket. Lain tu..errkkk... Tp tak jadi pun pi Jonker Walk. Takat Pantai Klebang jer. Eh...da lain yer kat situ. Da tambak laut suma tu. Dulu tu tpt aku dating tu. Eh..eh.. hohohoo...
Keseluruhan tpt kiterang stay ni ok la. Dkt ngan pantai. Tp bekpas takda la. Beli je la nasik lemak sekitar tu. Cuma satu je. Mlm dia ada pencemaran bau sket. Aku tatau bau apa. Tp tetiba aku mcm terpikir isu ladang ba alif ba ya yg jadi hot hot isu 2,3 thn lps kan. Lps tu esuk pagi nya aku da takmau mandi laut tu. Haha. Ada lagi ker?? takde dah kan..

Keseluruhannya, kalo nak yg ala ala bajet tp nak sea view bagai, tpt ini boleh di considerkan. Search je la Damar Suria Resort. Oh..rega kiterang dpt adalah RM100 per room for 1 nite stay :))

~Selamat Pengantin Baru Zana N Rina~

27 November 2010 menjadi pilihan mereka.
Satu di KL dan satu lagi di Melaka.
Dulu masa aku kawen mmg Zana turun ke Perak.
Dan dia pun kawen dgn rakan seopis gak. Sama lah kami. Hihi.
Zana kawen kat dewan so, aku sempat ziarah dia kat umah masa dia bersiap je dulu.
Cantik bagaikan princess dia.
Utk Zana, tahniah.... semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Me yg-da-tak-kurus-dah wif pengantin
Wif pengapit n pengantin. Pengapit tu Kak Lin,
kakak yg rapat gak ngan aku kat opis.
Sayang kat dia gak sbb byk bantu aku
ketika aku dlm masalah. Mmg hati mulia akak ni.
Then as planning terus bergegas ke kenduri Rina di Melaka plak. Konvoi 2 keta.
Lambat..mmg lambat lah kiterang smpai.
Yelah..tau je musim kenduri ni, ditambah dgn MAHA lagi kan.
Smpai umah kenduri sekitar jam 3pm.
Tp bes gak, senang..takde la peluh tiak nak beratur amik makanan, pehtu air basuh tgn pun takde la rebut rebut (takde la kena basuh tgn ngan air sirap. tehehehhe). Air minum pun byk lagi..satu jag pun ko leh minum. Teheheheheh.
Utk Rina, Kekda ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat juga.

Teruja dia bila napak romb kami dari KL ni. Hihi.
Sker la tgk jurai jurai ala ala arabian tu. Hihi

Gmbr harus ada. Pengantin lama n pengantin baru. Hihi.
Tgk la..nak naik gak atas platform tu. Da berimpit impit atas tu.

Us. Yg konvoi bersama. Baju merah tu anak buah aku. Si Fatin.


Bunga telur wajib ada. Dak Eta siap mintak tu. Hihihihii.

Balik kenduri terus check in di satu tpt yg dpt stay in dgn harga berbaloi baloi with sea view. Nak sgt kan dari PD retu. Ha... hadap la ko laut tu smpai muntoh. Haha.

P/S : Thanks to Faizal n Fashitah- follower ke 228 dan aimaniman-follower ke 229

Sunday, November 28, 2010

~Pasal Adoi Adoi Sakit Kepala~

Adoii...esuk keja..
Adoii..kepala da mula sakit.
Motip nak ber adoi adoi sebaik saja mukadimah ni?
Motipnya adalah nak kata tak larat nak keja sok.
Adakah kerana aku bermain ujan kat tepi pantai pagi tadi?
Mungkin kerana tak terlalu bermain ujan, kena serpihan hujan je..jadinya udah pening..
Ni cena nih?? Kalo tak keja mao bising bebudak tu.
Umm..just wait n see je la pagi esuk cemana.

Ok, nati la kasik update citer di Melaka yer.
Bes mmg bes. Tk perlu nak byr memahal pun dpt sea view. Hadap la ko smpai muntoh.
Thanks to sohabatku di LKIM yg sdg berpantang itu krn meng suggestkan resort ini.
Cuma satu je yg buat potong stim. Tkpe..nati kita cerita okeh.

Saturday, November 27, 2010

~Lovely Blog Award~

Oleh kerana percutian mggu ini juga aku takmo usung lappy bagai, so aku da auto publishkan entry. Kasik tak sunyi....mana tau kut dpt BE lagik.. kahhh...perasan la lu amoi.. eh..amoi ke?? da thp ah so dah ni.. hahahhaha...gelak besau.

Ok, ari ni entry award plak. Aku amik kat blog cik adik comey kita tu- cik miza yusof. Dia tak la bagi direct dgn kata 'nah kak stoberi, amek award nih'. Tp dia kata pada follower sila amik la award ni. So, aku follower, dia aku amik lah.

Aku tgk mcm cantik je award ni, so dgn muka tak malu aku amik. Hihi. Mizaa..akak amik eh.. :P 
*update* pehtu dia reply kat komen, dia kata amek la..bagi sis katanya. Hihi. Tenkiu cutey. hihiikkk.

Cantik kan award ni. Aku sker menda menda ada love love nih (alamak..terkantoi yg aku ni ala ala dalam ati ada taman lak pangai nyer)

Soalan yg perlu dijawab adalah 5 perkara indah.

So, pada masa ini apa yg saya boleh pikir ttg 5 perkara indah ini adalah :
1. Akhirnya bertemu soul mate yg membahagiakan saya.
2. Berjaya membawa mak dan ayah tgk saya amik ijazah.
3. Dpt bercuti cuti, rehat rehat dgn org tersayang.
4. Dpt apa yg saya impi kan.
5. Dan dpt menggembirakan hati org lain :))

Jadi saya tag org ini. Silakan amik award ini sekiranya kamu merasakan berkawan dgn saya adalah indah juga. Sekiranya tak.. ok, tak perlu amik.. hihihi... (ok, i'm just joking)
1. Puan melekat dan melekit kita - Abby @ Suria
2. Puan EKA. Owh..beliau sedang berhanimun..mungkin lmbt baru tau dpt award
3. Puan cikbedahlaser.
4. Puan Hezesuze
5. Cik Anitadahahs.
6. Puan AitotYati
7. Puan CikMOt Izan.

Owh..mereka ini adalah antara pengkomen terbyk setakat ini, based on  widget top commentators tu  la. Tp apsal eik..len mcm je aku rasa..mcm dia kira tak betul je...aku kena godek godek balik ni. Aku rasa ada org yg da komen byk byk, tp dia letak 3 je..abes..camno tu??

Friday, November 26, 2010

~Pasal TARA lagi~

Hoh! ptg baru leh update today. Sunyi jap blog aku. Nak kata bz tak la sgt. Tp ari Jumaat ni rasa laju je masa. Td p MAHA jap. Memula bos ajak anak buah aku je. Lps tu aku gedik2 nak ikut jugak. Lps tu dia kata ok la..boleh pegi. So, pegi la. Boleh la riki line dlu. Nati nak pegi, trus zass je pegi tpt berkenaan. Hihi. Ini acara dwitahunan yg harus pegi. Cadang nak pegi 4 Disember nati lah (eh..da masuk bln doblas. yeahu..yeahu..)

Owh..nak citer pasal TARA kucha kucha smlm. Jgn ko sangka org yg sentiasa berada di depan itu akan berjaya ke akhirnya dan jgn ko sangka org yg tak pernah ke depan itu akan kecundang. Semuanya terletak pada usaha dan tak lupa juga, sesuatu yg kita tak boleh sangkal lagi, iaitu rezeki. Mesti satu ketika ko dah rasa down bila kena penalti sbb tak boleh melakukan sesuatu task. Asik berada di team yg belakang2 which org rasa 'ah..ko mmg akan terkeluar lah'. Sapa sangka akhirnya, pada saat org memerlukan utk masuk ke final, ko jd team pertama menjadi pemijak karpet TARA di final point. Aku kagum ah!. Itu lah dinamakan rezeki yer kawan kawan. Rezeki

Mereka dpt penginapan 7 mlm (if i'm not mistaken) di Hilton Maldives Resort. Dpt spa la lagi. Isk. Ini la adiah aku rasa paling best giler. Cantik oih resort tu. Tsskkk.... meleleh air liur bila google imej kan gmbr dia. Ada underwater restaurant eh?? wa..wawaahaha...Mmg tak terjangkau akal ku la nak pi sana. Err...berapa tmbg AA pegi sini ni..anibesari thn dpn leh pegi. Hahahhaha.... *ok, sila lempang sket bagi aku sedau diri*

Source : Tekan lah sini
Lps tu yg terkeluar adalah ini.
Aku amik di official TARA nyer website. Sini..sini..TARA
Alah, baru je nak sokong, da terkeluar kome' yer. Ate.... kome ni..udah kelam kabut sbb sesat. Lain kali upah je taxi driver bawak kan mcm org lain buat tu. Safe n secure je deme sampe' ke lokasi task. Tau je lah Korea. Suma tulis dlm bhsa Korea, tatau English plak tu. Mmg pitam!. Bila da sesat, ati mula gundah gulana la..lalu susah la nak naik balik kan.
Aku sker deme ni sbb macam 'smart'. Org lain bila smpai airport suma sebok2  carik taxi utk cari 'hand'. Yg derang ni dpt pick up yg 'hand' tu mesti tpt pelancong, so derang surf internet dulu. Bijak eh. Derang kena carik 'hand' ini lah.
Link : Klik sini
So, yg masuk ke final adalah team Indonesia - Filipina - Singapore. Dan aku mengambil keputusan utk duduk di atas pagar aje lah. Huhu.

Eh..ada satu menda aku nak bagi tau.. dan aku sedia di sepuk utk kesalahan itu. Haha. Nak tau tak..aku ada wrong info pasal Amazing Race yg aku kata buat kat opis aku retu. Haha. Sowi. Sowi. Sowi. Patut la ada sorang blogger (Yan eh??) kata, eh retu da start kat Mesia, takkan final kat Mesia. Sekali btul la..manade final kat Mesia. Aku memandai je tu. Yg buat kat opis aku retu tah race apa tah. Yg bebudak admin ni tulis Amazing Race kat notice board, aku mati2 igt mmg derang shoot kat sini sbb yg last year or last 2 year ke mmg ada buat kat sini. Bongok giler aku ni kan. Bila tnya2 derang mcm blur aku tnya team mana menang (lgpun derang tak follow TARA). Jadi, korang korang amik la 'hand' besau kat atas dan sila lempang aku laju laju. Huhuhuhuhu...

*Thanks BENA jadi follower ke 227 kak Reen. 

Thursday, November 25, 2010

~Premiere Screening of Rapunzel : A Tangled Tale~

Seperti yg digembar gemburkan, akhirnya selesai lah sudah majlis penontonan Premiere Screening of Rapunzel : A Tangled Tale. Ok, lupakan segala kisah panas panas panas sebelum ni.
Dan tadi NN pun da emel kata :
"Thank you for attending the Premiere Screening of Rapunzel: A Tangled Tale last night.".
Lps tu dpt blog kit yg di zipped kan. Dlm tu ada gmbr2 juga info pasal movie ni. So, katanya kalo nak blog pasal ni amik la info yg dia bagi tu. So, gmbr2 dlm ni adalah dr blog kit yg NN bagi. Jadi kredit pada NN lah. Samada dia pun 2nd source ke apa ke takyah la aku gali gali gali mendalam sgt. Terlebih gali kang tertimbus plak diri sendiri.

So, gembira dapat berjumpa mereka mereka ini dlm bentuk 3D

Frog Chameleon, shbt Rapunzel yg bernama Pascal. "Mak angkat" Rapunzel iaitu Mother Gothel yg nak gunakan rambut magic Rapunzel utk meng awet muda kan beliau. Serta kuda istana Maximus yg sangat bijak berlakon dlm movie ini. Eceh. Mcm betul betul plak. Padahal katon je. Tp seyes...mmg rasa mcm bukan tgk katon bila tgk movie ini.

Dan semestinya Heroin dan Hero citer ini. Rapunzel, puteri comel bermata ijau yg berumur 18thn serta penyamun yg owhhh...encemnya. Nama glamer nya Flynn Rider, nama betul nya Eugene.

Bes. Bes. Bes. Ending dia sure la happily ever after. Sapa yg berhajat nak tgk, sila la tengok. Ku nak tgk lagi sekali. Tp takde nyer suami ku itu nak tgk. Beliau mmg pangkah citer katon. Tp tah cemna retu citer Geng Upin Ipin tu dia nak tgk.

Oleh kerana Premier Screening (PS), nak masuk wayang tu agak ketat. Kena scan badan bagai. (utk apa tu? nak detect kita bawak hp ke tak ek..tp tak detect pun). Lps tu kena mintak tgk beg plak. Yg bikin org jadi kelam kabut dpn pintu. Tehehehe. Err...hp aku lepas. Tp hp peneman aku tak lepas. Hihihi. So, aku rasa yg kena scan tu sbb nak tgk kita bawak bom ke tak. Hahhahaha... ok, tau..lawak bongok.. tak kelakar. Abaikan...
Tp aku penah gak tgk PS sblm ni, masa redeem tiket In-Trend. Rasa ada 2 kali la kut aku redeem tiket In-Trend kat TGV KLCC, tp tak la kena scan bagai. Masa tu katon gak. Citer penguin tu. Bukan Happy Feet. Tah, tk igt.

Tp tak kesah la..asal dpt tgk wayang pree dgn pakai spek petak kat dlm tu. Tehehehehe. Lps tu kawalan ketat dari staff wayang jugak. Setiap minit derang lalu lalang, check takut2 kita buat copy wayang dalam tu. Huhu. Tau la 3D. Tetiba napak kepala dia di celah rama rama Rapunzel. Terganggu kosentrasi seketika. Again, tak kesah la..kata free kan. Tp korang usah risau..kalo korang tgk takkan ada la org lalu lalang camtu.
Owh. Td gmbr katon. Skang tgk gmbr manusia betul plak.
Ha..ini gmbr manusia yg gembira dpt tiket pree. Kui kui kui. Sblh tu tiket pree dia kaler biru. Tu utk youthsay.


Sessi pemberian tiket. Dan hadiah utk yg 3 org menang tu. Huhu. Tahniah utk mereka..tp aku tak perasan plak mereka tu. Aiyarkkk... serta gmbr tiket yg telah menimbulkan isu panas panas panas. Jadi blur, aku tatau pasal. Byk giler aku tgkp tp tetap blur. Tatau sbb kamera cap ayam belanda atau pun gigil sbb tiket tu da ada sumpahan. Miahahhaha.

Owh. Aku ada jumpa 2 org blogger yg aku follow blog mereka n mereka juga follow blog aku. Mula jumpa Aimi A.Z yg comel tu. Aku tegur dulu la sbb dia kata dia takut dia takde idung. Tp aku tgk ada je idung dia. Hehe. Dgn dia tak sempat la amik gmbr. Aimi, nice meeting u..nati da pindah Sibu mesti tk dpt attend event dah kan. Eh..btul ke Sibu??

Lps tu jumpa si comel ini plak. Aku yg tersengih sengih kerang busuk kat dia. Tp dia tak kenal aku. Haha. Apa ko igt ko Siti Nurhaliza suma org nak kenal? *Pitams*. So, aku pun segera la memperkenalkan diri. Kak Reen Stoberi lah.. awwww... ai kan xtrovert..teheheheheh. Beliau sgt comel hingga menampakkan aku spti geligasi tau. Uhuhuu..aku rasa berat dia 30kg je ni. Tul tak abby? (sila tau ini bukan sesi anyaman ketupat, ini sesi memuji tau...)

So, dah pjg giler. Sebelum org jadi geli geman dan menyampah dan panas, better aku stop dulu. So,

Eceh..bodek dek dek la.. tp apa salahnya. Org berbudi..kita berbahasa la. Tkde apa masalah pun kan????

~Pasal Malam Jumaat Ini~

Hari ni nak tgk dua menda.

Satu - Perlawanan hoki final antara Malaysia dan Pakistan. Sukan Asia 2010.  Rasa mcm eh..masuk final?
Kredit : UTUSAN MALAYSIA
Cayalah!... Tahniah.. Jadi mari kita menontonnya slps Maghrib karang. Aku sker gak tgk lawan hoki ni sbb dulu masa sekolah aku main hoki gak. Tak caya? Sila tgk gmbr ini. Haha. Gmbr thn 1994 yg mana ketika itu baru berumur 15thn. Aww...nak amik PMR pun sempat lagi berhoki bagai. Boleh teka tak mana aku?
Kredit utk kawan aku - Zawidatul Asma.
p.s : Alang Zawi, aku kaut gmbr ni dari FB ko, sila jgn saman aku sbb aku da kredit nama ko. Hik hik hik.
Kedua - nak tgk ini.

Haha. Ada menda aku nak gitau. Nati korang mesti rasa nak sepuk aku. Kuang kuang kuang. Tkpe..afta kita tau sapa masuk final eh..semi final eh? aku gitau. Kui kui kui.

1st Lucky Draw by HEZE SUZE

Amik masa jap. Nak buat LD che puan heze suze jap.
Gmbr kredit dari blog hezesuze. Aiols amik nih.. jgn saman aiols kaut tnpa kebenaran.
Rules and regulation leh check it out here -
http://hezesuze.blogspot.com/2010/11/1st-lucky-draw-by-heze-suze.htmlNi 1st lucky draw beliau. Hadiahnya adalah RM50. Lumayannn. Boleh beli memacam tu.

Utk hezesuze :
Sila la tahu, aiols ni mmg maleh amat tau nak masuk segala GA/LD bagai neh, tp demi uols heze, aiols masuk jugak semata mata nak suh uols rasa bersalah kalo aiols tak dpt RM50 tu. Aiols kan da bagi uols adiah saguhati retu. Mesti ada adiah saguhati utk aiols jugak. Haha. Boleh tak aiols tulis statement bongok camtu che puan heze? Teheheheheh. Lps tu mengundang hot hot hot issue cam contest NN lak. Ok lah. Abaikan lah statement bongok aiols tu che puan heze.
Aiols masuk ikhlas neh..ikhlassss... aiols sedia maklum, lucky draw mmg berkonsep kan luck. U have luck, u get, u dun have luck, u drop. That's all. Tak payah syusah syusah kan???

Kata beliau juga :
Sila tag 3 org. Ala la la... Aiols tak reti tau nak tag org masuk contest nih. Tapi, again.. demi mu che puan heze, aiols reti kan jugak. Utk itu aiols tag meke bertiga ni. Aiols belasah je, sbb aiols pun tatau deme ni da masuk ke blum LD uols nih. Dgn besar ati ai tag :
1. Cik adik comel yg always melekat dan melekit- The Lekat Lekit Girls- Abb.
2. Ai tot ai tow a puti kat. Ai did Ai did..it AitotYati.
3. My belle belle Hasz yg jauh di perantauan sana. Tk pasti Has da buat blum.. tp tag je lah. Huhu

~Pasal Kan Dah Kata~

Jap jap..gimme only 5 mins only.
Kena attend ceramah lak ni. Ceramah OSHA.
Pegi je org da suh pegi. Masuk dlm kursus ni walo aku mmg da attend lebey dari 7 ari pun.

Just nak tepek ni je.

Huhu.. bkn utk menunjuk okeh. Sbb aku nyer BE, walo ada dan maintain situ esp Alliance Bank tu tp idak la byk beno. Tgk je la UV aku tempek smlm. Mmg tahap2 seratus camtu je. Lebih-jarang, kurang-selalu. Haha.

Saja la sbb kan smlm aku da up kan entry goreng pisang panas tu. Then aku kata mebi dari situ aku leh earn BE. Dan tup mlm tadi masa aku bkk jap blog mmg napak la ada iklan Nokia baru. Aku rasa mcm BE nieh. So, pagi ni check. Mmg iyooo.. teheheheheh..
Yg bawah skali tu. Mmg iklan baru sbb CE baru 14sen. Teheheheh.

Kan aku da kata...mekasih la kpd owner blog yang meng link entry Rapunzel aku tu. Aku pasti mmg sbb tu sbb traffic naik on dat day secara tetiba dan hari ni aku dpt BE. Maceh! maceh! maceh!

Sebagaimana ustaz yg bagi ceramah syukur tu ari tu kata, walo kita ditimpa masalah, walo kita dapat berita tak best, selalu lah ucapkan Alhamdulillah kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.

*ayat seterusnya ini telah saya edit kerana menimbulkan rasa sensitif pula. Maaf yer adik lekat lekit.. akak mmg takde niat langsung nak menganyam ketupat a.k.a mengumpat.. sori sesangattt....


Again, terima kasih.

Wednesday, November 24, 2010

~Pasal Goreng Pisang Panas~

Insyaallah..ketika entry ini di publish aku sdg menonton Rapunzel.
Tak sgka plak jadi goreng pisang panas mini contest itu eh. Huhu.

Seriyes, aku tatau pun kepanasan tu memulanya.
Aku tau ptg smlm bila incik HH kita tu komen kayak gini dlm entry pemenang contest Rapunzel tu.

Gmbr yg di print screen oleh aku sendiri, jd kredit utk diri sendiri

Pulak...ada org komen kew? Tak puas ati bila aku dpt tiket ke apa? Tp aku maleh la nak kecoh kecoh. Walo hati aku berdegup kencang masa baca komen tu. Takde kuasa aku nak carik carik kat innit ke hapa. Lantak la situ. Nak wat cena. Hak org la nak komen ke apa ke kan. Dan rezeki kita juga dah dpt tiket tu kan. So, lantak.

Bila citer ke laki aku dia pun mcm 'ek eleh'. Ye lah..pasal tiket pun nak kecoh kan. Being lelaki itu je la respond dia walo aku terus membebel mcm itik pulang petang (eh..btul ke perumpaan nih..lantakkkkk)

Tp aku ada emel ke adik yg incik HH kata tu gak. Dia pun balas kata nak wat cemana. Dah rezeki katanya. Then pagi td aku reply balik emel tu. After lunch baru dia reply, katanya blog aku idak la kena komen. Just dia link utk masuk ke blog adik tu lah. Dia kasik link blog yg bagi komen tu.

Aku pun baca. Baca, baca, baca, baca dan baca. Mmg panjang so kena byk baca, baca, baca, baca dan baca. Komen pun byk. So, kasik baca, baca, baca, baca dan baca.

Rupanya...dia tak la komen secara direct entry aku (atee...incik Hasrul ni..bikin ai semput je tau..seb bek ai ni main lantakkk je org nyer..kalo ai pingsan..sapa susah..asben ai gak susah). Dua kali gak dia tempek link blog aku. Wiii... tetiba blog mak glemer secara tak sengaja noks.. Dia mention 2 kali.

Idak la dia komen kata aku tak deserve nak dpt tiket tu secara direct. Yg satu tu dia letak link org lain dari entry aku. Yg kedua tu katanya lenkali kalo nak amik gmbr dr internet sila lah kredit dtg dari mana. At least dari google. Contoh mcm entry aku tu haaa... ceaa...konon jadi contoh la.. hoho..muntoh muntoh... tp tetap la tak original sbb aku da amek gmbr kat internet. So pas ni kita tgkp gmbr sendiri yer.

Tp aku salute la itu owner of d blog. Rajin dia pi kat suma yg hantar entry tu kat NN. Lps tu trace balik kut2 ada tak org excited mcm aku ni yg buat entry dpt tiket. Huhu. Aku pun ada gak trace. Tp aku trace dr gugel je. Aku tulis 'tiket movie Rapunzel Nuffnang'. Hihi. Sbb aku trace, aku nak tau sapa blogger yg pi, mana la tau kut2 nak bertegur sapa kan.

Lps tu baru la aku tingat. Aku ada tgk kat NN retu yg UV aku tggi ari Ahad tu. Mati2 aku igt sbb aku tepek entry Avillion kat Innit, tu tetiba jadi tggi. Yelah..ari mggu kalo cecah 100 tu adalah mustahil. Blog merepek entah hapa hapa ni kalo cecah 100 ari biasa pun da kira gud job dah tu. Ini kan pula ari mggu. Rupanya sbb link dari blog beliau itu lah. Mekasih la yer. Mana la tau kut dpt BE balik neh.. maklum la BE da tggl 3 ketoi je ni. Nak la gak ada byk2 macam masa buat contest dulu. Haha. Haha. Bongok btul aku rasa aku ni. Igt pasal org masuk sbb entry kat innit. Hahaha...*tepuk kepala patblas kali*. UV mmg ramai la on dat day. Haha. Perasan..!

-Gmbr yg di print screen oleh aku sendiri, jd kredit utk diri sendiri-

Ok lah korang. Tu je nak citer. Kalo aku ada jumpa sesapa kat sana nati ada la gmbr yer. Jgn jadi hot hot issue pulak. Konsep dia mudah je. Rezeki. Kalo mmg bukan rezeki kita, apa yg nak disuap beberapa inci nak masuk dlm mulut pun boleh jatuh ke atas pasir. Qada' dan Qadar. Rezeki itu ketentuan Allah.

Itu saja. Babai.

~Gigil Jap Aku~

Ya Allah... gigil ni aku taip nih..lantak la sibuk ke tak waktu ni. nak buat entry gak.
baca blog izan pasal ni- izan

Gigil bila dia tulis owner blog kenangan terindah-aishah yg ada kembar 3 tu dah meninggal. 22hb. Aku mmg antara follower terawal sbb aku adore sgt dgn anak kembar 3A tu..owh..pasni mungkin tak dpt lagi tgk aksi si comel tu..
So, aku pi tgk kat blog dia..ada link dari blogger otai kita iaitu BEN.

Gigil aku baca wei..gigil.. sbb aku tgk dia nyer last update kat komen 22 november 12.40 am. Makna dia masih sihat dan mampu membalas komen.

Dari blog Ben, dapat tau arwah jatuh bilik air. link - Ben

Innalillah... dari Allah kita dtg, dari Allah jua kita kembali.

Dan tetiba aku tingat entry pasal rezeki dan syukur semalam.. Al-Fatihah..

Tuesday, November 23, 2010

~Pasal Syukur dan Rezeki~

Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)

Teringat utk memperkatakan konsep rezeki dan bersyukur. Konsep bersyukur ni baru je aku dgr ceramah kat opis ni dlm 2 mggu lepas. Apa yg aku igt dari ceramah tu adalah katanya kita kena bersyukur dgn setiap apa yg terjadi dlm hidup kita ni. Selalu ucapkan Alhamdulillah. Biarpun kadang dikenakan bencana. Tp bila pikir2 balik mmg betul pun. Kadang walo kita ditimpa bencana, tentu ada kesyukurannya kerana pasti ada hikmah yg baik2 terjadi lps tu.

Konsep syukur ni pun selalunya dkt dgn konsep rezeki. Satu ketika, aku penah merungut2 kerana rezeki aku dlm karier aku ni mahal sgt. Org lain da berjawatan tinggi. Da naek 44, 48 suma aku masih 27. Org lain mudah je dpt jadi PTD setelah sekali je exam. Mudah je jadi cikgu KPLI walo baru sekali je test. Tp aku ni, berkali kali intebiu, exam, pun still duk tang tu gak. Aku rasa ms tu Tuhan betul betul taknak tolong aku. Aku hampir give up.

Tp aku lupa..aku lupa dgn nikmat Tuhan yg lain. Betul kata ustaz yg bagi ceramah tu. Kita ni byk sgt permintaan dlm hidup smpai lupa dgn kesenangan lain yg Allah dah bagi. Aku da ada kesihatan yg baik (takat ini), dpt suami yg baik, dpt tpt keja dkt ngan umah tak perlu harung jem bagai, da kerja tetap, govt plak tu, tp aku tetap nak kan jawatan lain. Seringkali terlupa.

Setiap org ada rezeki sendiri. Aku lupa ttg itu. Aku terkhilaf bila timbul rasa iri melihat rakan rakan yg aku sangka kan rezekinya lebih murah dari aku. Yg punya keluarga yg bes, ada anak anak sdg membesar, mudah je dpt jawatan sesuai dgn pendidikan. Segalanya aku tgk derang tu perfect.

Aku tau tak boleh persoalkan cemana Allah pilih org org tertentu utk diberikan rezeki. Terkadang aku mmg rasa give up sbb tak terpilih utk menerima rezeki yang derang dpt. Yang mana kadang aku rasa aku da buat sehabis baik tp ada org lain yang dapat rezeki tu. Memang lah kadang  rezeki tu datangnya dari panel pemilihan, tp segalanya dari Allah. Dan aku kena sedar, siapalah aku utk mempertikai rezeki dari Allah?? Sapalah aku utk pertikaikan kenapa org tu yg dpt bukan aku yg dapat? Memang kalau itu bukan rezeki kita, makanan yang dah nak masuk dlm mulut pun boleh terjatuh. Ini mmg salah satu ayat yang aku salu amalkan utk pujuk diri aku sendiri. Malahan masa aku menangis semahu mahunya sehari sebelum befday aku yg ke 28, 3 tahun dulu setelah dpt tau aku tak berjaya dlm intebiu, ini lah yg aku salu sematkan dlm hati aku. Mana taknya. Kawan kawan lain sumanya yakin aku lah yg dpt rezeki tu...tp rezeki masih tak memihak pada aku.

Aku lupa, satu hari nanti rezeki aku akan dtg jugak. Aku tak boleh iri dgn kejayaan mereka, tak boleh iri dengan kebahagiaan mereka.  Aku kena yakin satu hari nati aku juga akan menerima rezeki dan nikmat nikmat dari Allah ni. Pokoknya..bersabar. Kerana Allah lebih mengetahui. Dan sekarang, Alhamdulillah, akhirnya Allah kurniakan juga rezeki yg ku tunggu tunggu tu. Dan kini aku kena bersabar dgn rezeki cahaya mata pula. Lambat laun pasti ada.

Yg pasti, aku kena selalu ingatkan diri aku - bersyukur dgn rezeki yg sedang Allah beri ini. Dan bersabar utk menerima rezeki yg lebih baik. Mungkin ini masa org tu. Satu hari nati pasti rezeki itu milik aku juga. Jgn sesekali berputus asa. Jgn iri hati dan pertikai rezeki orang kerana itu adalah hak mereka dan Allah itu Maha Adil. Itu pasti!

p/s : Boleh juga masuk blog ini utk baca pasal konsep syukur ini - syukur

~Pasal Header n Watermark~

Ok. Dah balik outstation. Tehehehe.
Balik je on gmail. Tinguk tinguk ada emel dari seseorang. Header and Watermark for akak tajuk dia.
Aku mcm, eh...bila time lak aku suh org buat header ni kan.
Skali aku bkk dari Suhaida Supalio lah.
Wiii... comel nyer dia buat kan. Teheheh.

Tp tetiba timbul keraguan. Ehh...kut dia ni tersilap ke apa ke kan.
So, tnya la..ni kasik akak bebetul ke nak promo ke apa kan.
Dia jawab kata ha..mmg bagi kat akak.
Ehhh... harus lah ahkak sker.
Tergaru dan terharu dibuatnya wes..
Walo aku jarang2 drop komen kat entry dia, tp sudi gak dia buatkan design utk aku. Ow... maceh Sue. Macehh.. Jasamu ku kenang.

Rajin dia. Carik2 gmbr aku then dibuatnya header.
Dia ni mmg rajin amek amek gmbr.
Gmbr dia suma cantik cantik.
Nak tgk leh gi blog adik yg nak naek pelamin tak lama lagi nih (tp rasanya ramai yg da follow dia kan).
Jgn memain. Blog beliau pernah di promo di majalah Remaja lagik. Hehe.
Sila klik klik blog beliau ini - Asam. Garam. Gula

So, ini lah header yg adik Sue ni buatkan utk aku.

Dan ini watermark.



Yes.. i'll guna watermark tu a.s.a.p
Yg header..nati bila nak tukar suma leh tukar gak. Tp eh..ado gmbr incik asben eh. Owhh..tak bley tak bley.. dia tak payah glamer. Bia je pnstoberi yg glamerk. Hakkk.... muntohhh.....

Kalo nak suh Sue buat sila tnya beliau eh?? Err... Sue, akak ter promote lak.. cena?????

~Pasal Mari Kita Outstation~

Hari ni nak outstation jap. Kejap je. Gi kul 10, b4 lunch or after lunch balik la.
Ngehehee..
Outstation la sgt kan.. nak gi S. Alam. OS gak kan?? luar dr negeri tu. Teheheheh.
Dah la nak masuk 7 thn keja sini aku tak penah jejak opis caw tu padahal negeri2 jauh eventho Kota Belud pun aku dah pi. Ngeh!
Pejabat situ nak kena pindah Rawang. So, mao tinguk tinguk apa yg derang nak usung or nak tgglkan.

Bekpas pun sudah..2 biji karipap n seketul cucur badak. Cukup la. Aku mmg jarang amek heavy bekpas sbb aku kena amik lunch. Unless aku lapar giler smpai tak leh buat blog keja. Tk leh tak amik lunch sbb nati by noon aku mula mcm sebu sebu gitu.

So, kengkawan..nati da balik ai BW balik eh..mesti da byk masuk entry. Baru bes BW n drop komen :)

~Pasal Stamp Itu~

Uih..ramai yg post entry after aku balik dari opis td. Byk topik cam bes. So, jap gi BW jap lah. Nak citer sket je nih. Citer ala ala nyampah la kononnya. Hoho.

Tau kan skang ni Guardian kan ada promosi collect stamp utk redeem patong patong cute mute tu. Yang kena kompol sebyk 60 stamp tu.

So, bila da ada mcm tu, aku pun bersungguh gak la nak collect utk redeem patong tu nati. (Aiyarkk... word redeem lagi reni. Asik nak me redeem je kejanya kan). Baru ada beberapa ketoi pun.

Td pi JJ. JJ mana lagi kalo tak AU2. Mmg kerap la p situ kalo p after opis hour. Kalo opis hour waktu lunch ari Jumaat tu ke Maluri biasanya. Ok, bkn nak citer pasal JJ. Pi situ sbb nak ke Watson or Guardian. Ada menda yg da abis yg perlu dibeli baru. Derang ni sebelah2, so, aku masuk kat Watson dulu. Usha Loreal Double Essence. Ok, note rega dia-RM50.24. Pastu masuk plak Guardian, nak compare la...mana tau kut dpt murah gak kan. Boleh la kumpul stamp tu. Skali tgk rega dia RM60++. Mahal aih. Mmg la akan dpt 3 ketoi stamp skali, tp aku kerugian lebih kurang 10inggit. So, decide beli kat Watson je.

Dah beli kat Watson, masuk balik Guardian. Nak bg adil la kan, 1 more nak collect stamp gak. Aku beli InnerShine (yaa...aku boleh minum InnerShine tu, tp yg berri la, kalo prun aku tak soka..lgpun rasa ok gak mata bila consume mendalah tu, tkde la silau sgt mata ni kalo terpancar chya matahari or ngadap PC). So,  byr. Seketoi tu jer. Rega adalah RM21.88.

So, bayar. Sekali dia tak bagi stamp tu. Cais.. aku tnya la.. stamp tu takde ke? Baru dia hegeh2 nak keluar kan. Ek eh. Walo aku beli lebihnya cuma RM1.88 ko kena bagi gak sbb ia adalah lebih RM20 hokeh. Bkn ke mcm tu dia nyer T n C. Waahh..kalo aku tak tnya ko tak bagi la kan. Ewah ewah ewah. Ni aku syak dia nak kasik sedara mara dia lah utk collect stamp tu.

Geram aku tau...hmmffhhh... report kat manager baru tau. Wahhh...konon..krn stamp seketoi pun nak report bagai. Kuasa la kan.. tp ye lah..kalo  hak org tu kena la bagi. Jujur okeh.  Aku pun tau, aku  rasa takde aku boleh nak collect all 60 stamps tu. Igt senang ke? Kurang2 kena belanja dlm RM1,200 hingga bulan Feb thn dpn. Mana sempat aih. Aku pangkah la Guardian JJ ni. Nyampah..

Tu je la yer, citer mlm2 buta ni. Takde apa pun, saja gempak lebey. Kui kui kui. Daa..slmt mlm (pd yg bc ni waktu mlm) n slmt pagi (pd yg bc waktu pagi)

Monday, November 22, 2010

~Mereka adalah Pemenangnya~

Wah.... mereka ini menang.. Nintendo n Nina Ricci Fragrance.
Tahniah la buat mereka suma.
Walo sy tak menang adiah ni...*tssk..tskk..sobbss..* tp sy dapat 2 tiket pree gak utk tgk Rapunzel sari sblm launch. 3D lagik.. Jumpa di The Curve yer kengkawan. Saya akan bawak sohabat se ronggeng saya iaitu Harlinda a.k.a Dee. Tehehehehe...
Mekasih la eh.. Nuffnang.
Takat ni kalo tak menang pun, sure dpt invitation lain.. tak penah miss.. (except BB Torch tu la retu..itu sbb ada contest lain, tp aku tak masuk pun).
Yg menang Grand Prize tu mmg deserve lah. Sgt keretip..! Congrat to all.. :))

*******
Dear Nuffnangers,

Thank you for taking part in the mini blog contest held in conjunction with the release of Rapunzel: A Tangled Tale recently. The judges from Walt Disney Motion Pictures Studio were very happy with everyone's posts and it was really difficult for them to pick the winners be it for the grand prizes, or even to shortlist the entries to give tickets to.

After going through all the hairy tales in your posts, they have found the winners for the Grand Prize and the Runners-Up! Congratulations to;

Grand Prize Winner - Nintento Wii
http://stephy-lhy.blogspot.com/2010/11/if-i-had-rapunzels-hair.html

Runners-Up - Nina Ricci Fragrance
http://jessylovesu.blogspot.com/2010/11/if-i-had-rapunzels-hair.html
http://y--square.blogspot.com/2010/11/if-i-had-rapunzels-hair.html
http://redribbonboutique.blogspot.com/2010/11/if-i-had-rapunzels-hair.html

Thank you for participating in the contest. We look forward for your participation in future contests. ;)

Cheers
Robb Chew
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

~Pasal Masuk Opis Dapat Parcel~

Pheww....cuti pjg mmg memenatkan. Keja yg tinggalkan retu pun da susah nak recall balik. Kena tgk diari apa yg kena dan patut buat. 

So, da tenang sket nak buat entry lah. Kalo takde entry pada pagi hari mcm ada rasa kekosongan.. eceh..
Pagi ni masuk opis tgk ada parcel.

Owhh... ai da tau dari sapa.

 Dapat ini 

Dan ini.

Wahh....mcm menang contest je ni. Organizer mana la baek hati bagi tupparware ni. Teheheheh.

Yelah tu..contest sesgt la kan.. aku ni mana ler selalu join contest. Kadang org tag pun smpai aku lupa. Sori yer pada mengetag aku utk contest or GA nih. Nak buat..kadang tu smpai terlepas da due date dia. Uhuks.. 

Dpt dari beliau ni lah.

Kan aku bising bising tempohari pasal redeem ni. Skang da redeem lah. Dpt la 2 ketoi tu. Tu pun aku tmbh duit la sket. Sbb point tak cukup lagi tp gatal nak redeem gak. Ate kalo nak dpt pree kena ada 14,900BP. Tak dapek la yer..point aku baru thp ribu je. Blum ribu riban camtu. Gipun jarang eh guna cc nih unless sudah terdesak giler nak beli barang tp duit tak cukup. Ngeeeeeee.

Apa pun sonang bai tu je nak redeem, click click kat web dia nyer. Then tggu dia courier. Courier tu adalah percuma. Pas ni nak redeem lagi lah. Ngeh ngeh ngeh.

Sunday, November 21, 2010

~Pasal Daging Memenuhi Peti Ais~

Rata-rata skang ni aku percaya suma ice box, fridge, refrigerator, peti ais segala tu sure ada daging kan? Pada sesapa yg boleh makan daging la. Sbb ada gak yg tak tahan makan daging fresh2 nih. Macam kak ipar aku, dia akan jadi berry berdarah kalo makan daging baru yg dah dimasak ni. Doktor kata sbb panas kat dlm. Owhh..

For me, Alhamdulillah...boleh je balun. Takat ni aku da balun, sup tulang, rendang daging n oso paru goreng cili. Tu kat kg. Ni da balik KL selambak lagi dlm peti ais. Bia keras situ. Hoho. Mau smpai thn dpn pun ada lagi tu. Lantak..

So, carik carik resepi utk daging. Klik sini - resepi mesra. Ada berlonggok resepi daging. Aku sker ikut resepi my resepi sebenarnya.. pasti menjadi..tp da tk buleh masuk pulak.. haishh.
Yg nyata aku nak terai resepi kawan aku yg jauh di Algeria sanun, che sue yg mana tlh di testimoni oleh kawan beliau yg juga kawan aku - mrskojiwami daging dendeng che sue.
Lps tu mau terai wat daging bakar cicah air asam lak. Cena aku  nak bakar daging tu tah. Abg aku kata masuk microwave je. Boleh eh?? Tkpe, nati tnya pada meke yg pakar masak memasak nih. Ceh..terliur plak tgk gmbr air asam ni. tsskk..... tetiba tak sabar nak buat.. cena???

kredit : hazila blogspot

~Pasal Dehumidifier~

Ok, hari ni kita bercerita pasal Dehumidifier plak. Apa itu dehumidifier (taip pun kena hati hati takut tersilap eja) ? Boleh klik klik kat incik wikipedia ni - wikipedia
Dlm incik Wikipedia tu dia tunjuk alat dehumidifier cenggini.
Tp aku bukan nak citer pasal alat beso gedabak sebesar mesin basuh neh. Ni aku takde pun. Ada jugak keinginan nak beli. Tp nenati lah. Tggu umah baru lah. Haha. Segala nak tggu umah baru. Harosss..
Yg skang ni nak citer dehumidifier (owhh..seb bek mozila pun ada tanda merah nak tau eja salah betul) yg mcm 'Thirsty Hippo' ni.
Source : here

Aku yg 'darat' ni baru nak berjinak2 guna mendalah ni katanya. Dulu mcm 'eh..nak buat kehapa beli mendalah ni, apa yg dia nak sedut?' Tp sejak aku tak tahan bila balik-opis-umah-bau-pekung-sbb-lori sampah-amik sampah-tingkap-tertutup-udara-busuk-tak-keluar maka aku carik gak la 'penyedut udara' ni.
Mmg selama ni aku guna air-wick, shaldan pot
Wangi mmg wangi tp dia tak sedut bau bauan pekung lori sampah esp waktu ujan. Lagi  humang aiii.. tak tahan, bau taik lembu pun ada. Ha.. sbb nya umah flat yg aku duduk ni mmg ada tpt buang smpah yg mana kita leh campak gedebum je smpah dr dlm umah. Maksudnya setiap tepi umah memasing ada tpt buang sampah. Tpt tu la menyebabkan bau busuk, lipas segala. Tk thn dan ini pun salah satu sbb berdoa cpt2 agar mansion atas kayangan aku siap cpt.

So, bila lori smpah dtg kutip dia akan meninggalkan sisa bauan. Yelah..g keja harus tutup tingkap segala. Jd dah tk thn, carik gak la penyedut bau tu. Beli brand Jusco sajork. Mau terai dulu sbb Blue Thirsty Hippo tu mahal. Kut tak elok kang rugi lak kan.

Kasik terai. Baru ku tahu bijik2 yg ada dlm tu akan bertukar menjadi air bila dia mula menyedut bau. Letak  bebetul sebelah tpt campak sampah. Dan hasilnya...masuk umah tak la berbau pekong lagi. Bes bes.. skang air dia pun dah nak penuh...lps ni boleh beli lagi. Yey yey yey.
Malas la plak nak tgkp gmbr bekas yg aku rasa mcm magik tu sbb tetiba da penuh air. Nenati lah. 

Gitu lah citer nya cara nak menghilang bau pekung umah ni. Dah habis! 
(haha...napak nau takde idea smpai menda camni pun mau citer aku ni. hohoo...sori la korang yer..pening pala neh..byk sgt makan daging agaknya..tp nak gak buat entry maka ini jadinya)

~Pasal Drama Karma Salina~

Katanya sequel citer Air Mata Nur Salina. Tetiba mcm lupa citer amenda la air mata salina tu. Gugel balik, jmpa gmbr ini.
Source : Here
Owhh...igt suda.. yg citer derang ni duduk merempan rempan sbb si suami kaki judi. Smpai nak jual bini dia, trus bini dia bunuh si suami. So, skang ni citer karma dia lak la.. Karma Salina

Source : Here

Nak kata sequel sgt pun tidak. In case tak tgk drama air mata salina tu pun still leh phm citer dia. Kali ni karma tu kena pada Aina Julia yg dilakonkan oleh Sofea Jane pulak. Pelakon mmg haibat. Tabik spring toing toing utk Sharifah Amani yg berlakon sbg Juriah. Sapa je berani masuk peti mayat kat bilik mayat tu, sapa je berani dikafankan siap nak masuk lubang kubur je. Mmg boleh dpt anugerah lagi lah itu budak yang penah kata bunyi stupid biler ckp melayu.. tu dulu la..skang da ok dah kut. Dah sound smart dah. teheheheehh... jgn marah eh Amani. U're d best lah!
Tp ada gak la part-part macam ehhh..kejap nyer kena jatuh hukum, itu ini..tp ok la tu. Yg nyata mmg byk pengajaran dari citer ni. Anak2 yg dibesarkan dari sumber haram mmg akan menghasilkan anak tidak mendengar kata. Mak bapak yg tak penah dkt dgn Allah juga jauh dari rahmat Tuhan. Apa pun akhirnya, Alhamdulilah, semua yg tinggal dapat bertaubat.

Errr...i adore lah tudung NK pakai tu. Selendang panjang tu kan. Tp dia mmg muka ala ala Arab, mmg kena la muka camtu kan. Tudung mcm tu aku rasa senang nak carik kat Mekah je. Selendang panjang yg lebar. Aku ada satu, tak silap arwah ayah aku beli masa dia gi Umrah yg last before dia meninggal thn 2005 dulu. Mmg aku pakai skang..mmg selesa lah. Selendang panjang kat sini tak lebar biasanya..tu payah sket tu.

Agak2 ada sambungan lagi tak? Sbb NK kata dia nak bkk fail semula utk anak2 Salina tu pulak. Ummm... apa pun aku kasik drama ni 3.5 bintang. Nak bagi 4..tp mcm ter banyak pulak. tehehehhehe

Saturday, November 20, 2010

~Pasal Mimpi Hidung Berdarah~

Mimpi??
Mlm tadi mimpi idung berdarah. Mcm darah lindung tu. Tau tak darah lindung? Aku tatau la panggil apa, tp tpt aku panggil tu la. Masa kecik dulu kalo panas2 salu kena. Tapi dalam mimpi ni, darah tu asik kuar je walo da sumbat tisu, da dongakkan kepala. Haishh..
Bila terjaga still terasa-rasa. Raba idung.. ouch... sakit...! patut la pun.. ada sejibik jawat la plak landing situ. Tu la makan peyek byk sgt.. peyek tu kan ada kacang.. ato ni petanda nak peyed la neh.. cisss....peyed lagik...!!
So, mari gugel makna mimpi darah hidung.

Mimpi hidung berdarah (mimisan) :
Akan mengalami keberuntungan walau sekedarnya.

Owh..ada bermacam tafsiran mimpi di sini - TAFSIRAN MIMPI

Err.....keberuntungan?? Apa la agaknya tu?? Mungkin dpt elaun buat soklan retu la kut. Berapa la dpt agaknya ya.. rasa boleh cover duit PSP retu dak??? 

Mimpi mainan tidur. Apa pun Alhamdullillah dgn segala rezeki yg diberikan oleh Alllah....