Wednesday, July 17, 2013

Edisi Juadah Berbuka : 1st Week Of Ramadhan

Dah hari ke 8 kan hari ni. Alhamdulillah. Masih berpuasa penuh lagi. Awal lagi nehh...

Sengaja aku nak letak sekali je utk seminggu.
Bukan masak apa pun kan.
Ni pun semua gmbr dari instagram.
Cam siaran ulangan lah pada yg da tgk kat sanun. Hihi.
Kalo ada yg rasa annoying tgk gmbr juadah2 berbuka ni, takpe.. do unfollow me.

Oke, ni hari pertama. Rabu. 10hb.
Asam pedas ikan pari (aku mmg tak pandai masak asam pedas), sambal tempoyak ikan bilis (pun baru 1st time buat), pakchoy sos tiram, buah epal. Kuih beli.

Smpai rumah tepat kul 6pm. Sejam. Sampai2 lif satu rosak. Masakkk... org berpusu pusu nak naik. Jadi, naik tangga je lah. Lantas, aku teringat pesan mak yg tak bagi aku nak beli tingkat tinggi2 dulu. Sebenarnya aku nak beli tingkat 13 ke camtu lah. Belas2 lah. Tp mak kata, tak payah, kang jadi apa2 susah nak naik turun. Dan orang kata, kalau ikut cakap mak tu kan berkat. So, bila lif rosak, naik tingkat 4 tu tak la pitam sgt kan. Walau... mengah2 juga. Dah la lps buat laps aku tak penah lagi naik tangga. Risau juga. Tp Alhamdulillah. Oke.

Hari kedua. Khamis. 11hb.
Ikan kerisi goreng, tomyam ayam,sambal tempoyak lagi. Kuih goreng yg frozen. Buah plum. Air epal.

Eh. Perjalanan lancar oke hari kedua puasa ni. Aku pun cam eh. Betul ke ni... cuma selalu kami keluar kat Jelatek (lalu AKLEH), tp hari tu napak sesak nak turun situ. So, kami terus je, kuar kat MRR2, masuk balik DUKE. Ha...melalut smpai ke hujung tanjung. Tapi, Alhamdulillah. Lancar je. Kul 5.45pm sampai. Bagus. 45minit je. Tp aku masak yg simple je. Sbb tu smpat blend epal.

Hari ketiga. Jumaat. 12hb.
Sambal telur, bendi rebus. Ikan cencaru n kuih manis tu boss myDH blanja kat kedai Kelantan. Goreng gak karipap n popia frozen. Buah epal. Air green tea without sugar. MyDH akan buh sugar kemudian.

Jumaat mmg la sinonim dgn jammed. Nak plak kalau ujan lagi double jammed. Tp mujo Jumaat tu tak ujan. So, takde la double jammed sgt kan walo tetap la hazab.
6.15pm baru smpai. Memula ingat nak masak daging kicap. Tapi tak sempat.

Hari keempat. Sabtu. 13hb.
Haha. Kami tak sahur. Mengong. Terjaga kul 6pagi! Cemna buleh tak sedar. MyDH ye ye kata jam dia tak bunyik. Entah. Phone aku rupanya aku tick utk bunyi hari kerja je. Bolehhhh??  Huwaaa.... Tp pepagi kami ke pasar tani jugak. Jadi, ini lah masakan utk orang tak bersahur. Muahahah

Ikan siakap kukus (by HIG pan), kerabu epal, bayam merah rebus (semua makanan kesihatan uols.. huhu). Kuih beli kat bazar. Popia tu mmg beli kat org yg biasa beli masa pasar malam. Dap! Oh. Aku mmg sker beli agar2 buah kalo g bazar. Sbb yg tu je aku rasa kompiden nak beli. Kalo lain tu.. takut btul nak beli. Kang ntah apa rasa. Tp agar2 ni pun sama je rasa, cuma buah yg sehelai nipis dia buh tu je bagi rasa lain (T__T).

Hari kelima. Ahad.

Mi goreng mamak, tauhu sumbat. Lelain beli. MyDH yg gi bazar. Kuah tauhu sumbat tu tak berapa bes aku buat. Kena google lagi lah resepi kuah tu yg kick sket. Kalo mak buat, makan ngan kuah kacang. Sedap!

Hari keenam. Isnin.
Oke. Ni sedih. Ada bengkel HR kat Kementerian. Nun kat Putrajaya. Bengkel abis kul 4.30pm. Itu pun penceramah cam nak sambung lagi. Adeh.. tau la hazab dia kan. Masuk MEX Hway tu oke lagi. Masuk je Jalan Tun Razak. Pfftt... pastu smpai ofis dah kul 5.30pm. Tau la hazab dia kan. Kul 6.30 baru smpai area rumah. Tgk kat bazar, tu diaaaaaa... ramai giler org. Tak sanggup. Jadi singgah je lah kedai yg biasa jual2 ni. Beli nasi kukus ayam rempah, roti jalan n otak otak. Boleh la.... dari takde.. (-_-")

Hari ketujuh. Selasa.
Ikan bakar tomyam. Sayur petola masak air. Ikan bilis sambal goreng kering. Yg ni bebetul 5 minit sebelum berbuka baru nak siap. Pheww...

Mmg cabaran ah nak masak lelaju bln puasa ni. Tp takpe. Aku gigih dari mengenangkan g berhimpit2 di bazar yg kalo beli pun belum tentu rasa dan jugak rega pun boleh tahan mahal. Masak je. Walo simple. Puas hati.

13 comments:

JunAina said...

Masak sendiri puas hati kecuali tak de pilihan. Akak selalu tunjuk2 ja keisan anak2.

Zura Hasan said...

bestnye dpt masak...sy balik kul 5, trs singgah bazar sbb kalo nk masak mmg x leh..sbb budak tecit tu nnt nmpk muke sy je, trs mntk nenen..dgn muke seposen dia tu..hehehhe....masak wkt sahur je..

Suria Amanda said...

SA x pernah jejak pasar ramadhan since hari pertama posa..

su said...

hee...sue Berjaya ramadhan ni kurang2 kan gi bazar..hrp2 leh berterusan ...dh masak kat umah ade hati tu nak gi bazar..hahaha...

Anum said...

bestkan masak

Chekgu Azrine said...

haah..klu msk sndiri ni lg berkatkan..air tgn kita bg ank suami mkn..ye dok..

shahrilhakime said...

wahh...nampak meriah juadah PUANSTROBERI kite niii

Masya said...

masak simple.. rasa berbaloi2 hahahaha .. itu yg penting

Zana Adieyza said...

terbaiklah kekda.. macam2 jenis lauk ada.. hari2 berbeza2.. bagus!!!

puanstoberi said...

JUNAINA :
Kalo ada ank2 mungkin saya pun tunjuk2 ja kak. haha.

ZURA :
Oke la ada budak tecit..kalo saya pun ada budak tecit jadi camtu kot. Tp tak tahan la nak gi bazar.. org ramai....

puanstoberi said...

AMANDA :
Ini bagus.. mmg bazar tu hazab..penuh manusia.

SUWAIBAH :
Mungkin berterusan. Tp bes kan bazar kat tapak pasar malam hari Jumaat tu.. panjang.. tp tak beli sgt pun. Akk beli popia je.

puanstoberi said...

HANUM :
Bes lah. Awak masak takkk??? hikhik


AZRINE :
Harap2 begitu lah. Sebenarnya jadi rajin ni sbb tak sggup nak ke bazar. Trus gigih. Kalo tak puasa, susah nak jadi camni. Hahahahaah.

puanstoberi said...

D_08 :
Hai..begini pun dah kata meriah, kalo masak beria langsung pengsan kome nengoknya yea..
Ate' mem idak masak ke Yob?? hihi


MASYA :
Kan..dari bersesak kat bazar tu..kuasa haih..kecuali terdesak.


ZANA :
Kata nak kurus...kena la masak sendiri. Kuikuikui