Tuesday, July 2, 2013

Jadual Pasar Tani

Ah sudah.. nak promote pasar tani plak. Haha.
Mana la tau kot2 ada orang nak carik kan.
Aku ni tak pernah nak amik tahu pun selama ni.
Rasanya... rasanya lah kan, selama duk KL tak pernah pergi kot memana pasar tani kat KL ni. Pernah napak, tp tak pernah singgah.

Tapi, selepas ada kesedaran nak makan ikan, nak makan sayur sayur, kena la berjinak2 dgn pasar tani plak. Memang la buleh je pegi pasar, tp ada orang kata ikan kat pasar tani fresh lagi dari yg pasar. Takpe. Kita try yer. Ikut hati nak je aku terus ke pasar K.Selangor sana. Tapi, macam melampau lah pulak kan. Cam nak beli berkilo kilo kan. Dgn minyak, tol lalu kut Latar lagi kan. Heh!

Ini nak buat stock bln puasa la kan.
At least on weekend, buleh stock up.

So, tanya akak kat opis ni. Tnya pasar tani area2 dkt rumah aku.
Dia kata kat Gombak ada. Ari Sabtu.

Pastu tak silap aku kat area Segambut aku pernah nampak, tp cam lupa hari apa.
Jadi, google.
Payah juga nak jumpa kat google. List pasar malam ada la. Haha.
So, try masuk web FAMA.
Oke, ada.
Sesapa nak tgk jadual pasar tani buleh klik link ini - jadual pasar tani
Tapi, itu update smpai Mac 2013 lah. Boleh la tu.

Tak sabau lak nak pegi pasar tani. Haha. Bolehhh????

Gambar hiasan. Kredit : Here

3 comments:

Anum said...

bestnya

JunAina said...

Akak selalu pergi Pasar Borong Selangor, biasanya weekendlah. Kajang ke Seri Kembangan tak le jauh sangat.

puanstoberi said...

HANUM :
:)


JUNAINA :
Bes eh Pasar borong sgor tu.. kalo pasar kite biasa ke cokit je..tp rimas sbb sempit.. tak suka..tp terpaksa..