Thursday, July 18, 2013

Edisi Resepi : Ikan Kukus dan Kerabu Epal

Yeszaa... abis segala buku resepi di keluarkan.
Yg bes adalah buku 1 Hari 1 Resepi tu. Ngan Langkah Demi Langkah tu.
Resepi simple and mudah disediakan.
Tapi aku banyak guna yg 1H1R tu lah.
Meh kita share resepi sihat yg simple dan mudah disediakan.
Elok sekali dibuat masa berbuka puasa ni sbb takde minyak, takde tumis.


Ikan siakap kukus. Resepi dari 1H1R

Bahan-bahan :
-Seekor ikan siakap
-2 sudu sos ikan
-3 batang serai (diketuk)
-Beberapa ulas bawang putih (sbb Gynea advise aku byk makan bawang putih, tu aku buh byk jugak).
-Sebiji bawang besar
-Beberapa biji cili padi.
-Sebijik cili merah (cili mahal. Jimat sket. Lagipun bkn makan)
-2 inci halia (diketuk) - takyah nak amik pembaris ukur 2 inci bagai plak. Agak2 je yer.
-2 pokok daun ketumbar.

Cara - cara
-Lumur badan ikan siakap yg dah dikelar2 dgn garam
-Masuk air sket. Campur sos ikan.
-Tabur je lah segala bawang, cili, halia, serai atas badan ikan.
-Letak atas api.
-Kalau dgn magic pan dalam 10 minit dah siap. Hihiw.

p/s : Oleh kerana aku cam tak berapa nak suka kukus2 ni, aku makan ikan tu ngan air asam. Sedap jugak. Hihiw. Air asam : tomato, belacan, bawang, cili padi - blend sekejap. Kalau suka tambah kicap. Tak suka tak apa. Sedap oiihh cicah ngan ikan tu. Huhu.

Tetiba bersyukur pan ni besar sbb sedang elok utk siakap tu =)

Kerabu epal. Pun resepi dari 1H1R

Bahan-bahan
-2 biji epal ijau.
-Separuh batang carrot.
-Sepokok ketumbar.
-Sebiji bawang besar.
-Sebiji cili hijau (suka pedas tambah cili padi. Aku tak buh sbb bulan puasa ni. Kang cirbir, satu hal plak dehydrate. Huhuhu)
-Lemon (nak amik air dia saja).
-Sedikit gula.

Cara-cara

Potong epal n carrot memanjang.
Buh daun ketumbar. Buh bawang
Buh air lemon.
Buh gula.
Dah settle.
Sekejap je

10 comments:

::NureeN:: said...

kerabu epal nureen punya stayle lain ckit, ada tambah sos ikan, kerisik & tomato.. hehe

aitotyati said...

mmg mengancm la kekda.
resepi pn mudah.
ni yg nk tiru ni.
hehehehe

Rizziela said...

kalau masih x ada lagi pemanggang ajaib tu mcm mana..suka ikan stim tu

Anum said...

nyum2

Suria Amanda said...

Memang senang je rupernya.....

Chekgu Azrine said...

Terliur..huhu

Tengkubutang said...

nak buat gak nanti.. bestt.. hee

puanstoberi said...

NUREEN :
Ahah. Ni versi org malas ni Nureen. Ngeee.. tu pun rasa dah lama beno menghiris epal n karot tu.


AI :
Sile le tiru. hikhik


RIZZIELA :
Boleh juga. Carik kuali yg jenis ada tutup tu. Pun boleh.. :)

puanstoberi said...

AMANDA :
Senang banget banget. Hihi


AZRINE :
Err..alamak, dah jatuh hukum salah ni buat entry camni nih kalo org terliur. Hihiks


TENKU BUTAN :
Sila ler.. :)

Masya said...

kerabu epal tu sedappp.. sy pun dah cuba... tp sy derhaka.. tukat sikit resepi ... guna bahan yg ada kat rumah jer... tp mmg sedaplah.. hahahaha