Monday, July 1, 2013

Edisi Weekend : Melawat Baby Akifa Naila

Ini adalah "golden baby" a.k.a baby PRU 13 yg aku cerita kat sini.
Nama yg diberi oleh kedua ibu bapanya adalah Akifa Naila.
Alololoo... homey homey hangat...

Mata layu je sbb dia tgh tido.. kami kaco dia. Hihi.

Nampak kekok kan.. alololo... dah tetua pun kekok lagi pegang baby.
Org dah anak 3, 4 orang oii umo aku ni. Apa nak jadi nehh..

Oke.. oke.. malas nak cakap pasal tu.

Cam aku citer dulu tu, mak baby ni kira cam kazen aku kalo ikut belah mak aku dan kira anak saudara ikut belah ayah aku. Ingatkan maktok la kira pangkatnya. Tp mak aku bagi lagi bes, jadi OpahCu. Haha. Glamer uols. Opah dah... Apa2 je lah kan Kifa... opah pun opah la.. ahahah.


Ni pegi masa aku balik kg weekend ni lah tu ari. Kebetulan derang pun ada kat kg. Melawat terus. Baru sebulan lebih ni. Lahir 5.5 masa PRU retu kan. Tu yang takut2 je aku nak pegang pun ha.
Oh. Yang pakai tudung biru tu anak buah aku yg memang suka sgt kat baby. Tu ari mak dia (akak ipar aku) dah pegi melawat time dia g sekolah (dia darjah 6). Pastu dia kata nak tgk baby jugak. Tu aku bawak skali tu. Dia geram je tgk baby. Siap cakap kat aku dah, nanti anak ucu Fatin nak jaga. Baeekkkk.... sile lah jaga yer... Haha.

Golden baby ni. Penantian selama 6 tahun.
Menjadi inspirasi utk kami.

Bagi yg nak tau apa usaha mereka suami isteri yg paling terdekat adalah susu kambing dan kurma. Lama juga derang consume rasanya. Aku lupa dah, ada dia bagi tau tu ari. Susu kambing fresh + blend dengan kurma. Which aku pernah juga buat dulu. Tp tak istiqamah. Skrg tak boleh plak sbb dalam endo diet any susu kena avoid kan. Nenati lah, tanya doktor dulu nati.

Tapi apa pun, sebenarnya Allah yg Maha Mengetahui yg terbaik utk kita. Dan bagi mereka berdua ini lah masa terbaik utk mereka menjadi ibu dan bapa. Dan utk kita (TTC'ians); bersabar lah.. waktunya akan sampai juga utk kita. Insyaallah :)

8 comments:

::EIDA:: said...

alaaaaaaaaaaa.. nk jumpe jugakkk akifaaaa.... ;( tium tium sikitttt

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda, hahaha sheila main publish je tu.lagipun entri dah siap lama. hihi ;p

BaTiK_PiNk said...

Puan Stoberi, jadi inspirasi Yani juga....inshaAllah, berkat kak..kita usaha sama-sama apa yang patut. Janji kita istiqamah....

Chekgu Azrine said...

InshaAllah..murah rezki puan stoberi..amin

Luv said...

yap.. truly deply.. honestly... setuju!!

eh apa aku merepek ni haa..
takpe usaha tgga kejayaan yea

tp yg xberusaha cam aku??? huhu

hihi..

Masya said...

semangat org lain buat kt jadi inspirasikan .... pengalaman org lain .. buat kita akan lbh kuat nak menghadapi .. & nak berusaha ...

PUANSTOBERI said...

EIDA :
HOmey sgt tau..tggu dia balik sini kita pegi tgk nati.


SHIELA :
Aaa...oke..oke..takpe..

PUANSTOBERI said...

BATIK PINK :
Kan... apa2 pun kena istiqamah.

AZRINE :
Insyaallah..


LUV :
Haha. Tkpe. Allah Maha Mengetahui :)


MASYA :
Tu la..seronok tgk mereka... nak nangis rasa :)