Buat julung2 kalinya.
Ini la kali pertama pergi ke Maybank Treat Fair.
Tiap tahun pun ada.
Tapi tahun ni baru teringin nak pegi. Itu pun kalau ikutkan malas. Tp bila myDH cam oke je nak meredah ke MValley, terus la jadi pegi.
Tapi nak pegi MValley ni ibarat nak g berjalan jauh.
Awal lagi dah bersiap.
Ye lah. Kalau lambat, hazab la jawapan nya nak carik parking.
Kul 9 lagi dah keluar. Breakfast kat mamak [lama tak makan roti canai], pastu terus pergi.
Kul 10 smpai. Itu pun keta da byk kat parking.
Eh. Derang ni selepas subuh dah sampai ke?
Tapi ada je la lagi parking.
Tujuan utama mmg nak ke Treat Fair tu, jadi ke sana lah kita.
Pusing2. Tatau nak redeem apa.
Tgk cadar. Tgk bowl yg bunga bunga cantik.
Tatau apa nak redeem.
Point pun tak byk smpai nak tukar ngan travel bag bagai kan [aku tgk cina ramai la dpt redeem travel bag tu]. Pastu kalau nak top up lagi ngan cash tak kuasa pulak rasanya.
Point aku ada 21ribu sahaja. Bkn selalu guna kad kredit. Hanya guna utk top up Zing Card otomatik tu ja. Pastu kad debit pun guna kad Jusco ja (AEON).
Oh. Berbicara perihal kad debit, sebenarnya aku tak pernah pun tukar kad debit. Aku still pakai kad ATM kuning hitam tu. Itu lah pakai sejak dari mula register dgn Maybank. Ada gak keinginan nak tukar kad gmbr cerry tu, tapi cam ah..nenanti lah. Nenati nenati smpai ke sudah tak tukar. So, masa treat fair ni dia boleh buat custom card. Jadi, marilah kita tukar.
Hihiw.
Dapat buat muka sendiri. Dia amik gmbr dari phone atau pun pen drive. Aku tak bawak la sebarang pen drive mahupun hard disk sbb memula rasa cam tak tau nak buat ke tak. Pastu carik dalam phone. Hurm. Dedua phone pun gmbr ntah hapa hapa. Dah la dulu ter delete semua gmbr dalam myS2 kan. Lagi la takde gmbr proper dah. Gmbr dgn husband pun takdak dalam phone. Eh. Ada la satu. Aku buat gmbr profile tu. Gmbr kat Disneyland. Itu la satu. Lelain. Hurm. Ada yg beso pinggan mukanya. Pendek kata tak semenggah. Takkan nak buh gmbr jus bayam atau lauk ikan bakar pulak kad kad debit tu (-_-").
Carik punya carik, ada la satu yg boleh dibuat. Gmbr camwhore seorang diri kat ofis. Ngan poyo ber peace peace bagai. Haha.
Tak dapat nak taruk sini gmbr itu. Semua tpt nak taruk. Heh!
Carik la di instagram ku sanun. Haha.
Tu pun memula ter upload gmbr dgn nombor tertera. Pastu Mimi kata bahaya paparkan nombor tu. Jadi, repost balik gmbr lain setelah di padam nombor. Err... nombor tu sebenarnya seriel number kan. Member aku buat kat treat fair jugak. Pastu aku tgk bukan saja 8 nombor awal tu sama, 12 awal tu pun sama. 4 nombor akhir je lain sbb itu nombor siri yg buat kat treat fair. Apa pun, takpe, beringat sebelum kena kan. Org ni macam2 kepandaiannya. Oke lah kawan tu alert kan. Tapi, yg penting 3 nombor belakang kad tu [nombor cvv kan]. Itu yg penting. Jangan pepandai bagi kat orang lain.
Oh. Akhirnya aku redeem point tu dgn tupperware saja.
2 jenis.
Satu bekas yg boleh buh lauk ke nasik ke. Buleh bawak ke opis. (ada 4 bijik).
Pastu satu lagi bekas air yg camni.
Tapi yg ni 8 liter lebih. Aku nyer 7liter. Kaler oren. MyDH tanya nak buat apa. Aku kata nak bawak pegi piknik nati senang. Haha. Piknik la sgt kan.
Pastu dapat lagi pree sebijik bekas yg sama kaler ngan bekas 4 bijik tu sbb dedua barang ni nilai dia lebih RM100. Hihiw. Eh. Tu pun kena top up RM12. Oke gak la. Asal tupperware. Kuikuikui.
Ha. Tu ada nmpk gmbr poyo ku di kad. Hihiw.
9 comments:
tunjuk le gmbr sis
wah, boleh custom design kad debit maybank guna gambar kita ke, kak? Best tu.....
oo tu pasal yg delete gmbr kat ig hari tu ehh.. betul, nombor yg blkng tu yg penting...
xde rezeki nak pergi treat fair ni, dah sampai mid valley pun baru tersedar kredit kad x bawa, frust sgt x boleh nak redeem point kalau x bawa kredit kad..mmg dah idam nak tukar travel bag n oven besar sikit..point dah 120,000..hukhuk..
hehehe.. mekchu pun mesti terpedaya nak buat kad letak gambo sendiri kan..
Nak jugak!! Cunss sangat.. Kat cawangan maybank tak bole kot..huu
Cantek bekas ayor tu
HANUM :
Eh..bukan awak folo IG akak ker.. awak ni... hikhik :D
BATIK PINK :
Buleh..masa fair tu je lah. skang tatau la buleh ke tak.
MEKCHU :
Kan..nombor cvv tu kan yg penting.
SWEETMAMA :
Takpe. Nxt year ada lagi. Kumpul dulu, nati mungkin dapat oven skali ngan hood n hob pula :)
MAMA VOGUE :
Tggu treat fair nxt year. Buleh buat. hihi
NAD :
Tupperware, mmg la cantik. Ngeheheheh :D
Post a Comment