Sunday, July 28, 2013

Ihya Ramadhan #19 : Pasrah vs Redha

Pasrah vs Redha

Pasrah itu berbeza dengan redha. Selagi anda berusaha, anda tidak lemah. Selagi anda berharap pada Allah dan  berdoa kepada-Nya, anda tidak lemah. Allah memberikan kita kekuatan untuk bertahan di muka bumi ini, kenapa kita harus mengiktiraf diri kita lemah? Orang yang kuat mentalnya tidak akan sesekali mengiktiraf dirinya lemah dan mengaku kalah pada masalah yang dihadapinya.

Ingatkah anda pada kalamullah yang disebut dalam kitab-Nya yang agung yang bermaksud :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. (Al-Baqarah: 286)

Allah menghadiahkan musibah ke atas hamba-Nya sebagai tanda sayang, kerana Dia tahu hamba-Nya mampu untuk menyelesaikan setiap musibah yang diberikan. Setiap masalah yang ada di muka bumi ini ada jalan penyelesaiannya, jika kita manusia berusaha mencari solusinya. Jika kita enggan menerima musibah daripada Allah, siapakah kita ini? Sedangkan nabi-nabi Allah, termasuk kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W juga menerima musibah yang hebat semasa hayat mereka. Dan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka dan menganggapnya sebagai satu nikmat kehidupan.

Mungkin ada yang berfikir mereka itu nabi, kita ini cuma manusia biasa, mereka tidak sama dengan kita. Pemikiran itu salah sama sekali. Para nabi bukan malaikat. Para nabi juga manusia. Sama diciptakan dari tanah seperti kita yang hidup pada tahun 2013 ini dan tahun-tahun sebelumnya. Yang membezakan kita dengan para nabi ialah mukjizat. Mereka manusia terpilih di sisi Allah.

Kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim dan merupakan pengikut kepada kekasih Allah yang mulia. Kita mempunyai seorang idol yang cukup tabah ketika hayat baginda S.A.W. Adalah sangat tidak wajar untuk merasa lemah terhadap diri sendiri jika mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa seperti baginda. Kita umatnya dan kita harus mengikut setiap apa yang diajarkan kepada kita.

Merasa lemah bukanlah sesuatu yang ditegah. Dengan merasa lemah, kita tahu di mana taraf kita sebagai manusia di muka bumi ini. Namun, ada sesetengah perkara yang perlu kita titikberatkan untuk sentiasa maju dan tabah dalam kehiduan seharian kita. Ada manusia yang menanggap dirinya sudah tabah dan enggan menitiskan airmata lagi akibat kecewa dengan peristiwa lampau.


Artikel penuh : http://www.iluvislam.com/inspirasi/8718-kita-bukan-lemah.html

2 comments:

Maria Firdz said...

Nice sharing...

Azian Elias said...

Thanks for sharing..buat muhasabah diri ini...dan sentiasa bersyukur atas apa jua yh diberikan pd kita..suka or duka.