Tuesday, July 23, 2013

Edisi Diet : Ubah Cara Pemakanan

InstaRepost dari KevinZahri.

Katanya, jgn tergesa gesa nak tgk perubahan badan kita.

For me, semalam genap 2 bulan lepas buat laparoskopi. Dan sejak dari laps itu lah sy mulakan diet sihat. No more fast food. No more maggi. No more sardin (walo bulan puasa ni, sahur kalo makan sardin mmg heaven lah). No more air manis. No more air gas.  Cuma yg more adalah drink more water and more fruits.
Mmg bukan mudah yer nak ubah pemakanan. Bagi aku la. Tambahan pulak cam fast food restaurant tu mmg easy access sgt. Siap drive thro lagik. Rumah baru ni lagi la. Taknak yg A, yg B pun easy access gak. Parking free, orang tak ramai. Susah nak say no.
Lps tu aku ni bukan pemakan sayur. Skrg dah ikut cakap doktor. Sebelum makan, kena makan buah. Pastu ratah sayur, pastu baru makan nasik. Bila dah makan buah, dah makan sayur, kita akan rasa kenyang. Jadi, tak byk makan nasik. Bulan puasa ni pun aku pastikan ada buah masa berbuka dan juga masa sahur. 

Nop. Aku tak pernah tahan makan, biar berlapar seme. Cuma, aku ubah cara pemakanan je. Lps ni dah masuk bulan ketiga selepas laparoskopi tu. Buleh la ber joging dah kot. Tu ari takut2 je lagik. Jadi, biar detox melalui peluh plak.

Dan hasilnya....??
Memang ada hasil.
Berat makin berkurang.
Badan rasa makin 'ringan'

Esuk ai tunjuk berat selepas 2 minggu berpuasa (sapa yg follow IG aku tahu lah kan.. tp pagi ni aku timbang lagi dah ada perubahan lagik. Hikhik).

So, yg penting kita tahu apa yg kita makan. Dan pilih makanan yg sihat.
Cuba lah... memang tak merugikan.

3 comments:

Masya said...

good luck kekda...
sy pun wajib ada buah sebelum makan hihihihi.. x kisahlah beli sebakul epal hijau makan seminggu .. limau pun kalau beli makanlah seminggu hahaha.. dgn erti kata lain dah habis baru beli buah baru ...

semoga kekda lebih sihat, nak tgk.. nak tgk.. berat tu hihihihihi

LindaF said...

alaa bestnyaaa turun berat !

puanstoberi said...

MASYA :
Istiqamah..itu yg penting. hihi.


LINDA :
Turun la..puasa..seme orang turun kot... huhu