S: Kita sudah bersyukur, tapi masih diuji. Adakah itu petanda yang kita masih belum cukup bersyukur?
J: Sebenarnya, ustazah lupa menyatakan pada awal rancangan tadi – Sebanyak mana sekalipun usaha kita untuk bersyukur, kita takkan mampu membalas segala nikmat yang Allah berikan. Contohnya, jika sesorang itu sujud sepanjang masa sekalipun, ianya takkan dapat menandingi nikmat kita dilahirkan sebagai Islam. Oleh itu, kita perlu sentiasa ingat bahawa walau sebaik manapun amalan yang kita lakukan, itu sekadar usaha kita yang dibantu dengan kekuatan yang Allah berikan dan kita belum dapat mencapai taraf menjadi hamba yang benar-benar bersyukur, yang setimpal dengan lautan nikmat yang Allah berikan. Nabi Musa, dan Nabi Daud bermunajat dan merayu-rayu kepada Allah, “Ya Allah, Bagaimana lagi cara untuk kami bersyukur kepada-Mu?. Maka Allah pun menyebut, “Pengakuan kamu itulah tanda kamu bersyukur”. Oleh itu , jika kita telah laksanakan segala yang diminta dan bertanya-tanya lagi cara bersyukur, semoga Allah melihatnya sebagai hamba yang bersyukur. Namun, pada asasnya ianya belum setimpal dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Oleh itu, terpulang pada Allah sekiranya Allah melihat masih ada dosa-dosa dan kekurangan, maka Allah beri ujian sebagai kafarah kepada dosa tersebut. Jika Allah ingin beri kedudukan yang tinggi dan syurga, tetapi amalan seseorang itu belum mencukupi, maka Allah uji juga untuk membaiki kedudukannya.
Dipetik dari :
2 comments:
amin :)
:)
Nak edit blog? contact me! Click on hire pada sidebar sebelah gambar.
Post a Comment