Thursday, July 4, 2013

Tingkatkan Imuniti #8 : Jurnal Makanan

Wah..gitewww.. tak habis2 dgn tingkatkan imuniti dia kan.
Oke. Dah timbul kesedaran kan. Begini lah jadinya.
Skang kan, bila apa yg terjadi nih sgt 'merumitkan' 'menyakitkan' dan cost me costly, secara otomatik apa makanan yg berisiko tinggi, walaupun nampak sedap, tapi tidak lagi nampak tempting. (eh. ye ke? Cam tak tally je nih. Retu telan meatball black pepper tu apa kes?? Haha)
Takde la. Cam tgk McD ke KFC ke, iklan kat tv tu takde dah la cam sedapnya..sedapnya.. teringin nyer. Tgk org minum ais pun cam oke.. takpe..minum la.. minum air suam lagi sedap kot. Takat ni lah kan. Sok sok tak tahu lah. Tu sbb tulis kat sini supaya senang nak tgk balik dan tak jadi manusia yg mudah lupa atau bebuat lupaaaa........

Memetik tips dari blog Kevin Zahri dalam 10 tips mudah berdiet :

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

Jadual pemakanan/jurnal aku buat. Simple ja. Haha. Takyah la kalori bagai. Nak tau apa di makan je. Kantoi di situ aku makan nasik goreng 2 pinggan. Kuikuikui. 

Ha, sebenarnya aku buat jadual ni dulu. Lps tu baru jumpa artikel kat blog Kevin Zahri tu. Memula ingat nak tulis dalam planner aku yg tak digunakan sejak awal tahun tu ari. Tp cam kecik plak space dlm planner tu. So, buat ngan excel ja. Tahun dpn carik planner yg besau sket, buleh tulis2. Takyah print. Lagi senang bawa ke mana-mana. Nak tulis kat dlm note phone - maleh. Ada menda yg aku nak buat dalam phone tu pun aku asik lupa. Retu buat laparoskopi-log masa aku cuti sebulan tu pun smpai day 25 je aku buat (-_-")

Saja la nak tgk daily food intake. Apa menda yg khasiat. Apa menda yg rubbish. Hoho. Tapi aku google ada juga software utk diet ni. Tp takyah la se detail itu kan. Kang apa pun tak jadi. Yg simple2 camni dah la. Lagipun aku bukan diet utk turunkan berat badan. Ini cuma diet makan secara sihat saja. Agar berat badan maintain, imuniti dapat ditingkatkan dan mudah utk conceive. Itu lah targetnya. Insyallah.

Ini aku buat dari start kerja. Mean, sebulan selepas operation lah. Jadi, aku nak focus utk 3 bulan nih. Mmg 2 bln pertama tak sukar. Sbb nanti dah puasa. Tapi... aku tau ia jadi sukar pada 8.8.2013. Haha. Takkan kau nak pandang saja itu lemang dan lontong?? Rendang ayam dan daging. Pergi beraya rumah sedara mara takkan kau nak kata "takpe makcik...saya diet, saya nak air suam je.." Pannggg... sekali kang. Haha.

Tapi takpe, Kevin kata sediakan buah. So, nati hari raya aku sponsor buah boleh?? Muahahha. Selain tu kalo nak jalan2 hari raya kena bawak bekal buah jugak. Wahh...gigih gitewww.... Dan aku dah buh ticker  dlm blog ni jugak jugak utk tgk berapa lama aku ber-healthy diet nih.. :D

6 comments:

Anum said...

great

Mixed-family in da house.... said...

akak,

cara saya, raya tu makan jerk apa yg patut dimakan...heheheh..raya kan....tp bab minum air manis memang saya control ketat...sebab saya kan org kelantan....kat sana, depa buat air sangatlah manis....so memang saya dengan selambanya mintak air masak jer....takpun, air mineral memang ada dlm kereta...so lepas makan, takyah minum dulu (dah terbiasa pun)......so itulah cara saya....

suwara entertainment said...

all the best kekda. nak kena jaga tu semua kan, saya pun dlm berpantang nnt mmg nk kena jaga. nk kena turunkan lg berat ni ha..

Masya said...

stok buah mmg sentiasa ada kat rumah, jadinya kalau beli sebakul seminggu tu mmg kene habiskanlah buah yg sama.. kalau epal hijau.. makan epal hijau jerlah .. atau buah jus hahahaha ...

puanstoberi said...

HANUM :
Great :)


MIXED :
Kan..bawak air masak je. Jenuh nak detox ni hari raya. Hihi. Tp raya nati terlebih detox pun yer sbb memacam makan nyer.

puanstoberi said...

SUE :
Turun, jaga tak turun...


MASYA :
Akak beli pelbagai buah sbb kalo satu jenis je rasa bosan. HUhu