Wednesday, July 31, 2013

Edisi Juadah Berbuka : 3rd Week Of Ramadhan

Oke, minggu ketiga ni graph memasak da mula turun.
Huhu.
Biasa arr tu kan. 

Iftar day 15 (Rabu)
Tiada gambar.
Tak sempat.
Sampai rumah dah lambat sgt.
Cuma sempat masak sup ikan merah.
Sayur apa tah. Tak ingat.

Iftar day 16 (Khamis)
Beli saja.
Sbb ada majlis berbuka puasa kat ofis sempena sidang media promosi Aidilfitri.
Bertugas usherette jap. Lps tu nam setgh chow balik.
Sempat la beli kat bazar.
Beli nasi tomato sajork.


Iftar day 17 (Jumaat)
Berbuka di dalam kereta.
Di hway menghala ke Utara.
Haha.
Balik kg.
Jumaat tu Selangor cuti. Mmg agak padat jalan T.Razak.
Tapi boleh plak kami tersilap amik route.
Entah. Bukan tersilap la. Cam nak try.
Skali kau.. ha.. melarat smpai ke hujung tanjung. Grrr.

Iftar day 18 (Sabtu)
Berbuka di kg. Ngan mak leee...
Tapi ada juga pegi bazar Ramadhan kat K.Kangsar.
Macam2 juga beli. Phew.
Kat sana meriah dgn nasik ayam n laksa. Mmg byk btol gerai jual 2 makanan tu.
Iftar day 19 (Ahad)
Smpai dari kg jam 6pm.
Jadi, pegi bazar le kite.
Tiada gambar.

Iftar day 20 (Isnin)
Masak. Simple sgt.
Nasik goreng kampung taruk kangkung (kecik2 atas nasik tu ikan bilis yer. Hihi)
Pastu wat sambal sotong. Sotong kering yg aku beli kat Sabah dulu ada lagi. Buat je sambal, tabur kacang tumbuk. Liatttt plakkk....
Ketupat n rendang pun ada.

Iftar day 21 (Selasa).
"Abang... buke papa john nak?" [[w.app dari bilik taklimat kat Putrajaya.]]
"ok. Kat Fest City"
"Aaaa..."
"Ada nak beli barang kat Times Square la tu"

Jadi, ber Papa John la kitewww... Ini fast food eh? Kira dah langgar pantang lah ni ye... Haha. Fast apa nyer. Kul 6 aku order n bayar terus. Kul 7.30 dah buke tu, still pizza tak smpai. Apacerrr?? Tp menda lain smpai la. Baik aku masak kan. Kul 6 masak, 7.30 tu da ready seme. Lagi fast. Haha. Sebenarnya, ini adalah kategori processed food, which mmg la tak elok makan selalu (giler nak makan selalu pun...skali makan da kompem lebih 50hengget utk 2 orang). Sekali skala takpe. Tapi, pepandai la detox.
Ini adalah pakej berbuka puasa utk 4 orang. Haha. Abis kalo amik asing2 tu, cam dah lagi mahal. Jadi, amik yg ni, pastu tapau. Ada pizza 12", ada cheesestix, ada spegeti, fried rice apa tah - ada cheese atas dia (myDH la makan), pastu soft drink 4. Tp aku tukar air mineral satu. Tak minum air gas tu. No no no... tp kami amik air tin la, jadi 2 lagi bawak balik. Pizza tu pun tapau. Cheese stix pun tapau. Smpai ke sahur makan pizza. Tu pun ada lagi dlm peti ais. Hahahahah.

Oke lah, rasa weekday ni takde dah la masak. Sabtu je lah ada plan nak masak2. Ahad di rumah mertua kot. Isnin beli je lah. Kuasa dah. Selasa? Balik kampung. Hohoho. Balik kg.

Ihya Ramadhan #22 : Berzakat

KONSEP, HIKMAH DAN TUJUAN ZAKAT

Zakat adalah ibadat harta yang diwajibkan sebagai sumbangan terhadap masyarakat yang bertujuan menjamin kerjasama dan menggerakkan aktiviti sosioekonomi umat. Zakat juga sebagai satu daripada cara-cara untuk merealisasikan sistem jaminan sosial Islam.

Zakat adalah asas bagi pembinaan dan pembangunan ekonomi umat Islam untuk memantapkan agama Islam. Ia juga dapat melaksana dan mengukuhkan nilai keadilan sosial dan menjadi jalan keluar bagi masalah kemiskinan. Dana yang terkumpul dari zakat juga dapat membiayai usaha dakwah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menegakkan syariat Allah SWT.

Zakat bererti mensuci dan menyuburkan. Syarak telah memerintahkan orang mukallaf yang mendapat rezeki lumayan mengeluarkan hak Allah yang terkandung di dalamnya kepada mereka yang berhak dan halal menerimanya dari golongan asnaf (mustahik).

Dengan kata lain zakat diwajibkan ke atas tiap-tiap seorang Muslim mukallaf yang merdeka yang memiliki nisab dari apa-apa harta yang diwajibkan zakat ke atasnya, menurut syarat-syarat yang ditentukan. Dengan itu akan tercapai tujuan-tujuan mulia dan memberi kesan positif dalam kehidupan individu dan masyarakat. Di antaranya :

Tujuan dan kesannya dalam kehidupan individu:

PEMBAYAR (orang yang mampu)
Mensuci dari sifat kedekut dan bakhil
Melakukan latihan infaq dan berbelanja dengan betul
Berakhlak dengan akhlak yang diredai Allah, yakni mengambil sifat-sifat Allah 
- Melimpahkan kebaikan
- Kasihan belas
- Pemurah
- Ihsan
Bersyukur atas rezeki yang didapati
Membersihkan diri dari sifat cintakan dunia
Menyubur sahsiah orang kaya
Menyubur mahabbah

PENERIMA ZAKAT (terutama asnaf fakir dan miskin)
Pembebasan terhadap penerima dari belenggu kemiskinan atau perhambaan dan lain-lain.
Mensuci jiwa dari perasaan hasad dengki dan permusuhan, paling kurang buruk sangka.

HARTA (mensuci harta)
Harta yang masih belum dizakatkan masih kotor.
Zakat tidak menyucikan harta haram. Ini juga menggalakkan orang mencari rezeki halal.
Menyuburkan harta, kerana walaupun pada zahir berkurang tetapi menjadi banyak, bertambah berganda-ganda dengan pahala. Begitu juga kerana berkat berzakat akan ditambah rezeki.
Menyuburkan harta yang diberi kepada fakir dan miskin yang berpotensi untuk mengembangkan harta zakat yang didapati, ataupun anak-anaknya maju dalam pelajaran.
Tujuan dan kesannya kepada masyarakat:

Zakat dan jaminan sosial
Penggerak ekonomi – pemberi zakat memang sudah mampu. Manakala penerima yang berpotensi dibangunkan akan berperanan dalam ekonomi dan masyarakat.
Zakat dan pembangunan insani, pembangun roh umat, yakni membangun semangat positif dan menjadi kaya jiwa.
Zakat merupakan pelaksanaan secara praktikal terhadap pembebasan sebenar anggota masyarakat dari sebarang perhambaan dan masalah.
Mengangkat harga diri dan membela maruah
Menyuburkan kegiatan halal dalam aktiviti sosioekonomi umat
Membantu kegiatan pendidikan dan dakwah dalam masyarakat.
Menggiatkan semangat jihad dan apa jua kegiatan fisabilillah.

********
Ingat ya... zakat bukan hanya zakat fitrah saja. Selain fitrah tu, yg paling dekat dgn kita yang bekerja adalah zakat pendapatan yang mana setengah nya terus saja buat potongan gaji setiap bulan atau pun dibayar 'segedebuk' pada akhir tahun. Biasanya, kalo para isteri ni, mmg ada la sedikit zakat pendapatan yg perlu dibuat. Suami tu byk tanggungan dia. Mudah skrg ni pun nak kira sendiri. Contoh kat web PPZ MAIWP ni - kiraan zakat pendapatan. Dah kira kira terus la bayar.
Bagi jenis2 zakat yang lelain, boleh rujuk sini : izakat
Jadi, mari lah sesama kita mensucikan pendapatan kita. Insyaallah.

Tuesday, July 30, 2013

Edisi Hari Raya 2013 : Tanda Ingatan Dari Sahabat Alam Maya


Cute kan??
Tahun kedua menerima "quilt raya" dari adik sorang ni.
Thn lps cerita di sini.

Terharu rasa. Hikhik.
Walaupun menjadi supermama, tetap dia sempat menghasilkan sesuatu yg berseni ini.
Thank u Cha... sgt sgt hargainya.
Cha..nati buat byk2, boleh daftar jadi usahawan kraf. Hikhik

Kedua :
Tu yg FM bulat yg ada gambo famili tu.
Dari che mot a.k.a Izan si pengumpul FM tegarHihi.
Pun cute kan. 
Rajin derang ni buat yg kreatif2.

Nati eh akak reply.
Tapi pas raya kot sbb skg ni bz la plak. Ngan intebiu bagai kan.
Tunggu ya.. mmg ada samting utk korang. Insyaallah :)

Ihya Ramadhan #21 : Surah An Nas dan Al- Falaq





1.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

2.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah baca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

3.Saidatina Siti Aisyah r.anha menerangkan :

“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

4.Saidina Ali r.a menerangkan :

Pernah Rasulullah SAW digigit kala jengking, kemudian mengambil air garam, Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, lalu disapukan pada anggota yang digigit.

5.Uqbah bin Amir menerangkan, Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan
bersama dengan Rasulullah SAW, baginda membaca surah Al-Falaq dan Surah An-Nas,
dan aku pun disuruh juga membacanya.

6.Uqbah bin Amir menerangkan bahawa Rasulullah SAW berkata kepadaku :
"Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 buah surah yang tidak terdapat dalam Zabur,Taurat dan Injil?"

"Saya menjawab :Baiklah ya Rasulullah"
Kemudian Rasulullah SAW membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas

Wallahua'lam

kredit :
http://www.melurhasanah.com/2012/01/kelebihan-membaca-surah-nas-dan-al.html

Monday, July 29, 2013

Ihya Ramadhan #20 : Untuk Renungan Bersama

Dari FB Ustazah Noor Laila Aniza (Sebagaimana aku share di FB pada 25.7.2013)
*********

Bismillah...untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat~

1) Alhamdulillah...saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...

2) Allah Maha Baik....

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur)& syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu" 

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu

8) Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah

12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu

13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah. 

16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))

SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!

****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~

TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini. Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya allah aku redho ankku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."

Sunday, July 28, 2013

Ihya Ramadhan #19 : Pasrah vs Redha

Pasrah vs Redha

Pasrah itu berbeza dengan redha. Selagi anda berusaha, anda tidak lemah. Selagi anda berharap pada Allah dan  berdoa kepada-Nya, anda tidak lemah. Allah memberikan kita kekuatan untuk bertahan di muka bumi ini, kenapa kita harus mengiktiraf diri kita lemah? Orang yang kuat mentalnya tidak akan sesekali mengiktiraf dirinya lemah dan mengaku kalah pada masalah yang dihadapinya.

Ingatkah anda pada kalamullah yang disebut dalam kitab-Nya yang agung yang bermaksud :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. (Al-Baqarah: 286)

Allah menghadiahkan musibah ke atas hamba-Nya sebagai tanda sayang, kerana Dia tahu hamba-Nya mampu untuk menyelesaikan setiap musibah yang diberikan. Setiap masalah yang ada di muka bumi ini ada jalan penyelesaiannya, jika kita manusia berusaha mencari solusinya. Jika kita enggan menerima musibah daripada Allah, siapakah kita ini? Sedangkan nabi-nabi Allah, termasuk kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W juga menerima musibah yang hebat semasa hayat mereka. Dan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka dan menganggapnya sebagai satu nikmat kehidupan.

Mungkin ada yang berfikir mereka itu nabi, kita ini cuma manusia biasa, mereka tidak sama dengan kita. Pemikiran itu salah sama sekali. Para nabi bukan malaikat. Para nabi juga manusia. Sama diciptakan dari tanah seperti kita yang hidup pada tahun 2013 ini dan tahun-tahun sebelumnya. Yang membezakan kita dengan para nabi ialah mukjizat. Mereka manusia terpilih di sisi Allah.

Kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim dan merupakan pengikut kepada kekasih Allah yang mulia. Kita mempunyai seorang idol yang cukup tabah ketika hayat baginda S.A.W. Adalah sangat tidak wajar untuk merasa lemah terhadap diri sendiri jika mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa seperti baginda. Kita umatnya dan kita harus mengikut setiap apa yang diajarkan kepada kita.

Merasa lemah bukanlah sesuatu yang ditegah. Dengan merasa lemah, kita tahu di mana taraf kita sebagai manusia di muka bumi ini. Namun, ada sesetengah perkara yang perlu kita titikberatkan untuk sentiasa maju dan tabah dalam kehiduan seharian kita. Ada manusia yang menanggap dirinya sudah tabah dan enggan menitiskan airmata lagi akibat kecewa dengan peristiwa lampau.


Artikel penuh : http://www.iluvislam.com/inspirasi/8718-kita-bukan-lemah.html

Saturday, July 27, 2013

Ihya Ramadhan #18 : Surah Al Qadr

Sepuluh malam terakhir makin menghampiri.
Yg dikatakan malam yg ada nya Lailatul Qadr.
(tp ada aku baca jugak, katanya tak semestinya malam Lailatul Qadr ni pada 10 mlm terakhir).
Itu lah yg sepatutnya. Bukan 10 mlm terakhir je kita tetiba semangat kan.

Tu lah. Aku harap sgt pada 10 mlm terakhir ni aku boleh berpuasa.
Dan kalau boleh berpuasa, aku harap aku tak susah nak bangun. Tak asyik mengantuk. Tak asik tido je. Semua akan berlalu begitu saja nati.

Dan untuk kawan2 TTC'ian, sama sama kita berdoa mohon dimakbulkan hajat kita. 
Insyaallah :)

Friday, July 26, 2013

Edisi Sambal Hitam

Sapa orang Pahang mesti well known kan dgn sambal itam.

Ni instarepost dari IG  Haniszalikha.
Masa ni dia buat rancangan utk MadMarketRaya kalo tak silap.

Jadi, dia singgah Pahang.

Aku pun tahu sambal ni setelah kawen ngan org yg asal dari Pahang.
Masa tu mmg bebetul baru abis majlis belah lelaki.
So, kena lah tinggal kat rumah in law jap kan.
Masa tu, mak mentua suruh rasa sambal ni. Aku memula cam woh..apa ni..hitam je ni.

Breakfast masa tu, makan ngan nasik goreng.
Sekali rasa. Wahh...sedappp...ada semua rasa yg aku suka. Masam, pedas.
(Alahai...kecur ailiyo plakkkk....)

Tapi nak buat ni susah. I mean, belimbing yg jadi hitam tu.
Dia buat dari belimbing buluh. Pastu kena masak kering2 dalam piuk/tin. Lama masak dia. Smpai la jadi hitam. Pastu buleh simpan.
Nak makan baru kita campurkan dgn sambal. Eh. Ye ke? Ke salah aku ni... haha. sapa orang Pahang, tulung clarify kan. Retu ada mak mentua aku gitau cara masak kat mak aku, tp aku buat 'nohen' jer. Haha. Well.. tahu lah aku yg pemalas nk masak ni kan.

Tp, pendek kata mmg sedap.

Cuba lah rasa, anda pasti gemarkannya.
Tapi kalo kalo kat KL ni jgn buat giler.. aku pun tatau kat mana ada jual. Eh, kalau tak silap kedai makan KakZ akak ipar TokTi ada kot.
Tp aku ada tgk kat IG artis mana tah, ada orang promote 'hi..mari jenguk IG saya..ada jual sambal itam'. Hahahaha...camni pun bolehhh..... (T____T)

Ihya Ramadhan #17 : Nuzul Al Quran

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. 

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Kredit :
http://www.islam.gov.my/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar

Thursday, July 25, 2013

Promosi Kraf Aidilfitri 2013 : Kompleks Kraf KL

Upsss... ai lupa nak promote plak.

Promosi datang lagiii...
Ha. Baru je abis Promosi Kerja Kahwin kan. Dah ada Promosi Kraf Aidilfitri.
Meh la uols datang.
Cuci cuci mata.
Cuci cuci poket.

Kuih raya, baju raya, tudung raya, brooch raya semua pun ada.

Aiols??
1st day lagi dah rembat... tu lah masalahnya.... mmg masalah kan.

Shawl dari Khaylaa Couture.
Dia ni meniaga kat FB. Tp dia amik booth kali ni masa promosi.

Shawl yg bila 'diadun' jadi begini


Nampak cam dua lapis, tp selapis je. Sweet kan??
Smlm member datang, dia pun beli sehelai. Kaler pink cam atas ni gak.

Tapi tu lah, aku ni macam takde kaler lain.
Lagi lagi pink. Pink lagi lagi.
Sebenar nak match ngan baju raya ai lah.
Walo ai dah beli tudung che fareeda dah (yg dah pakai pun..pftt... tak sesabo nak tggu raya kan)
Kalo suka, buleh la tgk kat FB. Search je Khaylaa Couture.
Senang je pun cara pakai dia.

Lagi,
Ada ter minat sepasang baju kurung pahang plak.
Plain. Dan cotton.
Tapi tu nanti dah pakai lah kasik jaja di sini ya.
Tu kena carik tudung gak tu. Shawl seploh ringgit udah ler yer.. Huhu.

Oke lah. Takde buat apa ujung2 minggu ni, jemputlah datang.
Sehingga 3 Ogos. 10 pagi - 10 malam.
Jangan risau tak selesa sbb semua ruang jualan adalah berhawa dingin.
Kuikuikui. Baek punya promote kan :P

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2013 [Pekeliling]

Pekeliling Penuh : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp072013.pdf

Akhirnya.... segala pun terjawab yea. 
Kemain sedari awal puasa lagi semua duk tertanya tanya.
Sampai sokkaba tahun lepas pun jadi mangsa.
Pastu org duk fwd plak pasal bonus yg dapat sempena bulan puasa. Bonus dari Allah katanya. Mungkin nak menyedarkan orang yg sesebuk pasal bonus 'duit' ni. Haha.
Tu pun, jgn duk sebar je... amik iktibar juga.
Entah dpt entah tidak kan.
Nak nak bila nak menghampiri 10 mlm terakhir nih.
Kalo duk sibuk tido.. apa pun takdo lah... (aku bercakap hal aku ya... bukan orang lain.. sbb lately ni asik nak tido je.. haih.. aptb..!! Geram btul)

Eh. Dah la. Nak tempek pekeliling ni je.
Lain plak kuar ceritanya.

Oke lah uols. Jimat cermat lah yer dgn bantuan khas tu.
Apa pun syukur dengan rezeki ini. Jgn pulak biasa popia seketul 50sen, kuih seketul 40sen, petang ni dah naik seposen lagi. Kami dpt 500 je kot. Bukan 5000. Tp sokkaba, berita semua pukui canang macam kan dapat 5000 (T____T) Orang lain dapat berbulan bulan bonus... senyap sunyi je... *bunyi cengkerik*

Ihya Ramadhan #16 : Surah Al-Kauthar


Fadhilat membaca surah Al-Kauthar
*Barangsiapa membaca surah Al-Kauthar 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah SWT apa yang dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah SWT akan mengendahkan permohonannya.

*Sesiapa yang membaca 7x setiap hari pada mata air, maka ia akan menjadi besar sumbernya.

*Barangsiapa yang membaca surah Al-Kauthar 1000x maka Allah hasilkan apa yang dituntutnya, lebih-lebih dalam mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan berbagai pintu kebaikan.

*Barangsiapa yang membaca Al-Kauthar 1000x sesudah sembahyang Isyak sehingga membawa kepada tidurnya, maka insyaallah akan melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya.

*Kata sebahagian orang yang mengamalkannya:

Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan

Jika diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.

Wednesday, July 24, 2013

Edisi Juadah Berbuka : 2nd Week Of Ramadhan

Hari ni hari ke15 dah. Alhamdulillah.. tp, apa yg kita dapat sepanjang 15 hari ni? Tkpe..itu memasing punya ganjaran kan. Tunggu je lah 'bonus' dari Allah nanti :)

Oke, ni juadah berbuka minggu kedua.

Iftar Day 8 (Rabu). Sempat masak sambal sotong and kubis goreng kicap saja.
MyDH beli popia basah kat opis. Sedap. Tp seketul 60sen. Tkpe lah. Salu aku tak suka popia basah, tp akak ni buat mmg aku suka. Ikan keli goreng pun beli. Seketui potong dua. Kesiann.. haha (T__T)


Iftar day 9. Khamis.
Ada intebiu. Selaku urusetia kami dibekalkan dengan juadah berbuka sbb menguruskan intebiu sedari awal pagi. Alhamdulillah. Pulak tu on d way nak balik, dkt area masjid tu ada orang sedekah bubur lambuk. Dia bagi ala ala drive thro je. Kan macam jammed nak kuar simpang, so, dia bagi kat situ. Lagi, singgah kat bazar Ramadhan. Beli popia goreng plak. Aku gile popia plak puasa kali ni. Eish... sedap lah popia. Tp popia ni aku da tau mmg sedap dan garing sbb mmg salu aku beli kat pasar malam. 



Iftar day 10. Jumaat.
Jammed. Igt nak masak ikan cencaru sumbat. Tp tak berhasil. Dah 2 kali ni aku turunkan ikan cencaru tu dari tpt beku ke tpt biasa dlm peti ais tu. Tp tak berbuat. Masuk hari ketiga ni kena buat gak, otherwise ikan tu melompat kuar dari peti ais kang.
Sbb kul 6 masih belum masuk DUKE, jadi kami singgah bazar kat Setiawangsa. Beli dulu. Malam baru aku masak ikan cencaru sumbat. Gigih.
Hai. Cucur udang tu besar. 2 ketui 2 ringgit. Tp tak abis.. hurmm...


Iftar day 11. Sabtu.
Takde gambau. Berbuka umah in law. Tak sempat nak amik gmbr sbb kalut sket. Aku bawak buah mangga je. Igt nak buat tauhu sumbat, tp tak sempat sbb ter tido keletihan lepas balik dari jln TAR. Kuikuikui.

Iftar day 12. Ahad.
Masak la. Konon buat char keow teow. Gigih google resepi. Tapi hasilnya...sedihhh... tak basah pun. Cam keow teow goreng jeee.....Buat jugak cucur udang n tauhu sumbat (ketiga2 jenis makanan ni menggunakan bahan lebih kurang sama, so tu yg rajin bagai2 tu. Haha). Ahad mmg tak makan nasik.


Iftar day 13. Isnin.
Dah mula jerebu plak. Jammed sket. Tp sempat je masak ikan bakar ngan kailan ikan masin. Tu je lah 2 jenis. Lps tu goreng satar segera. Buah wajib la ada kan.


Iftar day 14. Selasa.
Bawal Sweet Sour. Ke Tiga Rasa ke ntah. Sama je kot. Pastu pecal tu beli. Tp top up sendiri timun, tauhu n tempe. Up lagi dgn sambal goreng kering tempe+kentang+tauhu+ikan bilis. Ikan tu beli kat pasar tani tu ari. Mmg fresh lah ikan dia. Still lembut dan mata pun elok putih je lagi. Puas makan.


Itu je lah minggu kedua nih. Hehari cam lebih kurang sama je kan lauk. Seboleh2 mmg nak elakkan yg terlalu berminyak (tp cucur udang tu mmg minyak la) dan takde berlemak2. Alhamdulillah, dikurniakan kesihatan utk memasak jugak. Walo ada gak yg ter skip. Hihi. Biasa lah kan..duk KL kot..mana nak smpai on d spot jewww.... :P

Nati ada plan nak masak2 utk iftar dan panggil 3,4 orang rerakan. Harap2 jadi. Hujung minggu terakhir puasa tu lah. Menu pun dah ada. Hikhik.

Edisi Diet : Turun Berat Badan

Diet? 
Hah! Apa pengertian diet pada anda semua?
Diet utk kurus? Diet untuk sihat? Diet tak makan langsung? Atau apa lah nak diet2 bagai, makan je lah sementara boleh.

Utk aku, sedari dulu lagi mmg maksud diet bagi aku adalah mengambil makanan sihat. Bukan utk kurus ke apa. Tapi, agaknya diet tu tunggang langgang, maka, ada juga bendasing menempel dalam perut nih. Kelaut lah jawapannya diet tu. Dan, orang selalu berkata, sesuatu yg berlaku ada hikmahnya kan. Betul. Ini lah hikmahnya. Aku menjadi berhati2 dalam apa yg aku makan. Dan aku harap ia istiqamah.

Dipetik dari web Medicalnewstoday, term diet nya adalah simple saja.

Healthy eating means consuming the right quantities of foods from all food groups in order to lead a healthy life. Diet is often referred to as some dietary regimen for losing weight. However, diet simply means what food we eat in the course of a 24-hour, one week, or one month, etc. period. A good diet is a nutritional lifestyle that promotes good health. A good diet must include several food groups because one single group cannot provide everything a human needs for good health.

How do you define healthy eating?
The crucial part of healthy eating is a balanced diet. A balanced diet - or a good diet - means consuming from all the different good groups in the right quantities. Nutritionists say there are five main food groups - whole grains, fruit and vegetables, protein, diary, and fat & sugar. 

Oke, sebelum buat laparoskopi (laps) berat aku hampir 49kg. Yerps, itu kira berat maksimum lah. Dan still, kalo ikut BMI berat ideal lagik. Tapi... ye lah, dengan ketinggian yg tak berapa nak tggi ni, mesti org napak cam gemok jugak. Pulak tu, sblm kawen berat aku is 37kg sahaja. Nak cecah 40kg pun sukar nau. Tp lepas kawen, laju je naiknya. Haih!

Target aku nak maintain 45kg je sebenarnya. 
Sebulan lepas laps, berat turun 47kg. Ye lah, tak makan sgt kan.
Dan seterusnya, berpuasa plak. Dan akhirnya berat pada minggu kedua puasa.


Apa yg aku buat? Aku tak tahan makan. Aku makan je nasik semua. Cuma, aku ikut cakap Doc Hamid tu. 

Masa aku masuk kerja lps MC sebulan tu, aku breakfast ngan air milo n honey starz (yg mmg ada jual kotak kecik2 tu). No more nasik lemak, mi, bihun etc etc. Nasik lemak mmg hari minggu ja. Tu pun kalo teringin. Kalo tak.. tak perlu. Tghari, nasik sikit, sayur byk. Bawa bekal buah jugak. Kalo ada rasa nak kunyah2, aku makan buah. Malam, tgk keadaan. Kadang tak makan. 

Air kosong mmg minum banyak. Dulu aku tak minum sebanyak skrg ni. Skrg, aku pastikan mesti minum dalam 2liter. Bulan puasa pun sama. Yg best, bibir tak kering pun. Alhamdulillah. Sebenarnya bagus minum air banyak ni (tp jangan terlebih lebih plak). Kulit pun rasa moist, dan tumit yg dulu kering pun dah oke dah. Hanya dengan air suam saja. Yang kengkadang di tambah dengan lemon (oh. MyDH pun suka lemon, tp dia campur dengan tea O. Skrg dalam peti ais mesti ada lemon. Wajib). 

Aku jugak dah avoid ice. Kalo dulu, mmg la ini minuman favourite. Pepagi buta gi minum kat mamak pun aku bule mintak milo ais/teh ais. Walau takde pun doktor suggest jgn minum ais, tp dah alang-alang jaga makan, aku avoid ice jugak. Dan hasilnya, aku rasa puas lagi kalo minum air suam dari ais. Minuman manis pun elakkan jugak. Tp tak boleh la takde gula langsung dalam badan. Cuma direct gula, aku elakkan lah. Gula ada dalam buah jugak. Makan buah, so ada jugak gula.

Jadi, skrg ni nak turunkan smpai 42kg saja. Takyah la kurang lagi. Kang underweight plak. Kenapa nak 42kg? sbb kalo naik, tak la banyak sgt naiknya nati. Boleh kira BMI uols kat web ini

Harap2 istiqamah lah kan. Takut masa raya ni je nanti. Lemang, nasi impit, kuah lontong, rendang. Tu seme agen lelemak n kolesterol tu. 

Apa pun yang penting, kita sihat kan. Jangan target nak kurus saja, tapi penyakit lain yg dapat.
Cewah. Dah macam blog kesihatan hokey. Muahahaha!

Berat utk minggu ni - 44kg.

Ihya Ramadhan #15 : Petua Minum Dari Rasulullah SAW

Petua Minum dari Rasulullah s.a.w.

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah s.a.w. juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi. Antara khasiatnya: 

1. Menghilangkan kahak atau lendir 

2. Mencuci perut 

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 

4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 

Minuman Manis dan Sejuk - Aisyah meriwayatkan bahawa: "Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w. suka minuman manis dan sejuk." Baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 

Adab Minum 

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan. 

2. Bacalah " Bismillah". 

3. Minum dengan 3 nafas. 

4. Minum dalam keadaan duduk bukan berdiri. 

5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah". 

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk, diharuskan minum sambil berdiri. 

8. Jangan terus minum selepas melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

9. Jangan minum berlebihan sampai kembung perut.

Kredit :
http://darulharis.blogspot.com/2013/02/petua-minum-dari-rasulullah-saw.html

Produk Kecantikan Haram Guna Artis Popular Diserbu

HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.

Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.

Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.

Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.

Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.

Kredit Artikel : Utusan


*****

Rasa macam tau je produk apa. Tu la sebabnya aku tak berapa nak percaya supplemen utk cantik nih, esp yg kena telan. Lagi2 lah dengan keadaan kesihatan skrg ni kan. Nak makan sgt strawberri, beli je lah yg fresh punya tu.. telan je lah.. tak pun buat jus.

Dkt artikel tu ada gmbr mesin yg buat ubat tu. Agaknya kos buat tu berapa je agaknya tp jual smpai cecah beratus sebotol.... hurm... untung betul buat suplemen ni kan.
Kita tggu je lah result KKM nati, mungkin produk tu tak bahaya..cuma dia tak dpt kelulusan saja.

Tuesday, July 23, 2013

Edisi Diet : Ubah Cara Pemakanan

InstaRepost dari KevinZahri.

Katanya, jgn tergesa gesa nak tgk perubahan badan kita.

For me, semalam genap 2 bulan lepas buat laparoskopi. Dan sejak dari laps itu lah sy mulakan diet sihat. No more fast food. No more maggi. No more sardin (walo bulan puasa ni, sahur kalo makan sardin mmg heaven lah). No more air manis. No more air gas.  Cuma yg more adalah drink more water and more fruits.
Mmg bukan mudah yer nak ubah pemakanan. Bagi aku la. Tambahan pulak cam fast food restaurant tu mmg easy access sgt. Siap drive thro lagik. Rumah baru ni lagi la. Taknak yg A, yg B pun easy access gak. Parking free, orang tak ramai. Susah nak say no.
Lps tu aku ni bukan pemakan sayur. Skrg dah ikut cakap doktor. Sebelum makan, kena makan buah. Pastu ratah sayur, pastu baru makan nasik. Bila dah makan buah, dah makan sayur, kita akan rasa kenyang. Jadi, tak byk makan nasik. Bulan puasa ni pun aku pastikan ada buah masa berbuka dan juga masa sahur. 

Nop. Aku tak pernah tahan makan, biar berlapar seme. Cuma, aku ubah cara pemakanan je. Lps ni dah masuk bulan ketiga selepas laparoskopi tu. Buleh la ber joging dah kot. Tu ari takut2 je lagik. Jadi, biar detox melalui peluh plak.

Dan hasilnya....??
Memang ada hasil.
Berat makin berkurang.
Badan rasa makin 'ringan'

Esuk ai tunjuk berat selepas 2 minggu berpuasa (sapa yg follow IG aku tahu lah kan.. tp pagi ni aku timbang lagi dah ada perubahan lagik. Hikhik).

So, yg penting kita tahu apa yg kita makan. Dan pilih makanan yg sihat.
Cuba lah... memang tak merugikan.

Ihya Ramadhan #14 : Demi Masa



Kebanyakan kita sudah tentu pernah menghadiri pelbagai seminar, kursus, ceramah atau bengkel. Sesungguhnya suatu hal yang menarik yang dapat diperhatikan pada setiap program tersebut ialah apabila sesi itu dikendalikan sama ada oleh penganjur, pengerusi, ataupun penceramah yang muslim maka sepertinya suatu kewajipan bahawa mereka akan memulakan sesi itu dengan bacaan Ummul Kitab dan mengakhiri sesi tersebut dengan Surah Al-Asr.

Secara umumnya, ramai yang tahu mengapa harus dimulakan dengan Ummul Kitab dan sekiranya ditanya, ramai yang akan menyatakan yang Al-Fatihah itu maksudnya buka, maka molek sekiranya sesuatu yang baik itu (majlis ilmu yang dihadiri) dimulakan dengan Al-Fatihah. Maka, sekiranya dilanjutkan soalan mengapa pula harus ditamatkan dengan Surah Al-Asr? Barangkali jawapan yang biasa didengari ialah surah itu mengingatkan kita terhadap kepentingan masa. Ada juga yang menyatakan yang kita perlu menyampaikan ilmu yang telah dipelajari dalam majlis itu.

Pernahkah anda terfikir untuk bertanya kepada penceramah tersebut, mengapa harus dibacakan Surah Al Asr? Tidakkah boleh ditutupkan majlis ilmu itu tadi dengan surah lazim yang lain?

Meneliti maksud surah Al-Asr yang bermaksud : “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).

Sekiranya diperhatikan, terjemahan surah di atas memberi penekanan terhadap beberapa perkara iaitu :

1. Allah SWT bersumpah dengan masa
2. Allah SWT menyatakan sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan rugi. Sebagai perbandingan, Allah SWT meletakkan keadaan negatif (rugi) kepada manusia dengan bersumpahkan masa.
3. Allah SWT memberi pengecualian rugi kepada golongan yang berikut :
i. Orang yang beriman
ii. Orang yang beramal soleh
iii. Orang yang berpesan-pesan
iv. Orang yang sabar

Dalam konteks ini, dapat kita perhatikan bahawa ciri-ciri orang yang tidak rugi yang disenaraikan di atas sebenarnya berada dalam satu tertib yang mana dengan hanya mengikuti tertib tersebut dapat mengelakkan sesorang daripada menjadi rugi. Dan yang menariknya, penekanan rugi di sini bukan hanya merujuk kepada tauhid terhadap Allah semata-mata malah mencakupi apa sahaja perlakuan manusia. Ini bermaksud, bagi mereka yang tidak beriman kepada Allah juga harus memahami proses ini berlaku bagi mengelakkan mereka termasuk dalam kategori rugi.

Kredit artikel dan bacaan selanjutnya : 

Monday, July 22, 2013

Edisi Ke Pasar Tani

To  be truth, sejak duk KL, mmg tak pernah kot ke memana pasar tani. Dari bujang smpai la dah kawen. Bila dah kawen, rumah plak dkt ngan Chowkit, maka ke pasar cokit je lah jawabnya. Mmg la sesak dan padat dan hazab nak parking, tp biasa kami pergi seawal pagi. Kurang sket la kesesakan dan kehazaban tu.

But, bila dah memacam penyakit singgah ni - yg its cost me costly tu - terpaksa la beralih kepada pemakanan yg sihat dan segar. Dulu kerap makan ayam (bukan beli kat Chowkit, tp beli kat pasaraya cam Tesco, Jusco sbb dia da siap potong, sng nak carik bahagian kegemaran). Skrg da kena kurangkan ayam dan banyakkan makan ikan. Ikan pun kalo kat pasar mmg tahap keras beku punya. Ko tgk mata dia mmg elok putih kat pasar tu, bawa balik rumah, tinggal sat dlm sinki sementara nak basuh pun da memerah dah mata. Mmg derang simpan lama. Pastu plak kita simpan lagi dlm fridge.

But, apa pilihan yg ada.
Cuma, sebelum puasa tu ari saja plan nak ke pasar tani. Nak tgk ikan2 yg ada. Kadang ikan2 tu segar juga. Harga a bit berbeza la dari Chowkit. Hah. Chowkit tu kepala ikan pun dapat 5ringgit ja. 

Kredit : Google

Skrg ni tiap2 minggu plak kami ke Pasar Tani. Hihi. Bes plak membeli belah kat pasar tani. Tak sesak sgt. Lagipun tolong bumiputera meniaga kan. Yg bes lagi bila beli ikan kat p.tani derang akan bersihkan bebetul ikan tu. Senang kerja. Balik cuci jer. Ai suka tu. 

Minggu pertama ke Pasar Tani jalan Kuching tu. Entah apa lah namanya tpt tu. Dkt masjid tu. Oke la situ. Ada 2 gerai yg jual ikan. Nampak ikan dia agak segar. Tgk kat lori yg bawak ikan tu alamat Kuala Selangor. So, mungkin ada ikan yg mmg bebtul naik dari laut. Masa tu yg beli siakap bagai tu.

Then kami try ke P.Tani Gombak plak sbb rasa cam dkt sket ngan rumah. Tapi... tak berapa bes plak. Sanggup tu kiterang dari Gombak tu ke jln kuching balik. Hihi. Jadi, mggu kedua pun beli ikan kat p.tani jalan kuching. Pulak tu 2 minggu berturut2 beli ikan siakap. 

Mggu ni kami try ke Danau Kota plak. Pasar ni ari Ahad. Kalo Gombak n jln kuching tu hari Sabtu. Oh. Ini bes. Byk gerai yg jual ikan. Jual sayur pun byk. Parking pun takde la susah sgt. Dekat pun dekat jugak ngan rumah. Mungkin kat sini la jadi pilihan utama kot. 

Yg bes nyer bila dah ke selalu ke pasar or pasar tani kita buleh tahu perubahan harga pasaran tu. Cam 2 mggu tu, siakap RM20/kilo, mggu ni jadi RM22/kilo. Sotong n udang last week agak mahal. Mggu ni dah oke. Yg besar sket pun RM20/kilo.

Makanan laut ni mmg main puluh2 je kan sekilo. Sbb tu la org still beli ayam. Nak boikot cemna. Ce kabo. Kami yg makan berdua oke la beli ikan. Kalo org famili ramai... Jenis ada anak2 remaja yg mmg suka makan tu, takkan nak beli ikan siakap seekor kan. Sotong tu sekilo sekali masak je. Kami siap setgh kilo bule 2x masak. Dari part situ, aku rasa, walo ayam dikatakan mahal, masih untung. Seekor ayam baru belas2 ringgit kan.. boleh gak la 2x masak. Sbb tu, kat gerai ayam aku tgk ramai je masih beli ayam. Ye,betul.. kita nak boikot supaya pemborong turunkan harga. Masalahnya kalo boikot, takkan nak derang nak beli ikan berkilo2 plak. Ikan bilis pun dah naik rega tau. Yg siap berkopek (yg kononnya dari Pangkor) tu hari tu baru RM45/kilo. Aku pegi tgk mggu ni RM60/kilo. Glup. Sbb tu dia tak berani nak tulis in kg. Dia tulis RM6-100gram. Aduyai 100gram tu byk mana wes... jeruk asam pak ali buleh la main gram2 camtu. Yg murah sket ada la, tp liat kematu lah...kuasa. Aku mmg beli ikan bilis siap kopek tu sbb aku malas. Haha. Stok ikan bilis salunya aku beli bila ada outstation ke Sabah ke, Langkawi ke, kursus kat Pangkor ke. Tp la ni dah habis stok. Tpaksa beli kat sini. Tu yg terasa mahal tuh.

Apa pun, aku suka ke pasar tani. Tp bulan puasa ni takde dah la kot gi. Sbb next weekend balik kampung, pastu weekend b4 raya tu tinggal berapa hari je pun nak puasa kan. Pastu nak balik raya dah. Lepas raya lah kita sambung semula misi ke pasar tani. Ngeee.....

Ihya Ramadhan #20 : Sabarlah Dalam Bersabar

Tika mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman.


NAFSU : Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!

AKAL WARAS : Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.

IMAN : Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang :)

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(Surah al-Ankabut, ayat 2)

Ya, ujian itu Allah SWT turunkan dengan tujuan untuk menguji keimanan kita. Dan, setiap kesulitan itu datang dengan penuh berhikmah. Lalu untuk apa kita marah jika ujian yang Allah timpakan itu adalah bertujuan untuk kita lebih dekat kepada-Nya? Hatta, bila mana orang membuat kita marah, itu pun adalah satu ujian daripada Allah SWT. Maka,bersyukurlah. Bersyukurlah kerana kita ini adalah antara hamba-hambaNya yang terpilih untuk dicintaiNya dan diberi peluang untuk mencintaiNya.

Bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui? Percayalah, semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadangkala, kita boleh berfikir sendiri tentang hikmah sesuatu ujian itu. Contohnya, apabila kita gagal mendapat pekerjaan yang kita suka, mungkin pekerjaan yang kita suka itu tidak sesuai dengan kita. Mungkin Allah telah menetapkan suatu pekerjaan yang lebih baik untuk kita. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

La illaha ila anta, subhanaka, inti kuntu minaz dzalimin. (Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, dan aku tergolong dalam hamba-hambaMu yang menzalimi diri sendiri.)

Sabarlah dalam bersabar :)

Kredit artikel : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/6117-sabarlah-dalam-bersabar.html

Ihya Ramadhan #13 : Bersyukur

S: Kita sudah bersyukur, tapi masih diuji. Adakah itu petanda yang kita masih belum cukup bersyukur?

J: Sebenarnya, ustazah lupa menyatakan pada awal rancangan tadi – Sebanyak mana sekalipun usaha kita untuk bersyukur, kita takkan mampu membalas segala nikmat yang Allah berikan. Contohnya, jika sesorang itu sujud sepanjang masa sekalipun, ianya takkan dapat menandingi nikmat kita dilahirkan sebagai Islam. Oleh itu, kita perlu sentiasa ingat bahawa walau sebaik manapun amalan yang kita lakukan, itu sekadar usaha kita yang dibantu dengan kekuatan  yang Allah berikan dan kita belum dapat mencapai taraf menjadi hamba yang benar-benar bersyukur, yang setimpal dengan lautan nikmat yang Allah berikan. Nabi Musa, dan Nabi Daud bermunajat dan merayu-rayu kepada Allah, “Ya Allah, Bagaimana lagi cara untuk kami bersyukur kepada-Mu?. Maka Allah pun menyebut, “Pengakuan kamu itulah tanda kamu bersyukur”. Oleh itu , jika kita telah laksanakan segala yang diminta dan bertanya-tanya lagi cara bersyukur, semoga Allah melihatnya sebagai hamba yang bersyukur. Namun, pada asasnya ianya belum setimpal dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Oleh itu, terpulang pada Allah sekiranya Allah melihat masih ada dosa-dosa dan kekurangan, maka Allah beri ujian sebagai kafarah kepada dosa tersebut. Jika Allah ingin beri kedudukan yang tinggi dan syurga, tetapi amalan seseorang itu belum mencukupi, maka Allah uji juga untuk membaiki kedudukannya.

Dipetik dari : 

Sunday, July 21, 2013

Ihya Ramadhan #12 : Doa Sentiasa DiKasihi

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).

Utk ayat-ayat lain :
http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-pengasih-dari-surah-al-quran.html

Saturday, July 20, 2013

Ihya Ramadhan #11 : Waktu Mustajab Berdoa

Antara waktu-waktu yang dimustajabkan doa ialah;

Akhir satu pertiga malam: Akhir waktu sepertiga malam adalah waktu yang paling terbaik untuk seorang hamba bermunajat kepada Allah SWT. Pada detik dan saat ini, biasanya suasana lebih tenang dan damai, memudahkan sang hamba untuk memberikan fokus dan perhatian kepada pengakuannya dan taubatnya kepada Allah SWT.

Allah SWT juga suka untuk memakbulkan doa orang-orang yang bangun di tengah malam kerana tentunya mereka terpaksa mengorbankan masa tidurnya semata-mata kerana Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah SWT akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa: Waktu ini terpilih kerana orang yang berpuasa telah berjaya mengharungi lebih kurang 12 jam menahan nafsu semata-mata kerana Allah SWT.

Oleh itu, waktu berbuka puasa ialah waktu yang amat mustajab kerana ia membuktikan sifat kehambaan seseorang yang telah meninggalkan keinginannya kerana Allah SWT.

Maka, ketika meraikan kejayaan tersebut ketika berbuka puasa, Allah SWT akan mendengar segala permintaannya dan akan dipertimbangkan untuk dimakbulkan.

Daripada Abdullah bin 'Amr bin 'Ash ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa terdapat ketika saat berbuka doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibnu Majah)

Ketika selesai menunaikan solat fardu: Ketika seseorang itu menunaikan solat, dia sebenarnya sedang bermunajat, memohon ampun dan berdoa kepada Allah SWT. Solat fardu adalah bukti dan manifestasi kehambaan seseorang itu kepada Allah SWT.

Maka itu, selepas menunaikan solat adalah detik yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh setiap Mukmin untuk berdoa kepada Allah SWT.

Daripada Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah SWT. Lalu Baginda SAW menjawab: "Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardu." (sunan At-Tirmidzi)

Hari Jumaat: Hari Jumaat adalah sayyidul ayyam, iaitu penghulu segala hari. Terdapat banyak peristiwa penting yang telah dan akan berlaku pada hari Jumaat.

Pada hari ini juga terdapat satu detik yang amat berharga. Pada detik itu, Allah SWT akan memakbulkan doa dan permintaan hamba-Nya. Namun, detik itu dirahsiakan dari pengetahuan manusia.

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu saat yang mana tiadalah seorang hamba Muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah, melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut. (riwayat al-Bukhari)

Antara azan dan iqamah: Azan dan iqamah adalah panggilan untuk mendirikan solat. Pada waktu ini umat Islam akan meninggalkan urusan sehariannya dan akan menumpukan kepada solatnya.

Daripada Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah." (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Baihaqi)

Ketika sujud: Ketika sedang sujud, seorang hamba akan meletakkan kepala dan wajahnya di tampat yang paling rendah sekali. Ini adalah merupakan satu bentuk pengakuan bahawa dirinya adalah hamba yang sangat lemah, miskin dan hina. Sifat merendahkan diri ini sangat penting untuk merasakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Daripada Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ketika waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa kerana pada detik itu sangat tepat untuk dikabulkan. (riwayat Muslim)

Sebenarnya, terdapat beberapa lagi waktu yang amat dimustajabkan doa seperti malam Lailatulqadar, hari Arafah dan sebagainya. Namun, yang paling penting sekali dalam melakukan doa ialah rasa keikhlasan dalam diri dan sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT.

Kredit : Utusan

Friday, July 19, 2013

Edisi Novel : Bila Nak Habis Nih?

Ini je novel yg ada tapi masih belum habis dibaca.
Empat buah yg bawah tu (ILUS, Terlerai Kasih, Mr Sirap Bandung, Uda & Dara) aku dah baca. Tp sekerat. Huhu. Perangai tul. Rasa cam malas je nak abiskan. Terus aku baca buku lain.

Yang atas tu mmg tak baca lagi.
Bila CInta Membara - tu bkn aku beli. Dpt free kat booth Karangkraf masa Pesta Buku last year.
My Precious Iris - Selagi tak abis ILUS tak boleh baca buku tu. Pulakkk....
Seribu Kali Sayang - ini rasanya ada 2 tahun dah kot beli. Plastik pun tak buka lagi. Sabo je lah.
Curi Curi Cinta - ingat nak khatamkan masa duk MC tu ari. Tak sempatttt.
Yang Manis - baru beli. Nenati lah baca.

So, skrg tgh baca Mr Pai Epal. Tapi tak berganjak pun.
Bulan puasa oiii.. dari baca novel, baik baca Quran. Huhuhu (T___T)

Edisi Cerita Lif


Isu lif tgh hot skang nih kan.
Mmg pilu lah cerita budak yg tersepit kat lif tu kan.
Aku tgk sana sini orang fwd kat FB je. Smlm bz dgn intebiu.
Pastu baca kat OnDScene.

Tak boleh nak bayangkan cara budak tu meninggal. 
Tapi tu lah, kita kalo terperangkap dlm lif, yg utama2 nya jangan panik.

Keduanya, yg paling penting jugak, jgn la cecuba nak panjat ke apa.
Tau lah kalo lif rosak ni kan. Tetiba dibuatnya pintu tertutup.
Tertutup takpe lagi kan. Dibuatnya dia meluru turun ke bawah.
Ya Allah... nauzubillah... 
Dalam kes budak tu, aku tak pasti ada ke tak dia tulis samada lif tu turun balik ke apa ke bila dah tutup tu. Tapi, apa pun, Al Fatihah utk arwah. Budak. Mungkin dia tak tahu peri bahaya nya lif tu.

Sebenarnya pagi semalam, masa nak g kerja, aku pun ada cerita dgn lif kat rumah aku. Masa ni mmg taktau langsung perihal cerita budak tersepit nih (kalau tahu lagi lah panik kot).
Semalam ada intebiu. Jadi, pergi awal sbb pendaftaran jam 7.45pg. Kena prepare lah apa apa dulu. So, tak ramai lagi lah yg naik lif bila kuar dalam kul 7.00 pg tu. Awal lagi kan.
Dari tgkt 4 ke G tu tak la lama mana kan.
Biasanya kami turun tangga je. Smlm pun myDH dah ajak turun tangga. Tp aku nak turun lif sbb aku kata tak ramai orang lagi.
Sekali ha, dkt2 nak sampai G tu, dia boleh cam terhentak. Cemna nak cakap eh. Dia cam zup ke bawah, terhenjut camtu. Lepas tu yg tulis G tu, anak panah still ke bawah. Suppose smpai G dia stop je lah kan. Ya Allah. Aku mmg dah panik dah. MyDH rilek lagi (mmg la kena rilek, kalo dedua panik haru lah). Ingat mmg pintu tak boleh bukak dah. Tapi, Alhamdulillah, terbuka.


Ya Allah... walo sesaat dua kejadian tu, tp tetap panik weyy... lif kan..  apa je buleh berlaku.

Terus terbayang kes perempuan kat TLDM Lumut tu. Yg tu sgt kesian. Dah la dia dalam lif sengsorang. Pastu tetiba lif tu menjunam. Kalo tak silap dia pregnant kan.
Tu aku cakap kat myDH, kita jarang dgr org mati terperangkap dalam lif, tp kalo lif rosak, terjatuh camtu mmg la mintak dijauhkan.

Lif rumah aku tu, kalo masuk mmg org kata tahap PPR lah. Sbb dia buh plywood keliling lif tu. Sbbnya dia nak elak lif tu calar balar. Org masih angkat barang. Kontraktor angkat simen batu bata segala. Tp patutnya dah buleh buka dah plywood tu. Dah setahun kot org masuk. Smpai bila nak rupa tu.
Oleh kerana org angkut barang gak, lif pun salu problem. Tp cepat la di baiki. Eh. Dah byr maintenance memahal, kau mahu buat lelambat, mau orang berpiket kat dpn ofis mgt tu kan.

Lif ni kan, nak kata tak buat penyelenggaraan pun tak buleh juga.
Kadang ni attitude penduduk la. Kalo tahap kencing berak dalam lif tu apa cerita. Tinggalkan plastik sampah dalam lif. Sangat teruk perangai camtu.
Tu tak masuk lagi yg usung basikal, motor dan kalau buleh pun kereta kancil pun nak bawak masuk gamaknya kalo muat. Mana la tak nya lif tu rosak. 
Tahun lps ke bila ke tah, ada pegawai DOSH datang ofis bg ceramah keselamatan. Dia citer la dia salu pegi buat lawatan utk check lif ni. Dia kata kalo gi tgk lif rumah PPR mmg la hazab. Bau mmg tengik la. Tpi kalo lif2 kondo mewah, ha itu bagus katanya.

Tapi tu lah, dia bukan kira tahap PPR ke kondo mewah ke. Mentaliti manusia ni. Apsal lak duk PPR kena kotor, duk tpt mewah kena bersih. Bukan semua tempat ke kita kena bersih?


Sama la tpt aku tu. Walo bukan la tahap kondo mewah tapi kadang tu ada gak mentaliti kepala hotak kat kepala lutut. Merokok dalam lif (habis bau rokok melekat kat tudung. Bodo sgt), bawak baju basah2 lps mandi pool kat dalam lif. Tu dlm lif, pastu kat area luar pun sama lah. Kadang ada je si bongok yg buang sampah merata. Haihhhh.......

Eh. Panjang plak terbebel. Hihi.
Oke lah. Jumpa lagi lain rancangan. :D