Tuesday, March 6, 2012

Cuti Cuti Cinta Port Dickson 2012

Sebenarnya lps kawen, kiterang mmg tetiap tahun ke PD. Cuma last year je tak sempat nak slot. Tahun 2009 kami ke Selesa (gi walk-in je, mujo ada bilik), then 2010 ke Avillion Admiral Cove and tahun ni sempat gak slot.

Ekceli, percutian ni hadiah birthday my dear. Pandai kan, bagi hadiah yg aku bleh guna skali. Huhu. Tetiba plak beli hadiah yg bertema kehendak melebihi keperluan. Mencik tau. Tapi bleh la. Once in a blue moon katanya.  Lagipun bagi hadiah kat dia yg susah payah jaga aku yg 'bagai-bagai' ni. Hihieee.... Dan, Alhamdulillah, diizinkan Allah utk ber-short gateaway kat Grand Lexis, Port Dickson :)

Mula ingat nak la masak bagai dari rumah n makan kat sana. Skali pagi tu ada sukan jabatan plak. Tu pun kiterang chow awal sbb sukan tu smpai petang. Eh. Mana leh check in lewat. Rugi lorr... setiap minit tu amat berharga. Haha.

Biasa kalo stay PD area2 dpn tu je kan. Cam area2 lepas roundabout tu. Tp ni rupanya agak jauh gak la dari situ. Selepas pekan PD tu rupanya. Tak penah lagi la lepas ke situ. Pulak tu bleh plak terlepas ke depan. Rupanya dia dkt ngan Glory Beach Resort. Baru cam oooo... kat sini la *padahal tatau pun GBR tu kat situ. Huhu.

Oke, ni la 1st time, Cuti Cuti Cinta aku yg duk dlm bilik je. Kalo ada pun jalan2 sekitar tpt penginapan tu je. Rugi oh nak kuar lelama. Haha. Lagipun tpt ni mmg takde beach utk turun mandi manda. So, mmg melepak dlm bilik je la.

Kiterang check in dlm kul 3.30pm. Proses yg cepat. Walo ada ramai yg nak check in. Lps tu kena naik buggy gi bilik. Iyo lah, kang tersesat barat lak carik bilik. Tp idak la jauh pun bilik tu dgn reception kaunter tu. Tp kalo 1st time, susah gak la carik.

Suppose aku amik bilik Deluxe Pool Villa je. Tapi dia upgrade kan bilik ke Executive Pool Villa, pada harga yg sama. Taktau la cemana bleh jadi camtu. Tp sgt sgt sgt berpuas hati kerana mmg bilik ni paling last. Kira mmg bilik yg paling last atas air dan takde ngadap bilik lain dan seaview lah dari pool tu :)
Bilik kiterang 2022 tu.

Suppose bilik gini
Gmbr dari website
 Tp dapat bilik gini
Gambar dari website
Gambar kamera sendiri. Ada makhluk lak kat almari tu. Huhu.
Tapi ce kabo, ce citer, apa kes aku nak guna smpai 2 katil king tu?? Jadi kami buat satu day bed, satu lagi malam bed. Kui kui kui.

Smpai2 je trus terjun kolam. Bes giler. Aku ni mmg sker main air, tp berenang tak reti. Usah kata berenang. main kayak tu pun ari tu asik ke tebing je halanya. Spoileddd! *nada Adnan Sempit yer*




Bilik kiterang tu mmg sebelah je ngan tpt2 lepak kat luar tu. Waktu petang ramai giler kot situ nak tgk sunset, while kiterang tgk dari dlm bilik je. Kat pool tu bleh napak. Cea...mampuih belagak. Haha. Ada org mancing gak situ.



Dlm ni mmg complete la. Dapur ada microwave, set pinggan, sabun cuci mangkuk segala. Sbb tu aku bawak garlic bread n mushroom soup. Jadi, kiterang malam tak kuar makan. Aku bawak gak maggi cup. Igt nak makan malam. Tp ptg tu da mandi2 kolam jadi lapar lak. Then ada DVD player jugak. Sila bawa DVD berkaitan kalo nak honeymoon. Eh....?? Haha. Kiterang tgk tv je lah. Nak DVD apa nyer pun. Kiterang mmg plan takmo kuar2 naik keta ke apa ke. Takde la nak beli barang ke, malam nak makan kat luar ke, gi pasar malam ke.  Memang tak kuwasa yer noksss. Tu kalo duk kat Selesa oke la, tak la rugi kalo kuar, kat sini, masa adalah amat berharga. Hahahahaaa

Lagi apa? Taktau dah. Aktiviti kiterang, smpai je pun dah mandi mandi, ptg2 tu jalan2 jap sekitar kawasan resort, lps maghrib tu mandi lagi. *sejukkkkk...brrr* Lps tu makan2, lps tu sleep la kan. Tertidur awal plak. Penat pun yer gak sbb siang tu bersukan, berpingpong bagai. Hahaha. Lps tu terjaga kul 5am. Tak bleh tido. Carik2 cenel terjumpa cenel sukan yg tgh duk main pingpong. Boleh??? Cam perli je nih. (T___T)

Bes la. Bangun2 je dgr deruan ombak menghempas pantai. Haha. Poyos. Eh. Ada glass panel underneath sea viewing, tp air laut apa je ko nak tgk. Jgn kata ikan, belacak pun tak napak. Haha. Yg tu, saja je la. Tkde mendalah tu pun takpe kut. Sbb kuar je da napak kita di atas laut kan.

Pool biasa pun ada. Tp tak ramai orang. Yelah, seme duk mandi dlm bilik. Budak2 ada la mandi sbb ada cam tpt main2 sket.

Breakfast.
Byk gak pilihan. Tp cam biasa, aku bkn jenis makan pagi. Sket je bleh masuknya. Lagipun kul 7.30 kiterang da smpai ke Duyung Cafe tu. Sbb tau org sure ramai. Dgn ada sykt apa tah yg buat family day bagai.

Masa aku amik gambar food ni ada org meja sebelah - lelaki la seme - which aku rasa sykt yg buat course / family day tu kut. Tgk2 aku lps tu gelak. Ek eleh. Cam la kan tak penah tgk org amik gmbr ni. Poyo. Yg dia pi amik semua2 gula, creamer atas meja lagi la "k.g" tau. Gula pun nak cilok ke?? Kuikuikui. Eh, kita ni blogger kan, kalo tpt tu bes, bagi pree je promotion. Lps tu aku napak ada akak tu amik gmbr guna hp dia. Haaa.... normal kan, yg ko rasa susah hati apsal?? 

Lps makan, mandi lagi. Tu la. Asik mandi je. Pehtu rest jap. Mandi lagi before check out. Haha. Puas ati mandi sesaja. Smpai tersedak2 ter telan air klorin. Huhu. Tgh nak mandi tu bleh la tipon berbunyi. Igt kenapa, dia call buat survey plak. Tanya good ke excellent ke apa tpt dia tu. Boleh lak camtu.

Wifi kat bilik ada, kat lobby pun ada. Dedua ada password lelain. N aku rasa setiap bilik ada password memasing. Tak sama.

Check out kul 11.45pm am. Pun mudah je. Cepat je prosesnya.

So, tpt ni mmg bes. *Giler tak bes??* Cam aku ni, mmg once in a blue moon la. Nak pegi selalu mmg tak la. Rega pun da nak sama ngan air-ticket all-in aku gi Krabi nati. Insyallah, akan ke sini bila ada anak nati. Baru bes. Tu pun tggu anak da besar sket la. Yg da seronok utk bawak main air. Eii.. besnya!

So, itu je lah review short gateaway saya di Executive Pool VillaGrand Lexis Port Dickson. Dulunya dikenali sbg Legend International Water Homes. Utk list rega atau nak booking ke apa masuk je trus website dia ni - Grand Lexis.

Oh ya, utk staff govt, ekceli ada govt rate. Applicable gak on weekend, tp bleh dpt kalo buat booking guna phone atau pun walk-in saja. Aku tak dpt sbb aku booking online. Oh, kali ni aku tak guna Agoda. Kenapa? Sbb aku takmo di letak entah mana2. Kang tetau ujung tanjung, ataupun bawah kolong plak. *Ada bilik yg ada atas bawah, n kalo yg bawah tu mmg rasa cam bawah kolong je. Huhu.
Dan aku rasa, kalo aku boooking guna Agoda, mebi tak dpt upgrade bilik.

Lps tu baru aku perasan, yg Garden Villa takde dlm list utk booking online. Garden Villa ni resortnya kat area parking. Tp ada pool gak. Yg tu tatau rega berapa. Senang booking thro phone la. Mudah kot. Dpt lagi govt rate (utk staff govt ler).

Tp kalo nak berlibur2 tepi pantai, mmg bukan sini la tpt nya. Jadi, lps ni nak try hotel mana lak kat PD ni??

*gambar tak byk boleh diletakkan sbb kurang sesuai utk tontonan umum. Kat FB bleh la kot sekeping dua. Huhu*

13 comments:

Zana Adieyza said...

tmpt ni mmg best habisssss.. aktiviti dalam air sajer.. huhuhu.. zan apergi masa first honeymoon, lagilah syokkkkkk.. hahahaha..

masa pergi tu zana ambik bilik sky pool villa-sky living.. malam2 tgk bintang sambil berendam dalam pool.. hihi

::EIDA:: said...

Check out kul 11.45pm ? R u sure kekda??

Bestnyerrrr !!!!!!
*tempat idaman ida gak ni*

PutriesNoora said...

noora pun hampir2 nak book kat sini hari tu..tapi xjadik plak..mungkin next time..teruja tengok!=D

Salmi Khairil said...

cam best jer...nak g lah

Carmello said...

Waaahhh..... sangatlah teruja tengok tempat ni..... Haruslah pergi berdua2an dgn suamiku...

CikPuan Fara said...

bestnya kekda. ada kolam dlm blk.. sonok rendam2 xyah malu2. siap ada day bed n nite bed. xtahan tu heheheh

syanasaid said...

best gile
puas mandi dlm bilik jek kan
xyah kuar kt public pool

suwara entertainment said...

wah..bestnye dpt cuti2 cinta..hehehehehe... :)

ch@ said...

bagus-bagus, sesuai utk honeymoon kali ke tiga. hahaaa. apakah??? terasa heaven je.

Nana Aris said...

waaaaa sangat best..nana pon suke main air..tp mmg tak reti berenang sampai sudah..haha

puanstoberi said...

ZANA :
Oloo.... tak mampu nak duk sky living.. duk atas laut je lah yg ada bumbung.. tp bintang pun takdak mlm tu. Hahah.

EIDA :
Sure lah tu. Belasah. Hahah.

NOORA :
Book..jgn tak book

puanstoberi said...

SALMI :
Pegi..jgn tak pegi.. :)

CARMELLO :
Pergi..jgn tak pergi... :D

FARA :
Ate nyer..udah ada 2 katil... guna kan seadanya. Teeheee

puanstoberi said...

SYANA :
Tu la tu... smpai menggigil2 mandi. Teheee.

CHA :
Mmg heaven.. siler le pegi.. Hiks.

NANA :
Kan..nak berenang kemain payah..