Tuesday, February 15, 2011

~Al-Fatihah~

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

Semlm ptg kurang lebih jam 5.30pm terima call dari akak ipar ku dari kg.
Aku tak la syak apa2. Tp akhirnya berita tak baik juga diberitahu.
"Da, Wak Teh da meninggal baru kejap tadi".
Sumpah! Aku kalo dpt berita org meninggal sure jadi blur apatah lagi kalo secara mengejut.
Wak Teh adalah panggilan utk bapa saudara (abg arwah ayah aku). Tatau la napa, tetiba je ada panggilan Wak pulak kan. Pdhal kami ni bkn la org jawa.

Blur jap. Bagitau my dear. Rakan2 seopis yg blum balik keja mula da tanya2 kenapa. Tp aku sempat lagi tgk derang main facebook. Tgk derang dpt watak apa dlm kuiz "Apakah watak anda dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah".

Lps tu call balik Kakcik. Tanya bila kebumi. Dia kata mungkin mlm tu jugak. Aku tanya nak aku balik ke tak. Dia kata terpulang. Mintak ckp ngan mak. Tp mak da tak boleh nak ckp. Kakcik kata mak pun mcm tak larat dah sbb terkejut.

Eh. Ini sudah kes berat. So, call balik my dear kata balik je lah. Lagipun esuknya (hari ni lah) mmg cuti. So, tak perlu pening2 nak EL.

Smlm plak KL ujan tpt time balik kul 5pm tu. Maka jem la jalan nk balik umah. Smpai uma dlm 6.30pm. Kaut baju yg ada, dlm kul 7pm trus gerak.
Smpai kg dlm kul 10pm.
Napak van jenazah dpn umah. Sangka ku derang tak bawak ke kubur lagi. Tp da selesai suma. Tk sempat memberikan penghormatan terakhir. Tp takpe lah. At least aku nak jumpa mak.

Tgk mak pun da oke. Mungkin sedikit terkejut sbb sehari sebelum tu mak jumpa Wak Teh. Bagi sedekah sikit. Tp dia taknak. Siap nak pulangkan balik. Tp mak kata itu sedekah wajib (zakat). Maka dia pun terima. Mak tgk dia mcm tak sihat. Semput. Jadi mak kata kalo nak pegi klinik, abg aku bleh bawak kan. Tp dia taknak. Katanya 'aku taknak mati kat tpt lain, aku nak mati kat umah je. Adik aku (ayah aku la), Kak Mah (isteri dia) suma meninggal kat umah'. Hah! mau mak aku tak terkejut bila terima berita kematiannya.

Cara kematian arwah pun agak tragis sbb dijumpai dlm keadaan terjatuh ketika nak (atau balik) dr sungai. Mujur org nampak. Blkg umah dia mmg dkt dgn sungai. Kiterang pun salu je mandi manda situ.

Dia mmg duk sorang kat umah tu. Anak ada 2. Tp takde kat umah tu. Tak perlu lah aku citer kat mana dan kenapa anak dia takde. 

Cuma arwah pernah ckp, dia numpang pun kejayaan anak2 sedara dia je. So, smlm kat umah kami lah jenazah diuruskan before disolatkan di masjid. Mmg cpt la diuruskan sbb sepanjang perjalanan kiterang je suma da siap. Derang mmg nak kebumikan mlm tu jugak sbb takde sapa dah nak ditunggu.

Apa pun itu lah adik beradik (seibu sebapa) terakhir arwah ayah yg meninggal. Sedih jugak sbb masa kecik dulu aku mmg rapat dgn Wak Teh. Dia takde anak pompuan maka menganggap aku juga sbg anak nya. Bila da keja smpat la juga aku bagi baju time nak raya, sedekah duit raya sket. 

Al-Fatihah utk Wak Teh. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (H/R. Bukhari).

p/s : Harap aku tak la menerima berita dgn panggilan telefon mcm ni lagi. Terutama bila aku outstation atau bercuti jauh. Ya Allah aku mohon padamu.

3 comments:

tunz said...

salam....al fatihah untuk wak teh awak.semoga ronya dicucuri rahmat.amin....

pago" said...

inilah kehidupan.
sama-samalah kita ambil pengajaran.
al-fatihah.

shahrilhakime said...

Innalillahhiwainnailahirojiunn....
kite tak kekei selamenye diduniye ni.... jadinye selagi hayat dikandong badan.... beramal laaaa