Friday, February 11, 2011

~Pasal Amanah Allah~

"If you want a quality, act as if you already had it.”

"Seseorang pemimpin dianggap menggunakan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap dan nilai orang yang dipimpin"

Kepimpinan Sebagai Tanggungjawab Dan Dugaan

Menjadi seorang pemimpin, maka bertambah kewajipan seseortang dan makin banyak soalannya dihadapan Allah. Oleh itu, pemimpin di dalam Islam, bukanlah menjadi rebutan. Rasulullah S.A.W telah meletakkan asas-asas supaya pemimpin itu tidak difahami sebagai keistimewaan tetapi tanggungjawab. Meskipun semakin besar tanggungjawab,semakin besar pula ganjaran baik yang disediakan Allah di hari akhirat kepada sesiapa yang melaksanakan tanggungjawab itu. Namun jika tanggungjawab itu diabaikan,maka besarlah risiko dan akibatnya di hari akhirat.

*Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Apabila Allah S.W.T menghendaki seseorang ketua itu menjadi ketua yang baik, ia akan jadikan pembantunya itu bersikap benar. Jika ia lupa ( lupa kepada Allah dan menyeleweng dari kebenaran ) ia mengingatkannya. Jika ia tidak lupa, ia memberi pertolongan dan bantuan kepada ketuanya itu. Jika Allah menghendaki ketua itu menjadi ketua yang lain daripada itu, dijadikan pembantunya seorang yang jahat, jika ia lupa tidak diingatkanya dan jika ia ingat tidak dibantunya” (diriwayatkan oleh Abu Daud ).

*Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rujukan : Here, Here n Here

Sekadar rujukan dan peringatan agar tidak tergelincir dari amanah yang diberikan ini. Insyallah.

1 comment:

AdiaLuze said...

Sifat AMANAH dn BERTANGGUNGJAWAB ni semankin kurang dalam diri seseorang individu sekarang ni...kan,kan,kan :)