Monday, November 9, 2009

~3 perhentian~

Dgkl-Spg-N3

Hiksss...akronim shj.
Menulis smbil menonton citer kegemaran. Cuba teka citer apa..
Ya..Awan Dania.
Aku sker giler citer nih..tatau la pasal..kalo ada ulangan ari Sabtu, Ahad ke aku buleh tgk semula tnpa ada rasa jemu. Hua.Hua.Hua.
Then nak menambahkan fanatiknya aku pd citer ni aku, aku bangan kalo dpt anak pompuan nati nak taruk nama DANIA. Ha..

Oh! aku suda tersasar. Tk sempat nak tulis prolog, prolog dah.

Berbalik pd akronim aku td.
Itu perhentian yg aku lawati smlm.
Bermula dgn Dgkl tu.
Ada wedding kawan se UiTM Londu dulu.
Tatau la napa aku begitu xcited nak pi walhal aku da kata aku takmo pi dah umah memana org yg tak dtg wedding aku dulu. Tp dlm kes ini ianya adalah tidak terpakai.
Ini kerana :
Pertama - Aku tak ajak pun akak ni gi wedding aku. Mana mungkin aku nak wat balasan begitu gaya [walhal aku tau..kalo aku ajak pun, mungkin kah dia dtg..percentage nya adalah kurang..ms aku wedding retu tak ramai yg berkecimpung dlm dunia fesbuk nih..ssh la aku nak dptkan alamat derang]
Kedua - tatau la naper..aku cam xcited nak tgk dia sanding. Jd pegi aje lah..

Aku smpai Dgkl dlm kul 1 lebih. Mcm tersilap percaturan pun ye gak sbb masuk hway, kuar kut nilai 3 lps tu terpaksa lalu kut jalan lama mcm nak pi balik ke KL semula. Mana ku tau..ku pikirkan dokek yo, jauh rupanya. Tkpe lah..kalo kut bangi suma tu mau menjajau2 [tp aku penah tersesat2 gak lalu jln tu ms nak pi umah adik ipau kat sepang tu..ada mana tah entry aku buat tu, bln brapa tah].

Smpai je disambut oleh ayah pengantin. Aku perkenalkan diri as kawan pengantin. SPA ke SPR kata ayahnya. Oh! da pindah SPR la akak nih. Last aku tau dia kat SPA. Tp aku ckp "kawan se UiTM Melaka dulu". Alhamdulillah..kata ayahnya. Hehe..

Lepas tu trus makan la. Walo lauk2 napak simple je tp sedap dan fresh. Daging lembut,dia nyer jelatah [acar] pun fresh2 je timun ngan nenas dia. Yelah..kan kdg2 ada kenduri tu kalo ada acar tu, mesti da layu je timun dia suma.

Tgh2 mkn napak pengantin da berjalan kuar. Oh! kak zaty napak berbeza walo masih napak kalut2 dia tu [hiksss..]. Aku cecepat makan sbb kut sempat nak bergambar ke ngan kak zaty sbb napak dia menunggu je kat dpn khemah tu.

Abis makan trus aku pi jumpa dia kejap. Lps tu aku nak ajak la bergambar sbb aku napak lama gak la derang tggu kat situ. Tp dah kecoh2 waktu tu kan. Pengapit dia kata "kak..nati la yer..pengantin lelaki nak smpai da tu..nati pas ni kita tgkp gmbr kat pelamin". Oh! tkpe la kalo camtu..walo ada sedikit terkilan lah, sbb aku bkn leh tggu lelama..lps tu aku bergegas nak ke umah adik ipar aku lak. Yg aku ni pun satu la kan..udah org2 kecoh2 tu, yg aku sibuk plak nak bergambar apa hal..mcm la tk phm.. Alah..tk smpai sesaat pun kan amik gmbr..tp takpe..tak kesah lah. Asal hajat aku tgk akak ni bersanding tercapai sudah..hikssss....!!
Dan aku dpt tgkp gmbr dia berarak n sanding je.



Oh ya..kwn lama yg aku jumpa kat kenduri ni ada sorang je-Fiza. Dia duk Kuantan skang nih.

Lps amik2 gmbr aku trus gerak ke Spg lak. Kebetulan sbb ari Jumaat tu Mea [adik ipar] ajak pi umah dia. Ada makan2 katanya. Jd takde hal lah..da mmg satu kawasan pun. Lgpun k'org da penah pi umah dia. Sng la nak pi.
Kat umah Mea pun makan nasik minyak..cam org kawen gak. Sj dia wat makan2 sbb kengkawan opis dia nak dtg umah dia. Dkt ngan air-port sanun umahnya. Humangg aii..

Then lps makan kami gerak ke sini...haa.....


Rambang mata wess..

Lepas tu murah2 lak tu..geram je tgk. Aku ada la beli sehelai 2..gmbrnya masa aku citer deco.deco.deco nati la yer.

Jalan2 lagi kat N3 nih. Cdg nak beli pasu. Jumpa da. Eluk lak tu itam putih. Tup2 nyer aku da beratur2 nak byr, ttiba dia kata takleh lak pakai Maybank kad. Lebih RM100 je buleh byr pakai kad debit/kredit..Sudah..
Sbb nya aku kompiden je leh pakai kad tu aku napak ada sign yg tulis suma kad diterima. Tkde lak tulis pembelian lebey RM100 baru leh pakai kad. Oh! geramnya rasa.. aku tinggalkan je pasu ngan bunga2 aku nak beli kat kaunter tu je. Selamba je aku ckp "tkpe lah..sy tak cukup cash". Bukan tk buleh kalo nak beli bunga tu je..tp maleh aku...lain kali tulis la besau2 situ. Kut aku ke buta tak napak notis dia. Ha.. lantak la org igt takde duit ke apa ke. Aku pun bkn nak pakai kad kredit, aku nak pakai maybank kad. Cash kan ada dlm tu. Tau la org dpn aku tu beli brg smpai rega RM784,pakai cash. Itu org da mmg bajet nak berbelanja..aku ni sesambil lalu, mana la nak bawak ribu riban cam org tu. Huuu..nak pasu itam putih..my dear kata pi lagi nati..tp takut da takde pasu tu nati..tskkkk

Oleh kerana geram aku berjalan dari satu ke satu kedai, smbil menceceh tk dpt beli pasu itam putih tu..smbil tu my dear pujuk2. Tup2 termasuk lak kedai baju. Hikss...jumpa lak baju idaman yg telah ku cari2 selama ini [da pakai gi opis pun td] Kan..aku byr pakai maybank kad gak..tp kat kedai ni ada tulis pembelian lebih RM100 aje leh pakai kad. AKu pun tanya 2,3 org assistant kedai tu buleh pakai kad ke tak..kang jadi lagik..mao membebel aku spjg jalan balik.

Dah..puas ati..dan kami pun pulang..Jadi itu la citer 3 persinggahan aku..dan terima lah gmbr ku yg mengenakan tudung RATU. Apahal mengembang2 lak kat tepi tah..tak iron leklok la tu. Lantak lah..

Pnstoberi : Sila jgn nak kecik2 ati ok sbb pengantin mmg akan jd kelam kabut di hari persandingannya termasuk la aku kan..tp aku bkan je kelam kabut,..tp kecoh mecoh.. hua.hua.hua.

4 comments:

cikCha said...

ok la tudung RATU tuu...kna la kat muka ko...=)

puanstoberi said...

hoho..sbb muka aku tembun cam pau sbb tu la kena kan..hikss.. :P

Unknown said...

reen, mana gambo kak zaty.. tk kuar pon..
tudung ratu tu mmg sesuai kt ko ler.. bulat2 jek kt muka ko.. comey dah jadinye.. i likeee....

puanstoberi said...

zatul..ko tak napak eh muka akak kita tu..ada la..ce ko tgk kat PC org lain.
owh zatul..bkn sj tudung RATU tu seswai ngan aku..tudung pesen gitu hok lain pun seswai..kan da bulat muka aku nih..skali lagi nak ckp "tembun cam pau.." huwaaa...!!!