Sunday, April 11, 2010

~PnStoberi & Bunga Telur~

~Idea untuk menulis entry terilham apabila menerima goodies bag dari kenduri yg dihadiri oleh penulis~

Apa itu bunga telur?
Bila sebut bunga telur secara otomatik org tingat perkahwinan.
[cuba ko sebut goodie bag..ada org ingat kenduri kahwin ker?? kalo kat opis aku ni, tingat Hari Kraf adalah. Pastu mcm trauma sbb nak kena siapkan ribu2 gudie bag smpai tgh mlm utk perasmian esuknya. Btol tak kawan2..adik2..]

Apa pula simboliknya bunga telur dlm perkahwinan?
[cuba ko carik simboliknya goodie bag. Ado??]

Ok, aku gugel2..jumpa kat sesawang ini
Katanya :
Bunga telur adalah cenderamata yang simbolik dalam majlis perkahwinan Melayu. Telur sebagai lambang kesuburan akan diwarnai dan dihiasi oleh tangkai bunga yang cantik dan diberi kepada tetamu sebagai hadiah untuk dibawa pulang. Namun, kewujudan bunga telur mempunyai maksud yang lebih mendalam daripada hanya sebagai hadiah atau cenderamata.

See aku highlight kan lambang kesuburan tu. Pastu aku gugel lagik. Dan terjumpa yg lebih menarik. Huhu. Dr komen di blog beliau ini [eh..blog beliau ini napak mcm bes. So, nati nak baca lah. HiHoww...] Pengkomen itu kata begini; bunga = perempuan, telur = ?? [hah! ko pikir la sendiri..which aku rasa macam "eh..satu sinonim yg bagus" Mueheheh].

Apapun, bunga telur ni fungsinya sbg cenderamata kpd tetamu lah.
Aku ingat lg ms aku kawen, mak mcm nak suh buat bunga telur, tk perlu goodie bag. Tp being me yg keras kepala keduku nih, nak juga goodie bag kan. Buat la goodie bag yg ada wajik dlm dia, kepek pisang dan..emmm..apa eh..owh..lupa plak tuala gulung yg aku godek sendiri tu. Ha..kau.. 1000 unit aku buat dan gudie bag juga 1000. Aku nak suma org dpt. Tk tertentu utk rakan2, sedara mara, shbt handai je. Sbb dayang2 aku tak kenal mana sahabat ke bukan. So..utk memudahkan dayang2, elok suma dpt. Sng. Wahh..dayang katanya..tak hingat.. Ate' kata raja masa hari tu kan..kena la ada dayang. Ekekekek [mereka tidak membaca blog saya. Harap maklum. Eh..tp informer ada..kang dia bagitau..eiiww..takutnya kat informer tu..cena nih??].

Adapun stlh mendapat gudie bag je pada ms skang di kenduri2 kahwin, aku merasakan menyesal plak tk buat bunga telur as door gift. Serius. Aku sesal. Sbb mcm tak mempertahankan adat dan tradisi melayu. Dan aku rasa mcm "Eh. Sbb ni ke aku tak banak smpai skang??. Sbb takde simbolik kesuburan tu?" Cea..ada ke pulak. Aku penah ckp mcm ni pd sapa tah. Lps tu dia kata "kak, sy pun tk bg bunga telur, tp sy ni elok je bunting pelamin" Err.. speechless.

Dulu sblm style org bagi gudie bag-gudie bag ni, kat memana pun dpt bunga telur. Ingat dulu masa Kak Yong kawen. Tu buh dlm ketas plastik kilat2 tu. Yg petak segi empat tu. Bubuh telur tghnya. Lps tu tarik 2 bucu then stapler atasnya. Tp awas kadang2 telur buleh jatuh dr plastik yg terukir2 tu. Huhu. Simple je kan. Ada kaler gold, silver n merah. Biru, hijau ada ker?? Rasa2 ada jual lagi tak?? Itu kira mcm bahan warisan tu. Huhu.

Lps tu timbul plak style kotak2. Itu leceh sket sbb kotak2 tu kena buat sendiri. I mean bila beli dia tak bentukkan lagi kotak. So, tuan umah kena buat keja sket lah.

Ramai kata telur mcm leceh sbb nati nak rebus, lps tu nati ada yg terpecah lah, pastu nak kena tggu sejuk sket baru nak buh dlm bekas. Eh...org dulu2 tkde menyungut pun. Ok je. Dan aku rasa kos utk bunga telur lebih murah dr gudie bag. [tp lain lah kalo ko nak bunga telur tu guna bunga dip. Itu mmg ko botak la lps kawen]

Aku rs nati anak aku kawen aku nak buat bunga telur. Biar pun dia ikut jejak aku yg keras kepala keduku ni ngengada nak buat gudie bag juga ke, bg beskal ke [eh..mana tau time tu org bg beskal sbg door gift. Tp motip nak bagi beskal??], blackberry ke apa ke, aku nak jugak buat bunga telur. Biarpun masa tu 20 ke 30 thn lagi. Aku tk kira. Ni blog ni menjadi saksi yg aku nak buat bunga telur juga utk majlis kahwin anak aku. Anak, jika ko terbaca blog mak ni, mak nak ko tau yg mak berkeras nak bagi bunga telur kat tetamu. Lantak la. Ko jgn nak bertegang urat dgn mak ko ni anak. Muahahaha.

Kalo ko tatau cemana bentuk bunga telur tu, ini contohnya. Ni masa mak kawen dgn apak ko tu. Itu je mak kasik ke org. 100 ketui. Itu pun buh kat tp pelamin. Nati mak buat kat ko 1000 ke 2000 ketui ke yer anak.

PnStoberi : sapa nak bagi bunga telur??

3 comments:

cikCha said...

eh2 mcm bunga telur aku yg kat pelamin aritu laa...hikhikhik...

PUANSTOBERI said...

sama ek?? huhu. kebetulan lah tu.

cikCha said...

kebetulan 'selera' kita sama...ahakss...