Monday, April 26, 2010

~PnStoberi di Alor Setar~

  • Ada sawah padi yg saujana mata memandang
Tp nya masa ni derang baru nak tanam semula padi kut. So, tak buleh la nyanyi lagu ni.
"lihat jauh nun di sana tekun petani kerja, buah padi masak kuning, isteri kerja sama, potong memotong membanting padi nya..dulu padi ditumbuk inang tampi, kini mesin jadi penggantiiii..." Ha..korang ingat tak lagu ni. Masa dajah berapa tah.

So, lalu jalan lama pun ada hikmahnya. Sgt menarik. Jalan pun tak la stress sgt. Ok je.

  • Ada Muzium Padi.
My dear kata ada muzium padi. Tp tak pasti kat mana. So, napak signage. Trus masuk. Singgah je la. Menarik juga. Masuk RM3. Kalo bawak kamera harus di top-up lagi 2 inggit. Aku jujur. Tkde sembunyi2 nih. So. Kasik bayar je la.
Dia mcm bes sbb ada dia buat mcm menda berpusing kat atas tu. Ada lukisan2 pemandangan. Konon mcm kita tgk pemandangan Kedah la. Bes. Mungkin sbb ada mendalah ni dia jadi mahal. Tk la ada bagai2. Ada pasal padi je la. Ater..udah nama pun muzium padi. Lps tu lukisan2 pun byk. Buleh tk aku nak bagi cadangan. Apa kata kalo tpt2 yg derang duk letak lukisan tu space tu digunakan utk letak replika tanaman padi. Pehtu buat la sawah padi yg guna cara tradisional. Lps tu moden sket, lps tu makin moden. Ha..ada la sket pembelajaran interaktif disitu. Waah..interaktif katanya. Haha.



  • Ada Pusat Sains Negara.
Ok, tk penah2 gi PSN kat sini tup2 ter pegi yg Wilayah Utara punya. Best jugak. Baru launch. So, masuk adalah free. Ini utk kanak2 ok la. Mesti syiok sbb leh tgk memacam benda sains. Sains kan magic. So..menarik. PSN ni blkg je muzium padi tu. Paking keta kat muzium jalan kaki je ke belakang dia.
Yg ada balang2 mcm air tu tpt timbang berat air dlm badan dia. Memula ada cikgu tu timbang, tgk mendalah tu kemain tggi naik. Masa aku naik air tu tak naik tggi. Mcm dehidrat je aku nih. My dear plak syok main timbang2 berat badan kat planet lain. Yg napak selipar my dear tu masa dia jalan kat tpt ada mcm ada bayang2 air. Tp masa kita jalan bunyi mcm air berkocak. Science is magic. Huhu.
  • Ada gerai tepi sawah
Ini tak sengaja pun. Kuar je dari PSN udah lapar sbb da dkt kul 1. Misi mencari gerai makan bermula. Jadi nak pastikan mana tpt bes kita tgk mana tpt yg keta byk. So, jumpa satu kedai yg keta nya berderet2 paking. Patut la ramai. Mmg bes pun. Tepi sawah. Lauk2 kg. Ada ikan bakar. Nom nom nom. Aku tgk gak nama kedai ni tp takde lak dia tulis besar2 nama nya. So, aku amik kad dia. Nama dia Kafe Ole Nyiur. Tpt dia kat Jalan Putra, Alor Janggus. Mmg sedap dan org pun ramai. Mkn kat Jeti tu mcm tak puas sbb ramai2 kan..so, amik ikan keli bakar. Baru siap bakar. Besarrr punya. My dear amik siput. Tp bkn siput yg slalu jumpa kat pasar cokit. Ini aku rasa siput kat sungai tepi sawah tu kut. Aku tk reti makan siput walo berasal dari sg. siput. HiHowww...

  • Ada jalan nak pi highway.
Ok..merepek sudah. Huhu. Kami masuk tol Alor Setar. Dan tidak la lalu lagi berjalan2 di sekitar ALor Setar. Udah2 la tu. Lenkali pulak kami dtg lagi yer. Masuk tol dlm kul 2 ptg, smpai di KL sekitar 8pm. Ok la kan..just nice. Dlm 6jam. Berenti di RnR Sg. Perak dan Tapah.

Aku nak endingkan citer di Perlis dan Kedah ni. Nak buat entry Pahang plak. So, jumpa di Pahang pula ya. Akhir sekali, ini la souvenir utk adik2 unit aku yg dibeli di Padang Besar. Dah kira2 cam tk cukup plak. Tp mak kata "hai..jenuh la kalo ko nak kira suma dapat satu sorang" Hehe. Tp derang tk dpt key-chain derang dpt pelam sala. Kan?? hik hik


PnStoberi : ke Utara sudah, ke Timur pula ya...

6 comments:

Ejamaria said...

jeles...jeles...jeles... jalan je keje ko yek!

ryn said...

aku pun xsempat lagi nak g muzium padi tu.. ko dlu yg terjah eik?

PUANSTOBERI said...

MARIA..
he he..jgn la jeles. nati maria pi la jalan2 juga dgn anak2 maria tu. lg bes bwk bebdk tu.

XYN,
biasa la..kita kalo dkt dpn mata mmg tak pegi de. AKu pun PSN yg kat sini aku tak penah g. tup2 yg kedah punya plak aku pi

kekucingkatz said...

kenapa aku melihat t-shirt yg sama jer...tskkkk..tskkk..

PUANSTOBERI said...

KEKUCING,

kah kah kah..mmg la sama je..udah ari kejadian pun sama. Itu adalah kanak2 cukup umo kembar tak seiras. bak kata abg chik ku. Huhu

.:fyzz:. said...

akak..mai kampong chek....nnti mai lagi habaq mai noh...