Wednesday, February 27, 2013

Happy 34th Birthday, Husband

Ke 34 yaw. Fuh. 6 tahun lagi 40 yaw. Gerun tak? Gerun tak?
Hahahaiii... kemain nak gerun kan orang. Padahal aku pun aku turut serta bulan 12 sok.
A ah. Agak jauh juga rupanya perbezaan bulan kami ni. Ada la lebih kurang setahun. Dia dah nak berjalan, aku baru lahir. Begitu. (T___T).
Yerp. 24 Februari. Melonjak ke 34 tahun. Nampaknya ramai suami2 rerakan saya berkongsi date yg sama ini. Hihi. Happy Birthday juga kepada mereka :)

Saya takde celebrate sgt pun. Sbb on 24hb tu, mak nak datang, so kami advance kan lah ke hari Sabtu - malam. Perancangan utk 14.12 - anniversary - dibawa ke malam itu. Nak terai berwestern pula. Kebetulan dak Eida Baharum citer dia ada buat chicken chop instant. Jadi, satu kerja lah mencarik chicken chop itu. Hah! Bukan semua tpt ada yer. Dari Jusco ku cari, smpai la Tesco yg ada 2 line fridge beso tu pun takde. Ceh! Penat kaki ku. Dari nak suprise, terus tak jadi, sbb beliau pun turut sama mencarik. Aduyai.

Whatsapp ngan dak Eida, tnya kat mana dia beli. Dia kata Giant. Jadi, hari Sabtu pagi tu, awal2 dah ke Giant. Dan akhirnya jumpa gak. Phew.. (lap peluh). Itu pun tak byk. Ada kat celah2 tu je ha. Amik laju2. Udah la ada sorang cina tu. Ingat dia nak apa. Rupanya boleh dia meraih undi plak kat situ. Memula tak suspect pun. Dia tanya je apa benda aku amik tu. Aku pun gitau lah. Tetiba dia kata "oke la beli ini, lps ni u tau ka, semua barang naik kalo BN menang". Ah sudah. Laki aku dah cam terpaksa melayan. Cina tu bebel2 marah kat BN suh undi PKR segala kan. Pastu laki aku cakap "ai tak mengundi la. Ai tak register pun" Padan muka kena tipu. Pastu dia lagi naik marah. Dia bebel2 lagi u tak buleh itu macam.. bla bla bla nati u beli itu lagi mahal'. Kiterang blah dah la. Last skali laki aku bagi kat dia "kalo barang naik pun beli je lah, sekali sekala je makan. Apa susah" Adoii.. orang camni pun ada. Heh!

Lps tu cam teringin lamb chop gak. Salu tak penah terai menda2 camnih. Jadi, tgk ada kat Giant ada marinated lamb. Napak berebut2 orang amik. Eh. Sedap sgt ke? Harus terai. 
Aku ready nak masak ni seme pas maghrib. Cuma coleslow tu buat awal sket.

Alah, simple bebeno kome oii... sapa la kata cam haibat nau aku buat ni kan. Ko tahu, susah lagi masak nasik ayam tau. Ini tak smpai sejam siap. Tak caya cuba ler wey. Cuma aku cam mengada nak ber cocktail lah, goreng fries la, hash brown lah, tu yg jadi lama.

Apa yg aku buat : 
1) Coleslow - ni paling simple, potong kobis, potong carrot. Takde aku nak parut2 dah. Hiris je halus2 sket. Pastu tuang sos coleslow tu. Ni kena buat paling awal - letak dlm fridge. Nati nak makan baru kuarkan. Baru dap aaa.. juk jeee... ngeee =)
2) Chicken chop - Lorh, ni lagi la senang banget. Kuarkan dari plastik, goreng.
3) Lamb chop - dia dah marinated. Apa lagi ko nak buat. Kalo ada oven, masuk oven. Kalo takde oven, taruk je atas induction cooker. Guna pan leper tu la. Sapu margerin. Terbalik kan selalu. Dah siap. Kalo takde oven, takde induction cooker. Err... aku tatau la yg tu. Kalo nak masak atas dapo gas cemna. Buleh gak kut guna pan tu, tapi kena kawal api la. Cam induction cooker tu senang nak kawal. Lagipun dia masak rata.
4) Mushroom sauce - Pun senang. Bahan2 cuma (kena ulang balik kat Instagram tu ari. Huhu) - mushroom soup (aku guna yg instant punya ja - yg serbuk tu), fresh mushroom (nak pakai dlm tin pun bule), sos black pepper, bawang besar-hiris bulat/separa bulat, bawang putih - cincang ja. Cara2 dia - buh sedikit butter/marjerin dalam periuk ke kuali ke (periuk la, berhemah sket), tumis bawang. Sambil2 tu bancuh la mushroom soup tu. Ngan air suam. Jaga2 nati hangit plak bawang tu. Pastu dah napak kuning bawang2 tu, tuang je lah mushroom soup tu. Campak fresh mushroom/cendawan dlm tin. Aku sker cendawan, so aku pakai fresh mushroom. Tp mesti button mushroom. Jangan guna cendawan tiram yg cam ada dalam iklan usahawan cendawan tu. Tu nak buat goreng cendawan bule la. Lps tu masuk la black pepper. Mmg takkan jadi la gelap warnanya. Masuk la ikut suka kita. Tp kalo perut tak tahan, jgn masuk byk2. Kang angin cam aku kang. Huhu. Aku mmg tak guna garam ke ajinomoto ke kiub ke apa sbb mushroom soup instant tu dah masin amat. Kang ada yg darah tinggi kang.
5) Goreng fries/hash brown
6) Garlic bread
7) Fruit cocktail
8) Air mangga Peel Fresh.

Hasilnya.
Hohohoiii...

Abaikan. Lapik pinggan pun takde.

Close up sket. Lamb chop. Mmg sedap oi
marinated lamb kat Giant tu. Seriyes.
Rasa nak beli lagi. Tapi kang sakit perut cane?

Chicken chop yg dicarik sekitar KL.
Berjumpa di Sgor akhirnya. Haha.

Dan aku mendapat lagi satu hasil pada keesokkan harinya yakni di hari lahir myDH itu - aku tetiba sakit perut pas solat Subuh smpai terduduk tak boleh bangun dah. Niceee..... angin rasanya. Bila baring tak boleh berkalih dah. Terlentang lah gitu smpai ke petang time mak aku smpai. 
Tgk saja lah senarai menu. Byk nau. Smpai tatau apa yg menyebabkan aku terlentang gitu. Ada yg kata fruit cocktail sbb ada nanas dlm tu. Ada yg kata black pepper. Ada yg kata lamb. I dunno. Semua tu aku buleh je makan. Tp mungkin sbb aku makan dlm satu masa, bergelodaklah ia dalam perut tu. Memanjat2 mereka antara satu sama lain bila bertemu dlm perut tu gamaknya. 

Apa pun, utk satu2 nya MyDearHusband yang salu claim konon tak baca blog ni tapi blog orang lain kt ofis ni dia tahu je perkembangan. Haha. 
kredit : here
Adiah?? Belum bagi sbb kali ni aku dah blank tatau nak kasik apa. Tnya je dia nak apa, then nati g beli sesama. Dia nak sneakers sebenarnya. Tkpe, nati kita gi Al-Ikhsan carik sbb retu ada tgk, tp dia tak beli plak. Hurm...

15 comments:

Anum said...

wow Hb

PutriesNoora said...

besday asben kita sama kekda...ahahaha..tapi kita xpandai masak mcm kekda..nak cuba la resepi ni...tq kekda!

Sheila Salim said...

assalamualaikum kekda, amboii sedapnya. kena hati2 bab makan ni. mana leh campur banyak2. boleh jadi racun dlm badan tai. hehe ada gaya anak doktor tak? hahaha kekda, dapnya.. buat utk sheila gak bleh? hehehe

::EIDA:: said...

yeayyyy jadik! nnti ida nak terai pulak si lamb kekda tu.. hehhehhee.. tapi sebelum tu harus membeli oven dulu. hahahahaa

diaripink said...

urghhh.. lapar lak tgk smua ni...

nad said...

Hepi belated bday hubby kekda!

Nory Zoulkefle said...

6 tahun lambatt lagii tu...
wahhh westernnn gitu....

suwara entertainment said...

happy birthday bang lan. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

ptt la tgk kekda upload gambo2 tu sume kt instagram. sambutan bday rupa2nya. terliur mak yong! hehehe

Masya said...

wahh siap try lamb chop, sdp eh yg giant punyer tu.. hari tu nampak org beli.. tp x beli pun.. beli meatball jer.. dgn chiken chop bolehlah cuba lagi nnt....

eKa said...

adeh kekda...sempat apek tu dok berpolitik yaw... haissshhh

eka tak penah try lagi cara gini.nampak cam mudah.tayah beroven segala..eka selalu buat lamb (grill) .nanti nak try menggoreng la

puanstoberi said...

HANUM :
Wow! Terima kasih :)


NOORA :
A ah.. npk gak kt blog nora kat befday asben 24hb. Befday asben x-osmet akak pun 24hb. Ramai lak sama. ngeee..
Oh.. ini tak perlu pandai masak ni Nora.. simple bebeno.. instant seme nya..

puanstoberi said...

SHIELA :
Oh.. anak doktor rupanya shiela ni :)


EIDA :
Alah..letak je atas pan leper tu Eida.. takyah oven2.. huhu..

puanstoberi said...

NOORHAIDAZ :
jomm...makan jommm...


NAD :
Tenkiu Nad


puanstoberi said...

NORY :
Jap ja tu... aloo...40 dah.. tuanya rasa..ihikss


SUE :
Tenkiu. kata beliau =)

puanstoberi said...

MASYA :
Ramai beli.. sedap. Daging pun lembut. nati akak pun nak terai lagik.


EKA :
Bongok tu org tu.. sibuk jaaa...
Lamb tu kira akak grill la.. tak buleh goreng tu..tak sedap la.. tp yg chicken tu mmg utk digoreng lah. Akak tak guna oven sbb akak ada induction cooker. kalo guna dapo gas.. aitatau.. tak bertanggungjawab sekiranya berlaku ketidakjadian semasa memproses makanan tersebut. huhu :D