Tuesday, February 26, 2013

HKK : Hari Kraf Kebangsaan


"HKK...HKK.. Apa HKK tu bang?"
Awal2 lagi dah ada iklan ni kat radio.
Lps tu kat tv pun dah bersepah gak iklan ni.
Yang Yana Samsudin ngan Johan Raja Lawak tu.
Mungkin ada yg terlepas pandang, jadi meh la aku iklankan sekali lagi dlm blog aku.

Ingat ya. HKK - Hari Kraf Kebangsaan.
Bermula 27 Februari 2013 (Rabu) hinggalah 11 Mac 2013 (Isnin)
10 pagi - 10 malam.

Kot ada yg tak pernah pergi. Lps tu cam taktau apa la yg ada kat HKK ni kan?
Oke buleh tgk web khas utk HKK 2013
Tema thn ni cubism - seme pun ber kiub kiub, ber petak petak. 

Sapa tak pernah datang tu, sila sila le jenguk sbb pameran ni mmg lain dari yg lain.
Bukan pasal "eh, aku tak suka la kraf - kraf ni.. tak minat.." Jangan begitu.. bila datang baru tau ya.. ini bukan sekadar kraf... percaya la. 
Mana nak dapat semua produk kraf dibawah satu bumbung?
Ha... masa HKK ni lah. Nak tgk perabot, perhiasan rumah, batik, brooch dari Sabah dan pelbagai lagi lah. Aku biasa bawa lawatan, dan pada yg 1st time datang harus cakap 'eh.... tak sangka sebesar ini pamerannya'. Yups, walo dibuat di sekitar ofis kami, tp mmg luas dan besar. Ko takkan buleh habis dalam masa sejam 2 kalo nak round. Tak caya tnya Ejamaria yg acapkali datang sini. Hihi (oh..skang beliau kat Jakarta yer..)

So, mari datang mari. Parking disediakan di kawasan berhampiran. Dun wori. Kami ada shuttle (van, Ezora, CRV) yang akan amik dan hantar. Takyah jalan2 kaki pun.  Utk lokasi dan tpt parking buleh tgk sini - LOKASI

Spti biasa - tugas aku masa hari perasmian and bawa lawatan berpandu lah (yg ni ikut jadual sepanjang HKK ni lah). Biasanya bawa Puspanita Jabatan. And esuk pun aku terlibat dah utk lawatan isteri KSN. Jadi, sesapa yg nak datang ramai2 - nak wat rombongan che kiah pun buleh.. meh isi borang kat sini - borang lawatan berpandu. Ada gift ya kalo buat secara rombongan nih. Dan kalo nak bes, meh ai yg jadi pegawai lawatan berpandu uols.. layanan baekkk punya. Haha :P

Oke lah tu. Cukup la tu promote kan. Nenati esok esok ai amik gmbr yg bes bes, tepek sini ya. Oh. Nak special diskaun?? Boleh.. tp kena contact ai la nak dtg tu... mmg biasanya kami staff derang bagi special price. Tp ada gak yg tak bagi. Tp apa adahal. Ada kurang lebih 450 usahawan kott.... buleh memilih dengan tenang dan senang. Oh. One more thing, semua tpt pameran dan jualan adalah ber air-cond ya... no peluh2 tiak punya. (>_<)

*p/s : Tuan kebun tak sihat. Angin satu badan dari Ahad tu ari. Ni pun tak berapa sihat. Sbb tu sunyi je blog 2,3 hari.


6 comments:

Anum said...

jom serbu

suwara entertainment said...

teringat time jaga promosi dulu2. muka ni la yg dok jaga kaunter tiap2 hari. hehehe. tapi shopping apa yg patut je pun. this year kitorg dpt bawa sendiri angklung group utk performance pd 8 Mac 2013. jumpa di sana!

Effi Rahmat said...

teringan nak pegi.. terutama sbb saya suka bab craft2 nih.. tapi tak sunggup nak hangkut hero2 gi tempat crowd2 nih.. hehe...

p/s kita dah dapat tau gift tu.. terima kasih banyak ya.. love it.. ada dalam cermin pejabat kita.. nanti bila spesel sket kita pakai.. tengkiu..

ejaMaria said...

aduhhh Ibukkk... kok nama ku disebut-sebut... patut la asyik tersedak semasa di Jakarta tempoh hari... :)

* ya!... sila-sila... datang ramai-ramai... kalau suka produk tempatan - sure suka datang tempat ni... :)

puanstoberi said...

HANUM :
Yaih..mari serbu

SUE :
Insyaallah...

MIRZA :
Tak crowd ah.. ni bkn cam MAHA. Hanya peminat2 nyer yg datang :)
Lagipun khemah besauuuu....


MARIA :
Bila nak datang??

blog-tips-kurus said...

nak pergi ni. gigih search lokasi free shuttle tu. bole dpt rate diskaun puan stoberi tak? :-)