Saja nak bebel2 kan sempena bufday FB yg ke 9. Happy birthday Facebook
kredit : here |
2004 rupanya dia lahir yer. huhu. Aku pun lambat dah join FB nih. Akhir tahun 2008 baru hegeh2 nak join. Gmbr2 first aku masukkan adalah gmbr masa bertunang.
So, untuk apa anda ber facebook?
Aku?
Entah. Matlamat tak jelas. Yg jelasnya adalah - sekadar hiburan (kot). Kalo takde pun takpe (kot). MyDH takde FB. Hidup sejahtera je beliau. Haha. Itu kata dia lah kan. Aku ada kenal sorang ni - lawyer - pun takde FB. Oke ja dia.
Untuk apa anda ber facebook?
Sbb ikut ikutan - org lain ada, kita pun kena ada? Haha. Ye lah, kang dikatakan duk zaman batu plak. Tp btul la pun. Kadang kat FB ni berita lebih cepat smpai. Diakui aku suka FB lagi dari twitter. Kat twitter, walo cam sng nak tau pasal jalan mana yg jem ke ada xciden ke apa, tp aku rasa cam 'sempit' je. FB oke lagi.. rasa 'luas' sket.
Untuk apa ada ber facebook?
Nak meniaga? Hihi. Pada yg kaki meniaga mungkin ini salah satu medium yg sgt mudah. Bila sorang kawan duk 'like' gmbr ke komen ke, secara tak langsung, kawan2 lain pun buleh tgk jugak. So, berkembang biak lah ia. Tapi kalo nak serius meniaga - elok ada fan page. Mudah dan lebih berkesan. Cuba lah. Tp jgn pula ko jaja gmbr dgn duit buat kipas tu ya.
Untuk apa anda ber facebook?
Jejak kasihan dgn kawan2 lama? Ahaha. Part yg ni aku mmg jahanam sket la... ramai je kawan lama aku tak approved. Malas! Ada juga aku approved, skali tgk sekali pun dia tak pernah aktif, yg ada cuma org tag2 gambar jualan. Arghh...! removed. Lagi, kalo kawan2 tu dulu pun sekadar hai hai bye bye.. pun aku tak approved. Teruk tak teruk la aku ni. Hahaha. Tp oke la.. at least bila bufday, ramai sket yg ucap happy bufday, walo dulu2 tak penah skali pun wish (dat y masa nak bufday, aku disable kan mendalah notification bufday tu)
Lagipun, insan 'terpilih' cam aku ni cepat sensitif kalo derang 'berbual' dalam tu pasal anak ke, apa ke.. oh..better aku takde dlm tu pun takpe... derang citer pasal anak, aku nak citer pasal apa?? Seme dah kata 'anak aku dah nak masuk U, aku dah nak masuk anak ke5, aku tgh pregnant lagi, nak tggu anak no.9' Brrrrr... stress... Lps tu kang kalo aku duk up status cam teringin itu ini, tetiba kang kata 'eh, pregnant yer..' Brrr... stress lagi. Takpe.. next..
Untuk apa anda ber facebook?
Nak meluah perasaan? Caci maki org?? Haha. Mungkin secara tak sengaja ada yg meluahkan perasaan , meluahkan ketidak puasan hatian - pasal rakan sekerja, pasal bos, pasal pejabat sendiri (tpt yg kita sendiri cari rezeki), pasal mak mertua, pasal family in law, pasal sedara mara, pasal pemerintah yg tak disukai.
Semua ini mmg ada dlm FB ya. Dan aku sendiri ada pengalaman ini. Mmg buleh defend yg kata aku perasan yg mana status tu bukan dituju pada aku, tp sbg pembaca, aku juga ada hak utk kata yg status mmg utk aku bila mana aku ada bukti2 nya. Nah... aku print screen kan.. Mari kita berbicara secara terus dan clear kan permasalahan ni dari update begitu begini. Dan sbb tu jugak aku hadkan kawan yg berada dlm ruang lingkup aku. Eh. Dah hehari kita bersama dalam satu bumbung. Takyah la FB kut. Tp ko akan rasa lambat dpt berita. Tp takpe lah.. kadang2 kita boleh stalk juga dari kawan kepada kawannya. Eh....jahatttt... Muahahahah :P
Satu lagi salu kadang ada jugak tgk status org yg kita dapat agak cam laki bini bergaduh. Isk. Mungkin tak..tp dah letak status camtu, ter buat andaian la napaknya. Heh!
Untuk apa anda ber facebook?
Nak tunjuk makan tutti fruiti? Nak tunjuk makan burger bako?? Nak tunjuk pegi main ski kat oversea? Hah.. yg ni aku takde masalah. Lantak la situ ko nak tunjuk makan apa pun, pegi mana pun. Aku tahu bukan bermakna jakun ke apa. Saja nak sharing is caring kot. Tp tatau la kut nak up gambar camtu dgn niat - aku mampu makan eskrem mahal, ko ado?? Heh! kuasa aih.
Cuma... kalo gmbr piring yg ada sisa makanan selepas makan tu tak perlu tunjuk kut. Nak termuntah pun ada. Siap ada tulang ikan yg telah di 'sedut' , nasik tak abis, tisu lap mulut.. Oh.. bukan nak kata aku ni pembersih.. tp tgh tulis ni pun aku ada rasa nak termuntah. Kalo nak gak letak gmbr selepas - tak puas hati kan kalo tak letak - letak la gmbr bekas2 lauk tu ja.. tak perlu kot nak letak gmbr pinggan nasik sendiri yg siap ada tisu lap mulut seme tu. Geli.. eh.. tp FB dia kan.. yg aku susah hati apsal.. Susah la.... sbb masuk dlm wall. Kira oke tgk kat phone. Kut tgk kat PC... Muntahhh....
Jadi, apa yang anda dapat dgn ber facebook?
Berapa tahun aku ber FB- 5 tahun la lebih kurang kan. Apa aku dpt? Entah.... kata dpt kawan baru tu mmg takde la sbb seme kawan yg ada dlm 'kawan' aku tu mmg kawan aku kenal. Tak kenal mmg takde.
Dapat beli tudung? beli cardigan? beli jam? Cam tak relevan.
Entah ek..
Cuma tu lah, aku dpt merapatkan semula hubungan ngan cousin aku. Mmg cam bertahun kot lost contact. Akhirnya ari tu dpt berjumpa dan saling keep in touch semula. Itu je aku rasa yg terbesar. Lelain... rasa kalo de-activate pun takpe kut.
So, camna?? Ada rasa nak de-activate? Apa rasa kalo de-activate? Hidup zaman batu kah?? Jadi, kembali kepada persoalan asal. Untuk apa kita ber facebook??
*next entry nak buat utk apa kita ber blog pula*
Gambar kredit to : Hampeh e card
6 comments:
kalu nak senaraikan sbb ber fb mmng byk... specially kawan, yg jauh2 tu kita leh tnya khabar, nak call tu tak la...kredit pulak kan.dasar kedekut.. heheh
kadang kan kekda fb ni dijadikan medium utk bg info yg emergency bab keje, cthnya... ada nazir nak dtg sekolah.hah pakat kelam kabut la semua...naknya sekolh eka mmg ada fb khsa utk kakitangan guru.. mudah la
dlm pada tu ada juga keburukan ber-fb yg tak dpt dinafikan
rine pun jrg bkk fb n update status.tp klu skli bkk g kt fan page jual baju bdk2..haha..tu je kejenya!!
samalah 2008 baru bkk akaun fb, dulu sebab suka layan game jer dlm tu.. sekarang x main dah... buat status pun jrg... kdg² kongsikan kata² semangat jer.. share²...
Ida kalau tak bukak fb sehari ke seminggu takde hal.. Tapi kalau blog, cannot! HAHA
EKA :
Wah..bagus nih.. msti tak buleh nak de-activate Eka nyer FB nih. huhu
RINE :
Ada fan page takpe.. bes juga jamu2 mata kan..
MASYA :
Kan.. dulu gila game gak.. skang tgk2 gitu je lah..bosan gak kadang tu.
EIDA :
Ahaha.. blog akak tak buleh buka kat phone. apa kena tah.. jadi, salunya mmg hehari buka FB je lah..blog pulak yg tak buka hehari
Post a Comment