Thursday, February 7, 2013

Hanya Peringatan Untuk Diri Sendiri

BANGGA diri atau kagum terhadap diri sendiri adalah penyakit hati yang membuat seseorang berasa selesa dan berlapang dada dengan pujian orang lain. Orang seperti itu menganggap dirinya paling baik dan sentiasa melebihi orang lain.

Sikap bangga mendedahkan pelakunya kepada akibat buruk di sisi agama. Pengamalnya akan membudayakan takbur iaitu sifat yang jelek di sisi Allah.

Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.”(Surah Al-Qashash, ayat 76)
Takbur adalah sikap individu yang berasa dirinya lebih tinggi tarafnya dan tidak mahu menghormati orang lain. Penyakit ini juga dikenali sebagai sifat ujub iaitu mengagumi diri sendiri.
Ibnul Mubarak pernah berkata: “Perasaan ujub adalah ketika engkau berasa dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain.”

Imam Al-Ghazali menyatakan: “Perasaan ujub adalah kecintaan seseorang kepada suatu kurnia dan berasa memilikinya sendiri, tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah.”
Suka dipuji dan memuji diri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya, yang layak dan berhak dipuji hanya Allah. Firman Allah bermaksud: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.”(Surah Al-Fatihah, ayat 2)

Setiap orang mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain, tetapi milik siapakah semua kelebihan itu. Allah berfirman bermaksud: “Bagi Allah semua kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya.”(Surah Al-Maidah, ayat 120)

Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri.
Jangan lah ada sifat bangga diri bila diri mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain.
Jangan lah terselit perasaan ujub di mana berasa dirimu memiliki kelebihan tertentu yg tidak dimiliki oleh orang lain.

Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri.
Terkadang mungkin ada kata-kata yg dikeluarkan membuatkan org terasa seperti diri ini sudah ujub.
"Skrang tak heran dah nak mandi kolam ni"  - mentang la umah dia ada kolam
"Semenjak sambung master ni takde masa nak baca novel" - mentang la dia sambung master.
"Semenjak naik pangkat ni takde masa nak tengok wayang" - nak kata dia sebuk sgt la sejak naik pangkat.
"Tahun ni aku dah 12kali g bercuti oversea" 
Mentang. Mentang. Dan mentang. Macam kan ko sorang ja ada semua tu.
Jadi, tak perlu lah kita cakap macam kan kita sorang je yang diberikan nikmat semua tu. Orang lain pun ada semua tu, sambung master jugak, abis juga novel dibacanya. Orang lain pun dah naik pangkat, ada je masa utk berlibur. Sebenarnya apa yg cuba nak disampaikan?

Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri.
Memang terkadang, kita tidak maksudkan utk berbangga, tp bila ada yg tersalah tafsir, jangan salahkan mereka. Terkadang, mungkin kerana kita pula tidak memiliki apa yg mereka ada, jadi kita cuba mencari apa yg kita ada dan tunjukkan kepada mereka yg memang tidak mampu ada apa yg kita ada.

Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri.
Jangan riak. Jangan takbur dengan nikmat Allah.
Nikmat hidup mewah. Nikmat tinggal di rumah sendiri. Nikmat berkereta mahal. Nikmat punyai pekerjaan baik. Nikmat keluarga bahagia. Nikmat boleh mengandung. Nikmat melahirkan anak.


Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri. Peringatan utk diri sendiri.
Seorang Muslim yang terkena penyakit kagum diri harus segera bertaubat dan berusaha menyembuhkan dirinya daripada penyakit hati itu. Cara dapat dilakukan supaya tidak terkena penyakit kagum ialah selalu ingat hakikat dan kejadian diri. Mereka juga harus sedar sekali pun diberi jangka hayat panjang, bukan bererti mereka boleh mendabik dada, angkuh dan membanggakan diri dengan nikmat serta kelebihan kurniaan Allah.

Mereka tetap mati dan harta yang dibawa ialah amal selama hidup di dunia. Penghayatan kesedaran seperti ini mendorong seseorang menghindarkan diri daripada penyakit kagum. Mereka yang terkena penyakit itu perlu lebih merendah diri serta selalu mengingati mati.


Kredit : here